Langkau ke kandungan utama

102) KENAPA AMALAN BANYAK TAPI MASUK NERAKA?

Bismillah.
Assalamualaikum,



        Ada orang buat amalan banyak, dosanya sikit sahaja .  Solat sunat , puasa sunat, sedekah dan baca quran. Tapi ia  masuk  neraka  juga. Kenapa?
        
          Seperti yang diceritakan dalam satu hadis,  yang ertinya ,

        ' Dikatakan pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya fulanah (seorang wanita) rajin mendirikan shalat malam, gemar puasa di siang hari, mengerjakan (kebaikan) dan bersedekah, tapi sering menyakiti tetangganya dengan lisannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Tidak ada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka.
(Riwayat Bukhari)

      Kenapa rasulullah tak jawab  akan ditimbang amalannya?  Kalau ditimbang logiknya dia masuk syurga atau neraka?
Syurga, sebab amalannya banyak!
     
        Tapi kenapa nabi kata  dia masuk neraka?  Jawapan yang  sebenar ialah  , kerana amalannya yang banyak itu tak diterima oleh Allah. Tak diterima sebagai amalan soleh. Iaitu amalannya sia-sia.


       
Kenapa tak diterima?
       
          Kerana amalan yang diterima ialah amalan yang dapat mencegah dirinya dari buat maksiat.  Solat  , tapi mengumpat. Solat, tapi buka aurat. Maka solatnya tak diterima sebab ia tak mencegah atau menahan dirinya dari buat maksiat. Maka amalannya tak diterima  Allah.  Jadi, timbang pun tak berguna sebab memang amalannya tiada. Kosong.  Sedangkan solat ialah amalan yang paling utama bagi orang beriman.

        Amalan yang ditimbang hanyalah  amalan soleh yang diterima.   Contohnya dulu dia suka mengumpat, bila dia  solat, dia tinggalkan mengumpat , maka solat itu diterima atau diberi pahala.
        
        Kalau ia solat 20 tahun  tapi  buka  aurat  pun 2o tahun, atau tetap juga suka menipu, maka solat nya tak diterima. 
       
        Sepatutnya solat itu mencegah ia dari perbuatan keji dan  mungkar. Seperti kata Allah dalam al Ankabut: 45.
         Allah kata solat mencegah kemungkaran. Tapi kenapa ramai orang solat tapi mungkar pun dia buat?  Solat tapi mengumpat,  solat tapi  lihat filem lucah. Kenapa jadi begitu?

       Sebabnya ia solat tidak ikhlas , mungkin ada sebab tertentu seperti takut malu kepada bapanya. Atau solatnya tidak betul rukun atau wudhu tak sempurna. Atau apa-apa sebab lain yang ia saja mengetahuinya..
       
         Maka , solat itu tidak  berkesan di  hatinya dan dengan itu hatinya tak dapat menjaga dirinya dari  perbuatan mungkar. Seperti  kata Allah dia solat tapi ia celaka  seperti dalam dalam surah al Maun:4,
         Allah kata orang yang solat tapi celaka.  Walaupun ia solat tapi Allah kata ia di murkai Allah? Kenapa?  Kerana...

         Iaitu diluar solatnya ia tak menjaga perbuatannya. Menyakiti hati jiran, mengambil hak orang, melewat-lewatkan solat dan sebagainya. Iaitu hatinya tiada rahmat kepada arang lain.

       Sebab itu penting untuk tadabbur al quran. Kalau tidak ,  kita syok sendiri nanti. Kita ingat dah solat, pahala pun ada, tapi tak perasan ianya kosong , tak diterima sebab solat itu tak mencegah kemungkaran dirinya sendiri.
  
Islam seluruhnya.

        Orang beriman kena ikut Islam seluruhnya.   Allah berkata dalam al baqarah: 208,

         Hai orang-orang beriman masuklah ke dalam  Islam keseluruhannya. Bab solat ikut islam, bab aurat ikut barat. Bab nikah ikut islam,  bab didik anak ikut barat. 
    
         Iaitu ambil islam  separuh-separuh. Allah kata ambil seluruhnya, kita ambil separuh. Separuh lagi ikut budaya bukan islam.  Maka islam kita tempang. Sebab apa ? Sebab kita dari  awal lagi tak dididik dengan acuan  alquran.  Hanya dengan ikut quran,  Islam kita akan lengkap dan selamat di akhirat nanti.


Padang Jawa.
19/9/23

      
        
    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...