Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Impian semua Setiap ibu bapa tentu mempunyai impian tentang anak-anak mereka. Kita mahu anak yang lembut, yakin diri, jujur, berdikari dan sopan. Tetapi anak-anak tidak lahir terus dengan semua sifat itu. Banyak daripada sifat yang kita harapkan terbentuk melalui contoh, layanan dan didikan yang mereka terima setiap hari. Jika kita mahu anak menjadi seseorang yang baik, kita perlu terlebih dahulu menunjukkan kepadanya bagaimana untuk menjadi baik: 1. Mahu anak yang lembut dan tenang? Jangan jerit apabila dia melakukan kesilapan, tetapi peluklah dia ketika dia tersilap. Kerana anak yang melakukan kesalahan tetap memerlukan bimbingan, bukan penghinaan. Tegurlah kesalahannya, tetapi jangan membuat dia merasa kan dirinya tidak disayangi. Pelukan mengajar anak bahawa, “Kamu melakukan kesalahan, tetapi kamu tetap disayangi.” Anak yang...