Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

76) SIAPA YANG DAPAT RAHMAT ALLAH?

 Bismillah. Assalamualaikum ,         Semua orang yang beriman mahukan rahmat dari Allah. Apakah rahmat Allah? Iaitu sifat kemurahan  dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.            Siapa kah yang layak mendapat rahmat Allah?. Adakah semua orang akan dapat rahmat Allah? Atau kah orang tertentu sahaja?  Lihat surah  at Taubah:71 71. "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."        Dari ayat al quran di atas, yang Allah  akan   beri rahmat ialah orang yang ada  perkara berikut: 1. Menyuruh yang makruf,  Mencegah yang mungkar 2. Mendirikan solat 3. Mengeluarkan zakat 4. Sentiasa taat kepada Allah dan rasul         Jadi,  bukan senang nak dapat rahmat Allah.

76) KENAPA PERLU KENAL JEJAK LANGKAH SYAITAN?

Bismillah. Assalamualaikum,               Bila seseorang itu beragama,  maknanya ia mengikut  perintah Allah  dan mengikut sunnah nabi sahaja. Tapi realitinya tidak . Perintah Allah dia ikut, sunnah nabi dia ikut tapi  syaitan pun dia ikut juga.         Larangan Allah supaya jangan mengikut langkah syaitan ini ada banyak di dalam al quran. Ini kerana masih ada orang beriman yang  mengikut jejak langkah syaitan. Sedangkan  syaitan itu adalah musuh yang nyata tapi ada orang menjadikan syaitan itu  teman baiknya.           Contohnya,  ketika makan ia membazir, ketika berwudhu membazir, tidur tanpa baca doa,  ketika berjalan , ketika melancong ia berkawan  dengan syaitan. Bagaimana musuh dijadikan teman oleh seseorang? Sedangkan syaitan tidak mengajak seseorang kecuali untuk  masuk neraka bersamanya.  Lihat surah al baqarah :208 " Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sunggu

73) ASAS UNTUK KENAL ALLAH

 Bismillah. Assalamualaikum,                         Kebanyakan manusia tidak kenal Allah. Oleh itu mereka tiada rasa takut kepada  Allah dan tiada rasa syukur kepada Allah.               Apakah asas untuk kenal Allah? Pilih salah satu jawapan berikut: a) belajar sifat 20 b) belajar tauhid 3 c) belajar tauhid usul tsalasah d) belajar kitab kuning e) berfikir tentang alam sekeliling          Apa jawapan terbaik untuk kita kenal Allah? Jawapan di atas  semua betul tapi semua orang belum cukup kenal Allah juga. Siapa yang paling kenal Allah ? Iaitu nabi dan sahabat. Sedangkan mereka tak belajar dari apa-apa  kitab pun kecuali al quran. Melalui al quran mereka belajar dengan melihat langit , siang dan malam, bintang, berfikir tentang makanan, berfikir tentang tumbuhan , dan  berfikir tentang haiwan. Akhirnya mereka betul-betul kenal Allah.   Apa bukti mereka kenal Allah?          Iaitu hidup mereka semuanya untuk Allah 100%.  Tapi kita macam-macam cara belajar tauhid, macam-mac

72) KENAPA HIDUP SENTIASA DIUJI?

Bismillah. Assalamualaikum,         Kita tak boleh lari  dari  hidup yang senang atau susah, sihat atau sakit, kaya atau miskin dan sebagainya. Mengapa Allah beri hidup seperti itu? Allah boleh saja kalau nak bagi kaya semua ,  sihat semua dan senang semua. Apa tujuan ada senang dan ada  susah? Kita boleh cari jawapannya  dari kata -kata Allah sendiri di dalam al quran. Lihat surah ali Imran: 140-142: 140.  " dan agar Allah membez akan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim." 141. "dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir." 142." Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."       Bila kita baca ayat 

71) SiAPA IKUTAN KITA?

Bismillah. Assalamualaikum,              Secara umumnya manusia kebanyakannya memang tak suka belajar atau menuntut ilmu agama. Bila tak suka maka ia malas lah nak hadiri majlis ilmu. Bila tak suka , malas , maka ia jadi jahil.          Kalau kita nak tunggu orang jahil ini datang untuk  belajar agama, sampai bila? Sampai bila mereka nak datang padahal mereka memang tak suka belajar, yang mereka suka relax , makan angin atau menghias miliknya. Mereka tak ada rasa mereka itu jahil.           Sebab jahil itu bukan macam lapar. Bila lapar kita rasa lapar. Tapi jahil itu tiada rasa.  Tiada rasa walau pun jahil sangat. Kemudian ilmu itu suatu benda yang  nafsu tak suka. Di tambah lagi bila belajar agama orang tak  nampak keuntungan duniawi. Tidak ada orang nak ambil jadi ahli  profesional.         Jadi, bila ramai yang jahil sebab mereka malas  , salah siapa?  Siapa yang patut bertanggung jawab?       Masyarakat jahiliah Mekah sebelum turunnya quran mereka juga tak suka belajar

67) BAGAIMANA CARA BERSYUKUR?

Bismillah. Assalamualaikum ,                 Bila mendapat apa-apa  nikmat atau kejaya an kita bersyukur. Tapi  bagaimana cara bersyukur itu?        Ada tiga langkah dalam bersyukur: 1. Peranan hati.            Iaitu kita mengakui dan merasai bahawa  semua nikmat yang kita dapat itu datang nya dari Allah. Bukan usaha kita. Sebab ada juga orang berusaha sama macam kita  tapi tak dapat.  Nikmat itu bukan kita punya, bukan berasal dari usaha kita. Kufur nikmat bila ada rasa ' ini semua atas usaha aku , ini aku punya.' 2. Syukur  dengan lidah.            Iaitu dengan  menyebut 'Alhamdulillah , haza min fadhli rabbi.' Yang bermaksud, segala puji bagi Allah, ini semua kelebihan yang datang dari penciptaku'.           Kerajaan nabi Sulaiman berapa punya besar  di bandingkan  dengan apa yang kita ada,  tapi dia berkata ' ini semua adalah kurniaan dan nikmat dari Allah, bukan dari diriku'. Untuk tujuan apa Allah beri ni

66) APAKAH KESAN BILA LUPA AKHIRAT?

Bismillah. Assalamualaikum,               Bila di sebut beriman kepada Allah s.w.t, mesti digandingkan dengan beriman kepada hari akhirat sama. Tidak beriman seseorang  jika salah satu dari dua itu tiada. Percaya kepada Allah itu tuhan  dan mesti percaya hari akhirat itu pasti ada.          Bila tak beriman dengan hari akhirat bermakna  ia juga  tak beriman dengan Allah dan rasul. Bahkan dia juga tak beriman dengan al quran , kenapa?.Sebab dalam al quran diceritakan bab akhirat.          Tolak satu bermakna tolak semua. Sebab iman itu mesti sempurna. Orang yahudi percaya kepada Allah tapi imannya tak terpakai. Sebab dia tak percaya pada hari akhirat. Orang musyrikin Mek ah percaya Allah pencipta. Tapi ia masuk neraka dan kekal. Kenapa? Kerana ia tak percaya hari akhirat, hari dihidupkan sekali lagi .. Bila dia tak beriman dengan akhirat bermakna dia tak percaya Allah sebab Allah yang bawa cerita itu.           Dan semua umat-umat  dahulu yang  tidak

65) JADI LAH MANUSIA YANG BERUNTUNG

Bismillah. Assalamualaikum,               PINTU KEBAIKAN Manusia yang paling mulia  di sisi Allah Ialah seorang yang Allah jadikan ia Sebagai penghapus  kesusahan orang lain Dan hal  yang paling mulia Dalam menghapus kesusahan orang lain Ialah ketika engkau memberi petunjuk kepada orang yang tersesat Atau engkau menggandeng tangan pemaksiat kepada jalan Allah Ya Allah , alangkah indahnya Ketika Allah menjadikanmu  pembuka kepada pintu kebaikan Dan penutup bagi pintu keburukan Alangkah celakanya seorang hamba Yang Allah jadikan  ia pembuka pintu keburukan Lalu orang masuk ke dalamnya Atau ia jadi penutup  bagi pintu kebaikan Lalu orang terhalang dari kebaikan Beruntunglah  bagi orang yang ketika wafatnya dosanya terhenti Namun alangkah celakanya  seorang hamba yang ketika wafatnya Dosanya tidak terhenti Dan terus mengalir  walau   ia telah  mati Periksalah   dirimu wahai insan Mulakanlah hidup baru Bagaima na supaya aku menjadi pintu-pintu  kebaikan Dan bagaima n

64) CARA BERFIKIR ORANG BERIMAN

 Bismillah. Assalamualaikum ,            Orang beriman mesti berfikir dengan cara yang berlainan dengan orang yang tidak beriman. Khususnya dalam hal rezeki,  kekayaan dan kekuatan.  Kenapa berbeza?         Kerana orang beriman itu berpandukan alquran dan sunnah dalam setiap hal yang dihadapinya. Sedang kan orang kafir tidak percayakan alquran. Apa lagi mahu mengikutnya.                   Dalam kisah   pemuda yang beriman dalam surah alkahfi , pemuda beriman  itu mengajak pemuda kaya itu supaya beriman kepada Allah dan hari akhirat, pemuda kaya itu menjawab dengan sombong , katanya, "dan dia memiliki kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap-cakap dengan dia, "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat." ( al Kahfi:34)            Ia merasa bahawa kekayaannya sudah cukup untuk melindunginya dari sebarang musibah tambahan pula ia mempunyai anak lelaki yang ramai.                    Lelaki be

63) CARA BERFIKIR ORANG TAK BERIMAN

Bismillah. Assalamualaikum,              Dalam surah Al Kahfi:32, Allah menceritakan tentang kisah orang yang tidak beriman kepada Allah yang di kurniakan Allah kesenangan dan nikmat. Dengan nikmat itu ia merasa bangga dan rasa akan kekal selama-lamanya. "Dan berikanlah (Muhammad) kepada mereka sebuah perumpamaan, dua orang laki-laki, yang seorang (yang kafir) Kami beri dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara keduanya (kebun itu) Kami buatkan ladang." (Al  Kahfi:32)       Tetapi akhirnya pemilik kebun  yang tidak percaya kan Allah dan hari akhirat itu jadi sombong dengan kekayaannya. Katanya," aku lebih banyak harta dan lebih banyak pengikut dari kamu".         Apa kah maksudnya? Apa yang nak disampaikan dari ayat ini?         Iaitu inilah  cara berfikir orang yang tidak  beriman , bahawa: 1. Dia hanya fikir dirinya dan  keluarganya sahaja 2. Dia berfikir masa itu sahaja, masa di dunia yang ada saha

62) 7 TIPS MENGUBAT HATI YANG SEMPIT

Bismillah, Assalamualaikum  ,          Bila ditimpa musibah, cita-cita tak tercapai,  kehilangan apa  yang di cintai,  atau apa saja keburukan yang menimpa, pasti hati menjadi sempit dan merana.          Sungguh semua yang terjadi itu dari Allah. Maka Allah juga ada penawarnya. Jadi di sini kita lihat 7 tips melapangkan hati yang sempit. 1. Mentauhid kan Allah.         Bila ada unsur syirik, Allah akan sempitkan hati. Kita solat tapi masih percaya pada bomoh, masih percaya pada tenung nasib,  hati akan sempit. Periksa diri kita, kerja kita,  kita buat kerana apa? Hatta kita pergi kerja pagi balik petang pun kena pastikan kerana Allah bukan nak kumpul   dunia. Bila hati kita lurus untuk Allah, hati itu akan lapang. Sebab kalau hati bergantung kepada manusia  ,manusia pun lemah seperti kita juga.           Bagaimana mentauhid kan Allah ketika ditimpa keburukan? Yang paling penting ialah kita mesti kembalikan perkara itu 100% kepada Allah.  Ianya datang dari Allah 100% jangan