Langkau ke kandungan utama

64) CARA BERFIKIR ORANG BERIMAN

 Bismillah.
Assalamualaikum ,     


      Orang beriman mesti berfikir dengan cara yang berlainan dengan orang yang tidak beriman. Khususnya dalam hal rezeki,  kekayaan dan kekuatan.

 Kenapa berbeza?

        Kerana orang beriman itu berpandukan alquran dan sunnah dalam setiap hal yang dihadapinya. Sedang kan orang kafir tidak percayakan alquran. Apa lagi mahu mengikutnya.
         

        Dalam kisah   pemuda yang beriman dalam surah alkahfi , pemuda beriman  itu mengajak pemuda kaya itu supaya beriman kepada Allah dan hari akhirat, pemuda kaya itu menjawab dengan sombong , katanya,

"dan dia memiliki kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap-cakap dengan dia, "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat."
( al Kahfi:34)

           Ia merasa bahawa kekayaannya sudah cukup untuk melindunginya dari sebarang musibah tambahan pula ia mempunyai anak lelaki yang ramai. 

         
        Lelaki beriman itu walau tidak kaya dengan harta tapi Allah beri ia hidayat. Yang dengan hidayat itu ia akan masuk syurga. Itulah pemberian dari Allah yang terbaik. Ia lebih baik dari kebun-kebun dan emas perak orang yang tak beriman itu.

           Dia tidak dengki dengan kekayaan pemuda kaya itu.  Bahkan ia memberi nasihat kepada pemuda kaya itu. 

"Kawannya (yang beriman) berkata kepadanya sambil bercakap-cakap dengannya, "Apakah engkau ingkar kepada (Tuhan) yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan engkau seorang laki-laki yang sempurna?"
( al Kahfi:37)

          Ia mengingatkan pemuda kaya akan asal usul kejadiannya dari setitis air mani.  Kenapa rasa bangga dan sombong. Kenapa kufur kepada Pencipta? Kejadian nya hanya berasal dari setitis air mani sahaja. Allah yang jadikan dia dari tanah,  kalau dia tak dijadikan , dia pun tak dapat kekayaan itu. 

          Pemuda beriman itu tidak dengki dan tidak juga bertanya bagaimana ia jadi kaya. Adakah dia tak mahu kaya? Tidak. Sebab dia tahu harta itu adalah ujian bukan  kelebihan. Bahkan dia melihat pemuda kaya tadi syirik kepada Allah walaupun ia kaya.

        Pemuda beriman itu tidak dengki atau cemburu bahkan memberi nasihat kepada pemuda kaya itu.


Lihat al kahfi:38
"Tetapi aku (percaya bahwa), Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatu pun." ( al Kahfi:38)

        Dia mengatakan dia takkan syirik kepada Allah walaupun ia miskin. Dan ia mula berdakwah kepada pemuda kaya itu, katanya,  " jika kau masuk kekebun kamu, maka  katalah   masya allah"

          Masya allah itu bermaksud semua dengan kehendak Allah. Ia itu kembalikan semua nikmat dan  kekayaan itu kepada kehendak Allah. Allah nak bagi kaya boleh, Allah nak bagi miskin pun boleh. Itu semua bukan kebolehan kita.

         Yang kedua bahawa tiada kekuatan kecuali kekuatan   dari Allah. Seperti disebut lagi dalam alkahfi:39:

"Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu tidak mengucapkan "Masya Allah, la quwwata illa billah" (Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud), tidak ada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku lebih sedikit daripadamu."
(Al Kahfi:39)


         Kita tak mampu menyediakan kebun yang luas itu sendiri. Semuanya Allah yang sediakan. Maka sebutlah;
     La quwwata illa billah.

Jadi jika kita ada rumah besar masa masuk bacalah ;

     "Masya allah, la quwwataillabillah,  haza min fadhli rabbi."

( semua kehendak Allah, tiada kekuatan kecuali Allah, ini semua kelebihan dari tuhan penciptaku)

         Dengan faham supaya tidaklah kita rasa itu semua kelebihan dari kita. Dan sebagai tanda syukur kita terhadap nikmat Allah.

        Disamping ia ayat quran maka kita dapat 1 huruf 10 pahala.

        Itulah cara berfikir orang beriman apabila melihat orang mendapat nikmat atau kelebihan. Ia tak sama cara berfikir orang kafir. Bila ia nampak kelebihan pada orang lain maka ia:
1. Tidak dengki
2. Tidak cemburu
3. Tidak berangan-berangan untuk jadi sepertinya.
4. Tahu itu semua itu ujian dari Allah bukan semata-mata kelebihan.
5. Menyerahkan kelebihan yang ada kepada Allah.
6. Berfikir kita tidak ada kekuatan melainkan semua dari Allah.
7. Tidak sombong dengan kelebihan.
8. Hidayat dari Allah lebih besar dari kelebihan dunia.

Kesimpulan.

          Orang beriman berfikir lebih jauh dari sekadar apa yang di lihat. Ia  melihat nikmat di akhirat lebih besar  daripada nikmat dunia ini.


Padang Jawa.
10/7/23


      

         

         

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...