Langkau ke kandungan utama

66) APAKAH KESAN BILA LUPA AKHIRAT?

Bismillah.
Assalamualaikum,
     
        Bila di sebut beriman kepada Allah s.w.t, mesti digandingkan dengan beriman kepada hari akhirat sama. Tidak beriman seseorang  jika salah satu dari dua itu tiada. Percaya kepada Allah itu tuhan  dan mesti percaya hari akhirat itu pasti ada.

         Bila tak beriman dengan hari akhirat bermakna  ia juga  tak beriman dengan Allah dan rasul. Bahkan dia juga tak beriman dengan al quran , kenapa?.Sebab dalam al quran diceritakan bab akhirat.

         Tolak satu bermakna tolak semua. Sebab iman itu mesti sempurna. Orang yahudi percaya kepada Allah tapi imannya tak terpakai. Sebab dia tak percaya pada hari akhirat. Orang musyrikin Mekah percaya Allah pencipta. Tapi ia masuk neraka dan kekal. Kenapa? Kerana ia tak percaya hari akhirat, hari dihidupkan sekali lagi .. Bila dia tak beriman dengan akhirat bermakna dia tak percaya Allah sebab Allah yang bawa cerita itu. 

         Dan semua umat-umat  dahulu yang  tidak beriman puncanya juga kerana tidak percaya hari akhirat. Lihat surah al Haqqah:

1. Hari Kiamat
2. apakah hari Kiamat itu?
3. Dan tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
4. Kaum Tsamud, dan ‘Ad telah mendustakan hari Kiamat.

      Al Haqqah ialah cerita hari akhirat yang pasti berlaku. Perkara yang haq, yang benar. Allah tanya tahukah kamu apa dia hari itu?  Tapi kaum Tsamud dan Ad tidak mempercayainya.  Iaitu hari Pembalasan. Salah satu nama hari kiamat.
         
5. Maka adapun kaum Tsamud, mereka telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras,

      Dengan sebab itu kedua-dua kaum itu dibinasakan oleh Allah. Puncanya kerana menolak hari akhirat yang bermakna menolak Allah sendiri.


Punca Maksiat

        Semua orang yang buat maksiat puncanya kerana tak percaya hari akhirat. Walau pun dia hafal alquran , walau ia belajar agama, walaupun dia ada ijazah universiti. Puncanya ialah iman kepada hari   akhirat itu tak masuk dalam hati. Tak jadi darah dagingnya.  Setakat di akal fikiran sahaja. 

         Dalam kepala (orang yang akhirat tiada dalam hatinya itu) ialah dunia, kepuasan, keseronokan sahaja.. Maka ia jadi hijab untuk yakin kepada hari akhirat. Anak kita lagha dengan game, drama  pergaulan bebas dan filem kerana apa? Kerana di hatinya tak masuk iman kepada hari akhirat.

          Kenapa anak-anak muda bahkan orang tua tidak mentaati Allah bahkan banyak buat maksiat?   Puncanya iman kepada hari akhirat  itu  tak melekat di hatinya.

        Kenapa mereka tak benar-benar beriman  kepada hari akhirat?   Sehingga ia banyak buang masa ?   Apa yang menyebabkan    ilmu tentang  hari akhirat dan keyakinan kepada akhirat itu tak dapat, kenapa?


Bukankah Mereka Telah Belajar Tinggi?

       Bukankah mereka sudah belajar dari sekolah hingga ke universiti? Ada yang belajar tahfiz, sekolah agama,  sekolah swasta , pondok dan lain-lain.  Kenapa mereka tahu tapi tak  memberi kesan di hatinya?

        Sebab sistem pendidikan kita samada  sekolah rendah  , menengah  universiti, tahfiz atau sekolah agama  , target nya apa?  Iaitu nak lulus peperiksaan. Nak lulus sebab nak sijil  ,  nak sijil sebab nak bekerja. Bila belajar untuk lulus, sijil dan dapat kerja dan cari dunia, maka masuk dunia ke hatinya , cinta akhirat langsung tidak ada. Kalau tahu cerita akhirat pun tak masuk. Sekali seminggu dengar cerita akhirat.   Kalau targetnya dunia, akhirat takkan masuk ke dalam hati.

          Ada orang tua, dari muda sampai ke tua main golf. Tapi tiada masa untuk kelas tadabbur al quran.  Puncanya apa? Iaitu ia telah  dididik dari tadika lagi  , belajar untuk apa? Jadi polis, jadi doktor , jadi cikgu, jadi engineer, doktor.  Supaya  hidup senang.

       Tidak salah jadi apa pun, tapi tidak tepat jika belajar bukan untuk dapatkan syurga. Bila target nak dapat syurga, kebetulan ada kemahiran seorang doktor,  tidak mengapa asalkan  jangan lari dari target jadi ahli syurga.

            Sebab itu Allah berkata dalam.surah at Takatsur:  1 &2,
  1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,

2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur

        Allah beritahu jangan kita lalai dengan dunia ini, harta ,    pangkat, wang dan lain-lain  lagi. Iaitu lalai  dari hari Pembalasan. Walau kita baca ' malikiyau middin' 17 kali sehari,  tapi setakat baca sahaja , tak masuk ke hati. Tak jadi apa.

           Bila dapat dunia pula apa kesannya? Iaitu jadi kedekut, cinta dunia , berbangga-bangga dan berkira dalam bersedekah. Dan sampai bila mereka terlalai ini?   Iaitu bila dia  sedar bahawa banyak harta , pangkat ,  wang itu tak memberi faedah kepadanya lagi. Iaitu bila sudah mati. Bila nyawa sudah terpisah dari badan,  sudah nampak azab, barulah nak menyesal ,  itu sudah terlambat.



Kesimpulan

            Beriman, yakin kepada hari akhirat punca kita jauh dari maksiat dan dosa. Dan banyak beramal dengan amal soleh. Iman itu akan teruji dengan kesenangan atau kesusahan atau musibah dan lain-lain sebelum kita terbukti beriman. Untunglah orang yang hatinya sentiasa membesarkan akhirat lebih dari dunia ini.


Dari kuliah Us. AMAR.

Klang.
11/7/23
   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...