Langkau ke kandungan utama

63) CARA BERFIKIR ORANG TAK BERIMAN

Bismillah.
Assalamualaikum,


    
        Dalam surah Al Kahfi:32, Allah menceritakan tentang kisah orang yang tidak beriman kepada Allah yang di kurniakan Allah kesenangan dan nikmat.
Dengan nikmat itu ia merasa bangga dan rasa akan kekal selama-lamanya.

"Dan berikanlah (Muhammad) kepada mereka sebuah perumpamaan, dua orang laki-laki, yang seorang (yang kafir) Kami beri dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara keduanya (kebun itu) Kami buatkan ladang." (Al Kahfi:32)


      Tetapi akhirnya pemilik kebun  yang tidak percaya kan Allah dan hari akhirat itu jadi sombong dengan kekayaannya. Katanya," aku lebih banyak harta dan lebih banyak pengikut dari kamu".

        Apa kah maksudnya? Apa yang nak disampaikan dari ayat ini?

        Iaitu inilah  cara berfikir orang yang tidak  beriman , bahawa:
1. Dia hanya fikir dirinya dan  keluarganya sahaja
2. Dia berfikir masa itu sahaja, masa di dunia yang ada sahaja. Fikirannya tak menjangkau akhirat.
3. Tempat yang ia fikir hanya tempat di dunia ini sahaja. Ia tak fikir tempat di akhirat nanti. 
4. Apa yang dibanggakan ialah harta . 

Lihat pula surah al Fajr:15.
"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku."

      Dalam ayat ini Allah terangkan bagaimana Allah  menguji manusia. Iaitu mula-mula Allah memuliakannya kemudian Allah beri nikmat.  Nikmat itu sebagai apa? Sebagai ujian. Tapi manusia salah faham, Allah kata nikmat itu untuk Dia uji tapi manusia fikir itu tanda Allah sayang. 

         Ramai manusia fikir  macam tu. Hampir semua manusia  rasa bila dapat nikmat tanda Allah sayang dan suka. Sebab , kalau Allah tak suka kenapa Allah beri? Ini fikir manusia.

         Kemudian bila dia tengok orang miskin dia fikir Allah tak suka dia. Kalau Allah suka kenapa dia tak beri kelebihan atau nikmat?  Itu cara pemikiran orang tak beriman.

        Kenapa manusia berfikiran macam tu? Sebab dalam hidup ini bila seseorang itu disukai ia akan diberi anugerah. Itu di sisi manusia.Tapi di sisi Allah lain. 

         Kadang-kadang yang Allah puji , manusia benci. Yang Allah kutuk, manusia puji. Tak sama faham manusia dengan faham Allah.

         Allah beri nikmat lalu manusia fikir Allah sayang pada dia. Ini salah faham. Lalu salah faham itu membawa kepada syok sendiri. Dia rasa dia ok dan takkan bertaubat dari kesalahannya.

 Dalam surah al Kahfi: 16 di sebut:

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku."

          Di sini pula jika kita tak beriman, bila kita miskin, kita ingat Allah menghina kita. Allah tak suka kita. Sebenarnya nikmat kesenangan atau kesusahan dan kemiskinan itu tanda apa?

           Ianya sebenarnya adalah ujian bagi manusia.  Allah nak bagitau iaitu di dunia ini ujian ada 2 jenis sahaja:
1. Nikmat kesenangan, sihat
2. Kemiskinan  , sakit

        Kedua-dua jenis itu ialah ujian. Bila Allah uji pula dengan kemiskinan   apa salah faham manusia?

        Dia fikir kenapa Allah tak suka pada dia,  sedangkan dia  dah solat, solat malam,  tapi tak kaya-kaya juga. Kenapa Allah hina dia? Jika begitu fikirannya maka habislah amalnya. Ini satu penyakit . 

        Sebab itu yang miskin rasa hina, rendah diri. Dan yang kaya rasa bangga , tinggi diri. Kedua-dua nya adalah salah si sisi Allah  dan gagal dalam ujian .

Kesimpulan 

       Inilah cara fikir orang yang tak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Fikirannya tidak menjangkau ke akhirat, hanya setakat dunia sahaja. Dengan sebab itu hatinya jadi  berpenyakit, iaitu bangga diri dan tidak beramal soleh.

        Bila tiba di akhirat nikmat kekayaan tidak berguna. Hanya amal soleh yang berguna.  Penyesalan di akhirat nanti tak berguna lagi. Seperti di katakan dalam al quran ini.

      Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini." (Al Fajr:24)


Padang Jawa.
9/7/23



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...