Langkau ke kandungan utama

72) KENAPA HIDUP SENTIASA DIUJI?

Bismillah.
Assalamualaikum,



        Kita tak boleh lari  dari  hidup yang senang atau susah, sihat atau sakit, kaya atau miskin dan sebagainya. Mengapa Allah beri hidup seperti itu? Allah boleh saja kalau nak bagi kaya semua ,  sihat semua dan senang semua. Apa tujuan ada senang dan ada  susah? Kita boleh cari jawapannya  dari kata -kata Allah sendiri di dalam al quran. Lihat surah ali Imran: 140-142:

140.  " dan agar Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim."


141. "dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir."


142." Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

      Bila kita baca ayat  diatas, kita kena rasakan bahawa Allah sedang bercakap dengan kita. Kita boleh baca terjemahannya. Tapi apakah maksud yang tersirat yang Allah nak bagitau kita?

         Iaitu Allah nak bagitau kita bahawa syurga itu mahal. Bila mahal maka ada harga yang kita kena bayar.  Iaitu pengorbanan.

 Apa Pengorbanannya itu?

 Iaitu:
1. Jihad
2. Sabar

        Kita belum berjihad lagi  tapi dah berangan-angan  minta syurga. Minta pula syurga firdaus. Jika sudah  berjihad adakah sudah  sabar?. Sebab ada pada zaman nabi,  sahabat berjihad tapi masuk neraka kerana ia tidak sabar sakit lalu bunuh diri.

        Sebab itu Allah sebut dua iaitu  jihad dan sabar. Jihad saja tak cukup , kena ada sabar dalam berjihad. . Kadang-kadang kita sungguh-sungguh puasa tapi tak sabar . Bila makanan lambat saja kita menjerit,   ' saya yang datang awal kenapa orang lain dapat dulu?!"  Tak sabar.

         Jadi ayat ini menakutkan atau menggembirakan kita? Kità sudah berjihad kah atau banyak cakap saja.?

       Orang yang paling besar pahala ialah orang yang lebih kuat diuji. Siapa dia ? Iaitu para nabi. Sebab itu nabi tinggi imannnya. Lagi  tinggi iman ,  lagi kuat di uji. Nabi ada berkata bahawa  kita diuji mengikut kadar iman kita.

         Jadi jika iman kita tipis , Allah takkan uji dengan peperangan.
    

Apa  Tujuan Ujian?

 Iaitu untuk:

1. Menguji kita samada kita betul-betul beriman atau ada sifat munafik. Allah bagi sakit,   Allah bagi miskin  , Allah bagi susah,   tengok-tengok  dah tak solat. Bila panas buka aurat. Bila ada masalah mulut tak boleh  control. Menengking, marah dan mengumpat.

2. Untuk memilih siapa kah para syuhada.
Ini kita jauh lagi. Tak termasuk.

3. Untuk Allah ampunkan dosa kita. 

      Jadi,  pelik tak jika di zaman kita sekarang yang belajar agama,   yang solat,  pergi  umrah dan haji, tapi ada sifat munafik? Tidak. Sebab zaman nabi pun ada orang munafik. Yang solat belakang nabi,   yang dengar tazkirah nabi, pergi perang bersama nabi, bersedekah,  pun jadi munafik. Kita ada tak sifat munafik? Tengoklah Allah uji nanti, apa jadi?

Lihat al Anbia:35
   35. "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."

     Allah kata dalam ayat di atas bahawa Allah akan uji kita dengan keburukan atau kesusahan dan juga kebaikan atau kesenangan.

         Keburukan itu seperti sakit,  miskin , orang  maki kita  dan lain-lain.

        Manakala kebaikan ialah apa saja yang kita suka . Kaya  , sihat , rumah besar, kereta besar dan lain-lain.

        Jadi, ada dua jenis saja ujian iaitu  yang  kita suka dan yang  kita tak suka. Tidak  ada tiga.

        Biasa orang rasa dia diuji bila? Iaitu bila dapat  keburukan. Seperti sakit. Bila dapat kebaikan ia tak rasa diuji. Bila sakit katanya Alllah sedang  uji dia. Bila sihat  , itu  Allah bagi nikmat  , tak rasa  itu pun  ujian.

        Sebenarnya ujian yang paling  bahaya ketika sakit atau sihat? Ketika sihat. Nikmat yang ramai orang tertipu iaitu masa lapang, dan sihat tubuh badan. Tapi dia salah faham,  bahawa masa sakit Allah uji dia . Ramai tertipu ketika dalam kebaikan dan  keseronokan. Masa ini dia lupa kewajipan yang sebenar.

      Kedua-dua  itu ujian sebenarnya. Ujian adalah satu kemestian sebab Allah nak tengok siapa yang benar-benar beriman  dan  siapa yang munafik. Dan juga cara Allah nak hapuskan dosa orang beriman.

        Sebab itu jika kita faham   itu satu proses yang wajib , maka kita akan  hadapi nikmat dengan syukur dan   taat,  dan jika ada musibah kena sabar. Akhirnya tidak ada keluhan dari  orang beriman ,  tidak ada sedih  dan  tidak ada risau. 


       Akhirnya Allah kata selepas diuji kita semua akan  kembali kepadanya untuk diberi ganjaran yang setimpal atas perbuatan kita semasa hidup.  Iaitu lah selepas matinya kita.

Kesimpulan.

         Ujian ada dua jenis sahaja, samada yang baik atau yang buruk. Kita sentiasa diuji untuk Allah melihat hati kita yang sebenarnya. Untuk diberi ganjaran atau balasan di akhirat nanti.




Klang
21/7/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...