Langkau ke kandungan utama

71) SiAPA IKUTAN KITA?

Bismillah.
Assalamualaikum,    



         Secara umumnya manusia kebanyakannya memang tak suka belajar atau menuntut ilmu agama. Bila tak suka maka ia malas lah nak hadiri majlis ilmu. Bila tak suka , malas , maka ia jadi jahil.

         Kalau kita nak tunggu orang jahil ini datang untuk  belajar agama, sampai bila? Sampai bila mereka nak datang padahal mereka memang tak suka belajar, yang mereka suka relax , makan angin atau menghias miliknya. Mereka tak ada rasa mereka itu jahil.

          Sebab jahil itu bukan macam lapar. Bila lapar kita rasa lapar. Tapi jahil itu tiada rasa.  Tiada rasa walau pun jahil sangat. Kemudian ilmu itu suatu benda yang  nafsu tak suka. Di tambah lagi bila belajar agama orang tak  nampak keuntungan duniawi. Tidak ada orang nak ambil jadi ahli  profesional.

        Jadi, bila ramai yang jahil sebab mereka malas  , salah siapa?  Siapa yang patut bertanggung jawab?

      Masyarakat jahiliah Mekah sebelum turunnya quran mereka juga tak suka belajar .  Tapi macamana akhirnya mereka berubah menjadi rajin dan suka belajar agama? Kenapa?
 
          Sebab dakwah rasulullah.  Adakah rasulullah tunggu orang-orang  jahil Mekah itu jemput beliau beri kuliah ilmu dan dakwah? Adakah Abu Jahal ada menjemput rasulullah? Tidak ada. Adakah rasulullah perlukan jemputan untuk beliau berdakwah?

         Jadi  bila ilmu itu sesuatu yang tak di sukai oleh orang ramai, maka kewajipan siapa untuk menyampaikan ilmu dan dakwah ini?

        Jawapannya ialah pada setiap orang yang berilmu. Iaitu ada satu ilmu sampaikan satu ilmu, ada dua ilmu sampaikan dua ilmu dan seterusnya. Adakah perlu menuntut sehingga 5 tahun, 10 tahun baru nak sampaikan ilmu? Inilah apa yang dipesan kan oleh rasulullah dalam satu hadis:

         Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: 

“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” 

(Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

         Rasulullah dulu bila dia dapat ilmu terus ia sampaikan   kepada Khadijah. Kemudian kepada Abu bakar, Ali, Osman bin Affan dan lain-lain. Tidak tunggu bertahun-tahun  baru nak sampaikan. Begitu juga sahabat yang lain bila dapat satu terus sampaikan kepada kaumnya. Samada kaumnya suka atau tidak. Jadi,  ilmu dan amal terus berkembang dengan cepat.

         Tapi kita dah menuntut ilmu 5 tahun,  10 tahun dengar kuliah ustaz,  bahkan 20 tahun belum juga jadi penyampai ilmu. Bahkan ada yang ada degree pun tidak sampaikan ilmu.


        Jadi kita yang tak sampaikan ilmu ini walau sepatah perkataan  ini  siapa ikutan kita?  

       Adakah nabi ikutan kita?
       Atau para sahabat ikutan kita?




Kesimpulan

         Ilmu dan amal harus berjalan serentak. Kita dapat satu ilmu, maka sampaikan satu ilmu. Ada dua, sampaikan dua dan seterusnya. Jangan tunggu-tunggu lagi kerana kita dan orang jahil perlukan ilmu untuk dapat hidayah Allah.




Padang Jawa.
19/7/23



     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...