Langkau ke kandungan utama

67) BAGAIMANA CARA BERSYUKUR?

Bismillah.
Assalamualaikum ,
     

          Bila mendapat apa-apa  nikmat atau kejayaan kita bersyukur. Tapi  bagaimana cara bersyukur itu?

       Ada tiga langkah dalam bersyukur:

1. Peranan hati.
           Iaitu kita mengakui dan merasai bahawa  semua nikmat yang kita dapat itu datang nya dari Allah. Bukan usaha kita. Sebab ada juga orang berusaha sama macam kita  tapi tak dapat.  Nikmat itu bukan kita punya, bukan berasal dari usaha kita. Kufur nikmat bila ada rasa ' ini semua atas usaha aku , ini aku punya.'

2. Syukur  dengan lidah.

           Iaitu dengan  menyebut
'Alhamdulillah , haza min fadhli rabbi.'
Yang bermaksud, segala puji bagi Allah, ini semua kelebihan yang datang dari penciptaku'.


          Kerajaan nabi Sulaiman berapa punya besar  di bandingkan  dengan apa yang kita ada,  tapi dia berkata ' ini semua adalah kurniaan dan nikmat dari Allah, bukan dari diriku'. Untuk tujuan apa Allah beri nikmat itu  ?  Untuk menguji beliau samada dia bersyukur atau kufur  dengan nikmat itu.

         Sebab itu nabi Sulaiman tak berbangga,  sebab ia tahu itu semua ujian dari Allah. Bukan kelebihan.

         Jangan kita ,  bila orang tanya macamana awak  sihat ni? Kita jawab, ini semua sebab saya jaga kesihatan sejak 2o tahun lalu. Tidak, nabi Sulaiman tak mengaku dirinya sendiri yang berupaya walaupun  jin pun boleh diperintahnya..Tapi,  Sedikit pun beliau tak mengaku kehebatan diri sendiri dan  rasa bangga. 

        Macamana anak-anak  tuan semua berjaya ni? Sebab saya jaga, perhati dan pantau  semua kerja-kerja dia sebab itu dia berjaya . Habis syukur. Amalan dan usaha kita dirosakkan oleh syaitan dengan penyakit hati.

3. Guna semua anggota badan untuk taat Allah.
          
         Badan sihat guna untuk beribadah dan beramal. Rumah ada,  jangan ada maksiat dalam rumah.  Kita kata ' Syukur atas nikmat rumah ini' tapi dalam rumah ada program maksiat, lagha, itu bukan bersyukur.

         Ada ketiga- tiga hal  ni baru di katakan bersyukur.  Kalau dalam hati kata syukur alhamdulillah , tapi bila orang tanya, kita jawab ' ini semua hasil kerja keras  saya. " maka itu bukan syukur sebenar.

       Oràng melayu ada caranya dalam bersyukur iaitu ia nak bersyukur lalu buat  kenduri  kesyukuran.  Adakah itu cukup?

          Jika tiada tiga perkara itu tadi  maka tidak sempurna syukur seseorang itu. Iaitu dengan hati, mulut sebut dan anggota mesti turut bersyukur kepada Allah. Baru sempurna syukur.
       
        Lihat nabi bersyukur bagaimana? Iaitu beliau solat malam hingga bengkak kaki. Bukan buat kenduri. Bila di tanya nabi kenapa beliau solat hingga bengkak kaki? Jawab nabi " aku ingin menjadi hamba yang bersyukur".
           
          Rumah nabi kecil saja  tapi syukurnya luarbiasa. Rumah kita lebih besar atau lebih kecil dari rumah nabi?

Kesimpulan.

         Nikmat itu untuk disyukuri bukan untuk dibanggakan. Syukur perlu ada peranan dari  hati, mulut dan anggota 
badan . Nikmat itu datang untuk menguji kita sebenarnya.



Padang Jawa.
13/7/23
     

   
    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...