Langkau ke kandungan utama

76) SIAPA YANG DAPAT RAHMAT ALLAH?

 Bismillah.
Assalamualaikum ,

  


     Semua orang yang beriman mahukan rahmat dari Allah. Apakah rahmat Allah? Iaitu sifat kemurahan  dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.


           Siapa kah yang layak mendapat rahmat Allah?. Adakah semua orang akan dapat rahmat Allah? Atau kah orang tertentu sahaja?

 Lihat surah  at Taubah:71,

71. "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."

       Dari ayat al quran di atas, yang Allah  akan   beri rahmat ialah orang yang ada  perkara berikut:

1. Menyuruh yang makruf, Mencegah yang mungkar
2. Mendirikan solat
3. Mengeluarkan zakat
4. Sentiasa taat kepada Allah dan rasul

        Jadi,  bukan senang nak dapat rahmat Allah. Setakat kuat sedekah  saja tidak cukup. Maka untuk dapat rahmat Allah mesti  buat kerja dakwah iaitu amar makruf, nahi mungkar.  Mesti  itu yang pertama.

          Rahmat itu kemurahan   dan  kasih sayang  Allah. Apa lawan  kepada rahmat?   Iaitu laknat.

          Bila buat kerja dakwah , menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, kita dapat rahmat Allah.  Jadi jika sebaliknya, tak mengajak kepada makruf dan tak mencegah yang mungkar, maka akan   dapat laknat Allah. Ada dua saja . Kalau tak dapat rahmat, ia dapat laknat . Walaupun  ia solat, puasa, naik haji, jika  nampak kemungkaran dia biarkan saja. Ada perkara  makruf  yang ia tahu ia tak galakkan orang beramal. Walaupun  kepada ahli keluarganya sendiri .Maka dia dapat laknat Allah.

 Lihat al Maidah : 78 , 79

78." Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Dawud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui batas"


79. "Mereka tidak saling mencegah perbuatan mungkar yang selalu mereka perbuat. Sungguh, sangat buruk apa yang mereka perbuat."


        Ayat ini menafsir ayat 71 surah at Taubah tadi. Ayat ini pula terbalik. Iaitu sesiapa yang tidak mencegah  kemungkaran  maka  ia dapat laknat Allah. Iaitu lawan  kepada rahmat.
      
       Bani israel dilaknat  melalui lidah nabi Daud a.s iaitu melalui kitabnya. Dan juga melalui  lisan  nabi Isa a.s iaitu dengan kitab Injilnya.
    
        Kenapa bani israel ini dilaknat? Sedangkan   kaum ini  asalnya adalah mulia , ramai  nabi-nabi  dari  kalangan  mereka?  Sebab mereka derhaka kepada tuhannnya dan mereka melampau batas.

          Apa dosa mereka itu hingga  dilaknat Allah ? Iaitu mereka tak  mencegah perkara  keji yang kaum mereka lakukan. Mereka tak lakukan maksiat, tapi   tak mencegah orang yang  melakukan nya.


Kenapa  Orang Yang Tak  Mencegah mungkar itu Dilaknat?

       Orang yang  buat  maksiat tak dilaknat. Tapi yang tak mencegah pula  dilaknat. Kenapa?
   
       Kerana apabila  orang yang berilmu di kalangan mereka tak mencegah maksiat maka maksiat itu  akan merebak dan berleluasa. Jika ia mencegahnya mungkin maksiat  itu tidak  merebak atau akan  hilang. Tapi bila tak dicegah ia merebak  merata-rata  sehingga orang ramai menyangka   ianya seperti satu kebaikan pula. Akhirnya boleh jadi benda makruf dianggap  mungkar manakala benda mungkar  dianggap makruf . Sebab  tiada pencegahan.
   
          Sebab itu Allah melaknat orang yang tidak mencegah bukan kepada  orang yang buat kemungkaran itu.  Yang buat munkar mungkin  dia jahil. Dia tak tahu, mungkin imannnya lemah , mungkin ia  terlupa. Tapi orang yang tahu iaitu yang berilmu dan tak larang orang, maka dia yang kena laknat. Sebab dia ada ilmu.
    
       Jadi,  takutlah  laknat Allah, jangan minta rahmat tapi dapat laknat Allah. Berapa ramai yang belajar agama tapi mungkar ada dalam rumah dia , anak tak tutup aurat, ada maksiat. Walau kita rajin ke kelas pengajian takut-takut kita  kena laknat Allah.
    
       Khususnya kepada yang belajar agama,  penutut  ilmu, yang tahu benda mungkar ,   jangan   setakat belajar dan amal saja, tapi kena dakwahkan kepada orang lain , cegah lah kemungkaran  . Jangan peduli  apa orang  kata . Allah puji orang yang beriman, yang  hanya takut kepada Allah.
     
       Kalau kita tidak melarang yang mungkar dan menyuruh yang makruf, maka suatu hari nanti  Allah akan tukar kita kepada kaum yang lain . Yang ia cinta kepada Allah dan   Allah cinta kepada mereka.   Ia tak takut kepada celaan manusia. Bila ia mencegah kemungkaran  orang cela dia ,  dia tidak takut,   yang ditakutinya hanya  celaan dan laknat  dari Allah saja.


Kesimpulan.

        Orang beriman yang selamat bukan setakat yang rajin menuntut  berilmu dan  beramal sahaja. Tapi ia mestilah juga mencegah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Jika tidak    , Allah laknat dia kerana tidak mempedulikan orang lain yang jahil dan lemah imannya.


  Semoga bermenafaat dan sila kongsikan kepada orang lain.




Padang Jawa.
29/7/23
     


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...