Langkau ke kandungan utama

281) CUKUPKAH AL QURAN HANYA DIBACA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,





Rajin Baca Al Quran

      Dalam sesetengah masyarakat,  ada mereka yang  sangat rajin membaca al quran. Dia betulkan tajwidnya, bukan setahun atau dua tahun. Tetapi sejak muda sampai ke tua. Ia betulkan tajwid dengan bersungguh-sungguh.

     Tapi jarang ia cuba memahami isi al quran apalagi mengamalkan nya.  Bila sudah lepas tajwid, ia pun belajar taranum pula.

    Tapi adakah itu cukup? Adakah cukup hanya dengan membacanya dengan betul dan belajar taranum ?



Tidak cukup!

   Hanya membaca al-Qur’an dengan tajwid dan tarannum, tanpa memahami, menghayati dan mengamalkannya, tidak mencukupi bagi orang beriman.  Kalau tidak cukup, yang sepatutnya apa? Adakah dalilnya?




Al-Qur’an diturunkan bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan.


    Al quran bukan sekadar untuk dibaca sampai khatam dan dilagukan saja. Ia lebih dari itu.

   Dalilnya di dalam al quran surah Sād (38): Ayat 29

 "Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan, supaya mereka mentadabbur (menghayati dan memahami) ayat-ayatnya dan supaya orang yang berakal mengambil pelajaran darinya."


   Jadi daripada ayat di atas, tujuan utama al-Qur’an ialah ditadabbur dan diambil pelajaran darinya,  bukan sekadar dilagukan.  Bagaimana kita hendak tadabbur jika tidak faham terjemahan atau makna ayat-ayat tersebut?  Maka, yang pertama haruslah kita faham dulu.

    Kata seorang sahabat iaitu Abdullah ibn Umar r.a:

    "Kami belajar iman dahulu sebelum kami belajar al-Qur’an. Kemudian apabila kami belajar al-Qur’an, bertambahlah iman kami dengannya."
(Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, sanad hasan)


  Para sahabat dulu yang pertama, ia belajar iman melalui ayat alquran. Kemudian baru  belajar membaca dengan betul. Bila iman sudah mantap, maka membaca al quran nanti akan menambah iman. Tetapi jika iman belum faham, membaca sebanyak mana pun tak menambah iman.


   Ini menunjukkan bahawa tujuan mereka belajar al-Qur’an adalah untuk menambah dan memperkukuh iman, bukan sekadar hafalan atau bacaan sahaja. 




Dalil ke 2: 

Surah Muhammad (47): Ayat 24

 "Apakah mereka tidak mentadabbur al-Qur’an? Atau apakah hati mereka telah terkunci?"


  Bila hanya membaca saja  tanpa memahami dan merenung, itu maknanya adalah tanda hati tertutup atau terkunci.  

     Bila bilik terkunci , barang-barang tak boleh dibawa keluar atau dibawa masuk.  Manakala bila hati terkunci, dosa-dosa tak dapat dikeluarkan atau diampunkan dan hidayah pula tak dapat masuk ke dalam hati. Itulah akibatnya bila kita tak faham dan tak tadabbur alquran. Hidayah tak datang dan dosa-dosa tak diampunkan




Dalil ke 3: 

Surah Al-Baqarah (2): Ayat 121


 "Orang-orang yang telah Kami beri al-Kitab, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya (ḥaqqa tilawatih), mereka itulah yang beriman kepadanya..."


  Menurut tafsir para ulama, “ḥaqqa tilawatih” bermaksud:

-   Membaca

-  Memahami

-  Mengamalkan

   Jadi , al quran itu bukan sekadar dibaca dengan betul, tetapi difahami isinya dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan. 


Dalil ke 4:

 Sabda Nabi ﷺ

 "Al-Qur’an akan menjadi hujah untukmu atau hujah ke atasmu."
(HR. Muslim no 223)


Hadis ini bermaksud:

    Al-Qur’an akan menjadi saksi yang membela atau menyalahkan seseorang pada Hari Kiamat, bergantung kepada bagaimana dia berinteraksi dengannya.


 Jika seseorang:

-    Membaca al-Qur’an

-    Memahami isi kandungannya

-    Mengimani dan mengamalkan nya

    Maka al-Qur’an akan menjadi hujah baginya (menyelamatkannya) di akhirat.  Al quran berkata nanti, "Si fulan membaca ku dan beramal denganku, maka aku akan memberi syafaat kepadanya."  Lalu ia pun diselamatkan dari azab neraka.




Tetapi jika seseorang:

-   Mengabaikan membaca al-Qur’an

-   Tidak memahami atau tidak peduli dengan ajaran al-Qur’an

-   atau menolak atau melanggar perintahnya

    Maka al-Qur’an akan menjadi hujah ke atasnya (menyalahkannya) di akhirat.  Al quran akan ber kata, "Si fulan membacaku tapi tak beramal denganku."  Lalu ia bersalah dan dihukum.


   Imam Nawawi (rahimahullah) menjelaskan tentang hadis ini:

    "Maksudnya: al-Qur’an akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya, dan akan menyalahkan orang yang meninggalkannya atau tidak mengamalkannya."

(Syarh Sahih Muslim, Imam Nawawi)



Dalil tambahan dari al-Qur’an:

Surah al-Furqan (25): 30


 "Dan berkatalah Rasul (Muhammad): 'Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku menjadikan al-Qur’an ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan (mahjūrā)."



Maksud “mahjūrā” dalam tafsir Qurthubi

   Al‑Qurthubi serta para ulama seperti Ibnu Kathir, Sayyid Qutb, dan Ibnu al-Qayyim menyatakan bahawa “mahjura” bermakna:

a)   Ditinggalkan — tidak diamalkan, tidak diperhatikan

b)  Tidak ditadabbur — tidak difahami dan direnungkan maknanya

c)  Tidak dijadikan rujukan dalam kehidupan

d)   Dihalangi — dibisukan atau diabaikan apabila dibacakan, sebagaimana perlakuan orang-orang kafir Quraisy  .



   Ibn al-Qayyim menambah bahawa “mahjura” mencakupi lima bentuk:

-   Gagal mendengar dan membaca dengan penuh kesungguhan

-   Tahu hukum halal/haram tetapi tidak mengindahkannya

-   Tidak memikir makna dan hukum al-Qur’an

-   Gagal menjadikan al-Qur’an sebagai rujukan syariat

-    Tidak menggunakan al-Qur’an sebagai ubat rohani  



Peranan dan Teguran Nabi ﷺ

   Rasulullah ﷺ menjadikan ayat ini doa dan keluhan kepada Allah, yang menunjukkan betapa menakutkan sikap mengabaikan al-Qur’an:

   Ini bermakna al quran  bukan sekadar bacaan, tetapi sepatutnya menjadi panduan hidup dan perisai jiwa.



Pendekatan Yang Benar

     Jadi,  apa pendekatan yang benar terhadap al-Qur’an?  Iaitu al quran harus di:

1. Tilawah (bacaan) – dengan tajwid dan adab.

2. Tafahhum (memahami makna) – baca terjemahan dan belajar tafsirnya.

3. Tadabbur (renung dan hayati isi) – fikirkan mesej yang Allah hendak sampaikan.

4. Amal (ikut dan patuhi) – jadikan panduan hidup seharian.

5. Tazakkur (ambil pengajaran dan peringatan).



Kesalahan Umum:

   Ramai orang membetulkan dan menghiasi bacaan al qurannya,  tetapi mengabaikan perintah dan larangan yang ada dalam al-Qur’an. Iaitu  mereka indahkan  suara bacaannya tetapi tidak menjaga solat dan akhlak,  tidak takut dengan azab neraka,  cinta dunia, mengejar kemewahan dan sebagainya.  Sedangkan al-Qur’an diturunkan untuk membentuk peribadi  yang mengikut sunnah nabi, bukan sekadar suara bacaan yang cantik.



Kesimpulan:

   Al-Qur’an bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan — tetapi untuk dijadikan panduan hidup.

   “Jangan jadikan al-Qur’an seperti lagu,
tetapi jadikan al-Qur’an sebagai jalan.”



Semoga bermenafaat dan sampaikan kepada orang lain.





Padang Jawa.
18/6/2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...