Langkau ke kandungan utama

54) BERAPA HARGA SATU KENCINGAN?

Bismillah.
Assalamualaikum,  




      Kalau ada orang menawarkan gaji rm1000 sehari , anda mahu? Kerjanya halal 2 jam sehari. 

       Pernahkah kita fikir ada yang memberi lebih rm1000 kepada kita setiap hari?

        Kedua-dua mata kita yang sihat, kedua-dua telinga kita dan kedua-dua  tangan kita jika diharga kan dengan wang berapa harganya?


       Kalau ada orang  minta nak membeli satu biji  mata kita rm 1 juta , mahu kita menjualnya? Jika dua biji mata 2 juta! Belum lagi jantung kita  paru-paru kita, ginjal kita dan lain-lain lagi . Berapa jumlahnya jika di duitkan  Tapi semua itu bekerja untuk kita setiap hari secara percuma . Bertahun-tahun tanpa kita sedari .


      Bahkan kita boleh buang air kecil itu satu nikmat yang sangat  mahal harganya. Satu orang lelaki jutawan masuk hospital kerana dia tidak boleh kencing. Berhari-hari tidak boleh kencing. Sakit. Setelah di bedah  baru boleh kencing. Bila di beri kan bill pembedahan itu berjumlah rm10 ribu, dia terus menangis. Kenapa dia menangis? Padahal dia orang kaya yang ada wang!

        Dia menangis kerana baru dia sedar satu kali kencing saja  harganya rm10 ribu. Dia sudah  kencing 50 tahun lamanya tanpa bayar apa-apa. Ternyata begini harganya satu kali kencing saja. Jika 50 tahun? Mahalnya nikmat Tuhan....

Apa Yang Allah Minta?

      Namun itulah yang diberi Allah kepada kita. Setiap hari , semenjak kita dilahirkan. Semua organ kita bekerja untuk kita siang malam  tanpa rehat. Tapi apa yang diminta Allah kepada kita?


       Adakah kita disuruh solat 24 jam? Adakah? Tidak , cuma 5 kali sehari!

     Satu kali solat dengan solat sunatnya semua katakanlah 20 minit. Jadi sehari 100 minit semuanya. Tak sampai 2 jam . 100 minit itu yang Allah minta dari kita. Tapi Allah bagi kita kemudahan yang tak terkira harganya. 


       Lantas apa alasan  kita tidak mahu solat atau melalaikan solat? Sudah diberi segalanya oleh Allah s.w.t.Terus apa lagi alasan kita? Apalagi alasan kita bermalas-malasan dengan solat? Melambat-lambatkan solat?


Penyesalan Di Akhirat.

      Jangan sampai kita menyesal nanti di akhirat.  Penyesalan  di akhirat tiada gunanya. Kalau mahu menyesal,  sekarang. Sekaranglah  waktunya untuk perbaiki  diri. Ketika Allah menceritakan perbualan penghuni syurga dengan penghuni neraka dalam surah al Muddatsir: 42-43,
Al-Muddaththir:42 - "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, ahli syurga  berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?


Apa sebab merena masuk neraka?


Lihat surah al muddatsir:43,
Al-Muddaththir:43 - Orang-orang yang bersalah itu menjawab:  Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat."


       Kami masuk neraka kerana dulu kami tidak solat  jawab ahli neraka. Solat lah jawapan mereka  yang pertama. Bukan kerana miskin ,bukan kerana rumah kecil, bukan kerana bergaji kecil.

Kesimpulan .

       Mumpung  nyawa belum diambil dari kita, mari kita baiki diri. Solatlah diawal waktu , solat di masjid dengan cara yang benar mengikut cara nabi. Masa yang kita ada inilah sahaja....



Padang Jawa.
16/6/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...