Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,

Para salaf berpuasa ramadan
Para salafus soleh (generasi awal umat Islam) menunaikan puasa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menjadi kan ramadan sebagai bulan ibadah hati, akhlak, dan kehidupan.
Berikut gambaran amalan mereka:
1. Bersungguh-sungguh dalam Ibadah
Mereka menghidupkan Ramadan dengan solat malam, tilawah, dan doa.
Sesuai dengan hadis nabi,
Diriwayatkan daripada Abu Huraira رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan iman dan mengharap pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Hadis ini menunjukkan keutamaan qiamullail, tarawih, dan ibadah malam dalam bulan Ramadan.
Contohnya:
Hasan al-Basri berkata:
“Ramadan dicipta untuk membaca al-Quran dan memberi makan orang miskin.”
Oleh itu mereka memperbanyak:
> Qiamullail
> Witir
> Istighfar
> Doa sebelum berbuka
2. Fokus Kepada Al-Quran
Ramadan bagi mereka ialah bulan Al-Quran, bukan bulan hiburan.
Sesuai dengan hadis nabi:
Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:
كَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ يَلْقَى النَّبِيَّ ﷺ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ
“Jibril عليه السلام bertemu Rasulullah ﷺ pada setiap malam di bulan Ramadan, lalu mereka saling mengulang bacaan Al-Quran.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Antara contoh:
Imam Malik meninggalkan majlis ilmu dan fokus membaca Al-Quran.
Sufyan al-Thawri memperbanyak tilawah dalam bulan Ramadan.
Ada yang khatam Al-Quran berkali-kali sepanjang Ramadan.
3. Menjaga Akhlak dan Lidah
Puasa mereka bukan sekadar puasa zahir, tetapi juga batin. Sesuai dengan hadis nabi.
Rasulullah ﷺ bersabda ,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak berhajat kepada puasanya yang meninggalkan makan dan minum.”
( HR: Sahih al-Bukhari)
Oleh itu mereka menjaga:
> Lisan daripada mengumpat
> Hati daripada hasad
> Mata daripada maksiat
> Tangan daripada kezaliman
Kata sebahagian salaf:
“Puasa bukan hanya meninggal kan makan, tetapi meninggalkan dosa.”
4. Takut Jika Puasa Tidak Diterima
Walaupun kuat ibadah, mereka takut amal mereka ditolak.
Sesuai dengan hadis Rasulullah ﷺ
Diriwayatkan daripada Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata:
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَنْ قَوْلِ اللَّهِ:
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
أَهُمْ الَّذِينَ يَزْنُونَ وَيَسْرِقُونَ؟
قَالَ: لَا يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ، وَلَكِنَّهُمْ الَّذِينَ يُصَلُّونَ وَيَصُومُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ، وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لَا يُتَقَبَّلَ مِنْهُمْ
Aisyah berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang ayat:
‘Dan orang-orang yang memberikan apa yang mereka berikan, sedangkan hati mereka takut…’
(Al-Mu’minun: 60)
Adakah mereka itu orang yang mencuri dan berzina?”
Baginda bersabda:
“Tidak, wahai anak Abu Bakar. Mereka ialah orang yang solat, puasa, dan bersedekah, tetapi mereka takut amalan mereka tidak diterima oleh Allah.”
(Riwayat Jami` at-Tirmidhi)
Contohnya:
Abdullah ibn Umar lebih risau tentang penerimaan amal daripada banyaknya ibadah.
Selepas Ramadan, mereka terus berdoa agar Allah menerima amalan mereka.
5. Banyak Bersedekah dan Membantu Orang
Ramadan mereka dipenuhi dengan kebaikan. Seperti:
> Memberi makanan berbuka
> Menolong fakir miskin
> Memudahkan urusan orang
Sesuai dengan hadis nabi,
Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ
“Rasulullah ﷺ adalah manusia yang paling pemurah, dan Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Contohnya:
Imam Ahmad ibn Hanbal sangat menjaga hak orang miskin dalam bulan Ramadan.
Kerana mereka faham, puasa melahirkan rasa kasih kepada orang susah.
6. Menyambut Ramadan dengan Persediaan Hati
Para salaf bersedia sebelum Ramadan tiba lagi. Antara amalan mereka:
> Berdoa 6 bulan sebelum Ramadan agar dipertemukan dengannya
> Berdoa 6 bulan selepasnya agar diterima amal
Ini sesuai dengan hadis nabi:
Rasulullah ﷺ berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
(Riwayat Musnad Ahmad)
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah ﷺ bersedia lebih awal dengan doa dan harapan untuk bertemu Ramadan.
Ini menunjukkan betapa berharga nya Ramadan bagi mereka.
Kesimpulan
Cara salaf berpuasa Ramadan boleh diringkaskan:
> Puasa dengan iman dan ikhlas
> Hidupkan malam dengan ibadah
> Rapat dengan Al-Quran
> Jaga akhlak dan dosa
> Banyak sedekah
> Takut amal ditolak
Mereka menjadikan Ramadan sebagai madrasah taqwa, bukan sekadar rutin tahunan.
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan kepada orang lain.
Klang.
15/2/26
Ulasan
Catat Ulasan