Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Allah berfirman,
(Al A'raf:36)
Apa maksud mendustakan ayat-ayat al quran?
Mendustakan ayat-ayat al-Qur’an bermaksud menolak kebenaran al-Qur’an dengan sengaja setelah ia sampai dan difahami. Mendusta kan sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Ianya termasuk:
> Tidak percaya al-Qur’an dari Allah
> Mengatakan ayat al-Qur’an tidak benar / sudah lapuk
> Mengejek atau meremehkan ajarannya
> Tahu hukum al-Qur’an tetapi sengaja menolaknya
Tetapi tidak dikatakan mendusta-
kan jika:
> Tidak tahu (jahil) tentang al quran
> Salah faham
> Belum sampai hujah dengan jelas
Allah Mengazab
Allah mengazab orang yang mendustakan al-Qur’an. Adakah itu zalim atau kejam?
Tidak. Tetapi kerana keadilan, hikmah, dan kebenaran-Nya.
Ini penjelasannya yang boleh difahami melalui beberapa sudut utama:
1. Al-Qur’an adalah kebenaran dari Allah
Al-Qur’an datang sebagai petunjuk, peringatan dan rahmat.
Apabila seseorang mendustakan nya dengan sengaja, bererti dia menolak kebenaran setelah sampai hujah kepadanya.
Ini boleh dijelaskan lagi secara berperingkat dan mudah:
i) Al-Qur’an sebagai petunjuk
Al-Qur’an menunjukkan:
> Jalan benar dan yang salah
> Cara hidup yang diredhai Allah
> Panduan akidah, ibadah dan akhlak
Ia seperti peta. Orang yang mengikutnya akan sampai ke tujuan (redha Allah).
Jadi, jika al quran yang sebagai peta ini didustakan, maka hidupnya pasti sesat.
ii) Al-Qur’an sebagai peringatan
Al-Qur’an mengingatkan manusia tentang:
> Dosa dan akibatnya
> Azab neraka dan nikmat syurga
> Kisah umat terdahulu yang binasa kerana ingkar
Peringatan ini bertujuan menyelamatkan manusia, bukan menakut-nakutkan semata-mata.
Jika al quran didustakan, maka peringatan ini tidak berguna bagi mereka. Akhirnya ia boleh membawa hidupnya sengsara di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, kerana ia tidak mengendahkan peringatan.
iii) Al-Qur’an sebagai rahmat
Al-Qur’an membawa rahmat kerana:
> Mengajar manusia supaya bertaubat
> Membetulkan kesalahan
> Menenangkan hati
> Membawa keberkatan hidup
Ia adalah kasih sayang Allah kepada manusia. Maka jika ia didustakan, ia akan kehilangan rahmat dan kasih sayang Allah.
iv) Mendustakannya dengan sengaja
Apabila seseorang:
> Sudah tahu al-Qur’an itu benar
> Sudah faham maksud dan hujahnya
> Sudah jelas dalil dan peringatannya
Tetapi tetap:
> Menolak
> Mengingkari
> Meremehkan
> Tidak mahu tunduk
Maka ini dinamakan mendustakan dengan sengaja, bukan kerana tidak tahu. Akibatnya, ia kehilangan semua kebaikan dari al quran, kehilangan peluang ke syurga dan semestinya azab menantinya.
v) Menolak kebenaran setelah hujah sampai
Hujah bermaksud bukti dan penjelasan yang cukup. Apabila hujah tentang kebenaran al quran telah sampai dengan cara:
> Rasul telah menyampaikan melalui hadisnya
> Al-Qur’an telah dibaca dan difahami
> Kebenaran sudah jelas
Namun tetap menolak, maka itu adalah satu keingkaran dan kesombongan.
Firman Allah:
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya?”
(Surah al-An‘ām: 157)
Oleh itu, azab datang bukan tanpa sebab, tetapi kerana mereka menolak kebenaran yang sudah jelas.
2. Mendustakan al-Qur’an bermakna mendustakan Allah
Al-Qur’an adalah kalam Allah. Mendustakannya bermakna:
> Mengingkari kekuasaan Allah
> Menolak perintah dan larangan-Nya
> Meremehkan hak Allah untuk ditaati
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri daripadanya, tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula ia masuk ke syurga."...
(Surah al-A‘rāf: 40)
Bila al quran didustakan, maka itulah punca utama azab . Kerana ia menunjukkan kesombongan dan keingkaran, bukan semata-mata kejahilan.
3. Hujah telah sampai, tetapi tetap ingkar
Allah tidak mengazab sebelum memberi peringatan. Ini berdasarkan firman Allah:
.....“Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”
(Surah al-Isrā’: 15)
Maka, apabila al-Qur’an telah diturunkan dan sudah di sampaikan, manusia akan tahu:
> Ada ayat ancaman
> Ada janji syurga
> Ada kisah umat terdahulu
Namun jika ia tetap didustakan , maka azab menjadi adil dan wajar kepada mereka.
4. Mendustakan al-Qur’an merosakkan diri dan masyarakat
Firman Allah:
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia…......”
(Surah ar-Rūm: 41)
Mendustakan al-Qur’an akan merosakkan diri dan masyarakat. Ini kerana al-Qur’an ialah sumber petunjuk, nilai dan undang-undang hidup manusia. Apabila ia ditolak atau dinafikan, kesannya sangat besar:
i) Kerosakan pada diri individu
a) Hilang petunjuk hidup
Al-Qur’an membimbing akidah, ibadah dan akhlak.
Mendustakannya menyebabkan hidup tanpa arah, mudah sesat dan keliru antara benar dan salah.
b) Rosaknya hati dan akhlak
Bila enggan menjadikan al quran sebagai panduan , hati menjadi keras, sombong dan enggan menerima kebenaran. Akhlak seperti amanah, jujur dan adil semakin terhakis.
c) Hidup tanpa keberkatan
Walaupun nampak senang, hidup terasa sempit, gelisah dan tidak tenang kerana jauh daripada petunjuk Allah iaitu al quran
ii) Kerosakan pada masyarakat
a) Nilai moral runtuh
Apabila al-Qur’an tidak dijadikan rujukan, maksiat dianggap biasa, dosa tidak lagi dirasakan salah.
b) Ketidakadilan dan penindasan
Al-Qur’an menegakkan keadilan. Mendustakannya membuka ruang kepada rasuah, zalim dan penyalahgunaan kuasa.
c) Perpecahan dan huru-hara
Al-Qur’an menyeru perpaduan dan kasih sayang. Tanpanya, masyarakat mudah berpecah kerana nafsu dan kepentingan diri.
5. Kesan akhir yang paling berat
Kesan akhir yang paling berat bagi orang yang mendustakan al-Qur’an ialah mendapat azab Allah, kerana mereka menolak kebenaran selepas sampai hujah. Hal ini ditegaskan dengan jelas dalam al-Qur’an:
i) Azab neraka kerana mendustakan ayat Allah
Allah berfirman,
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami serta menyombongkan diri daripadanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Al-A‘raf: 36)
Ayat ini menunjukkan bahawa mendustakan al-Qur’an disertai kesombongan membawa kepada azab neraka yang kekal.
ii) Azab pedih sebagai balasan
(Surah Al-A‘raf: 165)
Allah menyebut secara khusus azab yang pedih sebagai balasan terhadap perbuatan mendustakan ayat-ayat-Nya.
iii) Mendustakan al-Qur’an adalah kezaliman terbesar
“Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya?”
(Surah Al-An‘am: 157)
Kezaliman besar ini tidak dibiarkan tanpa balasan, bahkan membawa kepada hukuman Allah.
iv) Azab di dunia dan akhirat
“Dan Kami tidak mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”
(Surah Al-Isrā’: 15)
Apabila al-Qur’an telah sampai melalui Rasul ﷺ, maka mendustakannya menyebabkan seseorang layak menerima azab, sama ada di dunia atau di akhirat.
6. Allah Maha Penyayang, tetapi juga Maha Adil
Walaupun seseorang mendusta kan al quran, meletakkannya dibelakang, tetapi Allah tidak tergesa-gesa mengazab. Kenapa?
Sebab:
> Diberi masa bertaubat
> Diberi peluang berfikir
> Diberi peringatan berulang kali
Firman Allah:
“Dan sekiranya Allah menyegerakan azab kepada manusia kerana kejahatan mereka, nescaya binasalah mereka semua…”
(Surah Yūnus: 11)
Jika Allah segerakan azabnya di dunia ini lagi, maka binasalah kita, habislah keturunan kita di dunia ini.
Tetapi azab hanya datang setelah manusia itu terus:
> Degil
> Berterusan mendustakan
> Menolak kebenaran hingga mati
Barulah azab Allah timpakan kepada kita. Itulah keadilan dan rahmat Allah.
Kesimpulan ringkas
Allah mengazab orang yang mendustakan al-Qur’an kerana:
> Al-Qur’an adalah kebenaran mutlak
> Mereka menolak hujah yang jelas
> bermakna ia mendustakan Allah dan rasul-Nya
> itu tanda kesombongan dan keingkaran berterusan
> Keadilan Allah menuntut balasan
> Allah tidak zalim kepada manusia, tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
(Surah Yūnus: 44)
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.
Klang.
21/1/26
Ulasan
Catat Ulasan