Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum


Apa maksud hidayah milik Allah?
Maksud “hidayah milik Allah” ialah:
Petunjuk untuk beriman, memahami kebenaran, dan istiqamah di atas jalan yang benar hanya diberikan oleh Allah, bukan ditentukan oleh manusia, keturunan, kepandaian, atau usaha semata-mata.
Manusia hanya mampu menyampaikan, menasihati, dan berusaha, tetapi membuka hati adalah hak Allah sepenuhnya.
Dalil al-Quran:
1. Allah sahaja yang memberi hidayah
Dalil al quran:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah al-Qasas: 56)
Ayat ini turun berkaitan Abu Talib. Walaupun Nabi ﷺ sangat menginginkan keislamannya, hidayah tetap milik Allah, bukan milik Nabi ﷺ. Nabi tidak mampu membuka pintu hati seseorang kepada hidayah Allah.
2. Tugas manusia hanya menyampaikan
Dalil al quran:
“Sesungguhnya tugasmu hanyalah menyampaikan, dan Kamilah yang menghisab.”
(Surah ar-Ra‘d: 40)
Seseorang hanya dapat memberitahu, menyampaikan ilmu dan kesedaran. Tetapi hidayah tetap dari Allah. Ini menunjukkan bahawa penyampaian bukanlah bermakna pemberian hidayah, bahkan ia hanya setakat pengetahuan dan ilmu sahaja.
3. Allah membuka dan menutup pintu hati
Dalil al quran:
“Sesiapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayah, Dia lapangkan dadanya untuk menerima Islam.”
(Surah al-An‘ām: 125)
Hidayah itu tanda Allah membuka pintu hati seseorang.
Apabila Allah mengkehendaki kebaikan untuk seseorang, Dia melapangkan dadanya:
> mudah menerima kebenaran
> tenang dengan ajaran Islam
> tidak berat melakukan ketaatan
Sebaliknya, hati yang sempit:
> terasa Islam membebankan
> sukar menerima nasihat
> cenderung menolak kebenaran
Bermakna ia jauh dari hidayah Allah.
Nabi memohon hidayah.
Dalil Hadis:
Nabi ﷺ sendiri berdoa memohon hidayah.
Rasulullah ﷺ berdoa:
«يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ»
“Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
(Riwayat al-Tirmizi – hasan sahih)
Jika Nabi ﷺ sendiri memohon hidayah dan ketetapan iman, apatah lagi kita, sepatutnya lebih banyak lagi memohon hidayah dari Allah.
Sebab itu juga, doa paling penting dalam hidup ialah:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
(Surah al-Fatihah: 6)
Bila hidayah milik Allah, adakah kita serahkan kepada Allah saja tanpa usaha ?
Soalan ini sangat penting kerana ia melibatkan keseimbangan antara takdir dan usaha dalam Islam.
Jawapan ringkasnya:
Tidak. Hidayah tidak boleh diserahkan kepada Allah semata-mata tanpa usaha. Kerana walaupun hidayah milik Allah, tetapi mencarinya adalah tanggungjawab manusia.
Islam menolak sikap pasrah tanpa usaha (fatalisme).
Ini penjelasannya:
1. Allah perintahkan usaha, bukan pasrah sahaja.
Dalil al-Quran:
“Dan orang-orang yang bersungguh -sungguh berusaha di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”.....
(Surah al-‘Ankabūt: 69)
Maksud ayat ini ialah:
Hidayah diberikan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mencari kebenaran dan ketaatan. Apabila seseorang:
> berusaha taat walaupun susah
> melawan hawa nafsu
> istiqamah mencari ilmu dan amal
maka Allah menjanjikan hidayah dan petunjuk yang berterusan. Allah tidak memungkiri janjiNya.
“Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”
(Surah Āli ‘Imrān: 9)
2. Allah tidak mengubah keadaan tanpa usaha manusia
Dalil al-Quran:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
(Surah ar-Ra‘d: 11)
Maksud ayat ini ialah:
Perubahan nasib bermula daripada perubahan diri.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum — sama ada dari sempit kepada lapang atau sebaliknya — selagi mereka tidak mengubah iman, sikap, dan amalan mereka sendiri.
Jika hanya berserah kepada takdir, ayat ini tidak bermakna.
3. Nabi ﷺ menolak fahaman “takdir tanpa usaha”
Dalil Hadis:
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, adakah kami hanya berserah kepada apa yang telah ditakdirkan dan meninggalkan amal?”
Nabi ﷺ menjawab: «اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ»
“Beramallah! Setiap orang akan dimudahkan kepada apa yang dia diciptakan untuknya.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Nabi ﷺ memerintahkan amal, berusaha, bukan duduk menunggu takdir.
4. Hidayah boleh ditarik kerana sikap manusia
Dalil al-Quran:
“Tatkala mereka menyimpang, Allah pun memesongkan hati mereka.”
(Surah as-Saff: 5)
Penyimpangan bermula daripada manusia. Bila manusia sendiri menolak atau berpaling dari hidayah maka kemudian Allah menghukum dengan memesongkan hati mereka.
Iaitu apabila seseorang:
> sengaja menolak kebenaran
> berterusan dalam maksiat
> enggan bertaubat walaupun tahu
Maka Allah menarik hidayah dan membiarkan hatinya semakin jauh daripada kebenaran.
5. Nabi ﷺ berusaha berdakwah walaupun hidayah milik Allah
Jika hidayah hanya diserahkan kepada takdir:
> Nabi ﷺ tidak perlu berdakwah
> Sahabat tidak perlu berjihad
> Tidak perlu nasihat, ilmu, amar makruf nahi mungkar
Namun Allah berfirman:
“Serulah ke jalan Tuhanmu.”
(Surah an-Nahl: 125)
Dakwah adalah usaha, hidayah adalah hasil di tangan Allah.
Kesimpulan
Hidayah bukan untuk ditunggu, tetapi untuk dicari. Kita perlu:
i) Berusaha (ilmu, amal, taubat)
ii) Berdoa memohon hidayah
Sebagaimana doa Nabi
ﷺ: «اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي»
“Ya Allah, berilah aku hidayah dan bimbinglah aku ke jalan yang benar.”
(Riwayat Muslim)
iii) Bertawakal kepada Allah atas hasilnya
Adakah berdosa jika kita tidak berusaha mencari hidayah?
Ya, berdosa jika seseorang sengaja tidak berusaha mencari atau mendapatkan hidayah, sedangkan kebenaran telah sampai kepadanya dan dia mampu berusaha. Ini kerana Islam mewajibkan usaha mencari kebenaran, bukan sekadar pasrah kepada takdir.
Ini penjelasannya dengan dalil:
1. Allah mencela orang yang berpaling, bukan orang yang jahil
Dalil al-Quran:
“Dan orang-orang kafir itu berpaling daripada apa yang telah diberi peringatan kepada mereka.”
(Surah al-Aḥqāf: 3)
Iaitu mereka berdosa bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana berpaling setelah diberi peringatan.
Sudah belajar, sudah ada ilmu, tapi masih tidak mahu tunduk kepada Allah. Inilah yang dicela oleh Allah.
2. Sengaja menutup hati adalah sebab dosa
Dalil al-Quran:
“Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?”
(Surah al-Jāthiyah: 23)
Mengikuti hawa nafsu atau akal fikiran yang tak berlandaskan dalil quran atau sunnah, hingga enggan mencari hidayah adalah kesalahan moral dan dosa.
3. Allah mengunci hati kerana sikap manusia
Dalil al-Quran:
“Allah telah mengunci hati mereka.”
(Surah al-Baqarah: 7)
Tafsir ulama:
Penguncian ini bukan tanpa sebab, tetapi akibat keengganan berterusan menerima kebenaran.
4. Menuntut ilmu adalah kewajipan
Dalil Hadis:
Rasulullah ﷺ bersabda:
«طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ»
“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.”
(Riwayat Ibn Mājah – hasan)
Ilmu adalah jalan utama kepada hidayah Allah. Sedangkan menuntut ilmu itu wajib. Maka, meninggalkan kewajipan adalah
berdosa.
5. Allah mencela sikap “tidak mahu berfikir”
Dalil al-Quran:
.....“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami.”
(Surah al-A‘rāf: 179)
Tidak menggunakan akal dan hati untuk mencari kebenaran adalah kelalaian yang berdosa.
Kaedah Penting (Usul Fiqh):
“Apa yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia juga menjadi wajib.”
Hidayah (iman dan amal) adalah wajib kerana kita wajib mengenal Pencipta kita. Maka , usaha mendapatkannya juga menjadi wajib.
Kesimpulan
i) Tidak berdosa jika benar-benar jahil dan belum sampai dakwah
ii) Berdosa jika sengaja tidak mahu berusaha
iii) Berdosa jika menolak kebenaran selepas mengetahuinya
iv) Sikap atau fikiran:
“Kalau Allah nak beri hidayah, Dia bagi sendiri”
adalah alasan yang dicela al-Quran.
v) Doa yang mengajar kita berusaha.
Nabi ﷺ mengajar kita berdoa: «اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي»
“Ya Allah, berilah aku hidayah dan bimbinglah aku ke jalan yang benar.”
(Riwayat Muslim)
Doa ini menunjukkan usaha + harapan + tawakal.
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.
Padang Jawa.
19/1/26
Ulasan
Catat Ulasan