Berikut adalah 10 dosa yang sering dilakukan tanpa disedari oleh ramai orang — termasuk yang dianggap "biasa" dalam masyarakat, tapi sebenarnya berdosa di sisi Allah
1. Mengumpat atau Mengata Orang di Belakang
Ramai orang menganggap ia hanya sekadar “berbual kosong”, sembang-sembang petang, atau suka-suka, tapi sebenarnya ia membuat dosa yang besar bila ia menceritakan tentang aib manusia lain atau membawa cerita keburukan orang lain.
Dalil:
"...Janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati? ....."
(Surah Al-Hujurat: 12)
2. Mendengar Lagu atau drama yang Melalaikan
Iaitu mendengar lagu yang liriknya mendorong kepada maksiat, cinta haram, atau ada makna kufur yang didengar secara rutin. Atau menonton drama atau filem maksiat, cinta haram atau keganasan.
Dalil:
(Surah Luqman: 6)
Ibnu Mas'ud menafsirkan ‘lahwal-hadith’ itu sebagai muzik dan nyanyian. Bermakna muzik dan nyanyian buruk itu menyesatkan manusia dari jalan Allah.
Dalil Hadis:
"Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap apa yang didengarnya."
(HR. Muslim)
Penjelasan Hadis:
a) "Cukuplah dianggap berdusta":
Maksudnya:
Walaupun dia tidak sengaja berdusta, tapi kerana tidak menyaring apa yang disampaikan, maka dia terjatuh ke dalam dosa dusta bila ia memanjangkannya.
Islam sangat menekankan kesahihan maklumat, terutama yang melibatkan agama, maruah manusia atau urusan umum di mana ia boleh membawa akibat yang buruk.
b) "Menceritakan semua yang didengarnya":
Ini termasuk:
- Menyebar khabar angin
- Menyampaikan berita tanpa semakan
- Kongsi maklumat palsu di media sosial
- Cerita rekaan, gosip, dan fitnah
Zaman Sekarang: Relevan Lebih Besar
Di zaman media sosial dan mesej viral sekarang, hadis ini menjadi peringatan besar yang sangat relevan kepada kita semua.
Kerana ramai orang menyebar maklumat tanpa menyemak dahulu kebenarannya yang boleh menyebabkan:
- Fitnah
- Panik
- Kecelaruan
- Menjatuhkan maruah orang lain
Dalil Tambahan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa suatu berita, maka selidikilah dahulu..."
[Surah Al-Hujurat: 6]
4. Tidak Menutup Aurat dengan Sempurna
Dalil:
"Maka celakalah bagi orang yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya."
(Surah Al-Ma'un: 4–5)
7. Membuat Status atau Ucapan yang Menyinggung Agama
Ucapan seperti “penat la jadi orang Islam”, “kena tutup sana sini” — walaupun bergurau, ia boleh murtad tanpa sedar.
Atau katanya, " Kalau potong tangan pencuri, siapa nak bagi anak dia makan?"
Dalil:
"Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu memperolok-olok? Jangan kamu minta maaf, kamu telah kafir setelah beriman!"
(Surah At-Taubah: 65–66)
Orang yang mempermainkan agama samada sengaja atau tak sengaja maka ia berdosa.
8. Membiarkan Anak-Anak Jauh dari Agama
Seperti tidak mengajar anak solat, tutup aurat, berakhlak Islam. Sekurang-kurang nya ia menghantar anaknya mengaji agama, tauhid, akhkak dan lain-lain kepada orang yang pandai. Ibu bapa akan dipertanggungjawabkan dan berdosa jika lalai mendidik anak-anak. Dan dosa itu berpanjangan
Dalil:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka."
(Surah At-Tahrim: 6)
9. Bersentuhan Lelaki dan Perempuan Bukan Mahram
Berjabat tangan, bergambar berpeluk, atau duduk berdekatan tanpa keperluan syarie.
Dalil:
Sabda nabi s.a.w,
"Sesungguhnya kepala seseorang ditikam dengan jarum besi lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
(HR. At-Tabarani, sahih)
Yang dimaksudkan bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, tanpa ikatan perkahwinan, termasuk berjabat tangan.
Dalam Islam, menyentuh tanpa syahwat pun tetap haram, kerana ia membuka pintu kepada fitnah dan zina hati.
Perumpamaan "ditikam dengan jarum besi" menggambarkan kesakitan dan penderitaan yang sangat dahsyat – namun tetap lebih baik daripada menyentuh wanita ajnabi (bukan mahram).
Ini menunjukkan besarnya dosa bersentuhan dengan wanita ajnabi, walaupun mungkin dianggap ringan oleh sebahagian orang hari ini. Apalagi sentuhan yang menimbul kan syahwat.
10. Berkata Kesat atau Menyakiti Hati Orang
Kata-kata yang marah, sarkastik, atau menghina orang lain — walaupun “bergurau”. Ini juga dosa tanpa disedari.
Dalil:
Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya ada seseorang yang bercakap satu perkataan yang dia tidak anggap berat, tetapi disebabkan itu dia jatuh ke dalam neraka 70 tahun."
(HR. Tirmizi, sahih)
Penjelasan Hadis:
Maksud "Satu perkataan" itu ialah satu perkataan yang boleh jadi:
- Caci maki
- Ejekan
- Fitnah
Tiga perkara ini sering dilakukan oleh orang-orang politik .
- Menghina agama atau orang soleh
- Perkataan kufur
- Menyebar berita palsu
- Gurauan melampau yang menghina agama atau manusia
Kadang-kadang orang menganggap ia hanya gurauan atau tidak serius, tetapi di sisi Allah ia sangat besar.
Maksud "Tidak dianggap berat oleh orang itu" ialah, menunjukkan kelalaian, merasa ringan, atau tidak takut kepada akibatnya.
Maksud "Terjatuh ke dalam neraka 70 tahun":
Ia bukan bermakna 70 tahun masa dunia, tetapi menggambar kan dalam dan azabnya neraka, menunjukkan betapa beratnya kesan perkataan buruk tersebut.
Dalil lain yang menyokong:
Nabi SAW bersabda:
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
[HR. Bukhari dan Muslim]
Diam lebih baik daripada berkata buruk.
Kesimpulan.
Dosa yang tidak disedari sering berlaku kerana:
- Jahil ilmu agama
- Terikut budaya dan kawan
- Lalai dan tidak muhasabah diri.
Maka solusinya:
Supaya kita tidak jatuh ke dalam dosa yang tak disedari, maka :
- Selalu menuntut ilmu
- Selalu mohon ampun walaupun tak tahu dosa apa
- Amalkan doa:
اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت وما أنت أعلم به مني
"Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku zahirkan, dan apa yang Engkau lebih tahu dariku."
Ulasan
Catat Ulasan