Langkau ke kandungan utama

280) APA MAKNA ISLAM SUDAH SEMPURNA?

Bismillah






Agama Yang Allah redha

   Tuhan hanya satu. Walaupun orang kafir, tuhannya hanyalah yang satu itu. Iaitu Allah.  Dan apa agama yang Tuhan redha?

    Islam agama yang  Allah redha, dan hanya Islam. Islam sebagai agama  telah  Allah  sempurnakan.  Apa dalilnya?

   Rujuk kepada ayat berikut dalam al-Qur’an,  surah Al-Mā’idah (5): Ayat 3,


 "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu."
(Surah Al-Mā’idah, 5:3)



Islam Sudah Sempurna

     Islam sudah sempurna. Ini dapat dilihat pada    maksud ayat ,

1. “Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu”  ?

Maksudnya:

   Allah menyatakan bahawa agama Islam telah lengkap dan sempurna, tidak perlu lagi ditambah atau dikurang.

   Segala perkara yang berkaitan dengan akidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum jenayah, kekeluargaan dan pemerintahan telah dijelaskan secara menyeluruh.


 Apa Dalil yang Berkaitan?

 Iaitu surah An Nahl: 89,

 “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab (al-Qur’an) sebagai penjelas bagi segala sesuatu...”
(Surah An-Nahl 16:89)



   Allah berkata bahawa al-Qur’an mencakupi semua aspek yang diperlukan untuk manusia hidup sebagai hamba Allah. Baik hal-hal kehidupan di dunia mahupun hal-hal akhirat.


   Maka bila Islam sudah sempurna, tiada lagi Wahyu baru selepas Nabi Muhammad ﷺ. Kalau ada orang kata ia dapat wahyu, itu tentu salah dan menyeleweng.

    Ayat itu tadi diturunkan pada hari Arafah dalam Haji Wada’, tidak lama sebelum kewafatan Nabi ﷺ. 
Ini menandakan penyempurnaan syariat Islam dan penutup kepada risalah kenabian.

     Tentang kesempurnaan Islam dan jalan yang lurus, nabi juga ada jelaskan,

Sabda Nabi ﷺ:
  "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya: iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya."
— (Hadis sahih, riwayat Malik dan al-Hakim)

    Ini bermakna al quran , sebagai  pokok ajaran Islam dan juga sunnah nabi sebagai penerang kepada al quran,  sudah siap dan cukup untuk menjadi panduan umat manusia. 


    Maka bila Islam itu sudah sempurna, sudah cukup dan  sudah memadai, lalu kesannya ialah:


a). Tidak boleh menambah-nambah  dalam agama (seperti amalan yang Nabi ﷺ tidak lakukan). Seperti menambah sesuatu yang telah ditetapkan oleh nabi iaitu sunnahnya. 


b)   Tidak boleh mengubah hukum-hakam Islam yang telah ditetapkan. Apa-apa yang Allah haramkan ia tetap haram, apa-apa yang Allah  halalkan  ia tetap halal. 


c)   Segala keperluan hidup umat manusia untuk dunia dan akhirat telah pun diatur oleh Islam. Seperti mencari rezeki, jodoh, harta benda dan sebagainya.


   Oleh itu sebarang pindaan atau penambahan di dalam agama, itu di panggil bid'ah. Bid'ah dilarang oleh nabi dalam sabdanya ,

Sabda Nabi ﷺ:
   “Barang siapa mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini yang tidak ada asalnya, maka ia tertolak.”
— (Hadis sahih, Bukhari & Muslim)



   Islam telah lengkap dari semua aspek — akidah, ibadah, muamalah, akhlak, dan hukum-hakam.  

  Oleh itu, tidak boleh ada lagi tambahan atau pengurangan yang perlu dibuat. Segala yang diperlukan untuk mendapat keredhaan Allah telah pun ditetapkan.

    Kata Ibn Kathir berkenaan kesempurnaan Islam :

    "Ini adalah nikmat Allah yang paling besar kepada umat ini, kerana Dia telah menyempurnakan agama mereka dan tidak lagi mereka memerlukan agama selain Islam."

     Kemudian Allah  berkata lagi,


2. “Aku telah cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu”

    Allah beritahu bahawa Dia telah cukipkan ztau sempurnakan nikmag datkNya kepada mqnusia. Nikmat apa yanh Allah maksudkan?

    Nikmat itu adalah nikmat Islam. 
Ianya adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada manusia, iaitu agama Islam yang lengkap, sempurna, dan diredhai. Maka,
dengan kesempurnaan agama ini, Allah telah menyempurnakan hidayah dan bimbingan hidup untuk manusia.





Apa dalil lain yang menyokong bahawa Islam adalah nikmat terbesar?

    Iaitu di Surah Āli-‘Imrān (3): Ayat 164,


 "Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutus dalam kalangan mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri…"


  Ayat ini menerangkan bahawa utusan  Allah, Nabi Muhammad ﷺ adalah nikmat dan rahmat yang besar. Dan yang di bawa oleh nabi agama Islam. 

Dalil yang lain ialah,

Di surah Ad-Dhuha (93): Ayat 11


  "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut (bersyukur)."

   Sedangkan,  nikmat yang paling layak disyukuri ialah:

a)   Agama dan hidayah.  Sebab ia menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. 

    Bila  nikmat ( Islam)   sudah sempurna  manusia tidak perlu lagi mencari agama atau sistem lain, kerana sistem yang lain itu tidak akan sempurna seperti Islam.
Iaitu segala panduan kehidupan — ibadah, ekonomi, sosial, politik, undang-undang — telah pun cukup dan menyeluruh dalam Islam.  Tinggal kita pelajari dan amalkan saja untuk mendapat faedahnya. 


 Ibn Kathir berkata:

“Allah telah mencukupkan nikmat-Nya ke atas umat Islam dengan menjadikan agama mereka sempurna, dan tidak memerlukan tambahan selama-lamanya.”


b)  Nikmat hidayah dan keampunan

    Melalui Islam, Allah memberi nikmat keampunan dosa, ketenangan jiwa, petunjuk hidup dan janji syurga. Ianya hanya ada di dalam Islam, tidak ada di dalam agama lain. 

    Nikmat ini  tidak mampu diberikan oleh harta, kuasa atau dunia seisinya. 

    Allah menyambung kata-kataNya,



3. “Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”

   Allah memilih Islam sebagai satu-satunya agama yang sah dan diredhai.  Ini bermakna agama-agama lain tidak diterima dan tidak diredhai oleh Allah.

   Tidak ada agama lain yang diterima selepas kedatangan Islam. Sesiapa yang mencari selain Islam, amalannya tidak diterima, walau  sebanyak manapun kebaikan yang ia buat.


Apa Dalilnya?

 Iaitu di surah Āli ‘Imrān (3): Ayat 85


     "Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah Āli ‘Imrān, 3:85)


    Oleh itu, bila Islam itu adalah nikmat terbesar kepada manusia, dan ia pula sudah lengkap sempurna maka,  tiada keperluan untuk menambah atau mengubahnya. Bid’ah (menambah perkara baru dalam agama) adalah ditolak.


Apakah contoh penambahan itu?

    Berikut adalah beberapa contoh penambahan dalam agama (bid'ah) yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad ﷺ atau para sahabat, tetapi kemudian dilakukan oleh sebahagian umat Islam setelah zaman salaf:




 Contoh Bid'ah dalam Ibadah

1. Tahlil arwah yang ditetapkan hari tertentu (3, 7, 40, 100 hari, haul)

  Nabi ﷺ dan para sahabat tidak pernah menetapkan bacaan tahlil berjemaah pada hari-hari tertentu selepas kematian seseorang.

   Membaca al-Qur’an dan berdoa untuk si mati adalah dibolehkan secara umum, tetapi menetapkan waktu dan bentuk tertentu tanpa dalil adalah bid'ah.



2. Membaca zikir secara berjemaah dengan suara kuat selepas solat fardu secara tetap.

    Nabi ﷺ berzikir selepas solat, tetapi secara individu dan tidak berjemaah dengan suara kuat secara tetap.

   Zikir adalah ibadah, maka ia mesti ikut cara Nabi ﷺ.



3. Solat sunat Rejab dan Nisfu Sya’ban yang ditentukan dengan kelebihan khusus

   Tiada hadis sahih yang menyebut solat khas pada malam Nisfu Sya’ban atau bulan Rejab.

    Menetapkan kelebihan dan bentuk ibadah tertentu tanpa dalil adalah bid’ah.



4. Perayaan Maulid Nabi sebagai ibadah

    Nabi ﷺ tidak menyambut hari lahirnya sendiri, dan para sahabat juga tidak pernah menyambut maulid.

  Mengingati Nabi itu baik, tetapi menjadikan hari lahirnya sebagai ibadah atau perayaan khusus adalah rekaan baru.


5. Menetapkan bacaan surah tertentu dalam setiap solat fardu secara tetap

Contoh: Setiap maghrib mesti baca Surah Yasin.

    Membaca surah dalam solat adalah dibolehkan, tetapi menetapkan secara tetap tanpa dalil daripada Nabi ﷺ adalah bid’ah.

    Dan sebagainya.


Kaedah Penting Dalam Mengenal Bid'ah

Kaedah Fiqh: 
  
  "Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan tidak dianjurkan oleh baginda, maka ia adalah bid‘ah, walaupun ia kelihatan baik di mata manusia."


 Dalil Penolakan Bid'ah

     Nabi telah memperingatkan umat tentang perkara baru dalam agama.    Sabda Nabi ﷺ:

  “Barang siapa mengada-adakan dalam urusan agama kami ini sesuatu yang tidak daripadanya, maka ia tertolak.”
— (HR. Bukhari & Muslim)


Dan sabda nabi lagi,

“Setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
— (HR. Abu Dawud, Tirmizi, hasan sahih)


Benda Baik Apa salahnya?

   Ungkapan “Benda baik, apa salahnya walau Nabi tak buat?” kelihatan logik, tetapi bertentangan dengan prinsip asas dalam agama Islam, khususnya dalam bab ibadah.


Jawapan:
    Agama ini adalah berdasarkan wahyu, bukan logik semata-mata.

   Dalam Islam, perkara ibadah bukan dinilai semata-mata "nampak baik", tapi mesti ada dalil daripada al-Qur'an dan sunnah.


Prinsip
'Ibadah mesti berdasarkan Dalil, bukan rasa baik'

Dalil dari sabda Nabi ﷺ mengenainya,

   "Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami ini yang tidak daripadanya, maka ia tertolak."
— (Hadis sahih, Bukhari & Muslim)


Dalam riwayat lain:

   "Setiap amalan yang tidak ada perintahnya daripada kami, maka ia tertolak."
(HR. Muslim)



Maknanya:

     Walaupun sesuatu amalan itu kelihatan baik di mata manusia, jika ia tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ atau tidak disyariatkan, maka ia tetap ditolak.


Logik “benda baik” bukan hujah yang sah dalam agama

Contoh:

-   Menambah rakaat solat Subuh jadi 4 rakaat — niatnya baik, mahu lebih pahala

    Tapi Nabi ﷺ hanya solat 2 rakaat subuh, dan tidak pernah tambah.   Maka ia tetap salah, walaupun niatnya baik.




Dalil Penegasan al-Qur'an

      Allah tegaskan dalam al quran iaitu tentang agama Islam ini sudah sempurna. Sempurna bermakna tak perlu ditambah atau dikurangkan.  Allah berfirman yang bermaksud,
   
    "Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu..."
(Surah Al-Mā’idah, 5:3)


 Ini bermakna:

     Segala bentuk ibadah dan jalan mendekatkan diri kepada Allah sudah lengkap. Tiada keperluan tambah lagi atas alasan "benda baik".




Kata-kata  Ulama:

Imam Malik (rahimahullah) berkata:

   "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam Islam yang dia anggap baik, maka dia telah menuduh bahawa Muhammad ﷺ telah mengkhianati risalah, kerana Allah telah berfirman: 'Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu'."

(al-I’tisam oleh Imam al-Syatibi)



Kesimpulan Jawapan:

   "Benda baik" dalam agama mesti datang dari syariat, bukan dari akal atau perasaan.

    Jika Nabi ﷺ tidak buat, dan tiada dalil, maka kita juga tidak boleh buat — walaupun ia nampak baik.

 "Niat baik + cara salah = amalan tertolak."


Kesimpulan:

-    Bid’ah  adalah amalan baru dalam agama yang tidak ada asalnya dari Nabi ﷺ.

-     Mungkin niatnya baik, tetapi jika cara dan bentuknya tidak menepati sunnah, ia tetap tertolak.

-    Islam telah sempurna, maka kita wajib mengikut, bukan mereka-reka.



Nasihat Ikhlas Kepada Orang yang Melakukan Bid‘ah:

Saudaraku seakidah, ketahuilah...

   Agama Islam ini adalah agama yang telah sempurna, lengkap dan cukup — sebagaimana firman Allah:

   "Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu..."
(Surah Al-Mā’idah, 5:3)


     Setiap ibadah dan cara mendekatkan diri kepada Allah mesti ada sandaran dari al-Qur’an dan sunnah.

    Jika tidak, maka ia adalah perkara baru yang Nabi ﷺ tidak ajarkan, dan itulah yang disebut bid’ah.


   Bid’ah bukan perkara ringan, kerana ada teguran daripada nabi sendiri.

 Sabda Nabi ﷺ: 

   "Setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka."
(HR. an-Nasa’i, dinilai sahih oleh al-Albani)



Nabi tidak pernah bersabda:

    "Sebahagian bid’ah itu baik",
tetapi baginda menyebut secara umum: “Setiap bid’ah adalah sesat.”



 Kenapa kita menasihati?

   Bukan kerana benci atau merendah-rendahkan, tetapi kerana kami ingin engkau mengikut jalan Nabi ﷺ yang membawa ke syurga. Kerana, 

 "Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad ﷺ, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dalam agama."
(HR. Muslim)



Nasihat Ringkas:

1. Cinta kepada Nabi tidak cukup dengan niat sahaja. Ia mesti disertai dengan mengikuti sunnahnya.


2. Amalan yang tidak ada contoh dari Nabi ﷺ — walaupun niatnya baik — tetap tidak diterima.


3. Jika benar kita ikhlas mahu mendekatkan diri kepada Allah, maka berpeganglah kepada apa yang Nabi ajar, jangan tambah-tambah.




Semoga bermenafaat dan sampaikan kepada orang lain.






Klang.
18/6/2025





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...