Langkau ke kandungan utama

270) APA MAKSUD MELAMPAUI BATAS DALAM BERAGAMA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,







Setiap hal ada batasnya

       Dalam setiap hal, baik urusan dunia ataupun urusan akhirat ada tahap-tahap  yang menjadi batasnya. Jika kita melampaui batas itu, kita dikatakan orang yang bersalah atau orang yang melampui batas.  Kita kena berhenti setakat batas itu. 

      Dalam agama ada had-had atau batas-batas yang tidak boleh kita langgar. Jika kita langgar bermakna kita dipanggil melampaui batas atau ghuluw.


  Dalam Islam, larangan melampaui batas dalam beragama (ghuluw fid-din) adalah satu peringatan penting yang disebut dalam Al-Qur'an dan hadis. 


    "Melampaui batas" bermaksud melakukan sesuatu yang melebihi apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, sama ada dalam ibadah, keyakinan, atau hukum. Ia termasuk sikap terlalu ekstrem atau berlebihan sehingga menyalahi keseimbangan Islam.


Apakah dalil yang menunjukkan Allah larang melampaui batas? 

Dalilnya ialah dari:


1)  Surah an Nissa : 171


   Allah melarang ahli kitab  termasuk kita umat Islam dari melampau batas dalam beragama. Dengan firmanNya,

    


"Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu..."

(Surah An-Nisa’ 4:171)


2)  Hadis nabi s.a.w,

"Jauhilah oleh kalian sikap ghuluw (melampaui batas) dalam agama, karena sesungguhnya orang sebelum kamu binasa disebabkan mereka berlebih-lebihan dalam agama."

(HR. An-Nasa’i, no. 3059)




Contoh-contoh  Melampau Batas Dalam Beragama.

   Maksud "dalam beragama" ialah segala bentuk kepercayaan, amal ibadah, peraturan, dan cara hidup yang berkaitan dengan agama Islam.  Contohnya ialah:

1. Berlebihan dalam ibadah sehingga menyusahkan diri

  Contoh: Puasa setiap hari tanpa berbuka, solat malam tanpa tidur, meninggalkan urusan dunia sepenuhnya. 

      Ini dilarang oleh nabi melalui sabda  Nabi ﷺ  kepada tiga orang lelaki yang ingin beribadah secara ekstrem dengan teguran nya ,


“Barang siapa yang berpaling dari sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”

(HR. Bukhari & Muslim)

     Nabi solat malam dan nabi tidur, nabi puasa dan nabi berbuka  dan nabi beribadah tetapi nabi juga bekerja. inilah keseimbangan, tidak melampau batas.  Sesiapa yang tidak tidur , semata- mata hendak beribadah , contohnya, itu melampau batas. 


2. Mengharamkan apa yang dihalalkan tanpa dalil

   Apa  yang Allah halalkan , dia haramkan untuk dirinya. Seperti melarang makan daging, berkahwin, atau menikmati nikmat dunia dengan alasan ingin lebih "suci".  Pada hal Allah menghalalkan, tetapi dia mengharamkannya semata- mata ingin kononnya , menyucikan jiwa. 



3. Fanatik kepada mazhab atau guru secara membuta tuli

     ia hanya berpegang kepada satu mazhab, contohnya mazhab Syafie, Sehingga menolak pendapat yang benar yang datang dari mazhab lain.  Hanya kerana ia bukan dari kumpulan atau tokoh mereka.

      Pada hal, ada beberapa hal dalam feqh, kedua-dua mazhab adalah betul kerana mereka ada dalil yang sahih. Yang membezakannya adalah cara memahami atau menafsir dalil tersebut.  Tetapi jila kita tolak pegangan mazhab yang lain walaupun itu benar juga dari nabi, maka itu melampaui batas. 



4. Melampaui batas dalam berakidah


  Melampaui batas dalam berakidah bermaksud melanggar had yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya dalam perkara kepercayaan (iman) — sama ada dengan menambah, mengurang, atau menyeleweng daripada aqidah yang sahih. 


   Iaitu berlebih-lebihan dalam mempercayai sesuatu hingga keluar dari batas tauhid yang sebenar.


Contoh-Contoh Melampaui Batas Dalam Aqidah:

a. Mengangkat makhluk ke tahap Tuhan

  Seperti menyembah Nabi, wali, malaikat, atau tokoh agama.

   Atau memohon doa kepada selain Allah dengan kepercayaan makhluk itu boleh memberi manfaat atau mudarat sendiri.

Dalilnya,


 “Dan janganlah kamu mengatakan: 'Tiga.' Berhentilah, itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa…”
(Surah An-Nisa’ 4:171)

  Ini tentang kaum Nasrani yang melampaui batas terhadap Nabi Isa a.s.



b. Meyakini seseorang mengetahui hal ghaib

   Seperti mempercayai tok guru, wali, atau jin boleh tahu perkara ghaib seperti ajal, rezeki atau jodoh.

   Manusia tidak tahu hal yang ghaib kecuali  para nabi.  Dalil manusia tidak tahu hal ghaib,


 “Katakanlah: Tiada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib selain Allah.”
(Surah An-Naml 27:65)




c.  Taksub melampau terhadap manusia biasa

   Seperti menganggap syeikh atau gurunya  suci dan maksum.

   Juga menganggap fatwa seseorang lebih tinggi dari wahyu.

Dalilnya, 

“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain Allah…”
(Surah At-Taubah 9:31)

   Ulama tafsir seperti Ibn Kathir menjelaskan: mereka ditaati secara mutlak walau menyalahi wahyu.


d.  Menafikan sifat Allah atau menyamakan Allah dengan makhluk

   Seperti mengingkari bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.

   Atau menyamakan Allah dengan ciptaan ("Allah macam cahaya ", dsb.).

Dalilnya,


> “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah as Syura: 11)


5. Berlebih-lebihan dalam memuliakan seseorang hingga ke tahap melampaui kemanusiaan


   Maksudnya ialah mengangkat manusia — sama ada nabi, wali, guru, atau tokoh — kepada kedudukan yang hanya layak bagi Allah, seperti:

-  menganggap mereka maksum seperti nabi (tidak mungkin silap),

-   memberi kuasa ghaib kepada mereka,

-  menyembah atau meminta kepada mereka seperti memohon kepada Allah.


Contoh-contoh perbuatan ini:


a.  Menganggap Nabi Muhammad ﷺ mempunyai sifat ketuhanan

Contoh:

-   Percaya Nabi mengetahui semua perkara ghaib secara mutlak.

-   Mengatakan "Nabi hidup di alam roh dan mendengar semua doa kita dari mana-mana".

-   Menyanyi pujian seperti dalam sebahagian syair: "Jika tidak keranamu, ya Rasul, tidak dijadikan alam ini."

    Ini menyalahi hakikat bahawa Nabi ialah seorang hamba dan utusan, bukan Tuhan.


b. . Menganggap wali atau tok guru boleh beri rezeki, anak, jodoh

Contoh:

   Pergi ke kubur dan berkata: "Tolong sembuhkan aku", "tolong beri zuriat", seolah-olah wali itu berkuasa sendiri.

    Maka ini menyalahi tauhid rububiyyah (bahawa hanya Allah mentadbir urusan makhluk).


c. Taat secara membuta tuli tanpa mempedulikan wahyu

Contoh:

 -  Mengikut fatwa guru walaupun bertentangan dengan Al-Qur’an dan sunnah.

-   Menganggap cakap guru tidak boleh disanggah, walau jelas salah.


Ini seperti ayat:



 "Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain Allah..."

(Surah At-Taubah 9:31)

    Iaitu dengan mentaati mereka dalam hal yang melanggar syariat.

 

 d.  Memuji nabi s.a.w secara melampau


  Nabi ﷺ Melarang Umatnya Memujinya Melampau-Lampau:

Seperti sabdanya, 

   Janganlah kamu memujiku berlebihan seperti kaum Nasrani memuji Isa putera Maryam. Aku hanyalah hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya.”

(HR. Bukhari no. 3445)


   Ini menunjukkan bahawa cinta kepada Nabi pun mesti ada batas, dan dilarang mengangkat Baginda ke tahap ketuhanan seperti yang dilakukan oleh orang Kristian terhadap Nabi Isa a.s.



 Apa Batas Yang Sebenar?

          Dalam Islam, batas dalam beragama ialah berpegang kepada apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tanpa menambah atau menguranginya — inilah yang disebut sebagai jalan pertengahan (wasatiyyah).


  Islam bukan agama ekstrem — tidak terlalu longgar, dan tidak terlalu keras. Jalan yang seimbang inilah yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat.



 Dalil & Penjelasan:


a) .  Islam Adalah Umat Pertengahan (Wasatiyyah)

    Allah jelaskan hal ini dalam firman Nya,

 

> "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan (umat wasat), agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas kamu..."

(Surah Al-Baqarah 2:143)


 Wasat bermakna:

   Seimbang, adil, tidak melampau, tidak cuai, tidak keterlaluan dalam ibadah, aqidah, dan akhlak.



b)   Larangan Ghuluw (Melampau) Dalam Agama


Dalil larangan dalam al quran,


> "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu..."

(Surah An-Nisa’ 4:171)


Dan juga,


> "Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agamamu tanpa kebenaran..."

(Surah Al-Ma’idah 5:77)

     

   Ayat ini menyebut bagaimana kaum Nasrani melampau dalam memuliakan Nabi Isa a.s. hingga menyembahnya — sebagai peringatan kepada umat Islam agar tidak ulangi kesilapan itu.


c) Nabi ﷺ Larang Ibadah Yang Melampau


   Ini berdasarkan kisah tiga orang sahabat datang bertanya tentang ibadah Nabi ﷺ. Mereka rasa ibadah mereka masih kurang, lalu berniat:

-  seorang mahu puasa sepanjang masa tanpa berbuka,

-  seorang mahu tidak berkahwin selamanya,

-    seorang mahu bangun malam solat tanpa tidur.

Maka Nabi ﷺ bersabda:

     "Demi Allah! Aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya. Tapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat malam dan aku tidur, dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukan dari kalanganku."

(HR. Bukhari & Muslim)


   Ini menunjukkan Islam melarang berlebihan walaupun dalam ibadah, kerana:

-    ia boleh membebankan diri,

-    menyalahi sunnah,

-    dan menimbulkan fitnah.


d)    Nabi ﷺ Ajar Keseimbangan, Bukan Keras atau Longgar


   Dalilnya dari sabda nabi s.a.w,

    "Permudahkan, jangan menyusahkan. Beri khabar gembira, jangan menakut-nakutkan."

(HR. Bukhari & Muslim)


Nabi juga bersabda:

    "Sesungguhnya agama ini mudah. Dan tidaklah seseorang mempersulit agama melainkan dia akan kalah."

(HR. Bukhari)


Mempersulit agama bermakna:

-    Melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh syariat.

-    Berlebihan dalam amalan (ghuluw), meletakkan beban lebih daripada yang diperintahkan Allah dan Rasul.

-    Membuat agama terasa berat, hingga menghalang diri atau orang lain daripada istiqamah dan ketenangan dalam beribadah.


   Islam tidak suka sikap keras, tapi juga tidak meremehkan hukum. Ia jalan tengah antara dua ekstrem iaitu:

-   Tafrit (terlalu longgar),

-    Ifraat/Ghuluw (terlalu keras).



 Kesimpulan:

  

      Supaya tidak melampaui batas,, maka harus menjaga  batas dalam beragama . Iaitu dengan mengikuti syariat Allah dan Rasul ﷺ secara seimbang dan benar. Iaitu dengan mencontohi apa yang diamalkan oleh nabi dan para sahabatnya. Tidak lebih dan tidak kurang. Pendek kata, dengan mengikut sunnah nabi s.a.w.

    Islam adalah agama wasatiyyah . Ianya adil, seimbang, sesuai dengan fitrah manusia.  Tidaklah Islam itu mengajar umatnya menjadi seperti pendita nasrani yang tidak boleh berkahwin.

   Tidak  ekstrem ke kanan (berlebihan) dan ekstrem ke kiri (mengabaikan) .  Kedua-dua ekstrem itu adalah sesat.  Yang benar ialah mengikut sunnah nabi sepertimana di amal oleh para sahabat nsbi s.a.w. Bukan dengan beramal atau berakidah dengan sesuatu yang tidak ada contohnya dari nabi s.a.w.



Semoga bermenafaat dan sampaikan kepada orang lain.





Klang.
8/6/25
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...