Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,




Menolak Kebenaran
Kaum quraish telah menolak kebenaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. Walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh nabi tapi mereka tetap menolak. Antara perkara yg ditolak ialah:
1. Al quran,
Ia dikatakannya sebagai cerita-cerita dongeng dari dahulu kala
2. Hari kebangkitan
Tidak mungkin manusia yang mati boleh dihidupkan kembali.
3. Kenabian nabi Muhammad s.a.w.
Sedangkan dia orang biasa saja. Mengapa tak malaikat yang datang? Kata mereka.
Apa yang dibawa oleh nabi itu semua dongeng orang-orang dulu, kata mereka. Tapi Allah sudah jawab persoalan mereka dengan dalil qauli, dalam ayat surah qaf sebelum ini. Tapi mereka tetap menolak.
Maka, selepas itu, Allah suruh mereka berfikir dengan melihat langit , bagaimana Allah angkat langit itu diatas kepala mereka, tanpa tiang , ranpa retak sedikit pun, yang dibina sejak berjuta tahun lamanya, yang besarnya lebih besar dari manusia. Itupun Allah boleh buat , inikan pula benda lebih kecil dari itu, seperti menghidupkan orang yang telah mati. Itu lebih senang bagi Allah swt.
Dan Allah cipta pula bumi yang ada tumbuh-tumbuhan , ada sungai-sungai, ada kebun di atasnya. Yang mana tumbuhan itu hidup dengan Allah turunkan air hujan dari langit. Begitu juga mereka akan dibangkit kan nanti, seperti benih yang tumbuh itu.
Bila mereka terus menolak kenabian nabi s.a.w, dan apa yang dibawanya, walau sudah diberi dalil quran dan disuruh berfikir tentang kejadian langit dan bumi, maka kali ini Allah memberi ancaman pula kepada mereka seperti ayat 12 ini, hingga ke ayat 15,
Qaf ayat 12
Tafsir Surah Qāf:12
1. “قَبْلَهُمْ” (Sebelum mereka):
Merujuk kepada kaum Quraisy yang mendustakan Rasulullah ﷺ. Allah memberi peringatan bahawa kaum sebelum mereka juga pernah mendustakan para rasul lalu mereka ditimpa azab sebagai balasan.
2. “قَوْمُ نُوحٍ” (Kaum Nuh):
Kaum Nabi Nuh AS adalah antara yang paling awal mendustakan rasul. Mereka dibinasakan dengan banjir besar. Ini menunjukkan bahawa penolakan terhadap kebenaran adalah satu kesalahan berulang sejak zaman terdahulu.
3. “أَصْحَابُ الرَّسِّ” (Penduduk Ar-Rass):
Ada beberapa tafsiran tentang siapa mereka:
Ada ulama berkata mereka adalah kaum dari bangsa Thamud yang tinggal di sekitar perigi (الرَّسّ: sumur/perigi).
Pendapat lain menyebut mereka membunuh nabi mereka dan mencampakkan jasadnya ke dalam perigi.
Penduduk Ar-Rass adalah kaum yang ingkar dan sombong, lalu Allah binasakan mereka.
4. “ثَمُودُ” (Kaum Thamud):
Mereka adalah kaum Nabi Ṣāliḥ AS yang mendustakan ajaran beliau dan membunuh unta yang menjadi mukjizat. Mereka dihancurkan dengan pekikan dahsyat dari langit.
Dengan kisah-kisah pendustaan para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w ini, Allah dengan ayat ini nak memberi motivasi kepada nabi s.a.w yang dituduh macam-macam, bahawa nabi-nabi dulu juga kena tuduhan serupa.
Bagi orang kafir yang mendusta kan nabi, ini sebagai ayat yang menakutkan mereka.
Kemudian disambung dengan Ayat ke 13,
Tafsir ayat,
Ayat ini menyambung senarai kaum-kaum terdahulu yang mendustakan rasul dan akhirnya dibinasakan oleh Allah. Iaitu kaum,
1. “وَعَادٌ” (Kaum ‘Ād):
Mereka adalah kaum Nabi Hūd AS, terkenal dengan kekuatan fizikal dan binaan yang hebat di kawasan Al-Ahqāf (padang pasir).
Mereka mendustakan seruan tauhid Nabi Hūd dan terus hidup dalam keangkuhan serta kemewahan.
Allah membinasakan mereka dengan angin yang sangat sejuk dan kencang selama tujuh malam dan lapan hari yang memusnahkan semuanya (lihat Surah Al-Hāqqah:6-8).
2. Kaum Firaun.
Firaun ialah raja Mesir yang sangat angkuh dan mengaku sebagai tuhan (lihat Surah An-Nāzi‘āt:24).
Dia menindas Bani Israel dan menolak kerasulan Nabi Musa AS walaupun menyaksikan mukjizat nabi Musa a.s.
Allah membinasakan Firaun dan tenteranya di Laut Merah setelah mereka mengejar Nabi Musa dan pengikutnya (lihat Surah Al-Qasas:40).
3. “إِخْوَانُ لُوطٍ” (Kaum Lut / Saudara-saudara Lut):
Ini merujuk kepada kaum Nabi Lūṭ AS, penduduk Sodom dan Gomorrah.
Mereka terkenal dengan perbuatan homoseksual dan maksiat yang tidak pernah dilakukan umat sebelumnya.
Nabi Lut menyeru mereka kepada kesucian, tetapi mereka menolak dan mencela dakwahnya.
Akhirnya, Allah membinasakan mereka dengan hujan batu dan bumi yang diterbalikkan (lihat Surah Hud:82-83).
Ayat ke 14,
Ayat ini menyimpulkan senarai kaum terdahulu yang telah disebut dari ayat 12 hingga 14, semuanya kaum yang mendustakan para rasul, dan akhirnya mereka ditimpa azab yang dijanjikan.
Tafsir ayat:
1. "وَأَصْحَٰبُ ٱلْأَيْكَةِ" (Penduduk Aykah):
Mereka adalah kaum Nabi Syuaib AS, yang tinggal di kawasan yang penuh dengan pokok-pokok lebat (Aykah = hutan lebat).
Mereka dikenali juga sebagai penduduk Madyan.
Mereka bukan sahaja mendusta kan nabi Syuaib a. s , tetapi juga terkenal kerana menipu dalam timbangan dan sukatan, dan melakukan kerosakan ekonomi.
Azab datang kepada mereka berupa hari yang sangat panas diikuti dengan api dari langit (lihat Surah Ash-Shu‘arā’:176–189).
2. "وَقَوْمُ تُبَّعٍۢ" (Kaum Tubba‘):
Tubba‘ ialah gelaran bagi raja-raja kerajaan Himyar (di Yaman). Kaumnya maju dalam pembangunan seperti memiliki empangan.
Ada Tubba' yang beriman kepada para nabi, tetapi kaumnya tetap kufur.
Mereka diberi peringatan tetapi memilih untuk menolak ajaran wahyu.
Dalam Surah ad-Dukhān:37, Allah juga menyebut mereka sebagai kaum yang dibinasakan dengan pecahnya empangan akibat banjir.
3. "كُلٌّۭ كَذَّبَ ٱلرُّسُلَ" (Masing-masing telah mendustakan para rasul):
Penolakan mereka bukan hanya terhadap nabi yang diutus kepada mereka, tetapi secara hakikatnya adalah penolakan terhadap keseluruhan rasul yang membawa risalah tauhid.
Ini menandakan bahawa mendustakan satu rasul, bererti mendustakan semua rasul, kerana mereka membawa mesej yang sama dari Allah.
4. "فَحَقَّ وَعِيدِ" (Maka benarlah ancaman-Ku):
Maknanya:
Janji azab yang Aku buat terhadap pendusta itu benar-benar berlaku.
Ini menunjukkan bahawa amaran Allah bukan ancaman kosong, tetapi pasti berlaku bila manusia terus sombong dan menolak kebenaran.
Ayat ke 15,
Ayat ini menjawab keraguan orang-orang kafir Mekah yang tidak percaya kepada kebangkitan selepas mati. Mereka menganggap mustahil manusia yang telah hancur menjadi tanah dapat dihidupkan semula.
Tafsir ayat:
1. “أَفَعَيِينَا بِٱلْخَلْقِ ٱلْأَوَّلِ؟”
"Adakah Kami lemah ketika menciptakan mereka pertama kali?"
Ini adalah pertanyaan retorik yang menolak sangkaan kaum kafir.
Maksudnya:
Jika Allah mampu menciptakan manusia dari tiada (نُطْفَة – air mani) menjadi manusia sempurna, mengapa pula Allah tidak mampu menghidupkan semula setelah mati?
Dalam logik manusia pun, mengulang ciptaan lebih mudah daripada mencipta dari awal.
2. “بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍۢ مِّنْ خَلْقٍۢ جَدِيدٍ”
"Bahkan mereka berada dalam keadaan ragu terhadap penciptaan yang baru (kebangkitan semula)."
لبس (labas) bermakna kekeliruan, keraguan, dan keliru dalam pemahaman.
Mereka menolak kebangkitan bukan kerana tiada hujah, tetapi kerana keras kepala dan tidak mahu menerima kebenaran.
"Khalqin jadīd" maksudnya penciptaan baru selepas mati, yakni kebangkitan pada Hari Akhirat.
Pengajaran dari Ayat Ini:
1. Kebangkitan semula adalah logik dan mudah bagi Allah. Penciptaan pertama adalah bukti kukuh keupayaan Allah.
2. Keraguan terhadap hari kebangkitan adalah bentuk kekufuran, yang biasanya timbul kerana keangkuhan, bukan kerana ketiadaan bukti.
3. Allah menggunakan pendekatan aqli (akal) untuk membuktikan kebenaran hari akhirat – satu pendekatan yang halus tetapi tegas.
4. Ayat ini juga menjadi jawapan kepada golongan moden yang menafikan hari kiamat atau kehidupan selepas mati.
Semoga bermenafaat dan sila sampaikan kepada orang lain.
Dari kuliah: Ust. Yob Hamid
Surau Hidayah.
2/6/25
Ulasan
Catat Ulasan