Bismillah.
As Syaffat Ayat 99:

Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
BERADA DI 10 AWAL ZULHIJJAH
Kita bertuah kerana berada dalam 10 hari awal bulan zulhijjah. Kenapa bertuah? Kerana nabi bersabda,
> ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني أيام العشر)
“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai oleh Allah selain daripada hari-hari ini (yakni 10 hari pertama Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?”
Rasulullah SAW menjawab:⁹
“Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak kembali lagi (mati syahid).”
[HR. al-Bukhari, no. 969]
Ini bermaksud semua amal soleh yang kita lakukan pada 10 hari tersebut, seperti solat , puasa , zikir, sedekah, menuntut ilmu dan sebagainya, akan digandakan ganjarannya oleh Allah swt. Itu lah maksud ia sangat istimewa. Dan tidak ada bulan lain yang sama istimewanya dengan Zulhijjah ini melainkan malam al Qadar di bulan Ramadhan.
Kenapa bulan zulhijjah amat istimewa?
Ianya kerana di bulan ini lah berlakunya satu pengorbanan yang sangat besar oleh nabi Ibrahim a.s keatas anaknya sendiri.
Sehingga Allah abadikan kisah nabi Ibrahim a.s dan anaknya dalam alquran kerana mereka insan yang taat apa pun perintah Allah. Ini diceritakan dalam surah as Syaffat 99 - 111. Mari kita telusuri kisahnya.
KISAH NABI IBRAHIM A.S MENYEMBELIH ANAKNYA ISMAIL
Kisahnya bermula di ayat 99 surah as Syaffat hingga ayat ke 111.
As Syaffat Ayat 99:
"Dan (Nabi Ibrahim) berkata: Sesungguhnya aku akan pergi menghadap kepada Tuhanku, Dia pasti akan memberi petunjuk kepadaku."
Ayat ini merupakan kata-kata Nabi Ibrahim عليه السلام setelah baginda berlepas dari kaumnya yang kufur dan enggan menerima dakwah tauhid.
Dari tafsir ibn kathir:
Ibrahim meninggalkan kaumnya kerana mereka tidak menerima dakwah tauhid. Lalu Allah membimbingnya ke Syam, dan di sana Allah anugerahkan zuriat yang soleh — Ishaq dan Ya‘qub.
Ayat 100:
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku (seorang anak) daripada kalangan orang-orang yang soleh."
Nabi Ibrahim berdoa setelah ber hijrah, dalam keadaan tua dan belum punya anak, agar dikurniakan anak yang soleh. Lalu Allah perkenankan doanya dengan kelahiran Ismail, dan kemudian Ishaq.
Ayat 101 :
"Maka Kami memberi khabar gembira kepadanya dengan seorang anak yang penyabar."
Di sini Allah menyatakan bahawa anak yang disebut dalam ayat ini ialah Ismail, kerana dialah anak pertama sebelum Ishaq, dan dia yang disertai dalam kisah sembelihan.
Ayat 102 :
“Maka tatkala anak itu sampai (ke peringkat umur) berusaha bersama-sama ayahnya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu. Anaknya menjawab: Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu. InsyaAllah, engkau akan dapati aku termasuk dalam kalangan orang yang sabar.”
Ujian menyembelih anak sendiri ini kerana nabi Ibrahim pernah bernazar bahawa kalau ia dikurniakan anak, ia sanggup menyembelihnya jika Allah memerintahkannya sebagai tanda syukur. Lalu Allah minta ia tunaikan nazarnya. Allah uji iman nabi Ibrahim a.s.
Ujian ini adalah satu bentuk ketaatan tertinggi — seorang ayah sanggup menyembelih anak demi perintah Allah, dan seorang anak rela dikorbankan kerana taat.
Ayat 103 :
“Maka tatkala keduanya telah berserah diri (kepada Allah), dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk disembelih)…”
“Dan Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!”
Allah menyeru Ibrahim, sebelum sembelihan berlaku.
Seruan ini menandakan tamatnya ujian, dan Allah akan menggantikan nya dengan sembelihan lain.
Seruan itu juga pengiktirafan dari langit terhadap ketaatan Nabi Ibrahim.
Ayat 105 :
"Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."
Penjelasan ayat:
"قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا"
➤ Engkau (wahai Ibrahim) telah melaksanakan perintah berdasarkan mimpi wahyu itu tanpa ragu.
➤ Walaupun belum sempat menyembelih, niat dan kesediaannya sudah cukup di sisi Allah.
"إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ"
➤ Allah membalas orang yang ikhlas, patuh, dan berbuat ihsan (baik secara sempurna).
➤ Ganjaran bukan hanya berdasarkan hasil, tetapi pada usaha dan keikhlasan.
Ayat 106 :
"Sesungguhnya ini benar-benar ujian yang nyata"
Maksudnya iaitu ujian ini jelas dan berat, bukan main-main.
Kerana Ia menguji:
- Kasih seorang bapa terhadap anaknya.
- Ketaatan terhadap perintah ilahi yang melampaui logik dan perasaan.
- Hanya nabi yang kuat iman dan sabar sanggup menghadapinya.
Ayat 107:
"Dan Kami tebus (anak itu) dengan seekor sembelihan yang besar."
Lalu Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing dari syurga, sebagai bukti:
- Penerimaan Allah terhadap pengorbanan Nabi Ibrahim.
- Asas kepada ibadah korban setiap tahun pada 10 Zulhijjah.
Ayat 108:
"Dan Kami abadikan untuknya (pujian) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian."
Maka Allah menjadikan kisah dan nama Nabi Ibrahim a.s kekal disebut-sebut hingga hari kiamat oleh generasi selepasnya.
Ini termasuk kita menyebut nama nabi Ibrahim hari ini:
➤ Dalam solat, kita selawat ke atas Ibrahim dan keluarga.
➤ Dalam haji dan korban, kita mengikuti jejak perjuangannya.
Ayat 109:
"Sejahtera ke atas Ibrahim."
Maksud Allah berkata ini ialah ianya satu doa, penghormatan dan sanjungan langsung dari Allah.
Doa ini juga diamalkan oleh umat Islam, sebagai bentuk pengiktirafan dan kasih kepada Nabi Ibrahim.
Ayat 110
> "Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik."
Maksud ayat ialah Allah ulang lagi prinsip ini iaitu:
➤ Sesiapa yang ikhlas, sabar dan taat — Allah pasti membalas dengan kemuliaan.
Dan Nabi Ibrahim adalah contoh terbaik golongan "muhsinin" – iaitu orang yang berbuat ihsan (kebaikan dengan penuh kesempurnaan).
Ayat 111
"Sesungguhnya dia (Ibrahim) termasuk dalam kalangan hamba-hamba Kami yang beriman."
Di sini Allah tegaskan bahawa Ibrahim adalah hamba pilihan yang tinggi keimanannya.
Dan ini adalah pengiktirafan kehambaan – pangkat tertinggi bagi manusia di sisi Tuhan.
Pengajaran dan kesimpulan
Dari kisah nabi Ibrahim dan anaknya ini kita boleh buat kesimpulan bahawa:
a) Kemuliaan adalah kerana iman dan ihsan. Nabi Ibrahim dimuliakan bukan kerana keturunan atau status, tetapi kerana iman dan ketaatannya yang luar biasa.
b) Pengorbanan tersebut diingati zaman berzaman . Doa, korban, dan ibadah kita hari ini adalah kesan daripada pengorbanan beliau dahulu.
c) Doa dan pujian dari Allah sendiri “Salam ke atas Ibrahim” — ini satu penghormatan tertinggi dari Allah kepada hamba Nya yang benar.
d) Tujuan hidup ini adalah menjadi hamba Allah yang sebenar. Allah tidak menyebut Nabi Ibrahim sebagai raja, pemimpin, atau nabi dahulu, tetapi sebagai hamba-Nya — itulah gelaran teragung.
Untuk diambil iktibar:
Kisah Nabi Ibrahim dan Ismail bukan sekadar sejarah — ia adalah cermin bagi hidup kita iaitu:
a) Apakah kita sanggup mengorbankan sesuatu yang kita sayangi demi Allah?
b) Adakah kita rela tunduk kepada perintah-Nya walaupun sukar difahami?
c) Sejauh mana kita mahu menyerahkan diri kita sebagai hamba yang sebenar? Iaitu sehauh mana kita taat semua perintah Allah, jauhi semua larangan Allah dan sabar dan redha dengan takdir Allah.
Semoga bermenafaat dan sampaikan kepada orang lain.
Dari kuliah Ust Yob
Pak Lang Corner
29/5/25
Ulasan
Catat Ulasan