Langkau ke kandungan utama

241) MENGAPA KENA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH?

Bismillah.
Alhamdulillah
Assalamu'alaikum,



      Bila kita ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan, kehilangan sesuatu  , kematian orang disayangi dan sebagainya, salah dan rugi jika kita berprasangka buruk ( su'uzzan) kepada Allah yang menimpakan kita musibah tersebut. 

    Sakit macamana pun,  bersangka baik. Musibah sebesar apa, seberat apa, kena bersangka baik. Iaitu dengan  cuma jaga hati supaya bersangka baik. Kenapa kena bersangka baik kepada Allah walaupun kita sedang ditimpa musibah?


Allah maha Penyayang

    Kerana Allah berkata mengenai dirinya,


   Iaitu Allah itu maha Pemurah lagi maha Penyayang. Ini dalil bahawa Allah amat sayang kepada kita. Dan ada lagi di dalam al quran berbunyi,

      Di sini nabi Ayub a.s pula menyatakan bahawa Allah itu maha Penyayang melebihi semua orang lain yang menyayangi kita. 

      Kalau ibu kita, bapa kita,  isteri,  anak-anak dan sanak saudara kita menyayangi kita, Allah lebih sayang lagi dari mereka semua yang menyayangi kita.  Apa buktinya?



Apa buktinya?

     Iaitu Allah berikan nyawa, berikan rezeki,  berikan tempat tinggal, oksigen, kenderaan ,  hidayah ,  beri segala-galanya kepada kita. Oleh itu kena bersangka baik kepada Allah bila Dia timpakan apa-apa musibah kepada kita.  

       Allah ulangi lagi dalam surah al Mulk : 29 tentang penyayangnya Allah,   




         Di sini Allah bagitau kita supaya kita tahu bahawa Allah itu maha Penyayang kepada kita hamba-hambaNya.  Hendaklah kita beriman dengan sifat Allah ini. Dan selepas itu apa-apa pun yang Allah beri, apapun Allah timpakan maka bertawakkal kepada Nya.  Serahkan perasaan kita kepada Allah. 


Terjatuh

     Kalau Allah itu sayang kepada kita, , mengapa kita bersangka buruk kepada Allah?   Ketahuilah bahawa sangka buruk kepada Allah itu satu penyakit hati. Bila ia sangka buruk, tiba-tiba terjadi seperti apa yang ia sangkakan itu, maka ia mulai terjatuh, terjatuh dan terjatuh , sesuai dengan apa yang ia sangkakan. 

     Misalnya ia sakit. Ia menyalah- kan Allah konon zalim kepadanya. Tiba-tiba sakitnya bertambah teruk. Ia pun marah lalu mula meninggal- kan solat. Dari sehari  ke sehari dia meninggalkan solat dan akhirnya ia mati dengan keadaan meninggal- kan solat.  Ia merugikan dirinya sendiri.


Benci sesuatu

    Mungkin kita benci sesuatu, tapi ia mungkin baik bagi kita. Kita tidak tahu. Allah yang tahu. Mungkin kita suka sesuatu, mungkin itu buruk bagi kita. Firman Allah,

       Kita bencikan suatu hal  terjadi tapi kita tidak tahu hikmah disebaliknya.  Kita tidak tahu sebab pengetahuan kita terbatas tentang apa yang akan  berlaku dan apa yang telah berlaku.  Tapi Allah swt tahu apa yang baik untuk kita dari segala sisi. 


Terkena musibah

     Sepatutnya bila terkena musibah apa yang patut ia lakulan?  Iaitu katakanlah,

    'Segala puji bagi Allah atas apa yang Kau takdirkan'.  Di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya. Mesti ada hikmahnya, kita tunggu dan serahkan kepada Allah hikmahnya itu. Pasti Allah berikan kebaikan kepada kita jika kita bersabar dan berserah diri kepada Allah. 

      Sebaliknya jika kita bersangka buruk kepada Allah, kita lah yang akan rugi kerana tidak mendapat hikmah dari peristiwa tersebut. Dan Allah pun murka kepada kita.



Semoga bermenafaat.




Dari kuliah : Dr. Firanda.
Padang Jawa.
8/5/25
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...