Langkau ke kandungan utama

236) SUDAHKAH KITA HARGAI NIKMAT UMUR?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




     Perbahasan kali ini ialah tentang anugerah yang Allah berikan kepada kita yang merupakan modal asas bagi setiap mukmin untuk beribadah dan berbuat kebajikan dengan banyak,   sebagai modal untuk bertemu Allah kelak. Iaitu nikmat umur.  Yang nikmat tersebut telah sirna dari orang-orang yang sudah meninggal dunia. Nikmat tersebut telah selesai bagi mereka.

     Oleh kerananya,  Allah sebutkan dalam al quran penyesalan-penyesalan bagi mereka yang memiliki umur , tapi  mereka tidak menggunakan sebagaimana semestinya. Seperti Allah berfirman dalam 63:9,

 
       Di hari akhirat, manusia meminta tambahkan sedikit umur. Kenapa? Sebab ia ingin  ber- sedekah dan menjadi orang yang soleh.  Tetapi apa kata Allah?
Allah jawab di sini, 

        Ini ayat yang menjelaskan tentang penyesalan manusia dengan nikmat umurnya selama ini. Sehingga bila nikmat itu dicabut, ia minta tambahan. Ia tidak minta banyak. Ia minta sedikit sahaja.  Kerana ia ingin beramal soleh walaupun sedikit, tetapi itu tidak mungkin terjadi.


Orang kafir menyesal

    Di dalam ayat lain pula , Allah menjelaskan tentang orang-orang kafir yang menyesal di hari kiamat kelak.    Firman Allah swt dalam 35:37,

        Orang-orang  kafir berteriak kesakitan  di dalam neraka, lalu mereka meminta dikeluarkan dari neraka supaya mereka dapat beramal soleh bukan seperti apa yang mereka kerjakan dulu.  Tetapi apa jawab Allah?

      'Bukankah Kami telah memberi umur yang cukup untuk seseorang  sedar, dan telah datang peringatan iaitu datangnya rasul, atau tumbuhnya uban dikepala sebagai peringatan untuk mengingati Allah swt?'

     Inilah lagi contoh orang yang menyesal kerana membuang-buang umurnya dari mengingati Allah swt semasa hidupnya.  Ketika ingin kembali ke dunia, sudah tidak ada jalan lagi.

      Seandainya kita pergi kekuburan, sekiranya penghuni kubur boleh berkata, agaknya apa yang dikatakannya?   Tentu dia akan berkata , kalau aku boleh hidup kembali aku akan banyak baca quran, banyak bersedekah, banyak  berbakti kepada ibu- bapa, berbakti kepada suami, dan juga berbuat ini dan itu. 



Sudah tidak ada

    Tapi nikmat tersebut sudah tidak ada lagi, dan kesempatan itu sudah luput dari mereka. Sedangkan kita masih memiliki nikmat tersebut, kita masih memiliki usia, namun kita lalai.  Sedangkan  kita  tidak tahu  bila nikmat ini akan dicabut oleh Allah swt. 


Terpedaya

    Maka benarlah sabda nabi s.a.w,

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: 
    “Dua kenikmatan yang sering terpedaya oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”

(HR Bukhari No: 5933) 
Status: Hadis Sahih
       
       Kesihatan dan waktu lapang itu adalah ibarat bagi umur atau usia. Dengan badan yang sihat banyak aktiviti boleh dilakukan. Kalau tidak sihat, umur pun jadi tak berguna. Sulit beraktiviti. Waktu yang terluang pula adalah peluang untuk mengoptimalkannya. Kalau sibuk kuranglah masa yang boleh dioptimalkan. 

       Kita memiliki kedua-dua hal tersebut. Namun banyak manusia terpedaya. Rasulullah s.a.w menggunakan kata terpedaya, seperti maksudnya seperti jika  dalam jual beli,  orang membeli satu barang dengan harga terlalu mahal yang tidak sesuai dengan barangnya. Katalah barang itu berharga 100, ia beli dengan harga 1000. Itu terpedaya.

       Atau ia terpedaya atau bodoh, iaitu bila barang itu dijual murah ia tidak beli banyak-banyak. Ia cuma beli sedikit.


Menawarkan kenikmatan- kenikmatan

     Kita pun demikian, dengan kehidupan ini. Allah swt menawar- kan kenikmatan-kenikmatan syurga yang sangat besar yang dapat kita beli dengan harga yang sangat sedikit , yang tidak ada nilainya dengan apa yang kita lakukan. Contoh yang mudah ialah seperti sabda nabi, 

   “Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardhu Subuh) lebih baik daripada dunia seisinya.”
(HR Muslim No: 1193) Hadis Sahih

     Solat sunat fajar hanya 2, 3 minit tapi ia lebih baik dari dunia dan seisinya.  Tapi kita malas-malasan. Dan semua amal soleh yang kita lakukan, semua ganjarannya luar biasa. Namun kita lalai. Nabi mengatakan zikir begini-begini ganjarannya sekian-sekian, tapi kita lalaikan.


Kurang menghargai nikmat

    Ini penyakit kita semua, kurang menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat usia,    nikmat umur. Kita dapat nikmat tersebut tapi kita gunakan pada yang tak bermenafaat. Kita buang umur tersebut. Yang lebih parah bila digunakan untuk bermaksiat kepada Allah swt. Sementara nikmat tersebut makin berkurang , makin berkurang sampai ia habis. Namun kita tidak tahu bila nikmat tersebut akan selesai.

      Hassan al Basri berkata,
'Hai anak Adam, kalian adalah kumpulan hari-hari, jika telah pergi sebahagian dari harimu, maka telah pergi sebahagian dari dirimu, jika telah pergi sebahagian dari dirimu maka akan pergi seluruh dirimu.'

     Kita ini adalah kumpulan hari demi hari, saat demi saat. Kumpulan bulan demi bulan dan kumpulan tahun demi tahun. Kalau waktunya selesai maka selesailah kita. Setiap hari yang telah berlalu maka berkuranglah umur kita. Nikmat umur semakin dicabut oleh Allah swt. 


Umur untuk apa?

     Masalahnya umur yang ada ini kita buat untuk apa?  Apa kah kita gunakan modal kita itu untuk beramal soleh agar kita meraih hasilnya di hari kiamat?  Atau kita gunakan untuk hal yang tak bermenafaat apalagi bermaksiat kepada Allah swt?  Betapa banyak masa kita buang tidak ada menafaatnya. Apalagi di zaman sekarang  zaman medsos, zaman internet.  Waktu kita , kita buang banyak sekali. Setiap hari kita membaca sekian-sekian cerita berapa jam, menonton drama Korea, drama putus cinta,  menonton pertandingan berapa jam, melayan isu-isu  yang tidak bermenafaat, hingga umur kita , kita buang , tidak ada  menafaatnya.


Mudharat lebih besar

        Bukan medsos tidak ada menafaatnya  tapi mudharatnya lebih besar jika tidak berhati-hati, yang akan menghabiskan umur tanpa di sedari.  Jika waktu yang ia gunakan itu , ia gunakan  untuk membaca al quran, mempelajari ayat-ayat  Allah, belajar bahasa Arab misalnya , untuk silaturrahim,  untuk menanya anak-anak tentang urusannya, mendidik isteri, semuanya yang bermenafaat.    Dia akan melihat hasilnya di hari kiamat kelak.

       Tetapi, umur dan waktu dibuang begitu saja. Orang kafir mengatakan  ' Time is money'. Kerana fikiran mereka atau syurga mereka adalah dunia. Orang beriman pula waktunya  'Waktu adalah syurga'. Dikatakan waktu lebih  berharga dari emas. Emas kalau hilang boleh dicari lagi. Tapi waktu kalau sudah pergi tidak bakalan balik lagi. 


Penyesalan

     Abul Athaiyyah ada sebuah syair yang berbunyi,
     ' Aku menangisi masa mudaku yang sudah berlalu dengan airmataku, namun tangisanku tidak ada menafaatnya  , penyesalan ku tidak berguna, sungguh penyesalan yang mendalam akan  masa mudaku yang tiada menafaatnya, yang masa tua, rambut yang sudah putih telah melepaskannya. Aku sudah lepas dari masa mudaku. Sebagaimana pohon yang telah hilang dan layu  ranting-ranting segarnya. Seandainya masa muda boleh kembali lagi akan ku khabarkan, wahai masa muda tahukah kau apa yang terjadi masa tuamu?'

      Iaitu ia ingin mengatakan  kepada masa muda, kamu jangan lalai terus, kamu harus berubah, kalau tidak, maka tuamu nanti akan  penuh penyesalan . 


Seandainya...

      Ada seseorang yang berusia 80 lebih tahun, menyatakan penyesalannya,  
    'Kalau seandainya dulu masa muda aku membaca quran sehari satu halaman, sudah berapa kali khatam seumur hidupku. Namun aku melalaikan. Cuba dulu aku melakukannya. Kalau setiap minggu aku berpuasa Isnin, Khamis, entah berapa banyak aku sudah berpuasa. Namun semuanya aku tinggalkan. Waktuku sudah habis dengan mencari harta, aku menyenangkan anak-anakku dan kini mereka jauh dariku.'

      Inilah penyesalan yang mungkin dialami oleh siapa saja antara kita. Seandainya masa muda aku belajar bahasa Arab, atau banyak baca quran atau aku solat di masjid atau sebagainya. Namun masa muda tidak mungkin akan kembali. 

      Maka, anda yang masih muda gunakan kesempatan yang ada. Anda yang 50 tahun kebawah, gunakan kesempatan yang ada. 


Agungnya waktu

      Ini perlukan keseriusan, akan agungnya waktu. Dalam al quran Allah  banyak bersumpah dengan waktu, seperti,

      Sebab apa Allah bersumpah dengan waktu?    Kerana  waktu adalah nikmat yang luarbiasa. 

       Sesetengah ulama menafsirkan bila Allah bersumpah walfajr, bukan kerana waktu fajar itu tapi kerana ada solat di waktu subuh. Begitu juga bila Allah bersumpah waddhuha, bukan kerana waktu itu tetapi kerana ada solat di waktu itu.  

    Begitu juga bila Allah bersumpah 'Demi 10 malam'. Kenapa Allah bersumpah dengan 10 malam? 10 malam itu ada pendapat mengatakan 10 malam terakhir bulan ramadhan dan  ada pendapat mengatakan 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Kenapa Allah bersumpah dengan 10 malam itu? Sebab itu waktu yang terbaik untuk  kita beramal soleh. 

     Tidaklah Allah bersumpah dengan waktu kecuali kerana agungnya waktu itu. Agar kita sedar bahawasanya nikmat umur, nikmat waktu adalah nikmat yang luarbiasa. Kita masih boleh beramal soleh sementara umur masih ada. Tapi jika umur sudah habis kita tidak boleh buat apa-apa lagi.


Para salaf

       Oleh itu jika kita melihat para salaf dahulu  mereka sangat memerhatikan waktu. Mereka tidak mahu buang-buang waktu sama sekali walaupun sedikit. Kerana apa?    Kerana jika waktu itu tak digunakan dengan bermenafaat ia akan  jadi senjata yang menuju kepada kita di akhirat nanti.

    Sebahagian salaf mengatakan, 
'Waktu itu umpama pedang, jika kau tak mematahkannya, ia akan menebas lehermu'. 

      'Waktu itu kalau tak dimenafaat kan dalam kebaikan nescaya waktu itu akan menjebakmu dalam keburukan'. 

     Iaitu kalau kita tak sibukkan diri kita dengan amal soleh seperti mengaji, membaca, dan lain-lain maka kita akan sibuk dengan perkara yang tak bermenafaat. Itu biasa. 


Kesedaran para salaf

     Yusuf al Bakhi yang bermazhab Hanafi di tahun 19H , beliau membeli pen berharga 1 dinar agar ia dapat menulis hadis-hadis nabi yang ia dengar. Tiba-tiba dakwatnya habis lalu ia bertanya , ada sesiapa yang mahu menjual pen dengan harga 1 dinar( 4.25 g emas)?     Ia tak mahu keluar dari majlis hadis itu untuk mencari pen,  kerana akan membuang waktunya. 

       Ubaid bin Yahya pernah berkata, 30 tahun aku tidak pernah makan dengan tanganku, kerana aku sibuk menulis hadis-hadis. Adik perempuan ku yang menyuapkan ku makanan.
     
    Ini kerana ia sedar sangat waktu itu sangat berharga bagi seorang mukmin kerana ia modal untuk meraih hasil yang sebesar-besarnya di akhirat kelak. 


Syeikh Abdul Rahman as Sa'di

    Syeikh Abdul Rahman as Sa'di ketika menafsirkan ayat,

        Katanya, ayat ini menunjukkan bahawa setiap amal soleh kita lakukan adalah untuk diri kita. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kita dapati , kecuali balasan yang lebih besar dari apa yang kita lakukan. Kerana kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda  sehingga 700 kali ganda atau berlipat-lipat kali ganda. Seperti kata nabi, 2 rakaat sebelum Subuh lebih baik dari dunia seisinya.


Sebesar zarrah

     Di dunia , kebaikan walau sebesar zarrah yang kita lakukan pasti ada hasilnya nanti dengan berlipat kali ganda. Iaitu dengan kenikmatan-kenikmatan  di syurga yang nikmat itu kekal abadi. Firman Allah swt,

       
      Maka katanya, semua kebaikan yang kita lakukan di dunia ini, itu adalah benih yang hasilnya kita dapatkan di syurga. Semua yang kita dapat di syurga asalnya dari dunia. Seperti sungai-sungai di syurga, air madu, istana, kekuasaan dan  lain-lain  di syurga itu asalnya ditanam di dunia. 

    Maka katanya, 'sungguh satu penyesalan bagi waktu-waktu yang kita lalaikan'.  Sewaktu ia melihat sebilangan orang sedang bersembang membuang waktu, katanya,
    'Kalau aku boleh membeli masa mereka, aku mahu membelinya.' Kerana ia tahu waktu adalah sangat berharga.  Sungguh satu penyesalan bagi waktu-waktu yang terbuang yang bukan dengan amal soleh. 


Tidak menghargai umur

      Kita tidak membicarakan waktu dalam membuat maksiat, tapi waktu yang dibuang tanpa apa-apa amal soleh. Kalau maksiat itu lebih lagi penyesalannya. Banyak umur yang kita buang adalah kerana kita tak menghargai umur kita. Rambut sudah putih , mata sudah rabun , badan sudah sakit-sakit, gula sudah tinggi, masih lagi lalai leka. Bila mahu sedar?

         Lalu beliau berdoa,
   'Tolonglah ya Allah terhadap hati-hati yang tidak  sedar dengan petanda-petanda dari Rabbnya..'

     Allah yang sayang kepada hati-hati tersebut sudah memberi peringatan tetapi tidak diambil perhatian oleh hati-hati  tersebut.


Dipanggil pulang

        Kita tidak tahu bila akan  dipanggil pulang oleh Allah swt . Kita tidak tahu bila nikmat itu akan dicabut. Bukan syarat yang tua akan meninggal dulu. Bukan  syarat juga meninggal harus sakit dahulu. Tiba-tiba saja orang meninggal dunia tanpa sakit. 

     Oleh itu, kematian boleh datang tiba-tiba  tanpa dapat diteka sama sekali. Maka kita harus menjaga diri kita agar tidak membuang-buang waktu kita. 


Beberapa panduan

     Di  sini ada beberapa panduan dalam mengoptimalkan masa agar kita tidak menyesal nanti dengan berlalunya umur kita:

1.   Bakhil atau berhati-hati dengan waktu .  
     Dikatakan oleh para salaf bahawa , aku tidak menemukan  satu golongan iaitu para sahabat dan tabiin kecuali mereka sangat menjaga waktunya. Mereka tidak mahu waktunya terbuang begitu saja.  Semua pekerjaan atau perbuatan mereka adalah yang baik lagi berpahala. 

2.  Kurangkan grup whatsapp yang tidak bermenafaat.
     Yang baik, yang berguna itu tak mengapa.  Terlalu banyak grup whatasapp boleh menghabiskan waktu kita ranpa kita sedari. 

3.  Jangan terlau banyak akaun media sosial.
     Kadang ada akaun facebook dua,  tiga. Pastikan akaun itu untuk perkara amal soleh seperti pengajian. Kalau kerana melihat maksiat  maka itu sia-sia. Instagram ada, twitter ada, tik tok ada. Semua ini kalau disalah gunakan maka umur akan jadi sia-sia..  

     Kalau kita tidak membaca pun cerita-cerita   yang ada, kalau ia penting pasti kita akan tahu juga.  Kita harus jujur, kalau kita ada facebook contohnya berapa lama kita guna nya unruk akhirat berbanding untuk dunia sahaja?

4.  Target atau jadualkan kegiatan  agama kita.
    Seperti bacaan quranku patut sekian  banyak, bacaan tafsir sekian banyak, hafalan sekian banyak. Kalau ada planning atau target kita akan  rasa waktu kita kurang. Seperti dunia kita ada panning nya, akhirat pun kena ada planningnya.   Bukti seseorang menjaga akhiratnya ialah ia ada jadualnya. Ini masa untik pengajian, ini masa untuk saturrahim  ini masa untuk ziarah dan sebagainya. Hingga masanya tak terbuang-buang. 

     Sabda nabi s.a.w,

  "Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. "
(HR: Muslim)

5.  Tinggalkan at taswif
          Iaitu menunda-nunda berbuat sesuatu amal. Ini menimpa banyak orang. Jika kita ingin buat sesuatu kebaikan segera kerjakan . Teringat mahu solat dhuha segera kerjakan. Ingin membelikan ibu sesuatu terus belikan.  Selama mampu melakukannya maka terus lakukan. 

     Pokoknya, jika ingin lakukan kebaikan terus lakukan jangan tunda-tunda. Itu tanda kita menghargai masa kita. Yang jadi masalah, kita kata, nanti lah, nantilah, sehingga kita terlupa. Akhirnya kita tidak lagi terdetik dihati untuk melakukan kebaikan-kebaikan  kerana sudah terbiasa meninggalkan kebaikan tersebut. Sehingga banyak perkara akhirat kita tinggalkan. Nanti, nanti akhirnya meninggal dunia.

      Maka seseorang jangan pernah menunda-nunda kebaikan kecuali ada sebab yang munasabah. 


6. Tahu membatasi diri.

      Bila kita mahukan kegiatan akhirat, kita harus tahu batas kebolehan diri kita. Iaitu jangan kita masuk ke kegiatan sosial yang banyak sedangkan kita tak mampu menangani semuanya. Kerana itu akan mengganggu amal akhirat kita.   Allah tidak membebani apa yang di luar kemampuan kita.  Dan supaya kita dapat melakukan sesuatu dengan terbaik. Biarlah sedikit tetapi berkualiti daripada banyak tapi tiada kualiti. 



      Inilah saranan dalam kita menggunakan waktu kita yang terbatas. Kita mesti sedar bahawa umur kita makin lama makin kurang. Sementara masih ada umur,   kita masih boleh merealisasikan impian-impian yang diimpikan oleh orang sudah tinggal di bawah tanah. Seandainya mereka dihidupkan semula pasti ia mahu mencapai impian mereka. Sekarang kita masih boleh mencapainya kerana kita masih ada umur. Maka seringlah berdoa,
  " Ya Allah jauhkan aku dari rasa malas."  
       Iaitu malas dari beramal soleh. Sedangkan itu semua ada pahalanya di sisi Allah swt. 



Semoga bermenafaat.





Dari kuliah: Dr. Firanda
Klang.
10/4/25

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...