Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Kalau orang yang sedang safar (perjalanan jauh), bagaimana dengan solat sunat rawatibnya?
Bila ia safar, ia solat qasar, maka ia tidak perlu solat rawatib kecuali sunat subuh ( fajar). Adapun solat ba'diyah dan qabliyah zuhur, ba'diyah maghrib dan bai'diyah isyak tidak perlu ia kerjakan. Yang dia kerjakan hanya qabliyah subuh.
Kalau ia safar, kemudian ia solat di belakang imam di mukim tersebut yang solat tamam (biasa), katakanlah 4 rakaat , maka ia boleh memakai hukum orang solat mukim, iaitu boleh solat qabliyah dan ba'diyah , mengikut fatwa Syeikh Bin Bazz.
Jadi kalau kita solat mengikut imam mukim, boleh qabliyah dan ba'diyah. Tetapi jika solat qasar tak perlu, kerana sedangkan yang 4 rakaat pun menjadi 2. Itu lebih afdhal. Ini dalil , kata ulama bahawa tidak semestinya amalan yang lebih sulit pahalanya lebih besar. Terkadang amalan lebih ringan tapi pahalanya lebih besar.
Contoh , solat qasar 2 rakaat bagi musafir lebih afdhal dari solat 4 rakaat dengan qabliyah dan ba'diyah.
Contoh lagi, qabliyah subuh sunnahnya takhfif ( ringan). Rasulullah s.a.w solat qabliyah subuh cepat atau ringkas. Itu lebih afdhal dari jika dikerjakan sehingga 10 minit misalnya. Ringkas lebih afdhal kerana ia sesuai dengan sunnah nabi s.a.w.
P/s: Orang yang istiqamah solat rawatib, ia mendapat pahala yang sama atau pahalanya berjalan walaupun ia tak mengerjakannya ketika safar.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
4/3/25
2 Ramadhan 1446
Klang.
Ulasan
Catat Ulasan