Langkau ke kandungan utama

224) BAGAIMANA MERAIH RAMADHAN CARA NABI?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum ,




       Supaya puasa kita menjadi baik dan lengkap  maka ada 5 perkara yang perlu diambil perhatian:  

1) Berpuasa.

     Berpuasa yang bagaimana?  
Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu mengatakan:

   ”Apabila engkau berpuasa, maka hendaklah berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu, dan juga lisanmu dari ucapan dusta dan perkara-perkara haram.
Janganlah engkau menyakiti pelayanmu. Hendaklah engkau bersikap khidmat dan tenang di hari puasamu, dan janganlah engkau menjadikan hari ketika engkau tidak berpuasa sama dengan hari ketika engkau berpuasa”.

📚Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Mushannaf 2/422 no 8852 dan juga dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam Ma’rifah Ulumil Hadits 1/19.

   Iaitu menjaga penglihatan dari melihat yang haram  , menjaga pendengaran  dari hal yang haram,  menjaga lisan dari berbohong  dan tidak menyakiti hati orang bawahanmu  . Dan jika waktu tidak puasa kamu membazir, waktu puasa jangan membazir, jika 
waktu tak puasa kamu berbohong , bila puasa tinggalkan berbohong dan sebagainya. 

       Jadi, yang pertama ialah berpuasa dengan  seluruh anggota badan kita.


2)  Solat malam

    Waktunya ialah dari selepas isya' sampai masuk subuh. Iaitu tarawih dan qiamulail. Sabda nabi s.a.w ,

   "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu” .
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda nabi s.a.w lagi,

  "Siapa yang mengerjakan shalat malam pada bulan Ramadhan dengan iman dan ikhlas, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.
 (Hadis Shahih, riwayat Bukhari: 36 dan Muslim: 1267. teks hadis riwayat al-Bukhari).

   Sabda nabi lagi,

"Siapa yang mengerjakan ibadah pada malam Qadar dengan iman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dengan iman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu". (Hadits Shahih, riwayat al-Bukhari: 1768 dan Muslim: 1268).

       Maka 3 amalan ini, puasa , solat malam, dan ibadah di malam qadar , ganjarannya sama iaitu mendapat keampunan Allah. Ini menunjukkan ganjaran terbesar di bulan ramadhan ialah keampunan Allah.  Sebab itu sabda nabi lagi , 
     
      “Sesungguhnya Jibril membisik- kan (doa) kepadaku yang katanya, ‘Celakalah orang mendapati bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengamin- kan doa itu."
(HR: Bukhari)

   Kenapa nabi kata celaka? Sebab nabi kata siapa yang puasa bulan ramadhan diampunkan dosa, siapa yang solat malam bulan ramadhan diampunkan dosa, siapa yang mendirikan malam qadar diampunkan dosa, tiba-tiba ia tak diampunkan dosanya setelah habis ramadhan. Maka itu amat celaka dan rugi. 

   Maka jangan tinggal solat tarawih selesai  bersama imam. Apa kelebihannya?  Sabda nabi s.a.w,
  
   "Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga dia (imam) beredar, dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman.” 
[HR: At- Tirmizi, sahih]. 

    Jika imam buat 23 rakaat, kita ikut 23 rakaat. Kalau kita buat 8 lepas itu balik maka  tak dapat ganjaran qiyam sepanjang malam. Itu kerugian yang besar. Kalau tak larat buat 23, cari masjid yang buat 11. Akan dapat ganjaran solat sepanjang malam juga. 

   Kadang kita nak rebut dunia, kita tinggalkan ganjaran besar yang kita nak bawa ke akhirat. Akhirnya mati dan tinggal dunia. 


3) Iktikaf

    Satu amalan lagi ialah iktikaf di masjid. Nabi dan sahabat iktikaf di masjid. Mereka ini sudah dijamin syurga tetapi kenapa masih mahu iktikaf di masjid?    Kerana mereka tahu jika untuk hidup di dunia yang sementara orang bekerja berhempas-pulas  , maka untuk hidup yang kekal di akhirat lagilah perlu bersedia dengan bekalan yang banyak dan besar.

     Sebab itu bila masuk saja bulan  ramadhan  , mereka para sahabat berubah. Mereka lebih banyak habis masa di masjid. Sebab apa?

   Sebab mereka tahu antara yang boleh merosakkan puasa mereka ialah dari mata,  telinga dan mulut. Kerana itu akan mengurangkan atau menghapuskan pahala mereka. Bila di masjid mereka takkan lihat yang haram, mendengar yang haram dan berkata yang haram. Sebab itu mereka iktikaf di masjid. 

     Jika orang awam tak iktikaf di masjid itu tak pelik sebab mungkin mereka tak faham . Tapi jika orang berilmu pun tidak iktikaf itu nampak pelik. Sebab orang macam nabi dan sahabat pun iktikaf padahal mereka dijamin syurga.  Tapi nabi tak pernah tinggal iktikaf di 10 akhir ramadhan kecuali di akhir umurnya. Kita yang tiada jaminan masuk syurga tapi tidak bersungguh untuk iktikaf di akhir ramadhan. 


4) Sedekah

     Khususnya beri makan orang miskin berbuka puasa. Kerana nabi s.a w bersabda,

    “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun.”
(Sunan al-Tirmizi, no.807)

        Nabi bersedekah di sepanjang tahun tapi bila masuk ramadhan lagi laju sedekahnya. Jika lain bulan tak sedekah bila masuk ramadhan baru nak sedekah , itu bukan sunnah nabi. Kata ulama memberi makan itu bukan bermaksud waktu berbuka saja, tapi boleh selepas tarawih , boleh selepas solat malam. Jika semua nak beri waktu berbuka, kadang jadi membazir. Dan yang paling utama ialah memberi makanan  ke rumah asnaf. 

    Imam Ahmad r.h dia ada 2 keping roti, datang orang miskin  meminta  lalu ia beri kedua-duanya lalu ia sambung puasa. Begitu dia utamakan  orang miskin. Tapi yang berlaku kini bagi berbuka di masjid, tapi asnaf tidak diberi sedangkan mereka lagi memerlukan. Sebab itu nabi ajar kita doa,

    “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu taufiq agar dapat mengamal kan semua kebaikan, meninggalkan semua kemungkaran dan dapat mencintai orang miskin."
(HR: Ahmad)

   Untuk cinta orang miskin ini susah, sebab apa? Sebab tak dapat pulangan apa-apa. Nak pergi jauh  , rumah sempit, panas, nak beri lagi. Sebab itu nabi ajar doa supaya kita cinta orang miskin. 

   
5)  Baca dan tadabbur al quran

     Setiap hari baca dan tadabbur al quran.  Boleh khatam sekali dalam sebulan itu pun dah cukup. Kita nak ikut tadarus macam nabi buat dengan jibril, tetapi itu dalam keadaan nabi faham. Dan  nabi nak kekalkan hafazannya. 

    Tapi kita tadarus dalam keadaan tak faham, tak mengamalkan apa yang dibaca dan tak pula menyampaikan selepas itu, itu silapnya kita. Sedangkan nabi  selepas itu terus menyampaikan dakwah dan peringatan dari al quran. Kita nak ambil dalil nabi tadarrus dengan  jibril, tapi lepas ramadhan baca pun tidak, faham pun tidak, menyampaikan pun tidak.  Nabi tadarrus dengan jibril yang alim. Jadi kalau kita nak tadarrus,  cari orang alim. Supaya kita dapat faham, boleh mengamalkan perintah Allah, meninggalkan larangan Allah  dan boleh menyampaikan selepas itu. 

      Kalau boleh buat semua 5 ini, insya Allah selepas habis ramadhan, kita akan keluar dengan hati yang baru, akhlak yang baru dan semangat yang baru. Hasil dari tarbiah ramadhan ini.


Semoga bermenafaat.




Dari kuliah ust. Abdul Muein.
Padang Jawa.
6/2/25

      
     

     


    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...