Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Khusyu' dalam solat itu seperti roh dalam jasad. Ertinya bagai -mana kita bayangkan ada jasad tanpa roh , demikianlah solat yang tanpa khusyu'. Oleh itu sekadar mana seseorang itu khusyu' dalam solatnya, maka sekadar itulah pahala yang ia dapat.
Ertinya jika seseorang itu solat tanpa khusyu' sama sekali maka pahalanya tiada. Adapun orang yang dapat khusyu' maka ia mendapat pahala yang luar biasa. Seperti sabda nabi s.a.w,
“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian berdiri melaksanakan dua rakaat dengan tidak mengucapkan pada dirinya, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lalu.”
(HR: Bukhari :160)
Maksudnya jika ia solat dalam keadaan hatinya tak berbicara berkenaan dunia, maka akan diampuni dosanya yang lalu.
Maka di antara cara diampuni dosa-dosa kita ialah dengan solat 2 rakaat dengan khusyu'. Maka ibnu Taimiyah mengatakan, boleh jadi 2 orang solat di saf yang sama, berdampingan akan tetapi pahala antara keduanya seperti langit dengan bumi. Kenapa? Kerana satunya khusyu' , satunya tidak.
Boleh jadi dua orang solatnya sama, sunnahnya sama, tapi bila dalam hatinya berbeza maka pahalanya berbeza di sisi Allah swt.
Khusyu' dalam solat adalah perkara yang sangat penting dan seseorang harus berusaha meraih kekhusyu'an. Ia harus melatih dirinya untuk khusyu'. Namun seperti kita ketahui, untuk meraih kekhusyu'an dalam solat bukanlah perkara yang mudah. Ia satu perkara yang perlukan perjuangan.
Di antara cara-cara mendapat khusyu' yang disebut oleh para ulama' ialah:
1) Memiliki sifat ihsan ketika solat
Makna ihsan seperti mana sabda nabi s.a.w,
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."
( Berdasarkan hadis Muslim)
Apabila orang yang ihsan iaitu merasa Allah sentiasa melihatnya bukan hanya melihat pergerakan zahirnya, bahkan hatinya pun dilihat Allah swt. Allah berfirman,
Allah melihat isihati kita. Kita sedang memikirkan dunia, Allah tahu. Meskipun orang melihat kita sedang solat, ketika kita sujud tapi hati kita ke mana-mana , Allah tahu. Apakah kita tidak malu ketika Allah berhadapan dengan kita , tetapi hati kita ke mana-mana? Bermakna kita tidak beradab di hadapan Allah swt. Tentu kita malu.
Maka tatkala kita ada sifat ihsan maka kita lebih mudah untuk khusyu' kerana merasa Allah mengetahui gerak-geri hati kita. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Ini memudahkan orang untuk khusyu'.
Katalah seseorang sedang solat dan ada kamera sedang shooting kepadanya. Dan kamera itu akan menayangkannya ke kaca-kaca tv , maka bagaimana ia khusyu'? Ia akan khusyu' dengan luar biasa. Kerana dia tahu semua orang sedang melihatnya. Sekarang ubah cara fikir itu dengan mengingatkan Allah sedang melihat apa yang ia lakukan. Oleh kerana dia yakin Allah sedang melihatnya, maka ia akan lebih khusyu'.
2) Memahami apa yang dibaca
Ulama mengatakan orang yang membaca dengan terjemahan berbeza dengan orang yang sekadar membaca sahaja. Dia yang tahu terjemahannya lebih khusyu'. Lebih lagi jika dia tahu tafsirnya walaupun tafsir yang ringkas. Begitulah ketika membaca Fatihah dengan terjemahan ringkasnya. Dia tahu apa yang dia ucapkan terutama surah yang dia sering baca.
Kata nabi, ketika seseorang sedang solat, ia sedang berbicara dengan Allah swt. Maka hendaknya dia mengerti apa yang ia ucapkan kepada Allah swt.
3) Menjauhi kemaksiatan.
Sesungguhnya kemaksiatan itu memberi pengaruh ke dalam hati kita. Seseorang yang tidak menjaga pandangannya , pendengarannya, mengghibah orang lain , maka hatinya jadi keras. Atau menyakiti orang lain, menzalimi orang lain, hatinya akan jadi keras. Bukankah setiap kali kita membuat maksiat, muncul titik hitam dalam hati kita? Semakin banyak maksiat, semakin banyak titik hitam dalam hati kita.
Tatkala kita ingin khusyu', hati kita tidak mahu. Inilah antara keburukan maksiat iaitu hati kita berkhianat ketika kita memerlukan nya, hati kita tidak mengikut. Ketika kita inginkan akhirat, hati kita membawa ke dunia. Ketika kita ingin merenung ke syurga, hati kita merenungkan ke pasar. Kerana kita sudah menghitamkan hati dengan bermacam maksiat sehingga hati kita ketika diajak, ia berkhianat , ia tidak mahu.
4) Bersegera ke masjid
Sudah azan, jika masih berbual-bual dengan teman, bila imam mula takbir baru ia terburu-buru masuk dengan termengah-mengah maka bagaimana ia mahu khusyu'? Atau imam sudah mahu rukuk dia baru masuk, bila dia takbir saja imam sudah bangun. Akhirnya ia marah-marah kepada imam.
Berbeza dengan orang yang berwudhu', datang awal ke masjid, dia solat 2 rakaat, kalau sempat dia baca quran. Ini mukaddimah atau persiapan penting untuk khusyu'. Waktu ia takbir, hatinya sudah siap untuk bermunajat dengan Allah swt..
Inilah cara-cara yang berguna untuk mendapatkan khusyu'. Dan paling baik jika ia mengingatkan dirinya bahawa ini adalah solatnya yang terakhir. Oleh itu para salaf yang akan di hukum bunuh , dia minta untuk solat 2 rakaat dahulu. Kerana ia mahu akhir hidupnya dengan solat . Bila kita menganggap itu solat kita yang terakhir maka kita akan solat dengan sekhusyu'-khusyu'nya.
Dan kita berfikir jangan-jangan solat kita yang 2 rakaat ini jadi sebab kita masuk syurga. Tatkala kita fikir solat itu jadi sebab masuk syurga maka kita akan solat se khusyu'-khusyu'nya.
Lalu, buat apa kita solat 5 waktu tapi tidak khusyu'? Sudahlah letih, tidak dapat apa. Jadi lebih baik kita solat dengan khusyu' kerana itu mendapat pahala dan dijanjikan syurga oleh Allah swt. Allah tidak memungkiri janji Nya. Lihat firman Allah dalam surah al Mukminun:
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
19/2/25
Ulasan
Catat Ulasan