Langkau ke kandungan utama

208) KENAPA KITA BERBALAH?

Bismillah.
Alhamdulilah
Assalamu'alaikum ,


        Ayat  Allah   'Maujud bi la makan'   ataupun    'Ada tapi tak bertempat'  ,    bukan laras bahasa yang digunakan dalam quran dan hadis untuk menyatakan wujudnya Allah .      Ia datang dari kaedah falsafah.     Sebab itu jadi pening di tempat kita ini sebenarnya. 

       'Wujud tanpa bertempat'.  Sebab,    jika  kita lihat dalam al quran ,  samada tangan  Allah ,  Allah mendengar,     Allah melihat, atau apa saja perkataan-perkataan  yang kita guna kepada makhluk, tapi diguna juga kepada Allah, semua itu mesti dikaitkan dengan        لَيْسَكَمِثْلِهِۦ شَىْء  iaitu    'tidak ada yang serupa dengan Nya'  , (Asy Syura:11).

     Itu yang sebenarnya  cara beragama. Allah ada,   kita pun ada  tapi adanya Allah bagaimana? Iaitu tak serupa dengan adanya kita.  Jadi,  adanya Allah itu bagaimana? 
    Tak tahu.
    
    Tak tahu itu maksudnya Allah tak perincikan. Jadi kita nak perincikan bagaimana. ?   Sebab itu,  bab ini termasuk dalam IMAN. Setakat percaya sahaja. 

     Allah melihat, kita juga melihat. Samakah  ?  Tidak.  Kena kembali kepada ayat tadi,   لَيْسَكَمِثْلِهِۦ شَىْء.

       Allah ada tangan,    Allah ada kaki, bagaimana tangan Allah? Kita tak tahu. Serah kepada Allah, apa yang layak bagi Dia. Itu cara ulama salaf  dulu. Sebab apa begitu? 

      Sebab  mereka guna kaedah    لَيْسَكَمِثْلِهِۦ شَىْء     .   Itu sebenarnya. 

       Masalah orang kita   ,  dia terpengaruh dan pakai kitab sifat 20.     Abul Hasan Ashaari dan al Maturidi asalnya tak guna kaedah itu.    Sifat 20 itu sudah berlaku innovasi selepas zaman Ashaari.    Seperti Allah  ada tak bertempat,  Allah tak mengambil ruang  , itu istilah-istilah yang tak diguna-pakai      oleh nabi untuk mengajar  tauhid kepada para sahabat. Tidak ada.

     Yang jadi pening, kitalah.    Itu punca pening. Sebab kita tidak guna istilah dari  quran dalam memperkenalkan    Allah.    Itu puncanya.

    Kalau perkenalkan  Allah dengan quran , mudah saja . Para sahabat dulu imannya kukuh kerana ikut cara quran lah. 

      Cuba belajar sifat 20. Ana belajar dengan  Maulana Asri sifat 20 ni. Sakit kepala . Tapi ana tak tolak. Sebab kita belajar yang itu, untuk nak tahu sejarahnya. Kaedah itu  sebenarnya  dipakai untuk lawan puak-puak  falsafah dulu asalnya. Puak-puak  falsafah guna kaedah mantik dan sebagainya.  Jadi ulama kita  lawan  kaedah mereka itu.  Jadi,   mereka yang bermasalah  itu,  boleh guna ini sebagai  ubatnya.

      Sebab itu ana cakap terus- terang. Kita terima ini sebagai satu kaedah     pengajian akidah . Tapi kenapa  ana    tak guna untuk mengajar masyarakat?

      Sebab ada yang lebih mudah . Iaitu pendekatan quran. Sebagai -mana nabi  dedahkan.  

      Kita kena faham begini. Bila nabi bawa ini, missi nabi ialah tauhid.  Nak bawa akidah tauhid. Tahap mana keadaan  masyarakat waktu itu?  Iaitu masyarakat ketika itu syirik 100%.   Jadi, nabi nak tukar kepada tauhid.

      Manakala,   masyarakat kita ini tidak seteruk jahiliyah.   Yang jadi payah itu kenapa?       Kerana kita guna kaedah itu lah. Kaedah itu payah sebenarnya.

    Yang lebih parah lagi, akhir-akhir  ini ada pihak yang mengatakan sifat 20 kaedah Ashairah itu adalah akidah, bukan kaedah.    Sebab itu mereka mengatakan    siapa yang tak tahu sifat 20 itu kafir. Sebab ia faham sifat 20 itu akidah. Bagi ana itu kaedah sahaja. 

    Cuba tanya, ayat  'Allah wujud bi la makan'  itu kamu ambil dari mana? Mereka takkan dapat  nak beritahu.   Dalam quran memang tidak ada  . Ulama kita tanya lama dah hal ini.     Istilah itu tak pernah digunakan dulu.  Bila kita guna istilah itu, jadi tak kena. 

     Padahal   ayat Allah ada tangan itu , Allah sendiri yang kata. Pernah kah  ulama salaf kita seperti imam Syafie dan   lain-lain berkata Allah ada buku lali?      Tidak ada. Sebab apa tidak ada?   Atau Allah ada pergelangan tangan. Padahal Quran ada sebut tangan dan  betis .    

       Kalau difikir    secara otak falsafah , kalau Allah sebut tangan,  sebut jari, mesti ada pergelangan tangan.  Tapi ulama kita tak kata begitu.  Ulama kita tak kata Allah ada leher,  ulama sebut setakat yang Allah sebut sahaja.  Kalau kita fikir  secara otak falsafah, mana boleh     hidup kalau setakat yang disebut itu sahaja.

      Sebab itu kita kata  , kamu itu yang bermasalahnya.     Kita terima setakat apa yang Allah sebut. Selesai masalah. 

      Dan kena ingat,  membincang perkataan  itulah punca jadi punah,  jadi  rosak.     Nabi s.a.w bersabda,

     "Fikirkanlah kekuasaan-kekuasaan Allah dan janganlah kau fikirkan Zat-Nya. Sesungguhnya kamu tak akan mampu memikirkan hakikat-Nya." (HR Ibnu Hibban)

     Kalau kaji zat tuhan jadi rosak. Allah kata ada tangan,    ada tanganlah. Macamana tangan tuhan?  Aku tak tahu. Serah kepada Dia.  Sesuai dengan kudrat, iradat dan kekuasaan Nya. Selesai masalah. 
      
    Sebenarnya mudah saja. Tapi syaitan tak suka begitu.   Dia nak kita ni berbalah,    tuduh orang macam-macam.  Sampai dia kata orang yang tak belajar sifat 20 itu tidak Islam. Berat.      Dr. Joe tu mereka tuduh kafir kalau di Kelantan sebab apa?  Sebab  dia kata tuhan ada tanganlah. Mereka kata,  tangan itu kena takwil.  Para sahabat dulu takwilkah?

   Rugi masa kita sebenarnya bincang hal ini.... 



Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Ust. Syamsudin
Klang.
17/11/24



.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...