Langkau ke kandungan utama

203) ADAKAH BOLEH BERDOA KEPADA WALI?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,

     'Larangan berbuat syirik adalah berbentuk umum.' Ertinya semua bentuk syirik adalah dilarang oleh Allah swt. Tidak ada pengecualian. 

        'Dan Allah tidak redha Ia dipersekutukan  dengan siapapun dalam beribadah kepadaNya'. (An Nissa: 36).

     Maksudnya, dengan siapapun Allah dipersekutukan, itu dilarang oleh syariat dan tidak diredhai oleh Allah swt. 
    
      Sama saja orang menyembah batu  atau patung atau syaitan dengan orang yang menyembah wali atau nabi atau malaikat, semuanya adalah musyrik. Maka berdoa kepada berhala atau berdoa kepada wali adalah sama. Kedua-duanya syirik. Kenapa begitu?


Tiada pengecualian

       Kerana larangan berbuat syirik datang dalam bentuk umum,  tidak ada pengecualian. Maka Allah tidak redha dipersekutukan dengan apa pun. 

      Dalil larangan syirik dalam bentuk umum itu ada di surah al An'am : 151,


       Lihat kalimat syaiann,

   Ia datang dalam bentuk 'nakirah' dalam konteks larangan. Para ahli tafsir mengatakan ia menunjukkan umum. Tidak ada pengecualian di situ . Contohnya , kecuali kepada rasul, itu tidak ada. Jadi,    Allah melarang Ia disyirikkan dengan  apa-apa pun. 

     Sebab itu umat nasrani dikafir kan oleh Allah padahal yang ia sembah ialah seorang nabi dan rasul yang mulia.  Lebih dari sekadar menyembah wali, kerana para rasul lebih mulia dari wali.  Itupun mereka dikafirkan oleh Allah.

    Firman Allah di surah al Anfal: 39,

      

     Di sini Allah    memerintahkan  nabi memerangi semua kesyirikan tanpa membeza-bezakan, sehingga tidak ada lagi fitnah. Maksud fitnah disini ialah kesyirikan. 

Membantah syubhat

     Maka di antara faedah kepada kaedah ini ialah untuk membantah syubhat orang yang  mengatakan  bahawa , 'Takkan berdoa  kepada wali  sama dengan berdoa kepada berhala ? Itu berlainan '.   Kata mereka yang membolehkan itu. 

     Kata mereka lagi,   'Janganlah kamu kata  berdoa kepada wali, kamu menyamakan berdoa kepada berhala" .

     Maka kita katakan,   ' Bukan menyamakan wali dengan  berhala,  tetapi perbuatan kalian berdoa kepada wali dengan  kalian berdoa kepada berhala itu tidak ada bezanya. Kalianlah yang menjadi kan wali itu sama seperti berhala. Kerana larangan berbuat syirik itu datang dalam bentuk umum yang  tidak ada pengecualian.' 

      Bila berdoa    kepada apa-apa selain Allah walaupun ia wali atau nabi atau nabi Khidir atau abuya,  itu semua     termasuk dalam perbuatan syirik.  Sedangkan  syirik itu dosa yang paling besar  .  Yang jika sesiapa tidak bertaubat darinya sehingga ia mati, maka ia kekal di dalam neraka.


       


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Ust. Sofyan Chalid.
Klang.
19/10/24
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  (Ar Ra'd:11) Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berl...