Langkau ke kandungan utama

192) BILAKAH WAKTU PENYESALAN YANG TAK BERGUNA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




      Mari kita menundukkan hati kita, membaca ayat-ayat Allah swt, dan hadis-hadis nabi s.a.w agar kita mendapat rahmat Allah swt. 

      Di kesempatan yang berbahagia ini saya ingin mengingatkan  beberapa ayat al quran yang menjelaskan kepada kita tentang waktu-waktu  penyesalan. 

     Ketika itu sebahagian manusia menyesal bahkan sangat menyesal atas segala perbuatan mereka ketika di dunia. Namun saat itu sudah terlambat, penyesalan ketika itu tidak ada lagi ertinya. 

    Dan secara garis besarnya kita dapat membahagi penyesalan manusia dalam 4 waktu.  Iaitu:

1.   Di hari terakhir kehidupannya di dunia.

   Iaitu di hari kematian mendatangi nya. Allah swt menyebutkannya dalam al Munafiqun: 10-11,


        Allah menyuruh kita infakkan sedikit dari rezeki kita yang ada sebelum kematian sampai.  Tetapi bila ia enggan dan kematiannya sudah sampai ia berkata kepada Allah , katanya,


       Iaitu ia minta ditundakan kematiannya sebentar saja. Dia tidak minta banyak waktu, dia minta sedikit sahaja waktu penundaan kematiannya. Apa yang dia fikirkan ketika itu yang ingin dia lakukan ialah diberi tambahan waktu hidup.


       Adakah kerana dia hendak menikmati kereta mewahnya atau rumah besarnya atau harta benda yang melimpah?   Tidak.
 
    Semua itu dia sudah lupakan. Hari itu dia menyedari semua harta bendanya tidak bermenafaat. Apa yang dia inginkan waktu itu? Iaitu,

           Agar aku dapat bersedekah dan dapat beramal soleh. Inilah yang dia harapkan. Ingin ber- sedekah secara khususnya dan beramal soleh secara umumnya. 
       
      Namun  Allah swt menegaskan,

     Jadi, permintaannya tidak mungkin dikabulkan. Ajalnya tidak mungkin ditunda. Allah sudah menetapkan  seseorang itu mati pada ajalnya. Tidak ada yang mampu menundanya. Sebagai- mana tidak ada yang mampu mempercepatkannya apabila Allah telah menetapkan ajalnya. 


Masih ada waktu

    Oleh itu kita perlu benar-benar faham, ketika belum datang kematian  kita,  maka bererti masih ada waktu untuk beramal soleh. Masih ada waktu untuk ber- sedekah. Dan para ulama mengatakan bahawa sedekah ini disebut secara khusus, menunjuk- kan betapa pentingnya sedekah. Dan pengaruhnya bagi seorang hamba yang dapat menyelamatkan- nya dari azab Allah. 

      Sampai rasulullah s.a.w pernah bersabda,

   "Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata, ‘Ditetapkan hukuman di antara manusia.’  "
(HR: Al Baihaqi)

      Bererti makin banyak sedekah kita, makin besar pula naungan  kita. Di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Di hari itu sangat panasnya. Matahari didekatkan sejauh satu mil. Itulah luar biasanya keutamaan sedekah.

      Oleh itu, jangan  remehkan sedekah meskipun sedikit. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

    "Jagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma”.
( Hadits Shahih, Riwayat Bukhari dan Muslim. )

        Bukan  sebiji kurma, sepotong kurma pun boleh kita sedekahkan. Ertinya jika  wang kita sedikit, masih boleh membuat sedekah. Sebahagian untuk kita dan keluarga kita, sebahagian lagi untuk sedekah. Tapi perlu diingat juga , sedekah kepada keluarga itu lebih afdhal.  Itu lebih besar pahalanya. Makin dekat hubungan kekeluargaan, makin besar pahala kita berbuat baik kepadanya. 

     Sampai rasulullah s.a.w bersabda,

     "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya  )" .
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

        Maka perbanyakkanlah sedekah. Juga dia mahu membuat amal soleh. Apa maksud amal soleh itu?   
   
     Kata imam ibnu Qayyim r.h (691- 751 H), 
              " Amal soleh itu ialah yang dilakukan dengan ikhlas dan sesuai dengan petunjuk nabi s.a.w ".  Itulah amal soleh. 

Dua syarat.

     Amal soleh mesti terpenuhkan dengan   dua syarat . Pertama, kita lakukan  dengan ikhlas. Iaitu niat kita semata-mata untuk mendapat balasan  dari Allah. Balasan apa? Balasan  syurga dan dijauhkan dari api neraka. Yang kedua, amal tersebut mengikut petunjuk nabi Muhammad s.a.w.  

     Kalau tak terpenuhkan  1 dari 2 syarat ini maka amal tersebut bukan amal soleh. Meskipun kita rasa ianya baik. Meskipun akal kita kata ianya bagus. Meski  ia dilakulan oleh majoriti manusia. Atau diwariskan  turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.


Tertolak
        Jika rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarkannya maka itu bukan amal soleh. Kerana beliau pernah bersabda ,

  " Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tiada petunjuk dari  kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718).
     
     Iaitu tidak diterima oleh Allah swt. Kenapa? Kerana itu bukan amalan yang baik meskipun kita merasakannya baik . 

     Jadi, ketika kematian datang kepada seseorang barulah ia berfikir untuk beramal dengan ikhlas sesuai dengan  petunjuk nabi s.a.w. Tapi banyak orang semasa hidupnya tidak mahu mengikut petunjuk nabi s.a.w.    Ia lebih suka mengikut adat budaya tradisi bangsa. Atau kebiasaan majoriti orang , atau apa kata si fulan.


Baru menyedari

       Nanti, hari terakhir hidupnya di dunia, baru dia menyedari kesalahannya. Dia ingin beramal soleh, minta tambahan waktu hidup, tapi sudah terlambat. Inilah penyesalan yang pertama. Maka, penyesalan yang kedua iaitu,


2.  Saat  berada di alam kubur atau barzakh.

        Ketika sudah berada di alam kubur,  dia masih meminta kepada Allah dengan penuh penyesalan. Allah jelaskan ini dalam surah al Mukminun : 99 - 100,

          Lihat apa yang dia inginkan kalau dia kembali ke dunia? Dia sudah melupakan semua hartanya. Dia sudah melupakan isteri dan anak -anaknya, teman-teman baiknya. Apa yang ia mahukan?  Iaitu seperti  firman Allah,

          Dia menyesal kenapa dulu ketika hidup tidak beramal soleh. Ia masih bermohon, walau sudah berada di alam barzakh, terpisah roh dari jasad,  dia masih  minta kepada Allah, ya Allah kembalikan aku ke dunia. Untuk apa? Untuk beramal soleh. Apa jawapan Allah swt?

         
    ' Sekali-kali tidak! Permintaan mereka tidak akan dikabulkan. Itu hanyalah ucapannya saja'. Itu jawapan Allah. Dan di hadapannya ada barzakh dan titik pembatas. Mereka tidak akan dapat keluar dari alam kubur, sampai bila? Sampai hari kebangkitan barulah mereka keluar. 


Alam barzakh

    Oleh itu alam kubur juga disebut alam barzakh.  Maka ini juga termasuk dalam akidah seorang muslim. Wajib kita yakin orang yang sudah wafat ia berada di alam barzakh. 

      Keyakinan adanya roh gentayangan di alam dunia, masih datang mengunjungi keluarganya  atau masih menakut-nakuti orang di jalan, itu keyakinan yang bertentangan dengan al quran. Dan bertentangan dengan  hadis-hadis yang sangat banyak yang menjelas- kan  tentang orang yang wafat yang sebenarnya hanya ada dua keadaannya. Samada ia mendapat nikmat kubur atau azab  kubur. 

      Tidak ada yang berjalan di dunia menakut-nakuti orang. Apalagi mahu membalas dendam kerana pernah dibunuh. Itu hanya rekaan di filem-filem, di sinetron. Kerana itu hati-hati,  banyak filem-filem itu yang merosakkan akidah. 

      Kata Allah ,  di hadapan mereka ada dinding pembatas.  Mereka tidak mampu menembusinya. Sampai bila?  Sampai hari kebangkitan barulah mereka keluar dari alam kubur. 

     Inilah  ratapan  penyesalan yang kedua. Maka yang ketiga  ialah,


3.   Ketika mereka melihat azab neraka.

     Iaitu ketika sebelum masuk ke dalam neraka , baru melihat neraka, mereka pun meminta kepada Allah dengan penuh penyesalan. Allah sebut hal ini di dalam surah Ghafir  : 84-85,

       Bila saja mereka melihat azab neraka yang dahsyat , mereka pun berkata, 'Kami beriman kepada Allah yang satu. Dan kami salahkan apa yang kami sembah dulu selain Allah.'

    Inilah penyesalan terbesar di hari kiamat. Kenapa dulu menyembah selain Allah? Kenapa dulu tidak menyalahkan peribadatan kepada selain Allah? 

    Ada orang berkata jika menyalah- kan  ibadah orang kepada selain Allah itu tidak toleran. Bahkan  itu radikal  , itu teroris , suka menyalahkan non muslim, yang menyembah kepada selain Allah. 

     Tapi di hari kiamat semua non muslim, semua musyrikin sendiri menyalahkan semua yang mereka sembah selain  Allah. Yang mereka benarkan hanya Allah. Lihat ucapan mereka  ,

      Kami percaya/ beriman kepada Allah yang satu sahaja.  Dan ingkar kepada selain Allah, seperti kata Allah ,
       Jadi, pada hari itu mereka menyatakan mahu bertaubat.  Mereka berkata , '  Kami sekarang beriman, kami sekarang orang Islam.'  Bukan lagi nasrani, bukan yahudi, bukan  hindu dan lain-lain. Itulah pernyataan mereka, beriman kepada tuhan yang satu. Bukan kepada Jesus, bukan kepada dewa-dewi, bukan kepada patung-patung, pohon-pohon besar, batu-batuan, tetapi hanya kepada Allah yang satu. Semua selain Allah tidak benar. Hari itu mereka bertaubat, dan menjadi orang beriman.  Semua orang musyrik , orang kafir hari itu semua jadi beriman. Tidak ada lagi orang kafir.

Tapi apa kata Allah?


      Tetapi sudah terlambat untuk beriman. Tidak diterima lagi iman mereka. Inilah penyesalan terbesar di hari kiamat. Dengan sebab itu mereka meminta kepada Allah supaya kembalikan mereka ke dunia agar dapat menyembah Allah sahaja.  Sebagaimana Allah sebut juga di surah Ibrahim :44,

         Permintaan mereka ada dua. Dan inilah dua penyesalan terbesar. Untuk apa mereka ingin kembali ke dunia? Pertama, ingin menjawab panggilan Allah. 

Penyesalan terbesar

       Kata imam At Thabari (224 - 310 H) dalam tafsirnya , ' Kami ingin memenuhi dakwahmu yang benar  iaitu kami beriman  kepadaMu dan tidak mem- persekutukan Mu. Tidak menyembah selain Allah'.  Inilah penyesalan terbesar mereka yang pertama. 

      Kenapa dulu menyembah selain Allah?  Allah akan minta per- tanggungjawaban khusus, inilah dua pertanyaan Allah terbesar kelak di hari kiamat.

     Pertanyaan yang pertama ada dalam surah al Qasas :62 ,

        
      Dan ingatlah hari ketika Allah memanggil manusia dan jin, untuk diminta pertanggungjawaban, iaitu dihisab dan diadili,  Allah bertanya "Mana tuhan-tuhan yang kamu sekutukan Aku dengan mereka, yang kau sembah selain Aku?"

       Oleh kerana itu , di surah Ibrahim : 44, mereka mengatakan, 


      Iaitu mereka meminta dikembali kan ke dunia untuk menyembah Allah dan mengikuti rasul.

      Itulah sebabnya dakwah seluruh nabi dan rasul ialah mengajak manusia  menyembah Allah  dan melarang manusia menyembah selain Allah. Sebagaimana dalam surah an Nahl: 36, 

      Inilah dakwah seluruh nabi dan rasul.  Dan inilah makna yang terkandung dalam kalimat,


      Inilah penyesalan terbesar manusia. Kenapa dulu tak mengamalkan laila haillallah.


Penyesalan kedua

     Penyesalan kedua ialah supaya dikembalikan ke dunia supaya dapat mengikuti rasul. 


      Kata imam at Thabari r.h :  "Mereka berkata, kami akan membenarkan ajaran rasul sehingga kami  mengikuti ajaran rasul. "
       
      Oleh sebab  itulah, mereka baru menyedari bahawa ajaran para rasul adalah ajaran dari Allah swt. yang  patut ditaati.

       Inilah penyesalan manusia terbesar yang kedua. Sesal kenapa dulu tidak mengikuti ajaran rasul. Dan Allah menyebut hal ini secara khusus dalam surah al Furqan: 27,

        Inilah satu-satunya ajaran  yang dikesali oleh manusia kerana mereka tak amalkan.  Manusia tidak menyesal kerana tidak mengikuti ajaran biasa orang tuanya, kecuali ajaran  orang tua yang sesuai dengan  ajaran rasul. Kalau tidak sesuai, tidak boleh diikuti.  Jika diikuti, nanti akan  menyesal di hari kiamat nanti. 

      Tidak ada yang menyesal nanti kerana tidak mengikuti budaya bangsanya,  adat istiadat nenek moyangnya, tradisi yang diamalkan oleh orangramai,   tidak ada yang menyesal.

      Yang mereka sesal ialah kerana tidak mengamalkan ajaran para nabi dan rasul. Kerana inilah pertanggungjawaban kedua terbesar  yang Allah akan minta dari manusia. Hisab terberat yang kedua, sebagaimana  di surah al Qasas: 65,

       Di hari itu Allah tanya kita, adakah kamu amalkan ajaran rasulmu?  Allah tidak tanya ajaran yang lain tapi ajaran rasul.  Maka ketika itu menyesallah orang tak mengamalkan ajaran-ajaran beliau. Baik yang wajib mahupun yang sunat.  Sehingga mereka ingin kembali ke dunia untuk beramal, tetapi tidak akan dapat kembali lagi. 

      Dan terakhir penyesalan yang ke empat,


4.  Saat mereka sudah dimasukkan ke dalam neraka.

    Allah sebutkan ini dalam surah as Sajadah: 12,

     Orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di depan Allah nanti,  kerana sangat malunya dan takutnya  (lebih dahsyat malunya ketika itu daripada malu di dunia. ),  seraya mereka bermohon,

        
     Pada hari itu mereka kata sudah melihat dan mendengar sendiri azab neraka Allah, sekarang mereka sudah yakin,  sudah percaya,  jadi katanya,  "Tolong kembalikan  kami ke dunia."  Sampai mereka meraung-raung dan  berteriak-teriak minta dikembalikan. Allah jelaskan juga dalam surah Fathir: 37,

         Mereka minta dikeluarkan dari neraka dan minta  kembalikan ke dunia.  Untuk apa mereka minta dikembalikan ke  dunia.? Iaitu untuk beramal soleh, bukan jadi seperti dulu mereka lakukan. Mereka mahu berubah, sudah sedar dan mahu bertaubat.
           
    Walaupun sudah di dalam neraka mereka  masih minta kepada Allah supaya dikembalikan ke dunia. Lihat apa jawapan Allah, juga sebagai nasihat kita di dunia ini ? Di ayat seterusnya ini,

      Bukankah Kami sudah memberi kesempatan umur  kepada kamu,  sehingga cukup untuk mengambil pelajaran bagi orang yang mahu mengambil pelajaran?  


Kesempatan hidup

      Maksudnya, kesempatan  hidup kita sudah cukup, ditambah lagi adanya pemberi peringatan iaitu para nabi dan rasul. Begitu pula ilmu dari para nabi dan rasul sudah sampai kepada kita . Dua nasihat ini sudah cukup. Satu, kesempatan hidup. Kedua, ajaran para  nabi dan  rasul yang disampaikan oleh para pendakwah.  Ini seharusnya cukup untuk  mengingatkan kita , jangan  sampai kematian yang kelak mengingatkan  kita. 

       Jangan sampai sudah  masuk neraka baru kita sedar , kita mahu bertaubat. Maka kata Allah,

         Waktu itu tidak ada bagi orang zalim, orang yang dapat menolong mereka. 


Tak mungkin dikabulkan

    Inilah ayat-ayat yang menjelas- kan kepada kita, betapa pedihnya penyesalan  yang sudah terlambat . Memohon kepada Allah agar diberi kesempatan semula tetapi itu tak mungkin dikabulkan oleh Allah. Semua ini mengingatkan kita bahawa hidup ini hanya sebentar. Tidak lama lagi akan  datang waktu penyesalan. 

     Oleh  itu menyesallah sekarang, bukan menyesal  ketika waktu yang tidak berguna lagi penyesalan. Dan rasulullah s.a.w  bersabda,

“Penyesalan itu adalah hakikat  taubat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban)

      Orang yang menyesal dengan dosa-dosanya dan kembali kepada Allah dengan meninggalkan dosa itu , maka itulah orang yang ber- taubat. Dan taubat menghapuskan semua dosa-dosa kita. Oleh kerana itu rasulullah s.a.w bersabda,

       “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis riwayat Muslim).

     Kalau rasulullah s.a.w yang dosanya sudah diampuni, ber- taubat 100 kali sehari , bagaimana dengan kita yang banyak dosanya?


Kunci keselamatan

      Dari ayat-ayat tadi dan penjelasan dari ulama-ulama , maka ada dua kunci keselamatan kita. Iaitu:

1.  Mentauhidkan Allah
2.  Mengikuti nabi Muhammad s.a.w

     Mentauhidkan Allah tak mungkin kita realisasikan kecuali kita menjauhi dosa syirik. Orang yang membuat dosa syirik adalah orang yang tidak mentauhidkan Allah. 

     Kalau begitu, maka penting untuk kita pelajari hakikat tauhid dan syirik. Kerana betapa banyak orang terjerumus dalam dosa syirik disebabkan ketidaktahuannya, disebabkan kejahilannya.  Allah berkata di surah al A'raf: 138,

       Nabi Musa berkata, kaumnya itu orang yang bodoh. Kenapa Musa a.s kata bodoh? Iaitu mereka itu , kerana lamanya menjadi hamba firaun sehingga tidak menuntut ilmu agama sehingga menjadi bodoh. Baru saja mereka selamat dari kejaran firaun, mereka minta dibuatkan untuk mereka patung.  Padahal baru saja Allah selamatkan mereka dari firaun.  Apa jawapan nabi Musa a.s?

       "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh". Bodoh apa? Tidak faham ilmu bisnes? Ilmu marketing? Ilmu fizik atau kimia? Bukan. Sebaliknya tidak faham ilmu agama. 

       Tidak mengenal tauhid, tidak mengenal syirik, maka mempelajari ilmu tauhid dan mengenal syirik itulah ilmu paling wajib  dipelajari. Kerana banyak orang terjerumus ke dalam syirik kerana tidak mengenal ilmu agama. 


Syirik dosa terbesar

       Sebaliknya syirik sebagai dosa terbesar mereka anggap sebagai ibadah. Mereka anggap itu ajaran Islam. Contohnya,  orang yang membuat syirik dengan mengagungkan kuburan secara melampaui batas. 

    Awalnya mereka jadikan kuburan sebagai tempat ibadah.  Kerana ia kuburan wali. Kalau solat di situ ,  berdoa kepada Allah di situ, itu lebih mustajab, katanya.

      Mereka anggap itu amal soleh. Padahal rasulullah s.a.w melarang keras perbuatan itu. Beliau telah bersabda,

   “Allah telah melaknat orang-orang Yahudi serta Nashrani yang menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid-masjid”.
(HR: Bukhari)

       Rasulullah ingatkan kita jangan mengikut yahudi dan nasrani. Tapi hari ini banyak orang mengaku muslim malah menganggap itu satu kebaikan. Sampai menempuh perjalanan jauh untuk pergi kekuburan yang dianggap keramat, kubur seorang wali. Dan tidak ada dalam Islam namanya kuburan keramat. Yang katanya kita berdoa di situ lebih mustajab, tidak ada. Itu bukan ajaran Islam. 

    Dan sampai akhirnya mereka melakulan dosa terbesar iaitu dosa syirik. Mereka pun berdoa kepada penghuni kubur itu. 

      Awalnya niatnya agar doanya diteruskan kepada Allah. Itu masih dalam bentuk tawasul. Namun itu pun dalam Islam sudah dipanggil syirik. Meskipun mereka inginkan agar doanya diteruskan kepada Allah tapi dia berdoa kepada wali yang sudah wafat. Maka itu sudah termasuk dosa terbesar iaitu dosa syirik. 

      Kerana rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Doa adalah ibadah.” 
(HR. Abu Daud dan Tirmidzi,)

       Tidak boleh kita jadikan untuk makhluk untuk beribadah kepada Allah. Tapi kemudian berkembang lagi. Ada yang sampai meyakini wal-wali itulah yang mengkabulkan doa. Tak perlu diteruskan kepada Allah. Maka kesyirikan ia pun bertambah. Iaitu syirik meyakini ada selain Allah yang maha mengkabulkan doa.



Padahal ia dosa terbesar

    Tapi orang ramai menganggap itu amal yang baik. Padahal itu dosa terbesar. Contoh lain, dosa paling besar  , menyembelih untuk pengagungan, untuk sesajen, untuk persembahan kepada selain Allah. Tapi di sebahagian daerah  , itu dinamakan sedekah laut, sedekah gunung.  Namanya begitu indah, sedekah. Padahal itu adalah dosa terbesar iaitu syirik. 

     Bahkan perbuatan mereka itu dijadikan objek pelancongan. Orang ramai berdatangan untuk menonton acara itu. Menonton acara dosa terbesar. Padahal rasulullah s.a.w bersabda,

      “Allah melaknat orang yang menyembelih buat selain Allah” (HR. Muslim no. 1978).

         Pelakunya dilaknat, tapi mereka mengatakan itu sedekah bumi, sedekah laut.  


Tangkal
      Dan  orang yang masih mempercayai tangkal  dengan benda-benda samada ia cincin, gelang,  kalung, dan sebagainya. Padahal rasulullah s.a.w bersabda,

    “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”
[Riwayat Imam Ahmad (3615)]


Hari baik, hari buruk

       Masih juga orang percaya ada hari baik, hari buruk, ada angka keberuntungan,  ada angka sial. Katanya angka 13 angka sial. Padahal rasululah s.a.w bersabda,

         "Beranggapan sial adalah kesyirikan, beranggapan sial adalah kesyirikan”. 
Beliau menyebutnya sampai tiga kali. Kemudian Ibnu Mas’ud berkata,
 “Tidak ada yang bisa menghilang- kan sangkaan jelek dalam hatinya. Namun Allah-lah yang menghilang kan anggapan sial tersebut dengan tawakkal.” 
(HR. Abu Daud no. 3910 dan Ibnu Majah no. 3538)

Dan nabi juga bersabda,

       “Barangsiapa yang thiyarah menyebabkan dia tidak jadi melaksanakan hajatnya maka dia telah berbuat syirik.” 
(Hadits shahīh diriwayatkan oleh Imām Ahmad)

        Contohnya, kita mahu pergi kesatu tempat,  tiba-tiba  semasa memegang cawan nak minum, cawan itu terlepas  jatuh dan pecah. Kita pun kata, " Ini tanda tak elok, kita batalkan pergi ke sana, takut ada malang." Maka keyakinan ini adalah syirik. Sebab percaya kepada adanya sial.
      

       Sehingga ada juga bila hendak menikahkan anak, menjemput dukun yang dipanggil ahli primbun. Iaitu untuk mencari tarikh pernikahan mana yang lulus supaya rumahtangga tidak tertimpa sial. Nampaknya macam satu ilmu , tetapi ia adalah kesyirikan.

      Ada juga bila hendak membina rumah dipanggil ahli feng shui untuk mencari hala pintu dan lain-lain yang katanya membawa rezeki.  Iaitu membawa tuah.

    Maka ini termasuk syirik at thiyarah, takut sial. 


Perkara ghaib

   Termasuk syirik bila menganggap ada kiyai besar, ulama besar, yang dia tahu perkara ghaib. Padahal Allah menegaskan dalam surah an Naml; 65,

     Allah kata tidak ada orang samada di langit atau di bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. Meskipun dia seorang kiyai,  ulama, tapi kalau ia mengaku-ngaku tahu perkara ghaib dalam Islam ia dipanggil kahin atau dukun.  Mempercayai para dukun, maka rasulullah s.a.w  bersabda,

   “Barang siapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia mempercayai hasil ramalannya, maka sungguh ia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad saw.” 
(HR. Ahmad).

      Kalau cuma datang bertanya tapi tak percaya, solatnya tak diterima selama 40 malam. Kalau percaya bererti ia samakan dengan Allah swt. Yang paling bahaya  datang ke dukun, tukang sihir untuk minta dia menyihir orang lain maka itu juga termasuk kekufuran.

         Bagaimana caranya  seseorang boleh menyakiti orang dari jarak jauh?  Boleh menyihir orang ? Bagaimana para tukang sihir boleh melakukan- nya? Tidak lain , dengan mereka meminta tolong kepada syaitan. Syaitan itulah yang menyakiti orang tersebut. Bukan dukun itu yang sakti. Orang biasa tak menyadari kerana tak melihat syaitan. Lalu caranya  bagaimana syaitan mahu membantunya.?

Hamba syaitan

      Maka dia harus jadi hamba syaitan. Dia harus melakukan apa-apa yang diinginkan oleh syaitan. Baca mantera, berdoa kepadanya, membuat hidangan untuknya, dan berbagai macam bentuk kekufuran dan kesyirikan . 

    Maka disebutlah orang dia ada sakti, ada kelebihan. Padahal itu adalah sihir dan perdukunan. Contoh di negara kita apa yang disebut tenaga dalam. Boleh memukul orang dari jarak jauh apalagi jika orang itu sudah marah. Ini termasuk sihir dan perdukunan.

    Begitu pula ilmu kebal. Semua ini bentuk kesaktian dan perdukunan ia adalah sihir. Ia bukan ajaran  Islam biar pun disebut white magic. Itu semua permainan syaitan.


Karomah

   Karomah memang ada dan  wajib diyakini. Ia termasuk akidah ahlu sunnah meyakini karomah para wali. Tetapi karomah itu tidak sama dengan sihir. Di antara perbezaan- nya, karomah itu didapatkan  bukan  dari dipelajari.  Sedangkan sihir dipelajari tatacaranya atau ilmunya supaya dapat sampai tujuannya.  Hingga boleh menyakiti orang dari jarak jauh , boleh kebal dan sebagainya. 

      Tetapi karomah tidak dipelajari dalam Islam. Tidak ada kita disuruh belajar ilmu karomah. Yang ada hanyalah ilmu supaya kita istiqamah. Bukan untuk dapat kesaktian atau karomah. 

    Jadi,  karomah tidak sama dengan sihir dan perdukunan. Karomah itu Allah beri pada seorang hamba bukan kesaktian- nya atau kehebatannya. Sedangkan sihir dan perdukunan ia sendiri yang menjalankannya dengan pertolongan syaitan. Karomah tidak terjadi bila-bila masa. Tetapi sihir dan perdukunan boleh terjadi bila-bila sahaja. 

      Dan banyak lagi bentuk-bentuk kesyirikan dan kekufuran tetapi orang mengaggap itu ajaran Islam. Kerana apa? Kerana kebodohan,  kerana tidak mempelajari ilmu agama. 


Bekal terbaik

    Jadi , kita tidak dapat mengamal- kan tauhid tanpa menjauhi kesyirikan . Inilah bekal kita yang terbaik untuk menghadap Allah. Datang membawa tauhid tanpa membawa dosa syirik sedikitpun . Kerana rasul s.a. w bersabda ,

   "Siapa pun yang menemui Allah (wafat) dalam keadaan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, ia pasti masuk syurga. Siapa saja yang menemui-Nya (wafat) dalam keadaan berbuat kesyirikan, ia pasti masuk neraka."  
(Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Muslim)

       Oleh itu,  satu-satunya jaminan dapat masuk syurga ialah tauhid. Tanpa tauhid takkan dapat masuk syurga. Biarpun kita membawa 1000 kebaikan dan amal soleh  . Tanpa tauhid kita akan gagal. 

   Jika kita membawa semua dosa  tetapi tanpa dosa syirik, kita pasti selamat. Kerana rasulullah s.a.w bersabda,

  “Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas para hamba-Nya ?” Mu’adz berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Beliau bersabda : (yaitu)  “Hendaknya mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, (dan) tahukah engkau hak hamba terhadap Allah ?” Mu’adz berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Beliau bersabda : “Dia tidak akan mengazab mereka.
(HR:  Bukhari)

     Cuma, selamat itu ada dua macam. Ada yang langsung masuk ke syurga,  ada yang diazab dulu di neraka.

      Kalau dia menjauhi dosa syirik dan semua dosa, dia langsung masuk syurga. Sementara jika dia jauh dari dosa syirik, tetapi dosa lain ia lakukan  seperti judi, riba, minum khamr,  mencuri dan sebagainya,  maka dia terancam diazab dulu di neraka.  Bukan pasti masuk neraka tapi terancam. Jika Allah mahu mengampunkannya maka ia masuk syurga. Kalau Allah mahu ia diazab, ia akan masuk neraka dulu, tapi tidak kekal di neraka.  Satu hari ia akan dimasuk ke syurga, kerana apa? Kerana dia tidak berbuat dosa syirik.

       Jadi , bekal kita yang terbaik untuk  menghadap Allah nanti  ialah dengan bertauhid dan tidak menjauhi dosa syirik.  Sekian.



Pertanyaan:

      Bolehkah mengunjungi tempat- tempat kesyirikan seperti kuil, gereja dan sebagainya.


Jawapan:
         
         Mengunjungi tempat yang ada kemaksiatan apalagi kesyirikan,  tidak dibolehkan. Kerana Allah swt berfirman, dalam anNissa :139,

     Berdasarkan ayat ini , para ulama memetik pelajaran, tidak boleh mendatangi tempat orang yang sedang membuat dosa syirik. 

      Sampai kata Umar r.a,
   "Jangan kamu memasuki tempat-tempat  ibadah orang musyrik, kerana laknat Allah turun kepada mereka. "

     Jangankan orang berbuat syirik, rasulullah s.a.w bersabda,

    "Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak." [Riwayat al-Haithami (1/283)]

       Ertinya walaupun ia tidak minum, tidak boleh duduk di situ. Itu hanya khamar, bagaimana pula dengan tempat kesyirikan ?  Maka kita tidak boleh datang ke tempat tersebut kecuali untuk berdakwah.  Untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. 

       Dan yang seharusnya bagi penguasa negeri menghancurkan tempat itu. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali bin Abi Talib,
   "Jangan sampai engkau biarkan sebuah berhala kecuali engkau hancurkan, jangan biarkan kuburan kecuali engkau ratakan, dan jangan biarkan sebuah gambar kecuali engkau hapuskan.” 
(HR. Muslim no. 969).

       Rasulullah sendiri turut sama menghancurkan patung-patung yang ada di kaabah. Dan beliau memerintahkan sahabatnya menghancurkan Latta, uzza dan mannar. Bukan dijadikan tempat pelancongan, tetapi dihancurkan.

    Jadi tidak sepatutnya kita mendatangi tempat-tempat kesyirikan seperti itu.

Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Ust. Sofyan Chalid.
Klang.
20/8/24

   

   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...