Bismillah.


Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum
Allah berfirman dalam surah al Ahzab: 36,
Dalam ayat ini , Allah menyebut bahawa yang memutuskan sesuatu hukum itu ialah Allah dan rasul. Kalau Allah kata bahawa Ia sahaja yang memutuskan sesuatu hukum sudah cukup. Tapi kenapa Allah sebut rasul juga? Allah dan rasul, apa hikmahnya?
Hikmahnya ialah, Allah nak bagitau bahawa siapa yang taat rasul bermakna ia taat Allah. Siapa yang ingkar rasul bermakna ia ingkar Allah. Sebab ada orang beriman kepada Allah atau al quran tapi tolak rasul dan hadis. Dan ada pula yang terima rasul saja tapi tolak al quran. Maka Allah bagitau jika beriman kepada Allah bermakna kena beriman juga kepada rasul s.a.w.
Yang memutuskan hukum ialah Allah dan rasul. Adakah Allah ada sebut Allah, rasul dan ulama? Tidak ada. Jadi apa maksudnya? Iaitu ulama pun kena ikut apa yang Allah dan rasul putuskan.
Buat pilihan
Bila Allah dah putuskan sesuatu perkara, tidak patut, tidak harus bagi semua orang mukmin lelaki atau perempuan , membuat pilihan terhadap apa yang diputuskan Allah. Bukan setakat nak bantah, nak buat pilihan pun tak boleh , kenapa? Baca ayat seterusnya ini,
Apa maksud buat pilihan itu? Contohnya, Allah kata wanita wajib pakai hijab ( tudung). Bila Allah wajibkan pakai tudung , maka tidak ada pilihan, ia wajib pakai. Apa maksud pilihan itu?
Iaitu seperti ia memilih tak mahu pakai, atau nak pakai tapi esok. Esok itu bermakna pilihan. Atau pun nak pakai tapi lepas pencen, itupun pilihan. Itu tak patut kata Allah. Soalnya kenapa tak patut.?
Mengaku beriman
Sebab ia telah memilih menjadi orang beriman kepada Allah. Maka bila seseorang mengaku beriman kepada Allah, maka tuntutannya ialah jangan bantah. Beriman itu maknanya percaya . Bila percaya jangan bantah. Bila bantah maknanya tak percaya.
Bila percaya kepada Allah kena ikut perintahNya semua sekali, bukan pilih-pilih. Apa dalilnya? Iaitu,
Kalau bantah 1% saja sudah dipanggil tidak beriman. Sebalik- nya itu dipanggil beriman kepada nafsu. Oleh itu, kalau sudah beriman maka jangan buat pilihan.
Jika beriman
Jika kita beriman , iman kita akan menghalang kita dari membantah perintah Allah dan Rasul. Begitu juga jika beriman
kepada nabi , apa saja nabi buat kita jangan bantah atau berbeza. Bila berbeza maknanya kita sudah tak setuju dengan nabi bahkan tak setuju kepada Allah sebab Allah yang mengutuskan nabi itu. Tak setuju kepada utusan bermakna tak setuju kepada yang mengutuskan.
Hubungan iman dengan maksiat
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak akan berzina orang yang berzina, di waktu melakukan perzinaan itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan meminum minuman yang memabukkan, di waktu minum itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, di waktu melakukan pencurian, ketika dia orang beriman. Tidak akan melakukan perampasan, yang menyebabkan orang banyak mengarahkan pemandangan kepadanya, ketika dia orang beriman."
( Sahih Bukhari )
Bermakna , ketika seseorang berzina, pada masa itu ia tak beriman. Kenapa? Sebab kalau dia ada iman masa itu, maka iman itu akan menghalangnya. Kalau tiada apa menghalangnya bermakna imannya tiada. Begitu juga jika seseorang membuat larangan Allah yang lain seperti mencuri, minum arak , menzalimi orang dan sebagainya, sedangkan ia tahu itu dosa. Semasa ia melakukannya, imannya tiada pada masa itu.
Hadis ini menghuraikan ayat di atas. Di mana jika seseorang memilih untuk beriman , maka iman itu akan menjaganya dari maksiat.
Bila ketetapan Allah ditolak
Apa pula peranan iman bila berdepan dengan ketetapan hukum Allah? Apa akibatnya jika ketetapan Allah itu ditolak? Lihat Allah jelaskan dalam ayat di bawah,
Di sini Allah bersumpah dengan namaNya, bermakna apa yang hendak disampaikan oleh Allah selepas itu adalah benda penting. Apa yang penting itu?
Iaitu seseorang tidak beriman, sehingga ia menjadikan nabi s.a.w sebagai hakim terhadap apa yang mereka perselisihkan. Iaitu apa saja yang mereka perselisihkan maka kembali kepada Allah dan Rasul atau al quran dan as sunnah. Jika kembali kepada mazhab, atau pendapat guru, maka ia belum lagi beriman sempurna.
Jadi , di sini Allah jelaskan bahawa orang beriman itu bukan atas nama mazhab atau nama kumpulan, tapi dengan beriman kepada Allah dan Rasul.
Yang jelas, sesudah menjadikan Allah dan Rasul sebagai hakim, ia tak merasa sempit dadanya. Maknanya ia menerima dengan hati yang lapang. Kalau hatinya masih mendongkol, itu masih belum beriman dengan sempurna.
Dan akhir sekali orang yang benar-benar beriman itu, mereka serahkan diri kepada Allah dan rasul dalam semua urusan kehidupan.
Jadi, seseorang itu benar-benar beriman bila:
1. Jadikan Allah dan rasul sebagai hakim
2. Hati merasa puas dengan hukum Allah
3. Tunduk patuh dalam semua urusan kepada Allah dan rasul.
Enggan masuk syurga
Apa kata nabi mengenai orang yang taat atau mengambil Allah dan rasul sebagai hakim , dan bagaimana pula orang yang menolak atau ingkar?
Sabda nabi,
"Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya."
Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ?
Beliau bersabda, "Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga, barangsiapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga." (HR Bukhari)
Nabi tak kata nama kumpulan sekian-sekian akan masuk syurga. Tapi yang masuk syurga ialah yang ikut perintah nabi, tak kira apa namanya. Nama tak penting, yang penting ikut nabi 100%. Kalau nama baik pun, tapi tak ikut nabi, tak taat, ingkar nabi, tak boleh masuk syurga juga.
Perangai orang yang berdosa
Orang yang tak ikut perintah Allah dan Rasul itu tanda orang yang tak beriman atau orang yang berdosa. Macamana perangai mereka? Allah ceritakan perangai mereka dalam surah Muthaffifin: 29,
Orang-orang yang berdosa suka mentertawakan orang-orang beriman kerana tak sama dengan orang ramai. Dan bila ia lalu depan orang beriman, ini yang ia lakukan ,
Iaitu suka mempermainkan orang beriman, di katakannya mereka orang bodoh dan sebagai- nya. Bila mereka kembali kepada kaumnya, mereka berasa gembira kerana dapat mempermainkan orang beriman.
Apalagi kata mereka?
Mereka kata orang beriman itu, yang istiqamah mengikut sunnah nabi itu orang yang sesat. Maka Allah tempelak mereka ,
Allah kata mereka tidaklah diutus sebagai penjaga orang-orang beriman. Sepatutnya kerja mereka ialah beribadah kepada Allah, bukan menghukum orang ini salah, orang itu salah. Itu bukan kerja mereka. Itu kerja malaikat, menjaga, mencatit amalan manusia.
Para sahabat dahulu mereka lebih suka mengkoreksi diri mereka sendiri dari mengkoreksi orang lain. Tidak seperti sekarang orang suka mengkoreksi akidah orang lain padahal akidah sendiri belum ada jaminan. Para sahabat dulu takut kalau dirinya ada sifat munafik, mereka takut kalau-kalau jadi ahli neraka. Mereka sangat peduli dengan iman mereka sendiri.
Bila digelakkan
Bila ada orang kafir gelakkan orang beriman, mengejek dan sebagainya , adakah perlu dibalas dengan cara yang sama?
Tidak, bahkan jawablah dengan kata-kata salam kepada mereka, Iaini tidak membalas dengan kata-kata yang kesat juga dan terus bersabar dengan kesabaran yang tinggi.
Maka dengan sebab itu Allah puji orang beriman yang sabar, dengan ayat seterusnya,
Di suatu masa orang beriman pula akan gelakkan orang kafir. Dimana? Iaitu di hari akhirat nanti. Ketika itu ia duduk di atas pelamin yang dihias seperti kata Allah,
Oleh itu setiap ejekan orang kafir atau orang yang memusuhi kita tidak perlu dibalas. Sebab balasan di akhirat tetap ada .
Jangan buat pilihan
Sambungan ayat 36, al Ahzab.
Bila Allah sudah tetapkan sesuatu hukum, orang beriman semestimya tiada pilihan terhadap keputusan itu. Seperti kata Allah,
Tetapi jika ada orang yang menderhakai Allah dan rasul setelah Allah tetapkan sesuatu hukum, maka kata Allah, ia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata. Apa maksud kesesatan yang nyata itu?
Maksudnya , bila rasul s.a.w beri sesuatu hukum atau keputusan, ia adalah dari wahyu Allah. Bila seseorang buat pilihan , seperti ia menolak hukum itu, contohnya tak mahu pakai tudung, sedangkan itu sudah ditetapkan, maka keputusannya itu dari mana? Iaitu dari nafsunya. Nafsu sangat berbeza dengan wahyu. Wahyu itu petunjuk, sedang kan nafsu itu jelas satu kesesatan . Bezanya seperti permata dengan kaca.
Apa kata Ibnu Kathir?
Mengenai ayat ini, ibnu Kathir (702 - 774 H) berkata,
' Ayat ini umum kepada semua perkara, maka demikian itu, bila Aĺlah dan rasul sudah memutuskan segala sesuatu maka tidak boleh lagi seseorang berbeza ( dengan keputusan Allah) , tidak membuat pilihan lain, tidak ada pendapat sendiri atau pendapat orang lain.'
( tafsir Ibnu Kathir 6/423)
Pada zaman nabi, apa saja yang nabi beritahu samada dari ayat atau hadis, sahabat tak tanya itu wajib atau sunat. Tapi sekarang bila diberitahu sesuatu perintah, kita tanya wajib atau sunat. Kenapa.?
Sebab kita taat perintah Allah bukan berdasarkan cinta. Kalau cinta apa saja kita buat demi cinta.
Tetapi kita taat ini kerana terpaksa Bukan kerana cinta.
Bila boss suruh, kita tak tanya apa-apa, terus buat. Tapi bila nabi suruh, kita tanya ini wajib atau sunat. Kalau sunat, biarlah dulu. Itu tanda nya cinta kita kepada Allah dan rasul sangat tipis.
Misalnya lagi, orang bertanya boleh tak solat witir satu rakaat?
Soalan itu pun menunjukkan ia berkira-kira dengan tuhan. Tapi bila dia makan rezeki Allah dia tak mahu pula makan sikit . Dia mahu banyak, sedap, mahal dan paling mahal. Demi untuk Allah dia berkira-kira tapi rezeki Allah dia nak yang banyak. Adilkah kita?
Jelas ibnu Kathir lagi , bila Allah sudah tetapkan sesuatu, maka kita jangan memilih yang lain lagi. Tidak juga memakai pendapat sendiri atau memakai pendapat orang lain selain dari apa yang Allah tetapkan.
Seperti kata sesetengah orang, " Aku tahu quran kata macam ni tapi tok guru aku kata macam ni, dah lama pula tu, dan dia pun dapat dari tok guru dia, dan bukan sebarang tok guru tapi ia dari Hadramaut".
Takkan taksub
Jadi , kalau kita berfikir sedikit sahaja, kita takkan jadi taksub. Sebab, kita takkan memilih yang lain kecuali apa yang Allah tetapkan. Bukan pendapat orang ini, buka pendapat orang itu. Sebab Allah yang akan menilai iman kita bukan manusia. Jika kita tak mampu buat , itu masalah lain. Kalau kita mampu buat, tapi kita pilih yang kurang, itu ada masalah pada iman kita.
Bila ingkar
Bila orang ingkar atau membuat pilihan atas perintah Allah, Allah kata ia telah tersesat. Jadi, sesat itu macamana? Adakah ia jadi kafir atau masih Islam?
Jawapannya, di jawab oleh ibnu Athiyah (481 - 541H) katanya ,
' Bahawa penderhakaan itu merangkumi kekufuran dan ke bawah lagi. Dan setiap orang derhaka itu mengambil sifat kesesatan mengikut kadar maksiatnya.'
Maknanya kalau ia derhaka pada perkara yang asas seperti menafikan kewajipan solat, ia boleh jadi kafir. Kalau setakat malas mengerjakan yang sunat, maka itu imannya yang kurang.
Jika ia ingkar perkara yang besar maka sesatnya besar. Kalau ingkar hal yang kecil maka sesatnya kecil. Tetapi, jika kita tetap dengan membuat dosa kecil secara berterusan, ia bertukar menjadi dosa besar.
Teori dan praktikal
Al Ahzab, ayat 36 ialah teori , iaitu 'Bila ada perintah Allah dan Rasul maka jangan buat pilihan.'
Ayat 37 pula ialah praktikal yang berlaku kepada nabi dan Zaid bin Harithah. Seperti dalam ayat 37 ini,
Iaitu nabi berkata kepada orang yang Allah beri nikmat Islam kepadanya, iaitu kepada Zaid bin Harithah. Apa nikmat yang Zaid dapat dari nabi? Iaitu nabi telah bebaskan dia dari hamba.
Suatu masa, bila Zaid berkata kepada nabi ia ingin ceraikan isterinya, Zainab binti Jahsy kerana sebab-sebab tertentu, nabi kata, 'Tahanlah jangan cerai dulu.' Dan nabi berkata lagi ,
Nabi berkata kepada Zaid, "Bertaqwalah kepada Allah." Maksudnya jangan bercerai. Kenapa nabi tak beri bercerai? Adakah cerai itu haram? Tidak, tetapi kerana ia disukai oleh iblis.
Allah tegur nabi dalam ayat di atas, sebab nabi sembunyikan apa yang Allah sudah beritahu kepadanya, iaitu nabi akan mengahwini Zainab selepas itu. Tetapi sebaliknya nabi kata kepada Zaid , jangan ceraikan Zainab. Kenapa nabi tak beritahu hal yang sebenar?
Kerana nabi takut kepada manusia. Apa yang nabi takut? Iaitu dalam adat jahiliyah dulu , anak angkat itu seperti anak sendirii, maka isterinya tak boleh dikahwini kerana ia seperti menantu sendiri.
Jadi, mengahwini bekas isteri Zaid adalah melawan larangan dalam jahiliyah. Jadi nabi takut dituduh atau dikutuk bermacam-macam oleh mereka.
Kenapa Allah suruh nabi kahwin juga walaupun ia berlawanan dengan adat jahiliyah? Kerana salah satu tugas nabi ialah menghapuskan adat atau hukum yang salah walaupun terpaksa berdepan dengan cacian. Sebelum itu nabi sudah hapuskan satu adat iaitu anak angkat berbinkan bapa angkat. Selepas itu nabi nak hapuskan adat bapa angkat tak boleh kahwin dengan isteri anak angkatnya pula.
Allah lebih berhak ditakuti
Lalu Allah berkata ,
Iaitu Allah lebih patut ditakuti bukan manusia lebih ditakuti. Ini akidah . Dengan sebab itulah jangan kita takut menyampaikan ayat-ayat Allah kepada keluarga kita contoh- nya. Walaupun sudah belajar bertahun-tahun, satu ayat pun belum disampaikan kepada keluarga , takut orang kata. Akidah orang beriman ia hanya takut kepada Allah sahaja.
Nama Zaid dalam al quran
Bila habis iddah Zainab setelah diceraikan oleh Zaid, maka Allah kahwinkan ia dengan nabi. (Inilah satu-satunya nama sahabat yang ada dalam al quran, iaitu Zaid) Zainab sangat bangga dengan hal ini kerana Allah sendiri yang kahwinkan dia dengan nabi.
Apa hikmah nabi dikahwinkan dengan Zainab? Lihat ayat seterusnya,
Zainab itu bekas isteri anak angkat nabi. Allah kahwinkan nabi dengan Zainab supaya selepas itu tidak ada lagi rasa bersalah bagi orang Islam mengahwini isteri anak angkatnya yang sudah bercerai. Sebab nabi sudah mengesahkan hukum halalnya. Ini cara Allah nak betulkan pegangan yang salah .
Allah sudah sahkan hal ini dalam ayat di bawah,
Ayat ini mengesahkan bahawa bolehnya seorang Islam mengahwini isteri anak angkatnya yang telah diceraikan. Tidaklah perlu takut atau bimbang lagi dalam hal ini.
Pengajaran ayat 36:
1. Antara tuntutan iman ialah
seseorang itu tidak boleh menyalahi perintah Allah dan Rasul. Dan sekiranya dia mengingkari salah satu dari perintah Allah atau rasul, dia sebenarnya belum benar-benar beriman kepada Allah.
2. Setiap kali iman seseorang itu bertambah dan kuat , maka semakin kuatlah ketundukan dan kepatuhannya kepada perintah Allah dan rasul. Dan semakin kurang atau lemah iman seseorang semakin banyaklah keingkarannya dan perbezaannya dengan perintah Allah dan rasul.
3. Sesiapa yang menangguhkan untuk melaksanakan perintah Allah dan rasul, setelah ia sampai kepadanya, ia juga bermakna membuat pilihan. Dan itu sebagai tanda kelemahan dan kekurangan iman.
4. Apa saja yang diputus dan diperintah oleh rasulullah s.a.w maka ia juga adalah hukum dan ketetapan Allah.
5. Maksiat dan kemungkaran adalah kesesatan. Dan semakin banyak maksiat yang dilakukan oleh seseorang semakin banyak dan semakin jauh kesesatannya.
6. Sesiapa yang mengingkari rasulullah s.a.w ia juga sebenarnya mengingkari perintah Allah. Kerana semua perintah nabi adalah wahyu daripada Allah.
Pengajaran ayat 37:
1. Allah memberi peringatan kepada nabi Muhammad s.a.w dia boleh menjadi pengajaran untuk semua umatnya.
2. Anugerah terbesar dari Allah kepada hambaNya ialah dengan memberi hidayat sehingga hamba itu memeluk Islam.
3. Islam menggalakkan berbincang dan bermesyuarat dalam menyelesaikan apa saja masalah. Samada urusan dunia ataupun agama.
4. Orang yang diminta pandangan hendaklah memberi pandangan yang terbaik dengan berpandukan al quran dan sunnah dan ijtihadnya.
5. Apabila berlaku perselisihan di dalam rumahtangga, maka afdhal bagi suami mengelakkan daripada perceraian. Sebaliknya berusaha untuk bersatu dan kembali seperti asal.
6. Wajib keatas semua orang beriman hanya takut kepada Allah. Dan tidak takut kepada manusia kerana takut kepada Allah ialah ibadat. Dan takut kepada manusia membawa kepada kesyirikan.
7. Kelebihan Zainab binti Jahsy r.ha ialah beliau dikahwinkan dengan rasulullah oleh Allah sendiri. Berbanding dengan semua isteri rasulullah yang lain dikahwinkan oleh ibu bapa mereka.
8. Allah memberi ganjaran pahala kepada hambaNya lebih besar dari amalannya.
9. Haram menamakan lalu membinkan anak angkat kepada bapa angkatnya.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Ust. AMAR.
Klang.
14/8/24
Ulasan
Catat Ulasan