Langkau ke kandungan utama

182) KENAPA HIDAYAT PERLU DIMOHON?

Bismillah,
Alhamdulillah,
Assalamu'alaikum,


      Allah sendiri yang menyuruh kita mohon petunjuk dari Nya. Sebab petunjuk adalah milik Allah. Nabi s.a w pun tidak mampu memberi petunjuk. Buktinya , pamannya Abu Talib tak dapat nabi beri petunjuk. Walau pun nabi ingin sangat dia masuk Islam.

      Jadi,  petunjuk mesti dimohon seperti kenyataan nabi s.a.w ini,

       Abu Zar meriwayatkan hadis dari rasulullah s.a.w yang meriwayatkannya dari Allah swt,

       "Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semuanya tersesat, kecuali yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku, niscaya Aku akan tunjuki kalian. "   ( HR : Muslim)


Kurniaan Allah
       Petunjuk atau hidayah adalah sesuatu yang termahal yang kita miliki. Itu adalah dari kurniaan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bukan kepada siapa yang kita sayangi.  Kita tentu ingin orang yang kita sayangi , orang yang kita kasihi mendapat hidayah. Tetapi Allah memberi kepada siapa yang Ia kehendaki.

      Oleh itu bila hidayah itu sudah didapati,  jangan sampai  dilepas. 

       Betapa ramai orang yang sudah Islam tapi hidayah belum menyapa- nya.  . Betapa ramai orag yang percaya tapi tak mampu mengikutinya. Maka beruntung lah kita jika kita sudah ditunjukkan jalanNya lalu kita mengikutinya. Kalau setakat mengetahui, mungkin sebahagian orang bukan Islam lebih banyak mengetahui tentang Islam dari sebagian orang Islam. Tapi dia tak dapat hidayah.

      Dan di antara kaum muslimin sendiri keadaan agama mereka bertingkat-tingkat. 



Tak dapat hidayah

    Ada orang belajar ilmu tinggi-tinggi tapi tak dapat hidayah  untuk mengamalkan  ilmunya itu. Ada orang yang setiap kali dia dapat ilmu terus ia amalkan. Jadi, mana yang dapat hidayah? Iaitu yang mengamalkan ilmunya yang dapat hidayah.  Maka bersyukurlah ketika kita sudah dapat mengikut apa yang Allah tunjukkan. Kerana Allah tidak berkata, 'Siapa yang mengetahui petunjukKu', tetapi   'Siapa yang mengikuti petunjukKu'.  Seperti firman Allah ini,


       
      Orang Quraish dulu tahu nabi s.a.w. tidak pernah sekali pun berbohong.  Tapi tidak mahu mengikutinya, sebab apa? Sebab tidak mendapat hidayah. Tidak mahu mengikut hidayah.

    Orang-orang  munafikin disuruh beriman seperti  para sahabat tetapi mereka tidak mahu, sebab  apa? Sebab tak dapat hidayah. Mereka berkata bahawa  para sahabat itu sufaha iaitu tidak berakal. Sama juga seperti orang munafik  sekarang, siapa yang ikut al quran dan  sunnah itu sufaha. Iaitu orang yang tidak berakal.  Dan disebut kita ini Islam yang primitif, Islam yang rigid. Apa Islam yang bagus ? Iaitu Islam yang pluralis, yang liberal, yang bersahabat , yang damai dan sebagainya. 

       Tapi berdamainya dengan siapa? Dengan  orang bukan  Islam. Dengan orang Islam jadi musuh.  Dengan orang bukan Islam ber- sahabat. Padahal Allah berkata,


       Iaitu orang mukmin itu berkasih-sayang sesama mereka. Tetapi keras terhadap orang kafir.  Sebaliknya jika keras sesama muslim, berkasih sayang dengan orang kafir,  ini sudah terbalik.


Orang dungu

       Dulu, orang munafik  bila disuruh beriman seperti para sahabat, dikatakannya mereka itu orang dungu, tidak berakal, mengikut-ngikut sahaja, apa kata nabi diikut sahaja. Namun begitulah iman yang diminta oleh Allah swt. Bila Allah dan  rasul berkata maka  ' sami'na wa atha'na'.  Kerana tidak ada yang  menjelaskan lebih pintar dari nabi s.a.w.  Kalau nabi sudah terangkan tapi kita masih tak jelas , bukanlah salah nabi yang menjelaskan, tapi kita yang tidak mahu mengikut.

        'Kalian semuanya sesat kecuali yang diberi hidayah oleh Allah'. Seperti Adam a.s ketika turun ke bumi, ia tak tahu apa yang nak dibuat. Lalu Allah berikan hidayah. Pertama, Allah pertemukan ia dengan Hawa , di mana? Tidak ada dalil yang sahih di mana ia dipertemukan. Itu tanda dimana ia bertemu itu tidak penting.  Kemudian ia beranak-pinak dan dididik sepertimana petunjuk dari Allah swt. 

         Sesiapa yang mengikut petunjuk ia selamat, siapa yang mengikut apa yang difikirkan saja  ,  rata-rata tak selamat. Kerana ia mengikut hawa nafsu.


Mintalah hidayah

       Maka dengan sebab  itu mintalah hidayah kepada  Allah swt. Dan cara terbaik meminta hidayat ialah dengan solat 5 waktu. Di dalam solat secara  berjemaah di rumah-rumah  Allah.  Kerana yang 27 kali lipat pasti lebih baik pada sisi Allah berbanding yang 1 kali lipat sahaja. Bahkan mungkin tak sampai 1 kerana bila berseorangan maka datanglah malas, lewat dan sebagainya. 

         Dan sebaik-baik waktu memohon doa ialah di dalam solat seperti kita memohon dalam al Fatihah,

    Semakin ramai yang berjemaah makin dekat untuk dikabulkan Allah swt. Kerana yang 27 pasti lebih besar dari 1. 

 
Semoga bermenafaat.





Dari kuliah Dr. Dasman 
Klang.
9/7/24      
     

       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...