Langkau ke kandungan utama

180) APA PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




       Perpecahan umat Islam sudah pun berlaku. Hingga kini belum nampak ada penyatuannya  kembali.

       Apakah punca perpecahan umat Islam? Kata az zahid Yahya bin Mu'az ar Razi r.h.(207- 248H ). dinukilkan  oleh as Syatibi (538 -590 H) dalam kitabnya,  al I'tisam, katanya,
"Perselisihan yang terjadi kepada seluruh manusia kerana penentangan terhadap 3 pokok ajaran Islam  (kalau cabangnya sangat banyak) . Setiap pokok ajaran itu ada lawannya. Maka sesiapa yang menyelisihi satu pokok ajaran Islam maka ia akan terjerumus ke dalam lawannya. " Tiga pokok itu ialah :


1)  Tauhid kepada Allah

         Iaitu  beriman kepada Allah sebagai Rabb kita. Tuhan yang satu-satunya yang berhak disembah. Dan lawannya iaitu  syirik. Inilah sebab pertama manusia terpecah- belah.  Iaitu adanya orang yang berbuat syirik sebagaimana Allah nyatakan dalam surah al Baqarah: 213,

     Dulu manusia adalah umat yang satu.  Diriwayatkan oleh ulama salaf, dari ibnu Abbas , dari Ikrimah, dan yang lainnya berkata, 
       " Antara nabi Adam dan nabi Nuh a.s adalah  10 kurun lamanya,  semuanya bersatu di atas Islam.  (semuanya mentauhidkan Allah)."   Inilah keadaan manusia generasi yang pertama.


     Nabi Adam , manusia pertama bertugas bukan saja  menyembah Allah tetapi juga mengajar anak keturunannya mentauhidkan Allah dan melarang mensyirikkan Allah. Dan itu kekal sehingga 10 kurun lamanya.

       Inilah agama asli manusia yang dipegang oleh manusia sehingga 10 kurun lamanya. Tidak ada seorang pun di waktu itu yang menyembah selain Allah. Kemudian mereka berselisih. 

      Iaitu mereka mula berbuat syirik pertama kalinya di zaman nabi Nuh a.s. Maka Allah mengutus para nabi untuk memberi khabar gembira dan peringatan. Iaitu mengajarkan tauhid , bahawa itulah syarat masuk syurga. Dan memberi peringatan bahawa pelaku syirik itu akan  diazab Allah  kekal abadi. 

      Jadi, ayat ini menyatakan awal perpecahan nya manusia yang asalnya satu akidah. Kemudian ada manusia berbuat syirik iaitu menyembah atau menuhankan selain Allah. Manusia pun terbahagi dua , yang menyembah Allah dan yang menyembah selain Allah.

       Sebab kedua terjadinya perpecahan manusia ialah disebabkan keluar dari ajaran pokok Islam  yang kedua iaitu,


2)  Sunnah nabi s.a.w

          Dengan mengikut sunnah maka umat yang bertauhid bersatu. Bila mereka berbuat bid'ah maka mereka terpecah- belah. Sebagaimana Allah ingatkan dalam surah al Anam:153,



        Assubul itu ialah jalan yang lain dari jalan nabi s.a.w.  Bila manusia mengambil jalan tersebut, iaitu bukan jalan sunnah nabi,  maka terjadi perpecahan di kalangan umat Islam. Menurut Mujahid (21- 104H) , ahli tafsir zaman  tabiin, maksud assubul itu ialah perkara  bid'ah. 

      Bid'ah-bid'ah dan syubhat-syubhat membuat umat Islam  berpecah-belah . Iaitu bila ada orang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama yang tidak berdasarkan petunjuk nabi Muhammad s.a.w. dan adanya orang yang menyebarkan  syubhat-syubhat, iaitu ia memberi  dalil  untuk mendukung bid'ah bukan mendukung sunnah. Kerana ia memahami dalil itu tidak  seperti difahami oleh  rasulullah s.a.w dan para sahabat. Itulah yang dipanggil syubhat yang menyebabkan umat terpecah-belah. 

     Tetapi bila kita mengingatkan manusia tentang bahaya bid'ah  , supaya menjauhi bid'ah, kita pula yang dikatakan sebagai pemecah-belah umat.  Padahal mengajak kepada sunnah itulah maknanya menuju kepada kesatuan. 

      Dari ayat ini, persatuan  yang dikehendaki oleh Allah swt bukanlah asal kita bersama, satu organisasi,  satu persatuan kaum muslimin bahkan persatuan  seluruh parti Islam, dengan memiliki ahli yang sama, tetapi bersatu yang dikehendaki dalam syariat ialah bersama-sama mengikuti jalan  rasul s.a. w  dan jalan  para sahabat r.a. Sebagaimana nabi mengingatkan dalam hadis yang masyhur,

   “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]

    Ibnu Mas'ud mengatakan, " Berjemaah, bersatu, bersama-sama itu maksudnya yang sesuai dengan  kebenaran walaupun engkau seorang diri. "  Ini bererti bersatu dalam  berpegang kepada kebenaran, iaitu mengikuti jalan kebenaran . Jika ada sekumpulan orang yang ada hubungan yang baik, tidak mahu bertengkar, tapi akidah mereka berbeza-beza, amalan  mereka berbeza, tidak mengikut petunjuk nabi s.a.w, maka itu bukan kesatuan  tetapi satu usaha untuk merawat perpecahan. 


     Kesatuan  yang Allah inginkan  ialah bersatu  dalam mengamalkan  sunnah, walaupun ia seorang diri maka dia adalah orang yang bersatu.  Oleh itu , bila muncul bid'ah-bid'ah,  inilah yang menyebabkan umat Islam  terpecah-belah. Muncul satu bid'ah maka muncullah satu kelompok yang  mengusung bid'ah itu. Bertambah bid'ah,  bertambah lagi kelompok tersebut sehingga menjadi 72 kelompok. Namun kata ulama, 72 ini adalah pokoknya sahaja, manakala cabang-cabangnya lebih banyak lagi.  Inilah penyebab utama Islam terpecah-belah,  kerana munculnya bermacam-macam  bid'ah.

      Kemudian,   sebab ketiga yang menyebabkan perpecahan pada umàt ini ialah lemahnya,



3)  Ketaatan kepada Allah.
 
        Lawannya ialah maksiat kepada Allah swt. Inilah tiga pokok punca perpecahan umat..

     Kalau kita perhatikan, tiga hal ini terjadi pada kaum yang berbeza. Yang pertama terjadi kepada manusia secara umum. Ada orang beriman dan ada orang kafir. Cuma yang muslim itu terbahagi dua. Muslim yang kuat imannya dan muslim yang lemah imannya. Tidak ada orang yang statusnya tidak muslim, tidak pula kafir. Ini tidak ada, yang ada dua saja. 

     Yang menyebabkan manusia berpecah menjadi 2 ialah perselisihan terhadap tauhid iaitu perbuatan dosa kesyirikan atau kekufuran. 

      Yang kedua  ialah perpecahan di kalangan umat Islam. Umat yang semua nya bertauhid kepada Allah, tetapi perbuatan bid'ah menjadikan  mereka terpecah-belah. Umat Islam menjadi 2 kelompok , ahli sunnah dan ahli bid'ah. Cuma ahli bid'ah itu banyak cabangnya. Pokoknya ada 72, cabangnya ada banyak lagi.

      Yang ketiga,  mereka ahli sunnah tapi masih boleh berpecah. Sebab apa?
Kerana adanya yang berbuat maksiat. Sebagaimana rasulullah s.a.w  mengingatkan ,

   "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya (Allah) tidaklah ada dua orang yang saling mengasihi lalu keduanya berpisah, melainkan disebabkan dosa yang dikerjakan salah seorang dari keduanya”.
Hadits ini disahihkan oleh al-Albani rahimahullah di dalam “Shahih at-Targhib wa at-Tarhib” (2219).
 
   Di dalam hadis kini ditunjukkan suatu bentuk kemaksiatan yang memecahbelah antara kaum muslimin secara umum. Dan antara ahli sunnah secara khusus. 

       Yang pertama, akhlak yang buruk. Ini lah penyebab perpecahan di antara kaum muslmin , atau pun di kalangan ahlussunnah. Kerana adanya orang yang berakhlak buruk di antara mereka. 

   Rasulullah s.a.w menerangkan  apa akhlak buruk secara garis besarnya. Yang pertama , melakukan  kezaliman. Dalam hadis yang lain  rasulullah s.a.w  menerangkan ,

    " Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (HR. Bukhari).


     Akhlak buruk yang kedua iaitu tidak mahu menolong,  membantu saudaranya yang dalam keadaan memerlukan pertolongan.  Inilah dua hal yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat muslim atau di kalangan ahlussunnah iaitu ia menzalimi saudaranya samada dengan  lisannya atau perbuatannya. Seperti menipu saudaranya, tidak membayar hutang, dan sebagainya.  Yang kedua,  tidak memperhatikan saudaranya yang dalam kesempitan dan memerlukan pertolongan. Ia hanya mementingkan dirinya sendiri. 

       Allah memerintahkan  kita dalam surah al Anfal:1,


       Ini adalah maksiat yang pertama yang menyebabkan  perpecahan iaitu adanya orang yang berakhlak buruk.

        Kemaksiatan yang kedua yang menyebabkan  perpecahan di kalangan umat ialah semua bentuk kemaksiatan kita  kepada Allah. Yang menyebabkan Allah menghukum kita. Di antara bentuk hukumannya ialah Allah jadikan  hubungan  kita dengan orang yang kita cintai menjadi renggang termasuk hubungan suami isteri   Boleh jadi dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. Samada suami atau isteri. 

     Walaupun bentuk dosa itu bukan dosa kezaliman kepada pasangannya, hanya dosanya kepada Allah, tapi Allah menghukumnya dengan menjadikan orang yang dekat dengannya  membenci nya. Tidak lagi serapat dahulu. Seperti sabda nabi s.a. w, 


   "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya (Allah) tidaklah ada dua orang yang saling mengasihi lalu keduanya berpisah, melainkan disebabkan dosa yang dikerjakan salah seorang dari keduanya”.
Hadits ini disahihkan oleh al-Albani rahimahullah di dalam “Shahih at-Targhib wa at-Tarhib” (2219).

        Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya membuat dosa. Jadi itu sebagai hukuman kepada kedua-duanya . Berkata alhafiz al Munawi (952 - 1130H) dalam syarah beliau,
     " Maka terjadinya perpecahan, perselisihan  itu sebagai hukuman ke atas dosa tersebut. Jika engkau dapati sikap yang kurang baik dari saudara-saudaramu kepada dirimu, maka bertaubatlah kepada Allah kerana itu disebabkan engkau melakukan dosa. Maka Allah berikan hukuman kepadamu. Tapi bila kau dapati saudara-saudaramu makin  mencintaimu maka itu adalah kerana ketaatanmu kepada Allah walaupun bukan dalam bentuk kamu berbuat baik kepada mereka. Tapi kerana taatnya kepada Allah seperti solat, puasa, sedekah maka Allah berikan ia anugerah iaitu orang makin mencintainya. Maka bersyukurlah kepada Allah  atas kurnianNya itu."


Semoga bermenafaat.





Dari kuliah Us. Sofyan Chalid.
Klang.
7/7/24
      
        



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...