Langkau ke kandungan utama

172) APAKAH 4 JENIS PERGAULAN DENGAN MANUSIA?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


         Pergaulan dengan manusia itu menjadi baik  tergantung kepada apa maksud ia bergaul itu.  Seperti bila nabi Musa ingin mengikut Khidir, itu maksud nya bagus. 

Kata nabi Musa a.s  kepada Khidir a.s,  

      

         
         Iaitu  Nabi Musa meminta Khidir mengajarkannya beberapa ilmu yang ia ketahui dari petunjuk kebenaran . Maka itu adalah satu hubungan yang terbaik antara kedua mereka. Iaitu dengan maksud menuntut ilmu yang benar. 


    Tapi jika seseorang bergaul dengan manusia dalam hal yang  tidak bermenafaat maka itu akan membahayakannya. 

       Maka dengan sebab itu, Ibnu Qayyim (691 - 751H) mengatakan bahawa pergaulan dengan manusia terbahagi kepada 4 macam. Ini satu kaedah yang penting. Iaitu:



1) Pergaulan yang kita perlukan

           Iaitu satu bentuk pergaulan yang umpama vitamin atau makanan yang kita perlukan setiap hari selama kita hidup. Di mana jika kita tidak bergaul atau berhubung dengannya maka itu membahaya- kan kita. Akan ada kekurangan pada diri kira. Iaitu kurangnya ilmu dan kurangnya amal kita jika tiada pergaulan dengan mereka.

         Iaitulah bergaul dengan ulama,  atau orang-orang  yang berilmu lagi beramal dengan ilmunya. Orang yang memberi nasihat dari kitab Allah dan dari perkataan rasulNya. Orang yang tulus kepada al quran , kepada rasulullah s.a.w  dan kepada manusia. Yang mahukan manusia lain selamat.

      Maka bergaul dengan mereka itu baik. Sebaliknya  jika kita tidak bergaul dengan mereka ini , maka akan ada kekurangan pada diri kira.  Firman Allah kepada manusia dalam hal ini,

        Iaitu Allah suruh kita bersabar dalam menuntut ilmu, menerima nasihat  dan mengamalkan nasihat dari mereka yang hanya mengharap kan wajah Allah.


2) Pergaulan yang umpama ubat.

         Jenis pergaulan ini, ia seperti ubat. Iaitu bila kita sakit kita perlukan ubat . Maknanya ia diperlukan dalam kondisi tertentu saja kerana ia ubat bukan makanan hari-hari. Tidak ada orang makan panadol setiap hari misalnya. Kecuali bila ia ada sakit kepala atau sebagainya. 

        Pergaulan yang seperti ini terkait dengan perkara dunia kita. Seperti bila kita berjual-beli, bermuamalah dalam hal-hal keperluan kita, iaitu pada waktu  perlu sahaja. 

      Bila kita tak perlu, atau tiada hal yang berkaitan dengannya maka kita tak melakukan nya. Kita berhubung dengannya dalam keadaan tertentu sahaja.



3) Pergaulan yang umpama penyakit.

         Jenis penyakit yang timbul akibat bergaul dengan orang seperti  ini, bergantung kepada apa penyakitnya itu, setakat mana kekuatan atau kelemahan penyakitnya itu. Ia berpengaruh kepada tingkat penyakit yang ia timbulkan. 

        Bila bergaul dengan orang seperti ini akan mempengaruhi diri kita hingga terlekat di hati kita. Orang seperti ini tidak membawa menafaat pada dunia kita dan tidak  juga pada akhirat kita. Iaitu bila  kita bergaul dengan  ahli pendosa, ahli maksiat dan yang berakibat buruk  kepada agama kita. Mereka ini hanya kita perlukan sebagai iktibar kepada diri kita aahaja.



4)  Pergaulan yang membawa kebinasaan
         
            Bergaul dengan orang seperti ini umpama  kita menelan racun. Inilah pergaulan dengan ahli sesat , ahli bid'ah dan yang bertentangan dengan sunnah nabi s.a.w  dalam beragama.  Ia berbicara perkara yang  sesat dan ia menyesatkan pula orang lain. Mereka ini perlu kita jauhi jika kita mahu selamat di dunia dan selamat dari azab di akhirat.


       Kata Abu Zar al-Ghifari: “Duduk bersama orang soleh lebih baik dari berseorangan. Berseorangan itu lebih baik dari duduk dengan orang jahat.” 
(Al-‘Uzlah wa al-Infirad, 57)


Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Us. Dzulqarnain M. Sunusi
Klang .
9/6/24
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...