Bismillah.


Assalamu'alaikum,
Hati adalah benda yang paling utama yang menjadi penilaian Allah. Allah telah menyinggung hal ini dalam banyak ayat, antaranya,
Dan lagi Allah menyebut dalam ayat,
Nabi mengatakan taqwa letaknya di hati. Kemudian nabi s.a.w bersabda,
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat fizik dan harta kalian tetapi Ia melihat hati dan amal kalian”. HR. Muslim.
Maka pusat penilaian Allah adalah hati. Ini penting. Sedangkan kita kebanyakannya sibuk dengan penampilan fizikal. Seperti baju, aneka perhiasan pada badan kita dan lain-lainnya tetapi hati kita kurang perhatikan.
Maka dengan itu nabi mengatakan ,
“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]
Barometer penilaian Allah
Dan dalil seperti ini sangat banyak, menunjukkan bahawa barometer penilaian Allah adalah pada hati seseorang bukan jasadnya, bukan rupa parasnya, bukan kekayaannya dan sebagai- nya. Betapa banyak kita melihat seseorang yang penampilannya sangat baik, sangat prima, tetapi hatinya rosak.
Betapa banyak pula penampilan seseorang kita remehkan, kita tidak pandang, tetapi di sisi Allah ia sangat tinggi. Contohnya dalam satu hadis,
"Beruntunglah hamba yang mengambil tali kendali kuda di jalan Allah, rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Jika ia menjaga maka ia benar-benar menjaga, jika ia berada di barisan belakang maka ia benar-benar menjaga barisan belakang, jika ia meminta izin maka ia tidak akan diberi izin, jika ia menengahi maka penengahannya (kata-kata) tidak diterima.”
(Riwayat al-Bukhari (2887))
Orang tak pandang dia, tetapi ia berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah. Ia patuh walaupun disuruh menjaga bahagian belakang. Jika ia meminta sesuatu tidak diberi. Jika ia memberi pendapat, pendapatnya tak dipedulikan. Tetapi nabi kata ia orang yang beruntung sebab apa? Sebab hatinya yang bersih , yang ikhlas , tidak ingin riak, maka ia mulia di sisi Allah swt.
Tetapi betapa banyak dalam pandangan manusia dia orang hebat, tetapi ternyata tidak ada nilainya di sisi Allah. Ini semua kembali kepada hati.
Hati boleh sihat dan sakit
Hati itu seperti anggota tubuh yang lain. Ia boleh sihat, ia boleh sakit, ia boleh mati dan ia boleh rosak. Maka ulama membahaskan hal-hal yang merosak hati. Di antaranya ibnu Qayyim (651-751H) di dalam kitabnya Madarijus Salikin, dalam tajuk Perkara-perkara yang Merosak Hati.
Ini sangat penting untuk kita semua kerana kita sering terpedaya dengan penampilan luar. Dan kita tidak memperhatikan hati kita sehingga ia rosak tetapi kita tidak sedar.
Beruntung jika kita tahu hati kita telah rosak dan kita berusaha memperbaikinya. Yang parah ialah bila ia tidak tahu hatinya sedang rosak atau berpenyakit, tetapi ia merasa hatinya sihat-sihat saja. Sebenarnya hatinya penuh dengan penyakit.
Zaman MedSos
Di zaman ini, zaman medsos dan internet ini, semua punca kerosakan hati ada di situ. Di handphone kita ini semua punca kerosakan hati ada di situ, samada kita mahu atau tidak saja. Perosak-perosak hati itu ada bertebaran di mana kita sering berhadapan dengannya.
Tanda rosaknya hati.
Ibrahim bin Adham ( 100 -165H), seorang ulama salaf, ada menyatakan tanda-tanda hati yang rosak iaitu:
1. Lalai menunaikan hak Allah
2. Tahu kitab Allah tapi tidak mahu mengamalkannya
3. Suka mengikuti jejak langkah syaitan
4. Payah nak mengikut sunnah nabi s.a.w
5. Tahu syurga tapi tidak berusaha kepadanya
6. Tahu neraka tapi tidak berusaha menjauhkannya
7. Tahu ada kematian tetapi tidak bersedia menghadapinya
8. Sibuk dengan aib orang tapi tidak sibuk dengan aib sendiri.
9. Dapat rezeki tapi tidak bersyukur
10. Tidak mengambil pengajaran dari kematian orang lain.
Perosak hati itu banyak seperti disebut oleh ulama dengan dalil-dalilnya. Di antara perosak hati ialah:
1. Terlalu banyak tertawa.
Rasulullah s.a.w mengatakan,
Dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.”*_ (HR Ibnu Majah No: 4183) Status: Hadis Hasan.
Maka nas nabawi ini kita imani. Kerana nabi tidak berkata dari hawa nafsunya tetapi dari wahyu dari Allah. Bukan bererti tertawa tidak boleh tetapi jangan terlalu sering. Tertawa atau senyum itu baik. Ia menyihatkan tetapi tidak boleh terlalu kerap. Kenapa?
Kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati. Kita hidup di zaman ini ada majlis-majlis tawa. Di majlis itu ada seseorang yang membuatkan orang tertawa, dan ia disukai oleh ramai orang. Orang menyangka bila dia banyak tertawa dia akan bahagia , dia akan tenteram. Dia rasa dia dapat melupakan masalah yang ia hadapi, tetapi kenyataannya tidak. Malahan, dia yang banyak tertawa itu tidak bahagia. Betapa banyak kisah para pelawak yang kita dengar, mereka bermasalah. Ada yang terkena dadah, masalah keluarga, padahal mereka memiliki kekayaan.
Ketawa itu bukan tanda kebahagiaan. Ia cuma satu kelazatan. Seperti ada kelazatan pada mendengar muzik , minum khamr, tetapi itu bukan kebahagiaan. Sebab kebahagiaan itu di hati. Jadi, jangan samakan kelazatan dengan kebahagiaan. Seseorang yang menonton filem di panggung wayang, ia lazat menonton itu. Tetapi bila ia keluar kelazatan hilang, hatinya jadi kering. Dia pun menonton lagi kerana kecanduan.
Orang yang sering tertawa itu, hatinya kering. Iaitu tidak terkesan dengan ayat-ayat Allah swt. Maka , hindari majlis-majlis seperti itu.
Di antara lagi perkara yang merosak hati ,
2) Dosa-dosa dan maksiat.
Sebagaimana orang-orang yahudi membuar maksiat demi maksiat maka Allah berfirman,
Sedangkan batu itu ada air yang keluar darinya atau ia boleh pecah bila memahami ayat Allah, tetapi hati yang keras itu tidak terkesan sedikit pun walau dibawa ayat-ayat Allah di depannya. Iaitu kerana hati yang mati. Sehingga orang mati di sebelah rumahnya pun ia tidak peduli, maksiat di depannya pun ia tak ingkari, itu tanda hati yang mati.
Oleh itu hendaklah menjauhkan diri dari sebarang maksiat. Kerana maksiat itu membuat hati mati. Dan Sabda nabi s.a.w ,
“Sesungguhnya seorang mu’min itu jika dia melakukan satu dosa, maka akan timbul titik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat, berhenti melakukannya dan beristighfar, maka akan digilap kembali hatinya. Jika dia tambah melakukan dosa, bertambahlah titik hitam sehingga meliputi hatinya. Inilah Ran (الرَّانُ) yang disebutkan dalam firman Allah: ‘Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan’ (Surah al-Mutaffifin: 14).”
Riwayat Ahmad (7939), al-Tirmizi (3334), Ibn dan Majah (4244)
Imam Ibn al-Qayyim menukilkan kalam sebahagian Salaf yang menafsirkan ayat tersebut: “Ia merujuk kepada dosa yang datang selepas dosa.” (Lihat al-Da’ wa al-Dawa’, hlm. 60)
Jika hati sudah habis ditutupi dengan titik hitam (Arran) maka hati itu sudah mati dan jika tidak diselamatkan oleh Allah maka akan berakhir dengan su'ul khatimah, iaitu masuk neraka jahannam.
Maka hendaklah manusia itu menjauhi maksiat semaksimal mungkin. Jika terjerumus segeralah bertaubat. Kata nabi, bila ia beristighfar satu titik hitam itu padam. Oleh itu takutlah kepada Allah .
Maksiat boleh datang dari pandangan, pendengaran, lisan atau perbuatan seseorang. Ada maksiat seorang isteri, atau seorang suami, atau maksiat anak kepada ibubapanya atau apa saja maksiat yang dilakukan. Semua maksiat yang kita lakukan akan merosakkan hati. Kalau maksiat syirik kepada Allah, maka kerosakan hati tersebut secata total.
Dosa yang dibuat lagi dan lagi hingga hati menjadi arran, maka hati itu mati hingga ia tak mengenal mana yang makruf mana yang mungkar.
Seterusnya yang merosak hati ialah ,
3) Hidup bermewah-mewah
Ada orang yang suka menunjukkan penampilan yang mewah-mewah. Dengan jamnya, keretanya, bajunya dan sebagainya yang mewah. Padahal betapa banyak Allah menyebutkan dibinasakan sesuatu kaum kerana hidup mewahnya. Kerana hidup dengan kemewahan itu menjadikan hati semakin jauh dengan akhirat. Menjadikan hati lebih cinta kepada dunia. Tidak mudah untuk mengawal hati kita. Kalau kita kata , 'Aku hidup mewah, tapi hati aku zuhud.' Itu tidak mudah.
Para salaf dahulu untuk menjaga hati sendiri, mereka zuhud dengan dunia , kerana apa? Kerana tidak mudah menjaga hati itu. Orang yang hidup dalam kemewahan, tapi katanya ia tidak cinta dunia, itu sukar dipercayai.
Oleh itu rasulullah s.a.w menganjur kan kita hidup sederhana seperti dalam satu hadisnya,
“Ada seorang sahabat Nabi shallallahu’alaihi wa sallam yang melakukan perjalanan jauh untuk menjumpai sahabat Fadhalah bin Ubaid yang ada di Mesir.
Tatkala berjumpa dengannya ia berkata, ‘Maksud kedatanganku ke sini bukanlah sekadar mengunjungimu. Akan tetapi aku dan engkau telah mendengar sebuah hadits dari Nabi shallallahu’alaihi wa sallam. Aku berharap engkau memiliki ilmu tentang hadits tersebut.’ Fadhalah berkata, ‘Hadits apa itu?’ Dia menjawab, ‘Hadits yang begini dan begini.’
Setelah itu selesai maka beliau berkata kepada Fadhalah, ‘Mengapa engkau terlihat berpakaian lusuh padahal engkau pemimpin di wilayah ini?’
Fadhalah menjawab, ‘Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wassallam melarang kita untuk banyak berpenampilan mewah’.
Beliau bertanya lagi, ‘Mengapa engkau terlihat tidak memakai alas kaki?’
Fadhalah menjawab, ‘Dahulu Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah memerintahkan kita untuk berjalan tanpa alas kaki sesekali waktu’.”
[HR. Abu Daud dan Dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud]
Al-‘Allaamah Al-Qori rahimahullah berkata,
"Kita berjalan tanpa alas kaki sesekali waktu. Maksudnya: Berjalan tanpa sepatu atau sandal dalam rangka tawadhu’ dan menundukkan hawa nafsu serta memberikan kenyamanan kaki saat berjalan ketika hal itu diperlukan. Oleh kerana itu diberi batasan: ‘Sesekali waktu.’ Maksudnya: Kadang-kadang.” [Mirqatul Mafatih, 7/2827]
Asy-Syaikh Ibnu ‘Ustaimin rahimahullah berkata,
Memakai sandal termasuk sunnah dan tidak memakainya (sesekali) juga termasuk sunnah. Oleh kerana itu Nabi shallallahu’alaihi wa sallam melarang kita untuk sering berpenampilan mewah dan memerintahkan kita untuk berjalan tanpa alas kaki kadang-kadang.
Dan termasuk sunnah memakai sandal, tidak ada masalah. Akan tetapi sekali-kali seseorang berjalan di hadapan orang-orang tanpa alas kaki. Untuk menunjukkan inilah sunnah, yang dilecehkan oleh sebagian orang, ketika melihat ada orang lain berjalan tanpa alas kaki. Mereka mengatakan, ‘Apa ini. Ini kuno dan kampungan’.
Sungguh anggapan ini sangat keliru, kerana Nabi shallallahu’alaihi wa sallam melarang untuk terlalu sering berpenampilan mewah dan memerintahkan untuk berjalan tanpa alas kaki sekali-kali.”
[Syarhu Riyadhis Shalihin, 6/387]
Kenapa nabi larang sentiasa hidup dalam kewewahan ? Kerana itu boleh merosakkan hati. Sebab itu nabi bersabda lagi,
" Apakah kalian tidak mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu bagian dari iman, sesungguhnya kesederhanaan itu sebagian dari iman'."
(HR Abu Daud).
Iaitu agar kita tidak terikat dengan gaya hidup yang penuh mewah. Kerana hidup ini hanya sebentar.
Seseorang jika biasa hidup dengan mewah ia sulit mengendalikan hatinya. Maka rasulullah s.a.w bersabda,
"Pangkal kekufuran dari arah timur, sedangkan kesombongan dan keangkuhan terdapat pada pemilik kuda dan unta. Adapun al fadad itu terdapat pada orang badui dan ketenangan terdapat pada pemilik kambing."
[Malik]
Pemilik kambing , apa yang ia mahu banggakan? Lainkah jika ia memiliki kuda dan unta.
Kita tidak mahu hati kita rosak. Tapi ia boleh rosak dengan kemewahan yang kita miliki. Oleh itu jangan terpedaya dengan kehidupan mewah. Hidup ini hanya sebentar. Kemewahan tidak mesti menunjukkan ia bahagia. Bahkan dengan kemewahan membuka pintu kerosakan hati yang lebih banyak.
Tidaklah dilarang memiliki sesuatu yang baik dan indah tetapi jangan berlebih-lebihan. Para ibu yang memakai tas tangan yang berharga ribuan ringgit adakah anda boleh menjamin dapat menjaga hati dari kesombongan? Hati itu lemah , oleh itu menghindar dari kelemahan itu lebih baik. Maka tinggalkan barang-barang yang teramat mahal itu.
Dengan kemewahan datang kesombongan , berlumba-lumba mengumpulnya, dan kata-katanya tidak lagi mengenai ayat-ayat atau hadis, tetapi produk ini, produk itu, negara ini negara itu dan sebagainya. Umur dan waktu habis seperti itu, tahu-tahu ia meninggal.
Bagaimana hati tidak rosak? Jika ia membangga-banggakan, pergi negara itu, negara ini, melancong sana melancong sini? Hati itu lemah. Jika terjebak dengan sesuatu gaya hidup , hati jadi rosak. Sama juga berbangga-bangga dengan makan minum yang mewah.
Jadi, waspada . Kadang gaya hidup dapat merosak hati tanpa kita sedari. Di antara perosak hati lagi ialah,
4) Terlalu banyak bergaul.
Zaman ini ada interaksi di alam nyata dan di alam maya. Terlalu banyak bergaul membuat hati tidak fokus, menimbulkan kesusahan, kegelisahan dan kelemahan. Apalagi jika teman-temannya yang buruk. Akibat terlalu banyak bergaul akhirnya kemaslahatan untuk diri dan keluarganya hilang. Dia rasa dia akan bahagia dengan banyak bergaul dan mengambil tahu aib-aib manusia, tetapi sebenarnya tidak bahkan hatinya pula yang rosak.
Dengan pergaulan yang terlampau banyak , memikirkan bermacam-macam hal yang berbagai, maka fikiran nya kepada akhirat akan berkurangan. Oleh itu cukuplah kita bergaul atau berteman sekadarnya saja. Kerana terlalu banyak bergaul maka waktu kita habis dan fokus kita tercerai-berai.
Cukup sebagai orang Islam, interaksi kita di masjid, di tempat pengajian dan sama sepertinya. Namanya interaksi dengan manusia maka ada benda-benda yang tidak sempurna, maka harus sabar.
Oleh itu pwrgaulan harus dibatasj supaya kita ada masa untuk zikir pagi pwtang, baca quran baca tafair atqj solat malam.
Kaedah yang baik dalam berinteraksi ialah berinteraksi dalam hal-hal kebajikan seperti di waktu solat waktu, solat jumaat, pengajian, pergj haji, ada kerja-kerja amal dan sebagainya. Dan menjauhi dari keburukan mereka. Seperti membuang-buang waktu, banyak jalan-jalan, makan-makan dan sebagainya.
Kalau kita terpaksa menggauli mereka yang buruk maka harus hati-hati iaitu jangan sepakati mereka dan bersabar dengan gangguan mereka. Kalau kita bersabar dengan gangguan mereka, maka setelah itu kau akan disanjung oleh Allah swt. Adapun jika sepakat dengan keburukan mereka , itu akan mendatang kan kehinaan, kehinaan kepada diri anda.
Di antara yang merosakkan hati lagi ialah,
5) Berangan-angan
Angan-angan itu kalau diikut ianya boleh hingga tanpa batas. Seseorang yang berangan-angan kepada hal-hal yang tidak kena dengan kemampuannya sendiri, maka itu akibatnya adalah merosak hati.
6) Bergantung hati kepada selain Allah.
Seboleh mungkin jangan bergantung hati kepada selain Allah. Kita bekerja misalnya, tapi jangan gantungkan rezeki itu kepada pekerjaan atau kepada bos kita. Yang memberi rezeki itu ialah Allah. Kata Allah,
Siapa yang menggantungkan hatinya kepada selain Allah, maka Allah akan tinggalkan dia dan hatinya akan rosak.
Semakin kita bergantung kepada selain Allah semakin kita ditinggalkan dalam keadaan hina oleh Allah. Nabi berdoa dan mengajar kita agar berdoa dengan doa ini,
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ! أَصْلِحْ لِي شَأْنِيَ كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Artinya: Wahai (Dzat) yang Maha Hidup dan Maha Berdiri! Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekejap mata.
(HR Imam An-Nasai, Imam Al-Hakim).
Maka nabi mengajar kita bertawakkal kepada Allah dari bangun pagi hingga hendak tidur lagi. Bila keluar rumah nabi ajar baca doa,
Rasulullah mengajar berbagai doa dan zikir agar hati kita bertawakkal kepada Allah swt.
Nabi melarang kita bergantung kepada manusia. Yang dengannya jika ada salah sedikit ,kita kecewa, kerana kita mengambil mereka sebagai tujuan. Cukup manusia itu kita ambil sebagai sebab. Jika tidak , ia membuat hati kita rosak . Sebab itu dikatakan , siapa yang berharap kepada manusia pasti kecewa. Berharap dan bergantung hati hanya kepada Allah swt.
7) Makan berlebihan
Iaitu suka makan sana makan sini. Yang dengan itu tubuh jadi malas. Malas membaca, malas berjalan, malas ke pengajian. Ini juga merosak hati.
Pokoknya, apa saja yang berlebihan akan merosak hati. Solat menjadi berat, solat malam terasa berat akibat makan berlebihan.
Makanan yang haram sudah pasti merosak hati. Tetapi makanan yang halal pun jika berlebihan akan merosak hati. Yang menyebabkan malas beribadah
Kata ibn Qayyim, "Siapa yang banyak makan akan banyak minumnya, siapa yang banyak minum akan banyak tidurnya. Siapa yang banyak tidur akan merugi waktunya."
8) Banyak tidur
Banyak tidur akan mengakibatkan hati mati, badan menjadi berat, buang-buang waktu atau umur, menimbulkan kelalaian dan kemalasan.
Antara tidur yang dianjurkan ialah qailullah iaitu tidur sebentar sebelum zuhur atau selepas zuhur. Sementara waktu tidur yang dibenci ialah antara maghrib dan isyak. Kecuali orang sakit atau sebagainya.
9) Banyak melihat
Sekarang banyak penglihatan kita menumpu ke medsos. Ini akan menyebabkan hati kita rosak. Terlalu banyak melihat sana , melihat sini maka banyak benda yang kita fikirkan. Jangankan melihat yang haram, melihat yang boleh saja , misalnya melihat rumah orang, melihat aib orang, akhirnya banyak yang kita fikirkan , yang tidak perlu.
Apalagi jika melihat berbagai keburukan. Maka jadilah hati kita ini tempat terkumpulnya sampah. Hati ini corong nya tiga. Iaitu lisan, pendengaran dan penglihatan. Apa yang kita katakan akan masuk kehati, apa yang kita dengar akan masuk ke hati dan yang paling cepat ialah dari corong penglihatan. Iaitu mata.
Apa yang kita lihat terus masuk ke hati jadi bahan renungan dan diproses oleh fikiran. Apalagi kalau yang haram. Jadi candu. Inilah musibah di masa kini. Menonton filem, menonton wanita cantik, hal-hal yang haram dan sebagainya. Lagi dan lagi. Maka jadilah hati itu seperti tempat sampah yang tidak mahu dimasuki oleh zikir-zikir. Iman juga tidak mahu masuk, kerana hati itu sudah jadi sampah.
Maka , waspada. Penglihatan adalah jalan yang paling cepat merosakkan hati, apalagi jika yang dilihat itu benda-benda haram dilihat.
Oleh itu, jika mahu bahagia kurangkan melihat benda-benda yang tidak perlu. Kalau bukan urusan kita , apa perlunya kita masuk. Hanya membuang waktu dan umur kita. Kita hilang masa untuk zikir, solat, pengajian bercanda dengan isteri, tidak sempat mengurus anak-anak , sementara kita sibuk dengan berita ini berita itu yang bukan urusan kita.
Ibnu Qayyim berkata,
" Kamu melihat sesuatu yang biasa, tetapi dihiasi oleh syaitan supaya kelihatan cantik , lalu apa yang dilihat masuk kehatinya sehingga ia merasa mahu mendapatkan apa yang difikirkannya. "
Maka fitnah itu datang dari permulaannya melihat. Misalnya zina bermula dari penglihatan.
Daripada Saidina Huzaifah Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
"Sesungguhnya melihat kepada tempat yang elok yang ada pada tubuh perempuan adalah seperti anak panah beracun daripada anak panah iblis (kerana sangat cepat ia membinasakan), terselamatlah sesiapa yang meninggalkannya (kerana takut Allah)". (Ihya Ulumuddin)
Maksud jelas daripada hadis berkenaan memberi gambaran bahawa pandangan mata itu jika tidak dijaga dengan landasan iman dan takwa umpama racun yang akan menjalar dalam badan, sekali gus membinasakan tubuh seseorang hamba kerana pandangan maksiat terhadap perkara yang tidak halal baginya.
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina, kedua-dua mata berzina dan zina keduanya adalah melihat (kepada sesuatu yang haram). Kedua-dua tangan berzina dan zina keduanya adalah memegang (kepada sesuatu yang haram atau menggunakannya secara salah). Kedua-dua kaki berzina dan zina keduanya adalah berjalan (ke tempat yang haram). Mulut berzina dan zinanya adalah mengucup (sesuatu yang haram). Hati menginginkan sesuatu dan kemaluan akan membenarkannya (iaitu dengan melakukan zina) atau mendustakannya (dengan tidak melakukannya)."
(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Baihaqi)
Jadi, penglihatan mata itu adalah awal kepada maksiat. Awal kepada zina, awal kepada selingkuhan, perceraian dan bermacam-macam lagi. Akibat dari 2 mata yang tidak dijaga ini.
Maka seorang penyair berkata,
" Awal segala peristiwa ialah dari memandang,
Api yang besar bermula dari percikan-percikan api,
Betapa banyak penglihatan yang membinasakan hati pemandangnya, Pandangan itu adalah anak panah yang menancap ke hati tanpa ada talinya"
Maka , pandangan yang haram itu adalah anak panah iblis yang bila terkena sulit untuk mencabutnya. Betapa banyak orang binasa kerana penglihatan. Betapa banyak orang kecanduan melihat benda-benda yang haram, sampai walaupun sudah mengaji masih lagi ia lakukan, bukti sulitnya mencabut anak panah tersebut. Betapa banyak selingkuhan terjadi walaupun orang agama, kerana apa? Kerana pandangan mata.
Sungguh menjaga pandangan itu mudah jika di awal nya. Tundukkan mata, selesai. Jika belum masuk kehati maka ia belum jadi fikiran , belum jadi impian, tapi kalau sudah melihat dan melihat maka tidak akan berhenti.
Kata ibnu qayyim,
"Wahai orang yang melemparkan pandangannya kepada yang haram, kamu ingin kebahagiaan dari pandanganmu, tetapi kebinasaan yang kamu dapatkan. "
Betapa banyak nikmat dicabut akibat dari penglihatan yang haram. Hati jadi rotak, tidak ada nikmat berbicara dengan isyeri. Bergoti juga tada kemesraan dwngan suami kwrana mwlihat yang macam2
Maka , kita kena banyamka Ikir, banyakkan iatigjfar kerana banyak hal yang merosakkan hati ada di sekeliling kita.
10) Banyak berkata-kata
Kita tidak perlu bercakap dalam segala hal. Kalau sudah ada yang komentar dalam sesuatu hal , sudah, tidak perlu kita menjadi juaranya. Latih diri untuk diam. Kalau sudah ada orang yang menganjurkan kebaikan di dalam grup, sudah. Kita tak perlu banyak bicara.
Kerana lisan adalah corong yang masuk kehati. Berkata yang banyak akan merosakkan hati.
11) Cintakan populariti
Kata ibn Taimiyah, orang yang cintakan populariti itu ada syahwat yang tersembunyi. Dengan populariti itu dia mengharap mendapat habuan-habuan dunia. Dengan sebab itu timbul perasaan hasad, ingin menguasai, tidak ingin dikalahkan . Itu semua akan merosakkan hati.
Jadi, hindarkan dari populariti , atau suka menjadi pemimpin. Kalau Allah ingin naikkan kita jadi pemimpin itu takdirnya. Kita jangan berangan-angan. Bukan tidak boleh menjadi pemimipin di dalam satu-satu kumpulan, tetapi jangan tamak kepadanya.
Kerana itu semua boleh merosakkan hati.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
7/6/24
Ulasan
Catat Ulasan