Langkau ke kandungan utama

166) MENGAPA KITA TAK CARI HIDAYAT SEPERTI KITA CARI REZEKI?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,




        Khususnya orang Islam, setiap hari  kita minta dari Allah sesuatu yang mahal, tapi sebaliknya yang kita cari, yang diusahakan, yang kita kejar ialah sesuatu yang murah. 

        Apa yang kita minta setiap hari itu? Mungkin kita minta rezeki setiap hari . Minta rezeki dimurahkan, minta yang melimpah ruah. Tapi ada yang  kita minta  hingga 17 kali sehari, setiap hari dan bertahun-tahun lamanya? Apa dia?

         Iaitu lah bila solat , dalam al Fatihah kita minta ini kepada Allah,

       Allah wajibkan kita minta hidayat setiap hari. Antara hidayat dan rezeki yang mana lebih mahal?  Sehingga kalau kita tak baca doa ini dalam solat maka solat jadi batal. Bermakna pentingnya kita minta hidayat. Sehingga Allah wajibkan setiap hari. 

      Antara hidayat dengan rezeki mana yang lebih mahal? Hidayat. Tapi apa yang kita kejar setiap hari? Iaitu rezeki. Sesuatu yang lebih murah. Minta yang mahal tapi kejar yang murah.

      Rezeki itu untuk jangkamasa  kita hidup ini saja. Mungkin 50, mungkin 60, mungkin 70 tahun. Tapi yang jatuh helikopter baru-baru ini semua umur bawah 40 tahun. Jadi, mati tak kira tua, tak kira muda, tak kira ia sihat atau tidak. Ia mati bila sampai ajal. Tak kira ia muda tak kira ia sihat, bila sampai ajal ia tetap akan mati.

        Tapi yang Allah suruh minta hidayat, hidayat itu untuk berapa lama? Untuk selama-selamanya. Ia akan bantu kita di alam kubur dan alam akhirat nanti. Dan hidayat ini akan bimbing kita ke syurga. Jadi, hidayat ini lebih mahal dari rezeki sebab ia membawa ke syurga yang kekal abadi. Sedangkan  rezeki menjaga kita di dunia yang sementara sahaja.

      Adakah  setiap hari  kita  cari hidayat?  Yang benarnya setiap hari kita keluar cari rezeki.  Kenapa orang tak keluar cari hidayat setiap hari?  Di alam kubur dan di  padang mahsyar, rezeki tak berguna lagi walau sebanyak manapun. Kita minta hidayat setiap hari, tapi kita tak keluar mencarinya  ,  kenapa?



Kekal abadi

       Hidayat ini untuk masa yang kekal abadi. Ia lebih mahal dari rezeki tapi  kita tak cari?  Allah itu, kita tak nampak tapi kita sembah Ia setiap hari . Tetapi Allah suruh cari hidayat kita tak cari pula. Kenapa?

          Tapi  bila boss kita suruh sesuatu, suami suruh, isteri suruh, kawan suruh, kita cepat-cepat  buat. Tapi bila Allah suruh kita tak ikut. Mana yang lebih dipercayai , Allah atau manusia? Tentu Allah. Tapi kita dengar cakap makhluk lebih daripada dengar cakap Pencipta makhluk itu. 

       Apa sebab manusia tak cari hidayat?Antara sebab manusia tak cari hidayat, sebaliknya asyik kejar dunia saja, tertipu dengan dunia  ialah sebab  dia tak tahu apa itu hidayat. Bila dia tak tahu maka dia takkan cari. Tak tahu betapa pentingnya hidayat kepada dirinya, dan betapa pentingnya hidayat untuk hidup bahagia. Tak mungkin manusia bahagia kecuali dengan hidayat dari  Allah. Mustahil ia bahagia. Carilah siapa yang tak solat ia bahagia, mustahil. Yang solat pun belum tentu bahagia, belum tentu tenang.


Kebahagiaan sementara

      Rezeki yang kita kejar itu untuk kebahagiaan,  tapi kebahagiaan yang sementara. Bila mati habislah. Tapi hidayat akan membawa kita kepada hidup bahagia  yang kekal abadi. Itu menunjukkan pentingnya hidayat.

       Syurga itu penting . Tapi yang lebih penting ialah jalan nak menuju ke sana. Kalau kita kerja gaji besar macamana sekalipun , yang penting kita tahu jalan nak pergi tempat kerja. Kalau tak tahu jalan maka sia-sia. Begitu juga syurga itu penting tapi yang lebih penting ialah jalan menuju ke sana.
       
       Bila kita minta dalam ayat ini,


       Apa sebenarnya yang kita minta itu? Yang orang minta setiap hari, tapi dia tak cari pun. Sebaliknya dia cari benda yang dia tak minta, iaitu apa? Rezeki. 

     Rezeki dah tetap. Kalau kita tak minta tapi usaha boleh dapat. Hidayat kita minta, tapi tak cari  adakah boleh dapat? Tidak.

        Kita minta hidayat, apa dia hidayat? Iaitu jalan yang lurus. Apa pula makna jalan  yang lurus? Maka Allah jawab dalam  firmannya,


      
            Iaitu jalan yang Kau bagi nikmat kepada mereka. Siapa pula mereka itu? Dan bukan jalan mereka yang Kau murkai. Siapa mereka itu yang Allah murka?  Iaitu yahudi. Mereka ada kitab Taurat tapi mereka  tak ikut. Sebab itu Allah murka. Maknanya ada kitab tak mesti betul. Ada kitab tak mesti mereka percaya. Buktinya mereka ada kitab, mereka baca tapi tak ikut.

Kemurkaan Allah

     Pengajaran untuk kita. Kita pun ada kitab, adakah kemungkinan kita dimurkai Allah?  Ya, iaitu bila kita tak ikut kitab. Yahudi ada kitab tapi  tak ikut.  Kita ada kitab, kakau tak ikut juga. Maka , sama saja. Maka kita tiada beza dengan yahudi.  Sebab itu kita minta jalan yang lurus  bukan macam yahudi.

      Selain bukan jalan orang yang Allah murkai, Kita minta juga bukan jalan orang yang sesat. Iaitu jalan orang  yang tiada ilmu seperti nasrani..  

      Jadi apa maksud   'jalan yang lurus'  yang kita minta setiap hari?  Iaitu jalan orang yang berilmu dan ikut ilmu itu.  Jadi, setelah kita minta pada Allah,  sekarang kita cari tak ilmu itu? Di mana ilmu itu nak kita cari ? Maka Allah jawab,


        Jadi , ilmu itu ada dalam al quran. Al quran itu tiada keraguan padanya dan ia petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Jadi ilmu itu diambil dari al quran. 


Mereka yang diberi nikmat

      Allah  hurai lagi maksud jalan yang lurus yang Allah beri nikmat kepada mereka itu dalam surah an Nissa': 69,


         Taat pada Allah dan rasul itu maksudnya semua perintah Allah dia buat dan semua larangan Allah ia tinggalkan. Tapi macamana kita nak taat semua perintah Allah?  Iaitu kita kena tahu apa yang Allah perintah dan  apa yang Allah larang. Dan di mana larangan dan perintah Allah kita boleh dapat tahu? Iaitu dari al quran. Seperti dirikan solat, puasa, jangan bohong, jangan rasuah, taat ibu-bapa , semua ada dalam al quran. 

       Allah kata lagi siapa yang taat kepada Allah dan rasul maka Allah beri nikmat kepada mereka. Maka Allah jelaskan lagi dalam ayat di atas  mereka yang diberi nikmat itu, iaitu :

1. Para nabi
2. Siddiqin. Iaitu orang yang membenarkan semua janji dan perintah Allah. Orang pertama  yang bergelar siddiqin ialah Abu Bakar.  Pendeknya  ialah orang yang buat apa yang ia cakap.  Lawannya ialah munafik.
3. Syuhada. Iaitu orang  yang mati syahid
4. Orang soleh. Iaitu orang yang amal zahirnya sama dengan yang batin.  Ia bukan orang yang pura-pura atau riak dalam beramal. 


     Kita tak mungkin dapat jadi nabi, atau siddiqin  atau syuhada, sebab di Malaysia tiada peperangan. Kecuali pergi Palestin. Kita boleh jadi orang soleh. Tapi mungkin kah kita jadi orang soleh dalam keadaan tak berilmu? Iaitu tentang perintah-larangan Allah?  Tak mungkin.

      Sebab itu 'Jalan yang lurus ' ini bermula dengan ilmu. Iaitu ilmu yang diamalkan , bukan ada ilmu tapi tak amal. Dan juga orang yang tiada ilmu tapi nak beramal,  itu tanda ia orang yang sesat. Allah murka kedua-kedua  jenis orang ini. 
       

Belajar

     Jadi, jangan kita   jadi orang yang minta jalan yang lurus tapi tak mahu belajar atau kalau dah belajar tak mahu amal.  Kalau tak mahu belajar atau tak mahu beramal, sebenarnya kita sedang ikut jalan orang yang Allah murka.

       Para sahabat  sentiasa fikir nasib nya di akhirat ,  jarang ia fikir nasibnya di dunia. Sebab dunia ini sehebat manapun, sekelip mata boleh ditinggal . Kerana para sahabat yakin kehidupan sebenar ialah di akhirat. Mereka selalu fikir apa nasib mereka di akhirat nanti. Mereka lebih cinta Allah, rasul dan negeri akhirat.

    Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: 
     “Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya.”
 (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.
2. Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya.
3. Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya.

      Kalau anak kita mahu sesuatu benda yang rasulullah larang mungkin kerana haram atau melalaikan, maka kita tak beri anak kita ,  itu tanda kita cinta nabi lebih daripada diri sendiri dan anak kita.  Tapi sekarang apa yang anak nak, kita beli, walau pun nabi tak suka.

     Kalau kita cinta kepada rasulullah s.a.w  maka kita buat apa yang nabi buat iaitu sunnah nabi. Bila kita buat apa yang nabi suka maka selepas itu kita selawat keatas nabi dengan rasa cinta. Cinta itu datang setakat mana kita ikut sunnah nabi. 

        

Semoga bermenafaat.


Dari kuliah Ust. AMAR.
21/5/24
Klang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...