Langkau ke kandungan utama

163) APAKAH CIRI-CIRI ORANG YANG DICINTAI ALLAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



       Bila Allah mencintai hambaNya, ada tandanya. Apakah tandanya?

       Imam Nawawi dalam kitab Riadhus Shalihin membawa dalil-dalil  tanda-tanda seseorang yang dicintai Allah. Ramai orang mengaku ia dicintai Allah tapi belum tentu pengakuannya itu benar.  Contohnya,  orang yahudi  dan nasara mengakui mereka adalah kekasih-kekasih Allah, seperti di firman Allah, surah Al Maidah: 18,


          Mereka mengatakan bahawa tidak masuk syurga kecuali orang yahudi dan nasrani. Bahkan orang yahudi mengata kan mereka adalah kaum yang terpilih oleh Allah taala. Mereka mengakui semua manusia lain dicipta untuk melayan dan  berkhidmat kepada mereka. 

     Apa jawapan Allah? Allah membantah pengakuan mereka dalam ayat seterus nya ini,


           Ada dikalangan orang yahudi sebelum ini yang Allah ubah rupanya menjadi monyet dan babi kerana melanggar larangan di hari Sabtu. Seperti firman Allah,

        Allah melarang orang yahudi bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tetapi hari Sabtu itu ikan banyak, lalu mereka memasang pukat pada hari Jumaat, dan mengangkatnya pada hari Ahad. Mereka cuba menipu Allah. Maka Allah ubah mereka menjadi monyet yang hina. Sehingga tiada lagi keturunan mereka di sana.

Bukan kekasih Allah
 
       Hal ini menjelaskan bahawa orang yahudi bukanlah kekasih Allah.  Kerana tidak mungkin Allah mengubah kekasihmya menjadi monyet. Itu satu azab di dunia sebelum azab di akhirat. Allah mengatakan , mereka adalah seperti manusia biasa yang boleh disiksa dan boleh diberi nikmat. 

         Begitu juga orang-orang quraish, mereka merasa mereka ahli-ahli Allah kerana mereka menjaga kaabah dan melayan  orang yang datang ke Mekah. Sehingga mereka bangga dengan apa yang mereka buat selama ini. Tetapi mereka terjerumus ke dalam lembah kesyirikan.

Sehingga Allah mengingatkan, 


        Di antara ayat yang digelar sebagai 'Ayat ujian'  kepada orang yang mengaku dicintai Allah taala, ialah ayat ini ,


          Ayat ini Allah turunkan sebagai cabaran kepada mereka yang mengaku dicintai Allah. Iaitu bahawasanya cinta Allah itu perlukan bukti. Makanya, imam Nawawi mengarang bab Tanda-tanda di cintai Allah. Bukan sekadar pengakuan sahaja. Semua orang boleh mengaku wali, tapi adakah benar? Maka harus ada buktinya. Sebagaimana seorang penyair berkata,

' Semua orang mengaku sebagai  kekasih Laila tetapi ternyata Laila tidak mengenali nya.'


Ikut Nabi s.a.w

      Allah mengatakan jika kamu cinta Allah maka ikuti nabi Muhammad s.a.w.  Kenapa harus mengikut nabi?  Rahsianya mudah, kalau kita cinta seseorang maka kita buat atau ikut apa yang ia sukakan. Kalau ia minta sesuatu kita belikan. 

     Siapa yang lebih tahu apa yang disukai  , yang dicintai oleh Allah swt?  Ibadah apa yang paling dicintai Allah? Kita tidak dapat tahu itu terus daripada Allah, tetapi melalui nabi Muhammad s.a.w. Maka logiknya mudah, jika kita cinta Allah, maka ikutilah nabi Muhammad s.a.w. Nescaya cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan,   iaitu Allah akan mencintai kita pula. 


Allah ampuni dosa
 
       Bukan itu saja, bahkan Allah akan ampuni dosa kita yang telah lalu jika kita mengikut sunnah nabi Muhammad s.a.w. Seperti  kalau ada orang cinta kita, jika ia buat silap kepada kita , kita mudah maafkan dia. 
  
      Dari ayat di atas   didapati bahawa jika seseorang cinta Allah, maka ia mesti mengikuti rasul s.a.w iaitu mengikut sunnah-sunnahnya. Semakin banyak kita mengikut sunnah, semakin kita dicintai Allah. Oleh itu dalam kehidupan ini kita berusaha mengikuti sunnah nabi s.a.w baik dari segi akhlak, ibadah dan akidahnya. Sebahagian orang mengikut sunnah dari segi akidah, tetapi tidak dari segi akhlak. Ada pula mengikut akhlak dan adab nabi, tetapi mereka ketepikan sabda nabi mengenai akidah. Orang yang benar-benar mencintai Allah , ia akan  mengikuti nabi dalam hal ibadah, muamalah, akidah dan akhlak dan  dalam segala hal.

     Ia mengikuti akidah dan ibadah nabi s.a.w  Bukan yang ia reka-reka sendiri. Jika semua orang boleh mereka ibadah dan akidah sendiri, apa gunanya diutus nabi s.a.w. Nabi diutus untuk diikuti apa saja sunnahnya. 


Barometer cinta

     Maka, barometer cinta Allah kepada hambaNya ialah sebanyak mana hamba itu ittiba' kepada sunnah nabi. Semakin ittiba' kepada nabi semakin ia dicintai Allah.

     Ini dalil bahawa bila seseorang sudah dicintai Allah maka Allah mudah mengampuninya. 


Ayat kedua

     Ayat kedua yang menunjukkan ciri-ciri orang yang dicintai Allah swt. iaitu di surah Al Maidah : 54,


         Ayat ini di bawa oleh imam Nawawi r.h.  sebagai  ciri-ciri orang yang dicintai Allah dan ciri-ciri orang yang mencintai Allah. Maka, diriwayatkan dalam perang Khaibar, nabi berkata kepada para sahabat, 
   " Esok aku  akan memberi bendera perang  kepada seorang panglima yang ia cinta kepada Allah dan  rasulnya.  Dan dia pun dicintai  Allah dan rasul.  Allah akan  memberi kemenangan kepadanya. "

      Ketika pagi, para sahabat datang dan berharap dia yang dapat bendera tersebut. Nabi bertanya mana Ali b Abi Talib? Dia sedang sakit mata. Lalu dibawa ke depan nabi lalu nabi meludàh ke  matanya  terus sembuh matanya seakan-akan  ia tidak pernah sakit. Lalu nabi memberi bendera kepada Ali . Akhirnya Ali berjaya menakluk benteng kota Khaibar.

          Ternyata Rabb kita mempunyai sifat mencintai. Bukan hanya dicintai tetapi Ia mencintai hambaNya. Ini nikmat yang luar biasa kepada sesetengah hambaNya. 


Lemah-lembut kepada orang beriman

       Di antara sifat-sifat orang yang dicintai Allah itu ialah lemah lembut kepada orang beriman  dan tegas terhadap orang-orang kafir.  Bukanlah sebaliknya. Ada orang yang mengaku wali-wali Allah tetapi sombong dengan orang beriman tetapi lemah-lembut dengan orang kafir. 
         
         Kemudian imam Nawawi membawa kan hadis-hadis yang menyebut ciri-ciri orang yang dicintai Allah swt. 



Hadis # 1: ( Hadis Wali)


    Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «إنَّ اللهَ قال: مَن عادى لي وليًّا فقد آذنتُه بالحرب، وما تقرَّب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضتُ عليه، وما يزال عبدي يتقرَّب إليَّ بالنوافل حتى أحبَّه، فإذا أحببتُه: كنتُ سمعَه الذي يسمع به، وبصرَه الذي يُبصر به، ويدَه التي يبطش بها، ورجلَه التي يمشي بها، وإن سألني لأعطينَّه، ولئن استعاذني لأُعيذنَّه، وما تردَّدتُ عن شيء أنا فاعلُه تردُّدي عن نفس المؤمن، يكره الموتَ وأنا أكره مساءتَه».

     “Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku telah menyatakan perang dengannya. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. 

      Dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan nawafil (sunnah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar. (Aku akan menjadi) penglihatannya yang dengannya ia melihat. (Aku akan menjadi) tangannya yang dengannya ia memukul. (Aku akan menjadi) kakinya yang dengannya ia berjalan. 

      Jika ia meminta kepada-Ku, niscaya Aku akan memberinya. Jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, niscaya Aku akan melindunginya. Tidaklah Aku ragu untuk berbuat sesuatu seperti keraguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin, ia membenci kematian sedangkan Aku tidak suka menyakitinya.” (HR Bukhari Juz 5 : 6137)

       Oleh itu berhati-hati bila kita mengetahui seseorang sebagai orang soleh, iaitu dapat dikesan dari tutur katanya, dari ibadahnya, dari tulisannya, dari kesolehannya, maka ia mungkin adalah wali Allah swt. Maka jangan cuba-cuba mengganggunya. Kalau kita menganggu atau menyakitinya maka akan ada balasan  , cepat atau lambat. Kerana mengganggu orang yang dicintai Allah swt. Maka ini bahaya. Siapa yang mengganggunya dia akan binasa samada di dunia atah  di akhirat. Di dunia seperti terjerumus dalan kemaksiatan, ada kesombongan, sibuk dengan  dunia, maka nya ia binasa di dunia. Agamanya hancur. Di akhirat lebih parah lagi.

      Maka sebab itulah dikatakan ' Daging para ulama itu beracun'. Seseorang harus berhati-hati dengan ulama. Mengkritik boleh tapi dengan adab. Sebab ia bukan maksum yang pasti ada kesalahan. Tapi orang yang sudah terkenal berjuang membela Islam, kalau pun ia salah kita kritiki dengan adab. Kerana mereka telah menghabiskan umur mereka untuk berkhidmat kepada agama Allah swt.


Menghina ulama.

     Oleh itu bila kita lihat  seseorang menghina seorang ulama ahli sunnah kita lihat kehidupannya makin parah. Semakin sombong , semakin angkuh dan semakin merepek. Inilah akibat mencela ulama seakan-akan ulama itu budak tadika.  Kalau orang yang ada ilmu,  kalau salah kita kritik. Tapi menghina seakan ia tidak ada ilmu maka Allah Maha Tahu. Kita lihat kata-katanya makin aneh, makin gila dan  dikhuatiri ia termasuk di dalam hadis ini. Iaitu mencela ulama tanpa ada aturan. 


Amalan wajib

      Seterusnya,  bahawa amalan  yang paling  dicintai Allah ialah amalan wajib. Oleh itu solat subuh lebih Allah sukai daripada 2 rakaat sebelum  subuh. Jika sunat subuh saja lebih baik dari dunia seisinya maka solat subuh lebih-lebih lagi.  Dan juga solat fardhu lebih afdhàl dari solat rawatib, qiamulail, atau witir kerana solat fardhu ialàh rukun Islam.  Haji lebih afdhal daripada umrah. Puasa ramadhan lebih Allah sukai dari puasa-puasa  sunat. Begitu juga zakat lebih Allah cinta daripada sedekah. Oleh itu jika membayar zakat harus bersemangat kerana ia lebih Allah cintai. Begitu juga sedekah kepada anak isteri lebih afdhal daripada kerabat, kerana anak isteri lebih wajib dari kerabat apalagi orang jauh. 

       Maka jangan sampai seseorang merasa memberi sedekah kepada si miskin mendapat pahala manakala  memberi makan anak isteri tiada pahala. Bahkan memenuhi keperluan anak isteri, memberi sekolah , memenuhi keperluan mereka itu lebih besar kerana itu wajib. 


Mengerjakan yang sunat

       Tanda seseorang dicintai Allah lagi ialah ia tidak membatasi dirinya dengan perkara-perkara yang wajib sahaja, tetapi ia mengerjakan yang sunat pula. Setelah puasa ramadhan ia puasa Isnin Khamis, Syawal. Setelah berzakat ia bersedekah pula. Setelah solat 5 waktu ia solat malam , solat rawatib dan sebagainya. Dia lakukan yang sunat, ada sunat di rumah  , sunat di masjid,  dan sunat semasa ketemu jiran. Dia terus mendekatkan dirinya kepada Allah.Hingga kata Allah, Aku mencintainya.  Bererti cinta Allah jatuh kepadanya ketika ia mengerjalan yang sunah. 


Apa hasilnya?

       Apa hasilnya bila Allah sudah cinta seseorang.? Iaitu,
1. Allah menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya.
2. Allah menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya.
3. Allah menjadi tangan yang ia memegang dengan tangan tersebut.
4. Allah menjadi kakinya yang ia berjalan dengan kaki tersebut. 
5. Allah menjadi lisannya yang ia berkata dengan lisan tersebut
6. Allah memjadi hatinya yang ia berfikir dengan hati tersebut.



Apa maksudnya semua ini?


    Maksudnya ialah bahawa Allah membimbing seluruh anggota tubuh seseorang itu,
1. Tidaklah ia melihat kecuali yang baik. Jika melihat yang buruk ia akan berpaling.
2. Tidak suka mendengar yang haram. 
3. Ia tidak  melakukan dengan tangannya perkara-perkara yang Allah tidak suka.
4. Ia tidak melangkah kakinya  ke tempat-tempat  yang Allah tidak suka. 
5. Allah jaga lisannya dari berkomentar, bercakap yang tidak baik. Sebelum berkomentar ia berfikir dahulu.
6.  Allah jaga fikirannya dari memikirkan apa-apà  yang Allah tidak suka.

      Inilah  ciri-ciri wali Allah swt. Iaitu taat dalam mengikut sunnah nabi dan jauh dari kemaksiatan.  Menjalani sunnah nabi s.a.w .ada dampaknya, iaitu  ia terjauh dari maksiat. Inilah ciri-ciri orang yang di cintai Allah swt sesuai dengan firmannya,


       

       
     Ciri-ciri wali Allah itu ialah ia beriman dan bertaqwa. Apa maksud beriman dan bertaqwa? Iaitu   beramal soleh dan jauh dari maksiat. Itulah wali Allah swt.


Mengaku wali

       Tapi kalau ada orang mengaku-ngaku sebagai wali tapi berjabat tangan dengan perempuan, duduk-duduk dengan perempuam, ketawa-ketiwi dengan perempuan, joget, loncat kanan loncat kiri,  atau tidak suka dengan syariat, tidak suka orang berjilbab, membolehkan orang buka aurat, maka ini bukan wali Allah swt. 
      
        Ada orang mengaku wali tapi katanya semua agama masuk syurga. Ini bukan wali Allah.  Lagi katanya tidak apa-apa menonton konsert maksiat. 

      Sia-sia  orang yang mengaku wali Allah  tetapi tidak ada ciri-ciri wali Allah. Wali Allah itu sederhana , beriman kepada Allah, bertaqwa kepada Allah , beramal soleh mengikut sunnah nabi, dan  menjauhi maksiat.  Dan semua orang boleh  menjadi wali Allah. Cuma wali itu bertingkat-tingkat  darjatnya.  Semakin ia bertaqwa, semakin ia dicintai Allah, semakin tinggi darjatnya.

Seterusnya, kata Allah,
        Jika ia memohon padaKu ,Aku akan makbulkannya.Jika ia minta per lindungan  padaKu , Aku akan melindungi nya. 

          Jadi,  jelas bahawa ciri-ciri orang yang dicintai Allah ialah orang yang taat kepada Allah swt  . Maka lihatlah wali-wali Allah seperti para sahabat. Adakah antara mereka yang ahli maksiat?  Tidak ada. Semua nya orang bertaqwa. Orang yang dijamin masuk syurga tetapi tidak sombong. Tidak mentang-mentang, walaupun nabi menyebutnya berulang-ulang kali. Semua mereka takut kepada Allah iaitu tawadhu'.

        Tapi ada  sebahagian orang yang tidak ada dalil yang ia masuk syurga, tapi berkata  ' Kita pasti masuk syurga, golongan kami pasti masuk syurga'.  Jangan begitu, Abu Bakar, Umar, Uthman da  Ali r.a pun tidak kata  begitu. Kita jangan berlebih-lebihan. 


Orang gila

      Ada pula orang berkata, gila itu ciri-ciri wali. Katanya itu wali majzub. Katanya kerana amat cintanya kepada Allah ia jadi gila.  Tetapi, siapa yang lebih cinta kepada Allah ? Nabi s.a.w atau wali gila itu? Sepatutnya jika gila itu ciri-ciri wali, maka nabi lah orang yang paling gila. Kemudian gila kedua ialah Abu bakar,  Umar,  Uthman dan Ali. Adakah diantara para sahabat yang gila kerana amat cintanya kepada Allah? Tidak ada. Maknanya mereka kurang top, yang top ialah yang sudah gila itu.

        Seharusnya orang gila kita kasihani dia . Bukan minta berkat kepadanya. Bahkan belajar pula darinya. Ini penghinaan kepada syariat. Bagaimana orang menjadikan orang gila sebagai tingkat orang mukmin yang tertinggi? Kerana setelah wali itu nabi. Orang yang tertinggi sebelum Nabi itu orang gila?  ini tentu tidak benar. Sepatutnya orang gila itu kita kasihani, bukan malah mengusap-ngusap badannya. Atau sisa minum dan rokoknya kita rebut-rebut kan . 

      Siapa yang lebih cinta kepada Allah lebih daripada sahabat? Tidak ada satu pun antara mereka yang jadi orang gila. 


Hadis kedua

    Abu Hurairah radliyallahu'anhu berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, 
       "Allah Tabaraka wa Ta'ala jika mencintai seseorang, Dia memanggil Jibril ,  'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia.' Sehingga Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril memanggil seluruh penghuni langit seraya berseru, 'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia.' Maka penghuni langit pun mencintainya, sehingga orang tersebut diterima oleh penduduk bumi."
 (HR Al-Bukhari)


Dicintai malaikat dan orang beriman

         Di sini, bila seseorang dicintai Allah swt, antara tandanya ialah ia dicintai oleh orang-orang beriman. Banyak para ulama seperti itu , iaitu ia dicintai  oleh masyarakat. Di antara nya ialah imam ibn Taimiyah. Disebut di dalam sejarah, tidak ada jenazah yang paling banyak dihadiri manusia seperti imam ibn Taimiyah. Di zaman nya semua orang menghadiri jenazahnya  bahkan musuh-musuhnya sekalipun. Kalau ada yang menyainginya, ialah jenazah imam Ahmad rh. Para ulama di zamannya memujinya. Ada juga yang mengkritik. 

       Ketika Allah berkata, Hai Jibril cintai fulan. Jibril pun mencintainya. Adapun berhubung dengan manusia di dunia, jika orang mengatakannya macam-macam, tapi hujungnya orang akan mencintainya, ahlul hak akan mencintainya. 

     Dalam hadis riwayat Muslim ada tambahan,

      "Dan apabila Allah membenci seseorang, maka Dia menyeru Jibril, "Sesungguhnya aku membenci si fulan, maka bencilah ia!" Jibril pun membencinya karena mengikuti kebencian Allah kepadanya. Selanjutnya Jibril berseru di kalangan penghuni langit, "Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah ia!" Para penghuni langit pun membencinya. Selanjutnya kebencian kepadanya diletakkan di bumi sehingga ia dibenci dan tidak disukai oleh penghuni bumi."  


Hadis terakhir,

      Rasulullah pernah mengutus seseorang memimpin satu sariyah  (pasukan kecil) dan ia menjadi imam ketika solat. Setiap kali ia baca fatihah, surah kemudian ia membaca surah al Ikhlas. Di setiap waktu solatnya. 

     Sekembalinya ke Madinah sahabat mengadu hal bacaan surah al Ikhlas  itu kepada rasulullah. Maka rasulullah s.a.w berkata, tanyakan ia kembali kenapa ia begitu solatnya? Mereka pun bertanya dan dijawabnya iaitu kerana surah itu mengandungi sifat-sifat Allah arrahman. 
       

Sifat-sifat Tuhan

      Surah al ikhlas menyatakan sifat-sifat yang layak bagi Tuhan. Jika seseorang mengaku sesuatu itu Tuhan , tanyakan adakah ia mempunyai sifat-sifat esa, tidak memerlukan orang lain, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang sama dengannya. ?  Cuba lihat tuhan orang hindu , lembu.  Adakah  ia esa.?  Nabi isa. Adakah ia tak perlu benda lain? Ia perlu. Perlukan makan  minum dan lain-lain.  Ia dilahirkan oleh ibunya Maryam. 

      Sebab itu surah itu dipanggil al Ikhlas, iaitu ia mesyaratkan 4 sifat untuk menjadi tuhan. 

       Kata sahabat itu  , 'Aku suka membaca surah ini.' Maka kata rasulullah  maka Tuhan pun mencintainya. Kerana ia mencintai sifat-sifat  Allah maka Allah pun mencintainya. Ini dalil bahawa untuk mencintai Allah ialah kita merenung ayat Allah yang menceritakan sifat-sifat Allah. Maka perlu belajar asmaussifat satu persatu. 

      Itulah antara ciri-ciri orang yang dicintai Allah swt.
 
       
Semoga bermenafaat. 


Dari kuliah Dr. Firanda,
Klang.
7/5/24
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...