Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Taat perintah Allah hati akan jadi tenang. Apa buktinya? Ikuti kisah benar dari al quran ini...
Ibu nabi Musa menyusukan nabi Musa yang masih bayi. Tapi ia dalam keadaan takut kerana tentera Firaun akan membunuh setiap bayi lelaki jika diketahui. Lalu Allah perintahkan ibu nabi Musa menghanyutkan Musa ke sungai, dengan janji akan ditemukan semula dalam keadaan tenang dan selamat selepas itu. Lihat kata Allah dalam surah al Qasas: 7,
Allah kata kepada ibu Musa , jangan takut, jangan sedih. Bila kita nak menenang kan seseorang kita mesti ada sesuatu yang kita boleh janjikan kepadanya supaya ia tidak takut. Jadi Allah janjikan sesuatu kepada ibu Musa supaya ia tenang. Apa janji Allah itu?
Kembalikan Musa
Iaitu Allah akan kembalikan Musa kepada ibunya dalam keadaan selamat. Dan suatu hari nanti Musa akan diangkat menjadi seorang rasul. Seperti di dalam ayat ini,
Bagaimana cara nak dikembali- kan Musa itu kepada ibunya, sedangkan bila ia di pungut oleh isteri firaun, isteri Firaun sudah menyukainya? Inilah jawapan dari Allah,
Iaitu Allah jadikan Musa tidak mahu menyusu melainkan kepada ibunya sendiri. Jadi , apa yang berlaku selepas itu? Adakah Musa dapat kembali kepada ibunya seperti janji Allah sebelumnya? Lihat ayat seterusnya ,
Dalamasa beberapa jam sahaja selepas dihanyutkan, Musa sudah Allah kembalikan kepada ibunya, iaitu apabila ia menolak susuan dari semua wanita kecuali ibunya sendiri. Kenapa Allah kembalikan kepada ibunya? Supaya sejuk mata dan tenang hati ibu Musa dan hilang kesedihannya. Bermakna Allah berikan ibu Musa ketenangan yang sempurna iaitu bukan saja hati tenang tapi tidak ada kesedihan lagi.
Kalau sebelum ini ibu Musa menyusu kan Musa dalam keadaan takut, tapi selepas mematuhi perintah Allah iaitu hanyutkan Musa, kini ibu Musa menyusu Musa dalam keadaan tidak takut langsung. Kenapa? Sebab kali ini ibu Musa menyusu Musa yang sudah menjadi anak angkat Firaun.
Ketenangan dari Allah
Sebab apa ibu Musa dapat ketenangan itu? Iaitu kerana ia taat perintah Allah. Allah kata hanyut, hanyut, jangan banyak soal. Allah kata Dia akan pulangkan, maka tak lama selepas hanyut Allah terus pulangkan kepangkuan ibunya.. Hanya kerana taat perintah Allah.
Selain dapat ketenangan hati, hilangnya ketakutan dan hilang kesedihannya, maka Allah nak ibu Musa tahu bahawa bila Allah berjanji maka janji Allah itu benar .
Tetapi kebanyakan manusia tidak tahu bahawa janji Allah itu benar.
Sebenarnya ibu Musa sudah tahu bahawa janji Allah itu benar, sebelum berlakunya hal itu. Tapi itu hanya dalam bentuk maklumat atau dipanggil ilmul yakin sahaja. Tapi bila dia betul- betul nampak Musa itu dikembalikan, maka itu lah ibu Musa dapat ainul yakin. Dan seterusnya baru ia dapat haqqul yakin.
Mahu lebih yakin
Nabi Ibrahim juga pernah ingin menambahkan keyakinannya dari ilmul yakin kepada ainul yakin dari Allah. Iaitu ia ingin tahu bagaimana Allah menghidupkan makhluk yang sudah mati. Allah kata , Adakah engkau tidak yakin dengan Ku? Tetapi jawab Ibrahim, ia hanya mahu lebih yakin lagi kepada Allah. Lihat surah al Baqarah ini,
Kalau seorang nabi yang dah yakin, masih lagi nak tingkatkan lagi keyakinannya, orang macam kita buat ala kadar saja. Solat 5 waktu rasa dah cukup. Baca quran tak faham pun ok. Yang penting ada solat, ada puasa. Patut kita kena ada rasa nak tingkatkan iman lagi.
Apa salah satu cara nak tingkatkan iman? Lihat surah al Anfal :2,
Iaitu dengan baca dan faham ayat-ayat Allah, iman akan meningkat.
Punca hati tak tenang.
Ada masa seseorang itu hatinya risau, sedih, tak tenang dan panas baran sahaja. Apa puncanya? Puncanya ialah tak yakin dengan janji Allah. Buktinya banyak janji Allah yang kita tak buat. Allah tak suruh pun hanyut anak di sungai. Allah suruh benda simple je tapi itu pun kita tak buat. Seperti :
1. Solat sunat 12 rakaat
Apa janji Allah dengan solat sunat 12 rakaat?
Sabda nabi s.a.w,
"Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga."
Sahih Muslim (728)
Iaitu 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zuhur , 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas Isyak. Semuanya 12 rakaat.
Benda ringan dan mudah saja. Tapi ramai tak buat. Yang susah , lagi penat, makan masa seperti nak kumpul duit, nak buat banglo yang sementara, itu yang orang kejar. Yang kekal, hebat , tak pernah dilihat oleh mata, iaitu rumah di syurga, orang tak percaya. Sebab itu bila dah beli rumah rasa tak puas, nak lagi, nak lagi.
Sebab itu Allah kata kebanyakan manusia tak yakin dengan janji Allah.
Lihat surah ar Rum: 6 dan 7 ,
Dalam awal surah Rum ini Allah kata Rom kalah tapi selepas satu masa Rom akan menang mengalahkan Parsi pula. Ini janji Allah. Semasa zaman nabi ianya tak berlaku. Tapi ia berlaku selepas wafat nabi s.a.w. Allah tak mungkir janji.
Semua orang tahu Allah tak mungkir janji. Tapi kenapa Allah bagi tahu lagi? Sebab manusia itu mulut saja kata, tapi realitinya hati kata macam Allah itu mungkir janji.
Buktinya, banyak Allah janji nak bagi sesuatu tapi dia tak percaya. Dia tak buat pun. Seperti :
2. Solat sunat subuh.
Daripada Aisyah R.ha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.
[Riwayat Muslim (725)]
3. Solat berjemaah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Solat berjemaah adalah lebih utama berbanding solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)."
(Hadis riwayat Muslim)
4. Zikir pagi, petang,
Sabda nabi s.a.w,
"Sungguh, saya duduk bersama kaum yang berdzikir kepada Allah Ta'ala sejak (selesai) solat subuh hingga terbitnya matahari, itu lebih saya sukai daripada membebaskan empat orang budak dari keturunan Ismail AS. Dan sungguh jika saya duduk bersama kaum yang berdzikir kepada Allah sejak (selesai) salat Ashar hingga terbenamnya matahari, itu lebih saya sukai daripada membebaskan empat orang budak yang lain."
(HR Abu Dawud)
5. Zikir pemberat timbangan
“Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”
(HR. Bukhari No. 7563 dan Muslim No. 2694)
Tapi hari demi hari terlepas. Nak keluar sepatah pun susah. Tapi benda yang mengarut, sia-sia seperti memonton drama boleh buat berjam-jam.
Mungkir janji
Antara janji manusia dengan janji Allah mana yang manusia lebih percaya? Manusia lebih percayakan janji manusia lagi. Padahal Allah takkan mungkir janji.
Orang yang mungkir janji ini ada dua syarat. Pertama , dia memang penipu, atau scammer . Kedua , ia tak mampu. Ia berjanji, sampai masa dia tak mampu tunaikan kerana berbagai sebab contohnya sakit atau tiada duit.
Tapi adakah dua sebab ini ada pada Allah? Mustahil Allah menipu. Dan mustahil Allah tak mampu. Tapi berapa ramai orang yang percaya pada janji Allah berbanding janji manusia?
Apa buktinya? Kata ulama' , bila manusia tak buat apa yang dijanjikan Allah itu bererti dia tak percaya kepada Allah walaupun mulutnya kata percaya.
Manusia lebih percayakan apa yang ada di depan matanya . Kenapa begitu? Apa kata Allah?
Iaitu kata Allah yang dia percaya ialah zahir dari kehidupan dunia seperti hiburan, keseronokan, harta, pangkat , wang, gajet-gajet yang canggih dan sebagainya. Tapi apa yang di sebalik semua itu dia tak tahu. Apa keburukan yang dibawanya dia tak tahu. Apa dosa yang datang daripadanya dia tak ambil peduli. Apa akibat nya dia tak ambil kisah.
Sebab itu Allah kata , tentang akhirat dia lalai. Malas ibadah, kedekut nak infak, malas belajar dan lain-lain.
Sebaliknya orang yang beriman dan bertaqwa itu bersifat sedemikian,
Jika takut kepada harimau, manusia lari , tetapi jika takut kepada Allah manusia mendekat kepada Allah dan taat kepada Allah. Bagi mereka ini , Allah janjikan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.
Rumàh yang kekal
Kita kerja, keluar pagi balik petang sampai tua , tapi tiada pun mempunyai rumah yang ada sungai di bawahnya. Tapi ini, Allah nak beri rumah yang ada sungai mengalir di bawahnya tapi tak ramai yang percaya.
Bukan rumah saja Allah nak beri tetapi rumah itu kekal selama-lamanya dan ada makanan yang enak pula, dan apa-apa yang di sisi Allah itu lebih baik lagi. Iaitu seperti rumah, makanan, minuman, buah-buahan, bahagia, aman, muda dan sebagainya itulah yang Allah nak beri. Tapi bukan semua orang yang boleh dapat semua itu. Yang dapat ialah golongan al Abrar. Siapa al abrar ini?
Utamakan akhirat
Iaitu golongan yang mengutamakan akhirat daripada dunia ini. Yang lebih suka kebaikan akhirat lebih dari mata benda dunia ini. Allah berkata lagi dalam an Nahl:96,
Apa yang kita ada di dunia ini (di sisi kamu) akan binasa. Yang di sisi Allah itu kekal. Apa yang di sisi Allah itu ? Itulah syurga dan segala nikmatnya. Maka jika kita berfikiran waras pastilah kita memilih yang kekal berbanding yang sementara. Tetapi realitinya, kebanyakan manusia utamakan yang sementara hingga abaikan yang kekal. Pahala solat , pahala zikir , pahala belajar, pahala berbakti pada ibu bapa , itu semua yang kekal manusia lupakan. Habiskan masa dengan benda-benda yang binasa. Adakah manusia berakal?
Apakah sifat orang yang berakal itu? Allah kata iaitu orang yang sabar dalam mengerjakan amal tersebut. Maka Allah balas dengan balasan yang lebih baik. Contohnya sedekah rm1 Allah gandakan 10. Solat 12 rakaat dapat istana. Solat sunat subuh dapat dunia seisinya. Dan sebagainya. Sabarlah sementara di dunia ini.
Dari kuliah Us. AMAR,
Klang.
2/2/24
Ulasan
Catat Ulasan