Langkau ke kandungan utama

140) DARI MANA KITA DAPATKAN RAHMAT ALLAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



            Kalau kita belajar di sekolah , kita jelas matlamatmya. Iaitu untuk dapat masuk universiti, dapat sijil,  dapat kerja dan sebagainya. Tapi kalau kita belajar agama, belajar al quran, apa matlamat nya?

           Jika kita bandingkan dulu dengan sekarang, adakah masalah manusia  semakin baik atau semakin buruk?

       Beberapa lama dulu ada kes orang masukkan seekor kucing dalam mesin basuh. Beberapa bulan selepas itu ada pula kes masukkan 3 ekor kucing dalam mesin basuh juga. Dan kemudian kita dengar ada orang membakar kucing. Ada juga diberitakan seorang budak 12 tahun merogol budak 4 tahun,  yang dijaga oleh emaknya. 

       Kenapa kita perlu ambil tahu hal-hal begini? Sebab al quran suruh kita prihatin kepada  benda-benda macam ini dan beri jalan penyelesaian. Sebab itu masalah besar yang Allah selalu tekankan dalam quran ialah masalah orang yang dah ada kitab. Yang paling Allah cela dan laknat ialah orang yang baca kitab dan  faham isi kitab. Bukan mereka yang tiada kitab.  Kenapa Allah cela?

      Sekarang kelas agama banyak, kuliah maghrib tiap-tiap  hari, maahad tahfiz banyak, tapi masalah masyarakat makin bertambah teruk. Di mana silapnya?

      Anak-anak  kita selepas habis sekolah, semakin dengar cakap atau semakin tak dengar cakap? Kebanyakan  makin tak dengar. Tapi bukankah dia pergi sekolah? Sepatutnya semakin baiklah dia .  Jadi, kalau begitu  di mana silapnya?

     Ada juga yang menghantar anak  ke maahad tahfiz,  mengadu anak balik rumah, melepak, main game. Padahal dia sudah belajar al quran. Benda yang paling mulia. Jadi di mana silapnya?


Masyarakat Mekah

         Sedangkan nabi Muhammad s.a.w  datang seorang saja asalnya. Masyarakat Mekah yang penuh sengan syirik, kemungkaran, pembunuhan dan sebagai nya, selesai satu persatu masalah mereka.  Nabi ambil masa 23 tahun sahaja. 
 
        Di negara kita khususnya, sudah berapa lama al quràn dipelajari? Dari ibubapa kita sampai ke kita, sudah lebih 23 tahun. Ada yang sampai 30, 40 tahun belajar al quran, tapi masalah makin kronik , di mana silapnya?

        Kita belajar dah lama. Ada sahabat dulu belajar satu hari saja dengan nabi, tapi esoknya ia rela masuk kekancah peperangan, dan syahid. Apa sebabnya? 


Tujuan belajar

         Sebenarnya kita belajar untuk apa? Yang menentukannya ialah matlamat hidup kita. Bila matlamat terpesong, maka niat belajar kita bukan lagi untuk dapat rahmat Allah.
        
     Adakah kita belajar nak rahmat Allah atau sekadar nak,
- tambah ilmu
- nak isi masa kosong
- kebetulan kawan ajak
- atau sekadar nak tahu makna al quran?

         Bila belajar bukan kerana  nak dapat rahmat Allah , di situ kesilapan  paling besar  kita belajar .  Hampir semua pelajar agama bukan hendakkan rahmat Allah. Ada yang sebab nak dapatkan sijil, ada yang nak tambah maklumat sahaja.  Akhir nya ia tak mengubah apa-apa kecuali dunianya.

       Sebab yang boleh mengubah manusia ialah dengan rahmat Allah. Dan apa  yang melayakkan kita masuk syurga? Rahmat , bukan ilmu. Banyak mana pun ilmu, berapa ramai pun guru, berapa kitab dah habis  , belum layak kita masuk syurga jika tiada  rahmat dari  Allah.
      
             Sebab itu al  quran turun untuk membawa rahmat, bukan untuk ilmu. Ilmu dari al quran hanyalah satu alat untuk mendapat rahmat Allah.  Orang yang ada ilmu al quran belum tentu dapat rahmat Allah. Tapi jika dapat rahmat Allah pasti dapat ilmu. 



Matlamat yang silap

        Jadi bila matlamat belajar telah tersilap  ia takkan mengubah apa-apa. Sekadar dapat maklumat saja. 

Lihat Yunus:57,

        Bila Allah berkata 'wahai manusia"  bermakna Allah tujukan kepada semua orang. Termasuk orang kafir. Tapi adakah orang kafir ada kesempatan mendengar ayat -ayat Allah  jika  kita tak sampaikan?  Itulah tanggungjawab dakwah. Tapi kita sendiri pun tak tahu...macamana orang kafir nak sampai dakwah? Bila kita tak tahu lalu tak sampaikan  , masalah tak boleh selesai iaitu bila ayat Allah tak sampai kepada mereka.
 
           Telah datang peringatan kepada kamu. Apa maksud peringatan ini? Peringatan itu bermaksud mesej yang mesti dibaca, difaham dan diingat betul-betul. Jika kita bagi surat peringatan kepada anak kita dalam bahasa Urdu  , ada faedah tak kepada anak kita? Tidak, sebab ia tak faham. Jadi, bila kita baca quran, mesti difahami baru ada faedah.

        Kedua, manusia itu pelupa, maka ia perlu diingatkan. Jadi, quran adalah peringatan yang paling  berkesan bagi manusia pelupa. Tapi bila kita beri peringatan kepada anak kita atau murid-murid kita, kita banyak menggunakan ayat kita sendiri. Ia kurang berkesan jika dibandingkan menggunakan ayat-ayat  dari quran. Kerana peringatan yang dapat menyentuh hati manusia ialah peringatan dari Tuhan ( rabb).  Rabb itu Pencipta. Allah tegaskan bahawa peringatan  yang paling berkesan adalah dari  Pencipta kita sendiri.

       Adakah Pencipta ingin merosakkan barang ciptaannya? Tidak ada. Seperti kita tidak mahu anak kita jadi rosak. Maka Allah lebih-lebih lagi.  Maka sebab itu kena faham kata-kata dari Allah.

        Allah kata quran itu bukan saja satu peringatan tetapi satu penawar. Penawar apa? Iaitu penawar bagi apa yang ada dalam hati. Apa pentingnya hati hingga perlu dirawat?  Kerana  kalau badan sihat  hati sakit  , hilang bahagia. Kalau badan sakit, hati sihat,   kita tetap akan bahagia .




Peranan hati

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

       Maknanya bila hati itu baik, sihat, semua akan jadi baik, termasuklah kebahagiaan. Hati yang baik itu bermaksud tidak ada sangka buruk dengan tuhan dan tidak ada sifat-sifat hati yang buruk . Ini nabi yang bercakap yang bukan dari nafsunya. 
         
       Nabi Ayub pernah sakit, adakah ia hilang bahagia? Tidak. Sebab apa ia tetap bahagia? Sebab hatinya dengan Tuhan itu baik. Baginya apa yang Allah beri itu baik. Sebab Allah itu bukan  zalim.
     
         Nabi Ayub sakit,  tak minta sihat. Kita sakit minta sihat. Jadi mengapa berbeza? Apa yang membezakannya?  Iaitu matlamat hidup. Kita hidup nak sihat  , nak kaya,    nak senang. Tapi matlamat nabi Ayub nak redha Allah. Bila redha, Allah pun redha dia , maka  selesai masalah. Tidak ada putus asa, tidak ada kecil hati dengan  Allah. Jadi yang membezakan kita ialah matlamat hidup.
      
        Kalau kita makan, mesti nak sedap. Kalau tak sedap kita tak datang dah. Siap komplen lagi. Tapi nabi, bila makanan tak sedap ia diam.  Tak komplen apa-apa.  Siapa yang lebih baik , nabi atau kita?  Jadi apa yang membezakan nabi dengan kita?

       Sebab itu kita kena jadikan nabi sebagai  panduan kita.  Allah berfirman,

   
       Apa yang menyebabkan kita berbeza dengan nabi?     Iaitu matlamat hidup. Matlamat kita makan nak makan sedap. Matlamat nabi makan sebab nak redha Allah. Sebab itu nabi tak mengomel bila tak sedap.  Mengomel makanan itu Allah tak redha. 

      Allah pernah turunkan makanan istimewa kepada bani Israel iaitu manna dan salwa. Allah turunkan dari langit tanpa bani Israel usaha apa-apa. Tapi kemudiannya bani Israel tak puas hati dan minta pula bawang dan lain-lain sayur.  Lihat al Baqarah: 61,

          Mengapa bani Israel tak puas hati dengan makanan yang ada? Sebab matlamat mereka nak sedap bukan  redha Allah. Kalau nak redha Allah ia tak kesah pun walau tak sedap atau tak kena selera. Kenyang sudahlah.  Kalau tujuan makan supaya dapat ibadat, kita akan rasa cukup dan tak akan komplen. 

       Pernah dalam satu peperangan, nabi  dan sahabat tiada makanan sehingga terpaksa mengikat perut.  Mengapa Allah tak turunkan  manna dan salwa sedangkan nabi lebih mulia dari bani Israel?. Dan nabi pula sedang berperang menegakkan agama Allah. Logiknya nabi lebih patut menerima manna dan  salwa. Kenapa?

       Bani israel Allah bagi makanan dari langit, tapi Nabi tidak,  kerana kesusahan yang diredhai  itulah keistimewaan di sisi Allah. 

       Sebab bila Allah sayang kepada hambaNya, Allah bagi ujian. Allah nak uji benarkah kerana Allah atau sebab lain.  Jika Allah bagi senang ,  tujuannya dah lari.  Bila hambaNya redha, sabar, maka Allah pun redha dan kurniakan  nikmat yang lebih baik di syurga nanti.

       Tapi benda ni tak masuk ke akal kita.
Sebab itu kita pilih nak senang, nak kaya , nak sihat dan sebagainya. Bukan kita minta miskin,  minta sakit. Bukan. Cuma matlamat hidup itu kena betulkan. 

           Jikalau matlamat kita cuma nak senang, nak sihat , nak kaya , kalau kita sakit saja kita akan mengomel, hilang syukur, lalu rahmat Allah pun jauh dari kita . Begitu juga bila susah,  tiada duit dan sebagainya. Hati marah dan tak puas hati.

      Tapi bila kita nak redha Allah,  Allah bagi sakit atau miskin atau musibah kita tetap bersyukur. Tapi itu yang susah kita nak buat.

       Sebab itu bila nabi balik rumah, bila dia dapati tiada makanan  di rumah , nabi tidak mengomel. Kerana makan bukanlah matlamat hidup nabi. Jikalau ada ia makan  ,  jikalau tidak ada ia akan berpuasa. 



Kembali kepada surah Yunus:57,

         Quran turun bertujuan sebagai peringatan dan syifa' atau merawat. Merawat apa? Merawat hati. Tapi sekarang orang guna quran untuk merawat sakit fizikal contohnya sakit lutut  , dia baca ayat tertentu kemudian sapu pada lutut. Sebenarnya dia tak faham bahawa quran turun untuk merawat penyakit hati seperti cinta dunia, malas ibadah, malas belajar, tamak, pemarah  dan sebagainya.  Itu penyakit yang quran nak rawat.

      Tapi sekarang orang tinggalkan  quran kerana sibuk cari kaya. Bila sakit baru cari quran. Bukankah ini perangai yang buruk? Seolah-olah quran ini hanya untuk dibuat ubat.

         Quran juga memberi petunjuk dan rahmat dari Allah. Kita minta petunjuk dan rahmat dari Allah setiap kali dalam solat kita. Apa makna rahmat? Iaitu kasih sayang Allah. Tapi bagaimana cara nak dapatkan  kasih sayang Allah itu? Iaitu buat apa yang Allah suruh  tinggal apa yang Allah larang. Dari mana kita nak  tahu apa yang Allah suruh dan yang Allah larang? Iaitu dari quran. Tapi bila kita tak faham apa kandungan al quran macamana kita nak amal? Maka kita kena belajar satu-satu ayat al quran itu  baru kita tahu dan boleh amal apa yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang. Baru boleh dapat rahmat Allah. 


Cara mendapat rahmat Allah

         Sebenarnya  cara nak dapat rahmat Allah  , Allah bagitau dalam surah al A'raf: 204,

         Dalam ayat ini Allah bagitau cara nak dapat rahmat Allah ialah bila quran  dibaca hendaklah kita dengar dan perhatikan  bacaan itu. Allah suruh perhatikan supaya dengan itu kita faham dan dapat mengamalkannya. Itulah proses untuk mendapat rahmat Allah. 

        Jadi adakah orang yang baca quran , khatam berkali-kali tapi tak faham kandungannya  apalagi nak mengamalkan nya, tidak dapat rahmat Allah?  Ya, ia tidak dapat berdasarkan  ayat di atas tadi.  Sebab rahmat itu didapatkan dengan ikut suruhan Allah dan tinggal larangan  Allah. Jika kita tak faham , maka kita akan langgar sahaja apa suruhan dan larangan Allah. Macamana Allah nak  beri rahmat?

     Ia sama seperti Allah berfirman,

           Allah wajibkan puasa ramadhan. Apa tujuannya ? Iaitu supaya kita jadi orang bertaqwa. Jadi puasa itu matlamatnya taqwa. Kalau kita tinggalkan puasa ramadhan tak mungkin kita  jadi bertaqwa.  Sama lah seperti tadi  , baca, faham dan amal kan quran  tujuannya ialah rahmat Allah.  Tak mungkin dapat rahmat Allah jika kita tak ikut apa kata quran. Baca tanpa faham tak cukup syarat untuk dapat rahmat Allah.



Membaca al quran

      Kebanyakan kita hanya mengamalkan hadis bahawa baca satu huruf al quran dapat 10 pahala. Tapi tak  membaca ayat yang mencela orang yang tak mahu memahami ayat-ayat alquran. 

       Matlamat  al-Quran diturunkan bukan sekadar  untuk dibaca bahkan Allah menyeru seluruh hambaNya  mengamal kan  kandungan  al-Quran  sebagaimana firman-Nya:


Maksudnya: "Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan  kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan  ayat-ayatNya, dan supaya  mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran."

 Surah Shad (29).

       Imam al-Tabari  menyatakan  makna ayat tersebut ialah tujuan  penurunan  al-Quran supaya  umat Nabi Muhammad SAW  mentadabbur  ayat-ayat al-Quran  serta beramal dengan segala yang telah disyariatkanNya. [al-Jaami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Aayi al-Quran, al-Thabari ( 20/79)]. 

         Oleh itu  kandungan al-Quran mesti difahami untuk diambil pelajaran dan diamalkan di dalam kehidupan. Allah tak kata untuk dibaca sahaja, tapi di tadabbur. Tadabbur ini maknanya ialah baca, faham dan amal. Jika kita tak tadabbur seolah-olah kita tidak ada akal kerana tak menggunakan akal untuk memahaminya. Sebab itu Allah kata orang yang mengambil pelajaran dari quran  itu ialah orang yang berakal ( ulul albab).


Allah mencela

         Seterusnya, Allah  mencela  orang yang membaca al-Quran tetapi tidak berusaha memahami serta menghayati kandungan  al-Quran sebagaimana firman Allah swt:



Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?


        Berdasarkan ayat tersebut dapat difahami bahawa  mereka yang membaca al-Quran tanpa menghayati kandungan al-Quran, maka jantung hatinya terkunci mati  untuk mendapat kebenaran kerana tidak mengetahui kandungan al-Quran. Ia merupakan suatu kutukan terhadap mereka yang tidak berusaha memahami  al-Quran. Bahkan, ayat tersebut menunjukkan tuntutan ke atas manusia agar memahami dan menghayati kandungan  al-Quran. [Tafsir adhwa’ al-Bayan tafsiral-Quran bi al-Quran (7/458)]. 

        Mahukah kita termasuk golongan orang yang terkunci hatinya dari menerima kebenaran?  Jika tidak, bukalah kunci itu dengan memahami dan mengamalkan  ajaran dari al quran.  Itulah anak kunci kepada kunci hati kita yang tertutup.

        Sebaliknya   dapat juga  difahami bahawa sekiranya mereka membaca al-Quran dengan  tadabbur, maka  jiwa-jiwanya  mereka akan diberikan kelapangan untuk menerima hidayah serta hikmah daripada Allah ﷻ.

      Sebab itu bila sahabat baca al quran, dia rasa Allah sedang bercakap dengannya. Sebab apa sahabat rasa? Sebab dia faham. Jadi jika kita mahu rasa seperti apa yang dirasakan  para sahabat itu, kita kena faham makna ayat-ayat  al quran. Bagaimana nak faham? Itu kena  usaha sendiri samada belajar secara rasmi atau tak rasmi. 


 Apa makna rahmat?


        Dalam Islam, rahmat (Arab: رحمة) dari segi bahasa ialah belas kasihan, kurnia dan berkat.
       
         Manakala dari segi istilah ialah kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia seperti tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih dan Allah limpahkan nikmat hidup pada­nya. Rahmat juga bermaksud berkat, nikmat Allah, hadiah atau rahmat Allah.


  Lihat Ali Imran: 159   

       Nabi orang yang paling mulia. Pun begitu Allah tetap tergur supaya jangan bersikap buruk iaitu hati yang kasar dan perbuatan yang jahat. Hati yang lembut dan perbuatan yang baik itulah akhlak mulia. Dengan akhlak mulia sahajalah maka sahabat suka mendekati  nabi. Jika nabi berakhlak kasar  pasti sahabat akan  jauh daripada nabi. 

         Akhlak yang mulia itu datang dari mana ? Ia datang dari rahmat Allah. Jadi rahmat itu ialah kasih sayang, berkat dari Allah  dan kebaikan Allah. Maknanya orang yang dapat rahmat ada tandanya iaitu akhlaknya yang mulia. Jika ia kasar, pembengis itu tanda belum mendapat rahmat Allah. 

    Ada orang lisan (mulut) manis, tapi hati keras, kedekut. Ada pula orang  lisannya kasar, kata-katanya kasar, tapi hatinya lembut, bila tengok orang miskin hati mudah kasihan. 

      Tapi nabi bukan begitu. Nabi dua-dua lembut. Lisannya, perbuatannya, dan hatinya semua baik. Ini menyebabkan para sahabat cintakan nabi melebihi ibubapa mereka  sendiri. Bila ditanya kepada Aisyah bagaimana akhlak nabi?
Jawabnya,



كَانَ خُلُقُهُ القُرآن

Maksudnya : Akhlak Baginda ialah Al-Quran.

 Erti nya : Baginda beradab dengan adab Al-Quran, berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Apa yang Al-Quran puji, Baginda akan meredainya, dan apa yang Al-Quran cela, Baginda akan membencinya.


Punca masalah

          Jadi sekarang apa masalah besar masyarakat kita, anak-anak  kita, pelajar-pelajar kita?  Iaitu akhlak yang buruk. Puncanya apa? Sebab tak dapat rahmat Allah. Sebab apa tak dapat rahmat Allah? Sebab jauh dari pengajaran  al quran. 

       Kita nak anak kita anak yang ber akhlak. Hantar sekolah, hantar sekolah tahfiz.  Tapi kita dengar macam-macam. Maahad tahfiz ni bergaduh, ada yang membuli , ada pula yang gurunya pukul pelajar. Macam-macam.  Padahal quran di mulut. Sebab apa jadi begitu? Sebab cara tak betul. Dia baca, hafal dan ingat ayat-ayat al quran. Bukan baca dan ambil pengajaran darinya. 


Kesimpulan.

        Kita belajar bertujuan  untuk dapat rahmat Allah. Rahmat Allah digali dari dalam al quran . Dalilnya surah Yunus:57.

       Cara untuk dapat rahmat Allah ialah dengar dan  ambil perhatian kandungan al quran. Dalilnya surah al A'raf:204.

      Allah mencela orang yang baca quran tapi tak mahu memahaminya. Dalilnya surah Muhammad:24.

       Alah menurunkan al quran untuk dibaca  dan diambil pengajaran. Hanya orang  mengambil pengajaran itulah orang yang mempunyai akal. Dalilnya surah Shad:29.
       
       Sesiapa yang mendapat rahmat Allah dapat dilihat daripada akhlaknya. Iaitu akhlak dalamannya ( hati) dan luarannya  (perbuatannya). Dalilnya surah Ali Imran: 159.  Jadi, orang yang mulut laser , orang yang panas baran itu belum mendapat  rahmat Allah.

       Berapa ramai orang baca quran, pergi umrah  berkali-kali, kaki masjid, hafal quran  tapi tak boleh nak sabar. Kenapa? Sebab proses nak dapat rahmat Allah tak berlaku pada dirinya. Nak dapat rahmat Allah bukan pergi Mekah, bukan pergi masjid tapi dengan tadabbur alquran. 

      Bila seseorang dapat rahmat Allah  , ia dapat dilihat dari akhlak nya. Jika orang menjauh dari kita maka periksalah akhlak kita. Mungkin ada yang tak kena.  Sebab itu ramai orang masuk Islam kerana melihat akhlak nabi  bukan kerana forum perdana nabi.




Diadaptasi Dari Kuliah Us. AMAR,
Klang & Padang Jawa,
14/1/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...