Bismillah.
Walaupun ada dari kaum musyrikin yang mendengar ayat-ayat quran tapi hati mereka telah tertutup dan telinga mereka seolah-olah tidak mendengar. Puncanya adalah dosa yang mereka buat. Bila berdosa, hati menjadi hitam, bila hati hitam , peringatan dari al quran takkan masuk ke hatinya.
Assalamu'alaikum,
Apabila peringatan dari al quran sudah sampai kepada seseorang, itu menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil tindakan samada mahu taat atau tidak.
Ayat Allah ( peringatan ) itu ada dua jenis:
1. Al makru'
2. Al manzur
Al makru' itu ialah yang dibaca iaitu ayat quran. Yang mana kita kenal Allah dari membaca al quran. Al manzur ialah semua ciptaan Allah yang menunjukkan kebesaran Allah, seperti langit, bumi, matahari, haiwan dan sebagainya.
Peringatan dari kebesaran Allah ini Allah tunjukkan melalui surah as Saffat: 14,
Apakah kebesaran Allah atau mukjizat yang Allah tunjukkan kepada musyrikin Mekah.? Iaitu nabi s.a.w dapat membelah bulan. Mereka sendiri nampak nabi membelah bulan. Tapi apa yang mereka lakukan kepada nabi? Iaitu mereka memperolok-olokkan nabi dengan penuh kesombongan.
Seterusnya kaum musyrikin itu menuduh nabi seperti diceritakan Allah berikut,
Bahawa itu tidak lain melainkan sihir yang nyata dari nabi s.a.w. Sihir adalah sesuatu yang menukar pandangan manusia dari keadaan sebenar. Iaitu ia mengelirukan atau mengkhayalkan pandangan mata seseorang. Yang hanya boleh menukar sesuatu kepada benda lain hanya Allah. Sihir tidak boleh , ia hanya mengelirukan.
Sebab itu musyrikin Mekah mengatakan bahawa nabi menyihir mereka. Ayat quran pun mereka tuduh sebagai ayat sihir juga. Walaupun mereka tahu nabi tak pernah menipu. Kenapa mereka tuduh juga kepada nabi? Lihat surah Muddattsir:18,
Bila bermacam-macam cara untuk menyekat dakwah nabi tidak berjaya, maka kaum musyrikin mengumpul ahli fikir mereka untuk membuat satu tuduhan kepada al quran. Lalu musyrikin mereka-reka tuduhan yang sesuai. Ada yang mencadangkan quran itu adalah syair, atau tuduh nabi Muhammad s.a.w itu gila. Tapi menuduh gila tak sesuai sebab mereka sendiri menyimpan barang-barang kepada nabi. Seterusnya tuduh nabi itu bomoh atau dukun. Akhir sekali keluar cadangan menuduh nabi ahli sihir.
Jawapan dari Allah
Apa kata Allah kepada kaum yang menuduh nabi itu? Lihat al Muddatsir:19,
Allah terus melaknat mereka yang membuat-buat tuduhan tersebut. Dan Allah melaknat dua kali kepada mereka seperti ayat di atas, sebagai tanda Allah benar-benar murka. Kemudian ketua musyrikin itu berfikir bersungguh-sungguh seperti ayat berikut,
Sehingga ia bermasam muka hingga berkerut dahinya kerana bersungguh-sungguhnya ia berfikir itu. Kemudian,
kerana rasa sombong yang ada pada diri mereka, mereka menolak ayat-ayat quran. Walau pun mereka tahu quran itu benar. Tapi kerana sombong mereka tolak kebenaran.
Setelah puas mereka berfikir dan merenung, maka keluarlah keputusan ini,
Maka mereka membuat keputusan bahawa al quran itu adalah sejenis sihir yang nabi pelajari dari orang lain. Mereka tahu nabi tak tahu membaca dan nabi tak pernah belajar sihir, tapi mereka tuduh juga. Mereka kata quran bukan wahyu dari Allah melainkan kata-kata manusia.
Kenapa mereka bersungguh-sungguh?
Kenapa kaum musyrikin bersungguh-sungguh menuduh quran itu bukan wahyu, nabi itu ahli sihir dan sebagainya? Kerana dengan perkataan sihir itu orang akan menjauh dari quran dan nabi Muhammad s.a.w. Kerana buruknya sihir dan akibat sihir itu seperti telah diketahui orang ramai.
Itulah perancangan musuh dulu, kini dan selamanya. Cuba lihat surah az Zaariyat: 52 dan 53,
Tidak ada rasul-rasul yang datang dahulu, melainkan mereka semuanya dituduh sebagai tukang sihir atau orang gila. Sejak rasul pertama iaitu nabi Nuh a.s orang sudah menuduhnya gila dan tukang sihir. Dari nabi Ayub, Musa , dan akhirnya nabi Muhammad s.a.w. Seolah-olah antara kaum-kaum itu saling berwasiat seperti Allah ceritakan dalam ayat seterusnya,
Iaitu seolah-olah kaum sebelumnya berwasiat bahawa bila datang rasul yang baru maka katakan benda yang sama iaitu ahli sihir atau orang gila. Walaupun ada masanya orang menggunakan tuduhan yang bermacam-macam tetapi ia bertujuan menjauhkan manusia dari alquran dan sunnah nabi. Pada masa sekarang orang menuduh siapa yang belajar tadabbur itu sesat. Siapa yang ikut sunnah ia sesat. Siapa yang belajar sunnah melayu itu hidayat. Perkataan berlainan tapi tujuan yang sama. Lihat surah al An'am: 25,
Walaupun ada dari kaum musyrikin yang mendengar ayat-ayat quran tapi hati mereka telah tertutup dan telinga mereka seolah-olah tidak mendengar. Puncanya adalah dosa yang mereka buat. Bila berdosa, hati menjadi hitam, bila hati hitam , peringatan dari al quran takkan masuk ke hatinya.
Walaupun apa pun bukti dikemukakan, orang kafir tetap tak menerima al quran dan menganggapnya cerita dongeng. Walau pun mereka tahu tuduhan itu tak betul tapi mereka mahu supaya mereka sendiri tak percaya dan orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwah nabi.
Melarang orang lain
Seterusnya apa yang yang dilakukan oleh kaum musyrikin Mekah itu? Lihat ayat seterusnya, al An'am:26,
Mereka melarang orang lain dari memahami al quran dan ia sendiri menjauhkan diri dari al quran . Inilah sifat orang kafir. Iaitu bila dia menghalang orang belajar al quran yang bermakna dia cuba menyesatkan orang lain. Dan bila ia sendiri jauh dari quran maka ia sendiri telah sesat. Maknanya ia sesat dan menyesatkan orang. Dan mereka sangat tahu cara untuk sesatkan orang Islam iaitu dengan jauhkan mereka dari al quran.
Ada sesetengah ibubapa yang menggalakkan anaknya belajar quran, tapi dia sendiri tidak mahu belajar. Alasannya dia dah tua. Bila seseorang jauh dari quran ia akan sesat. Dan lebih parah jika ia menghalang orang dari belajar al quran.
Oleh itu kita jangan tidak ada usaha nak mendekatkan diri kepada al quran. Bila kita tiada usaha nak dekat diri kepada al quran maka otomatik kita makin jauh dari al quran. Dan jangan pula kita menghalang orang yang nak mempelajari al quran..
Akibat jauh dari Quran
Apa akibat bila seseorang jauh dari quran? Akibatnya ialah ia sedang membinasakan dirinya sendiri tanpa sedar. Kenapa ia tak sedar? Contohnya dia solat, pergi haji, tapi dalam hidupnya , ajaran quran tak mahu ikut. Quran bukan mengajar solat, haji, puasa sahaja tetapi seluruh perbuatan kita kena ikut quran, seperti yang kita baca dalam solat kita,
Iaitu kita mengaku bahawa kita solat, dan nusuki ( nusuki ini bermaksud semua jenis ibadat), keseluruhan hidup dan mati kita semua untuk Allah. Namun kita tak perasan bahawa kita berikrar kepada tuhan lima kali sehari sejak dari kecil. Tapi hidup kita tetap tak sama seperti ajaran al quran.
Sebab apa kita tak perasan? Sebab kita tak faham apa yang kita ikrarkan itu. Dari kecil begitu sehinggalah ke tua. Jadi kita rasa biasa saja, tak ada apa-apa masalah.
Oleh itu jangan lagi biàrkan zuriat kita membuat perkara yang sama. Berilah mereka faham apa yang dibaca dari quran itu.
Kita kembali ke ayaf 15: as Saffat tadi,
Kaum musyrikin berkata bahawa sihir nabi Muhammad s.a.w itu adalah terang dan nyata. Orang kafir memang anti Islam, manakala ada satu lagi golongan yang ànti Islam iaitu golongan munafik . Allah ceritakan dalam surah at Taubàh: 64
Orang munafik tidak suka kepada ayat-ayat quran. Mereka solat, sedekah dan sebagainya. Tetapi masuk neraka, mereka berada di tempat paling bawah dan kekal di sana. Mereka tak suka ayat-ayat quran kerana quran membongkar apa yang ada di dalam hati mereka.
Peringatan
Ada sebahagian orang tidak suka tadabbur al quran. Kenapa? Kerana al quran itu sifatnya memberi peringatan. Dengan peringatan itu maka ada benda yang ia kena buat dan ada benda yang ia kena tinggalkan. Jika ia ada penyakit (hati) maka quran merawatnya. Ia kena berusaha tinggalkan apa-apa yang berdosa walaupun sudah jadi kebiasaan dirinya. Sebab itulah akhirnya ia jauhkan diri dari quran. Itulah ciri-ciri munafik.
Sepatutnya orang suka bila ditegur kesilapannya melalui al quran. Kerana akhirnya kita akan kembali kepada Allah. Melalui al quran kita dapat tahu amalan kita itu betul atau salah.
Sabda nabi s.a.w,
“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Imam Muslim, Shahih Muslim)
Baca itu bermaksud baca, faham dan amal. Bila kita sudah buat begitu, insya Allah quran akan memberi syafaatnya kepada kita di akhirat nanti.
Iman bertambah
Orang munafik suka memperli sesiapa yang suka tadabbur al quran seperti Allah nyatakan dalam at Taubah:12,
Orang-orang munafik memperli orang di waktu itu bahawa adakah iman mereka meningkat dengan turunnya ayat quran? Tetapi sikap orang beriman berlainan. Bila turunnya ayat quran maka iman mereka bertambah.
Bagaimana iman boleh bertambah bila dengar al quran ? Kita sudah baca quran lama tapi tak rasa iman bertambah. Kenapa? Khatam pun sudah banyak kali.
Sebab yang pertama ialah kita kena faham apa yang di baca. Kedua, buat apa yang Allah perintah dalam ayat-ayat al quran itu. Iman akan naik. Bila kita belajar membaca quran belum tentu iman kita naik. Iman akan naik bila kita faham dan amalkan. Apa yang diperintah, buat dan apa yang Allah larang , tinggalkan.
Itulah kegembiraan orang beriman. Kita boleh tahu diri kita. Kita lebih gembira bila? Adakah dengan dapat buat amal soleh atau bila dapat benda-benda dunia?
Apa sifat orang munafik?
Lihat surah at Taubah:25,
Bagi orang yang ada penyakit dalam hatinya, bila ia dengar quran, bertambah juga. Tetapi bukan iman yang bertambah tetapi kekafiran mereka yang bertambah. Hati mereka semakin keras dan makin jauh dari kebenaran. Kemuncaknya mereka mati dalam keadaan kafir. Itulah orang munafik. Waliyazubillah.
Kembali ke ayat seterusnya as Saffat:16.
Ini kata-kata orang musyrikin Mekah kepada nabi s.a.w. .Iaitu,
Dari soalan di atas sebenarnya orang kafir nak menyatakan bahawa mati, selepas itu dihidupkan semula adalah sesuatu yang tak masuk akal. Sebab apa mereka rasa tak masuk akal?
Sebab mereka mengukur kuasa tuhan itu seperti kuasa manusia biasa. Itulah yang menjadi penghalang kepada akal mereka. Asalnya ialah kerana dia tak kenal tuhan, dia anggap tuhan itu macam dia. Misalnya, kita bela pokok, selepas tiga tahun ia mati. Kita tak mampu nak hidupkan ia semula. Jadi orang musyrikin berfikir tuhan pun begitu, tak mampu menghidupkan manusia yang dah mati. Dia ingat tuhan macam manusia.
Bersedia
Adakah orang Melayu percaya tuhan boleh menghidupkan orang yang dah mati? Secara lisan, ya mereka percaya. Tapi hakikatnya tidak. Sebab apa? Sebab sebahagian mereka tidak buat persediaan untuk mati. Bukti orang yang percaya ialah ia bersedia untuk menghadap tuhan. Ia beramal dengan amal yang soleh , istiqamah hingga mati. Sebab apa? Sebab itu yang akan selamatkan dia selepas mati.
Yang tak bersedia, tak beramal, tak berlumba, sebenarnya itulah tanda ia tak percaya. Percaya itu mesti ada buktinya. Kalau tidak ada bukti itu bukan percaya. Itu hanya lisan sahaja.
Hidup kembali
Lalu orang musyrikin nak tahu mengapa nenek moyang mereka yang dah mati tak hidup kembali? Itulah soalan mereka dalam ayat 17 ini,
Bila mereka soal begitu bermakna mereka tak faham atau buat-buat tak faham apa yang nabi sampaikan. Nabi dah nyatakan bahawa manusia dihidup kan semula itu di negeri akhirat bukan di dunia ini.
Orang yang benar-benar beriman seperti Abu Bakar r.a , ia takut jika ia tak dapat masuk syurga. Tapi kita jika sudah beramal, rasa dah selamat . Kenapa? Sebab kita ada penyakit dalam hati iaitu 'syok sendiri'. Rasa diri dah selamat.
Saidina Umar bila nabi serah nama para munafik kepada Huzaifah r.a, Umar pergi check nama dia , ada tak termasuk dalam golongan munafik. Kenapa Umar r.a check? Sebab ia takut masih belum selamat.
Dibangkitkan semula
Bila orang kafir bertanya nabi kenapa nenek moyang mereka tak diibangkitkan semula? Maka nabi jawab dalam surah al Waqiah:49,
dikumpulkan pada suatu waktu yang diketahui, iaitu hari kiamat. Diketahui oleh siapa? Oleh Allah. Kita tak tahu waktu itu.
Sebab itu bila sahabat tanya nabi bila hari kiamat? Nabi tak jawab sebab nabi pun tak tahu. Tapi nabi jawab dengan cara menanyakan soalan. Iaitu 'Apa yang kamu sediakan untuk hari itu?'
Dan sahabat menjawab , ' Aku tak bersedia dengan banyak solat dan banyak puasa, tetapi aku sangat cinta Allah dan rasul'.
Maka nabi menjawab,' Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.'
Jadi, nilai syurga itu ialah siapa yang kita cinta. Kalau kita cinta seseorang , dia masuk neraka, kita pun akan ke neraka. Dan kalau kita cinta orang yang amalannya amalan ahli syurga, insyaallah kita akan ikut sama. Tapi yang pastinya akan masuk syurga jika kita cinta Allah dan rasul.
Bukti cinta
Tetapi setiap cinta perlukan bukti. Kalau kita cintakan Allah dan rasul apa buktinya? Jika cinta Allah , buktinya mesti ikut sunnah rasul. Dalilnya di surah Ali Imran:31
Iaitu Allah berpesan, jikalau kamu benar-benar cintakan Allah, buktikan cinta kamu itu. Apa buktinya? Iaitu dengan mengikut sunnah-sunnah nabi dan sebaliknya jangan mengikut perkara-perkara bid'ah. Sebab sunnah itu lawannya bid'ah. Kalau buat satu bid'ah, satu sunnah kita hilangkan. Kalau buat satu sunnah, satu bid'ah kita hilangkan. Dan untuk faham semua itu mesti dengan memahami agama ,al quran dan hadis bersungguh-sungguh.
Dan nabi s.a.w bersabda,
" Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengannya kebaikan , Allah akan memberi kefahaman yang mendalam tentang agama kepadanya. "
(HR: Bukhari)
Kebaikan seseorang bergantung kepada setakat mana dia memahami quran dan sunnah dan mengamalkannya.
Dari kuliah Us. AMAR
Klang, Padang Jawa.
10/1/24
Ulasan
Catat Ulasan