Langkau ke kandungan utama

133) APA CIRI-CIRI HAMBA ALLAH YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,




       Allah mencipta langit, bumi, bintang, malaikat, manusia  bahkan syaitan pun Allah yang cipta. Ciptaan Allah jauh lebih hebat dari ciptaan manusia. Contohnya Allah cipta syaitan yang boleh naik ke langit tanpa apa-apa alat. Tapi manusia yang nak naik ke langit perlukan alat seperti roket , oksigen dan sebagainya.

         Walau pun musyrikin Mekah dan lain-lainnya tahu ciptaan Allah itu hebat, tapi mereka masih tidak mahu beriman kepada Allah . Masih degil.

       Allah nyatakan hal ini dalam surah as Saffat:12,

        Setelah banyak bukti keEsaan Allah, nabi s.a.w menjadi hairan mengapa musyrikin Mekah masih lagi tidak percaya kepada  Allah dan menyembah Allah.  

         Mereka kata langit dan bumi ini Allah yang cipta, bukan  berhala dia yang cipta. Tapi masih juga mereka me- nyembah berhala. 

          Bukan  saja mereka tak mahu beriman, tetapi mereka mengejek nabi Muhammad s.a.w pula.  Mereka kata mereka sudah menyembah berhala itu 7 keturunan, mengapa nabi mahu menyanggahinya?  Lalu mereka mengejek nabi.  

       Begitu  juga bila kita bawa amalan sunnah yang benar dari hadis sahih, masyarakat arus perdana memandang pelik kepada kita.   Kita semua sembah Allah, jadi cara kita beribadat kena ikut cara Allah yang diajar oleh rasul s.s.w. Bukan ikut cara orang ramai.
 

Nabi rasa pelik.

        Bila nabi rasa pelik dengan sikap orang kafir tersebut , kenapa Allah rakamkan dalam al quran hal itu? Apa tujuannya?

       Sebenarnya ialah  kerana Allah ingin memuliakan nabi . Analoginya, bila seorang raja kata bahawa dia pelik dengan sesuatu kejadian, orang ramai akan ambil perhatian.  Tapi kalau orang macam kita ini pelik dengan  sesuatu kejadian, ada orang nak ambil tahu? Tidak ada.   Sebab apa? Sebab kita ini orang tak kenal pun  tapi raja, orang kenal dia dan dimuliakan . Jadi, orang ambil perhatian kepada raja.

        Jadi bila nabi pelik, maka ia adalah sesuatu yang besar dan memang benar-benar pelik. Atau sesuatu yang memeranjatkan.  Iaitu bila  nabi dah bagi bukti yang nyata tentang  keEsaan Allah, dan Allah saja yang berhak disembah, tapi musyrikin masih juga tak boleh terima  ,  itu sesuatu yang sangat  pelik atau menghairankan.

        Tapi bila kita lihat orang sembah berhala, tak solat dan sebagainya ,  kita tak rasa pelik pun macam nabi rasa pelik. Bahkan  berkawan pula dengan dia . Kenapa?  Sebab kita dah biasa, alah bisa tegal biasa.

      Kalau kita tengok orang pakai selipar terbalik, kita kata peliknya orang ini. Tapi bila  lihat orang tak tutup aurat, tak rasa pelik pula? Sepatutnya mana yang kita patut lebih pelik?

        Sebab itu pelik kita Allah tak hairan pun. Sebab kita pelik kepada benda yang tak pelik pun. Contoh, kita pergi mana-mana dan  jumpa benda pelik, kita ambil gambar dan viralkan  . Sebenarnya itu tak pelik pun. Lihat Al Kahfi: 9,

         Dalam ayat ini Allah bertanya kita  adakah kisah penghuni gua yang tidur 309 itu sesuatu yang menakjubkan?  Sebenarnya dari ayat ini Allah nak bagitau kita bahawa:

1.  Jika al kahfi itu menakjubkan, tuhan  yang mencipta mereka lebih me- nakjubkan 
2.  Al kahfi Allah tidurkan 309 tahun tanpa makan  dan minum kita rasa kagum. Tapi ada ciptaan   Allah yang lebih hebat iaitu langit, kenapa kita tak rasa kagum dengan Allah yang menciptanya.?  Padahal langit itu sudah tersergam tanpa tiang 309 tahun  atau juta-juta tahun? Jadi,  mana yang kita patut lebih kagum?

        Begitu lah kita lebih kagum dengan benda-benda  ajaib seperti itu. Tapi tak pula kagum dengan Penciptanya. Sehingga kadang-kadang  boleh jadi syirik kerana mengagongkan  benda-benda pelik  tersebut.



Setiap nabi diejek

        Jadi,  bila nabi lihat musyrikin Mekah tak mahu beriman dan  sembah Allah, nabi jadi pelik. Bahkan musyrikin mengejek nabi pula. Sebenarnya setiap nabi terdahulu juga diperolok-olok kan oleh kaum mereka.  Tidak ada nabi yang tidak diejek oleh kaumnya. Apa sebab mereka mengejek nabi?   Adakah nabi mengajar  buat benda yang jahat?

           Sebabnya ialah apa yang nabi sampaikan itu berlawanan  dengan  nafsu mereka sendiri , dan tidak mahu mengikut apa  yang benar dari Allah.  Sebab itu bila kita  menyampaikan sesuatu  dari quran dan  sunnah, perkara biasa akan   diejek orang atau diperli. Kerana ia berlawanan dengan  nafsu. Jadi apa yang patut kita buat?   Bersabar sahaja.

       Nabi bukan sahaja diejek , dituduh tukang sihir tapi juga dituduh gila. Tapi kita kena perli sekali sahaja, kita dah merajuk.  Kalau kena 3 kali , berhenti terus berdakwah. Sebab apa? Sebab kita tak faham sunatullah. Orang yang menyampaikan yang hak pasti ada  orang tak suka hingga tahap mengejek dan menuduh yang bukan-bukan.

          Orang seperti nabi dengan  kita mana lebih mulia?  Semulia-mulia nabi pun ia diejek, adakah orang seperti kita adakah patut  dipuji.?


Ambil peringatan


        Apa sikap  musyrikin Mekah apabila diberi peringatan dari al quran?  Lihat as Saffat: 13,

      
       Ayat ini turun  kerana musyrikin Mekah tidak mahu mengambil peringatan dari ayat yang disampaikan nabi. Tetapi pengajaran ayat ini juga kepada semua manusia iaitu bila mereka diberi peringatan  dari al quran mestilah kita ambil perhatian.

        Walaupun nabi menyampaikannya dengan penuh hikmah dan  dengan  akhlak mulia tetapi apa yang musyrikin buat kepada nabi?

         Mereka tidak mengambil pengajaran bahkan  mempermainkan  dan mengejek nabi. Jadi bila kita dengar ayat quran dan hadis sahih , dan  kita tak ambil peduli maka sikap itu sama macam perangai musyrikin Mekah dulu. Tetapi jika ada benda-benda  tahyul dan   khurafat mereka ambil peduli dan viralkan. 

         Nabi Muhammad s.a.w  sampaikan amanat dari Allah kepada semua orang musyrikin. Nabi tidak menyorokkan apa-apa ayat- ayat Allah.  Tidak ada orang musyrikin yang tidak dapat mesej dari nabi. Tapi mereka tak ambil peduli. Inilah sikap orang kafir.



Ciri-ciri hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat

        Bagaimana pula jika kita orang yang beriman bila mendengar ayat-ayat  quran dan  hadis nabi? Apakah  ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.?  Lihat surah al Furqan : 63 hingga 73.  Jika ada ciri-ciri ini tanda kita orang beriman yang baik. Jika tidak ada, kena usahakan supaya ada ciri- ciri ini pada kita.

 Lihat al Furqan  : 63 hingga 73,

        
  Allah suka hambaNya yang benar-benar menjadi hambaNya. Dan Allah sandarkan  mereka kepada nama Allah iaitu ar Rahman. 

       Sifat pertama ibadurrahman iaitu,
berjalan diatas mukabumi dengan rendah diri dan sentiasa mengucapkan ucapan yang selamat kepada manusia.

          Inilah sifat pertama yang mesti diajar kepada anak-anak kita. Iaitu sifat rendah diri iaitu tidak sombong. Kenapa sifat rendah diri yang pertama?

      Sebabnya ialah, bila manusia ingin  jadi mukmin yang baik, ia mesti rendahkan hatinya kepada Allah dan rasul s.a.w. Ia  mahu belajar kandungan al quran dan hadis-hadis nabi. Tapi bila dia ada sifat sombong, tak  mahu belajar,  rasa diri baik,  maka ia takkan jadi mukmin yang baik.

        Kedua, jika ia sombong dengan  tuhan,  tak mahu tunduk kepada ayat-ayat Allah,  ia takkan jadi ibadurrahman. Begitu juga jika ia sombong dengan manusia, iaitu ia rasa ia lebih baik atau lebih mulia dari orang lain  maka ia takkan jadi mukmin yang baik.

       Kemudian,  bila ada orang mengejek nya, memperlinya atau memakinya , ia tidak membalas dengan  kata-kata yang buruk. Bahkan ia mengucapkan perkataan yang menyejukkan hati.  Itulah maksud ucapan yang selamat.  


      Sifat yang kedua iaitu,  mengerjakan solat malam .  Lihat al Furqan: 64 



       Maksudnya ia mengerjakan solat malam, iaitu hubungan dengan Allah di malam hari.  Sekurang-kurang 3 rakaat witir.  Jika ini tidak ada, ia belum lagi menjadi mukmin yang baik atau ibadurrahman.   

       
Sifat ketiga,

        Ia sentiasa merasakan belum selamat dari  azab api neraka.  Lihat al Furqan :65,


        Walau ia tidak sombong, sudah solat malam,  sifat yang ketiga bagi mukmin yang baik ialah ia masih takut dengan  azab Allah. Ia tak rasa dah selamat dari azab Allah iaitu neraka. 

      Ramai orang bila sudah naik haji atau  umrah dah rasa selamat. Dah tak kena azab. Ini bukan ciri orang mukmin yang baik. Orang mukmin yang baik mesti sentiasa rasa belum selamat dari kemurkaan  Allah. 

         Oleh itu sifat keempat ialah ia sering membaca doa ini, 


     "Wahai Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azab itu adalah azab yang kekal."


       Kita kerja siang malam pagi petang sebab nak duit  dan nak lindungi badan dari  sakit dan sebagainya. Tapi kenapa tak berusaha untuk  lindungi diri dari api neraka yang kekal  itu?  Sedangkan neraka itu adalah tempat kediaman yang paling buruk. Seperti kata Allah dalam ayat 66 al Furqan ini,
     

           Oleh itu mintalah  berlindung dari azab neraka kerana ia adalah tempat menetap yang kekal dan paling buruk. 


Sifat kelima,

       Berinfak di jalan Allah.  Lihat al Furqan : 67,

         Infak  adalah sebarang perbelanjaan   yang di belanjakan. Tidak semestinya sedekah . Belanja kepada keluarga juga adalah sejenis infak.

        Jadi , mukmin yang baik itu ia tak berbelanja melebihi keperluan. Jika ia perlu dua kasut, maka ia tak beli sampai 3 atau 4 kasut. Itu sudah dikira boros.  Tetapi , sebaliknya bila berinfak ia tidak kedekut  dan senang dalam memberi infak. Dan infaknya  pertengahan  sahaja.



Sifat keenam,

        Ada beberapa perkara yang mesti orang beriman tidak melakukannya. Lihat al Furqan:  68,
            Dalam ayat ini ada 3 perkara yang haram   dibuat oleh ibadurrahman iaitu:

1) mensyirikkan  Allah
2)   membunuh manusia
3)  berzina.

            Sesiapa yang membuat perkara-perkara tersebut, ia akan menanggung dosanya dan balasannya ialah ia akan kekal di dalam neraka dalam keadaan terhina lagi azabnya dilipat gandakan seperti yang Allah sebut dalam ayat 69 ini, 


          Jika seseorang terbuat juga perkara- perkara tersebut, jika ia hendak kembali kepada jalan Allah, maka hendaklah ia bertaubat. Lihat al Furqan:70 ini ,



Sifat ketujuh 

         Bila dia lakukan perkara-perkara di atas, lalu ia sedar dan bertaubat, maka Allah terima ia kembali menjadi mukmin yang baik. 

        Syaratnya ia  bertaubat mesti di sertakan dengan amal soleh. Maknanya ia selepas itu menunaikan yang fardhu dan membuat yang sunat-sunat secara istiqamah.

          Maka itulah tanda ia benar-benar telah bertaubat. 


Sifat kelapan

        Ia tidak menjadi saksi palsu. Iaitu ia tidak  mengatakan sesuatu sebagai saksi tetapi perkataannya adalah tidak benar atau palsu.


          Contohnya , ia menjadi saksi bahawa syarikat yang ditubuhkan itu sudah sekian-sekian tahun lamanya  tetapi sebenarnya syarikat itu baru beberapa hari ditubuhkan. Itu saksi palsu.


Sifat kesembilan.

         Dari ayat di atas juga  , iaitu bila ia melalui satu majlis yang lagha, iaitu majlis yang sia-sia, walaupun halal maka ia melaluinya sahaja dengan tidak mengambil bahagian di dalamnya. Perkara lagha adalah satu kerja yang buang masa. Ia tak memberi faedah di dunia dan akhirat. Lebih baik ia diisi dengan perkataan yang baik seperti hadis dan ayat quran.

           Bila ia melalui majlis itu ia tidak masuk campur ke dalamnya kerana ia bukanlah satu kemuliaan di sisi Allah.  Kalau kita menjaga diri kita dari hal-hal yang lagha bermakna kita menjaga hubungan hati kita dengan  Allah. Kerana hati yang dekat dengan Allah  akan menjauhi hal-hal yang haram dan sia-sia.

      Allah sudah bersumpah dengan masa bahawa semua kita ini rugi kecuali  yang ,



        Kecuali orang yang beriman,  beramal soleh dan menyampaikan yang hak dan yang sabar.. Jadi perkara yang kita lakukan hendaklah kita ukur adakah ia termasuk:

1. Beriman kepada Allah dan akhirat?
2. Atau amalan soleh?
3. Atau menyampaikan yang hak iaitu quran dan hadis?
4. Atau  bersabar dalam membuat amal soleh ?

      Jika tidak termasuk salah satu dàri empat itu, maka ia adalah amalan lagha. Yang sia-sia dan merugikan  kita.
         
       Sebab itu orang yang sudah mati, dia mahu kembali ke dunia , kenapa? Kerana ia mahu sedikit masa lagi untuk beramal soleh. Satu saat yang kita isi dengan zikir kadang ia memberatkan timbangan kita. Tetapi kadang dengan satu saat ucapan kita yang dusta boleh mengakibatkan kita masuk neraka. Jadi , masa adalah modal kita  samada membawa keuntungan atau kerugian di akhirat nanti. 

      Oleh itu masa jangan  dibuang. Ia tak akan  didapatkan semula. Ia seperti air sungai yang mengalir, ia takkan kembali lagi ke asalnya.  Alangkah ruginya menonton drama berjam-jam didepan tv, setiap hari selama bertahun-tahun. Alangkah ruginya. 


Sifat kesepuluh

      Bila  mendengar ayat-ayat Allah ia  benar-benar mendengarnya dengan mengambil perhatian, lihat al Furqan: 73,


         Ia tidak hanya membaca, atau membetulkan tajwid atau menghafal sahaja. Ia mendengarnya, memahami dan mengambil pengajaran atau beramal dengan suruhan dan menghindari laranganNya. 



  Sifat kesebelas

          Selain dari semua itu, mukmin yang baik itu suka berdoa untuk orang-orang di sekelilingnya dan  anak-cucunya.. Allah ajar doanya iaitu,




          Allah itu yang memakbulkan doa kita. Dan   Allah juga ajar kita doa untuk kita berdoa kepada kepada Nya. Jadi, amat baik sekali Allah sehingga kita hanya perlu mengamalkannya sahaja lagi. 


       Ahli tafsir memberi maksud penyejuk hati ialah anak yang sentiasa mengerjakan yang fardhu bahkan yang  sunat-sunat tanpa disuruh.

        Tapi sekarang anak-anak menjadi rosak bukan sahaja tidak mengerjakan yang fardhu, bahkan  ada yang membunuh ibu bapa nya sendiri . Kenapa ini berlaku? 

       Sebenarnya anak-anak itu dilahirkan suci bersih. Ibupanya lah yang menjadikan ia yahudi atau nasrani atau apa saja. Jadi, permulaan  yang perlu di salahkan  ialah diri kita sendiri.  Iaitu tidak menghidupkan anak-anak dengan panduan al quran. 

      Seterusnya  dalam doa itu kita mohon supaya kita di jadikan imam bagi orang yang bertaqwa. Imam disini bukan bermaksud pemimpin atau imam solat
sahaja tetapi maksudnya juga ialah orang yang dijadikan contoh atau diikuti dari segi akhlak atau ibadah atau akidahnya, walaupun ia telah meninggal. Maknanya jika mahu kita  menjadi ikutan kepada orang yang bertaqwa, maka sudah tentu kita mesti menjadi lebih taqwa daripada orang yang mengikuti  kita. 




 Kembali ke ayat 13, as Saffat.


      Kita kembali kepada ayat 13 surah As Saffat, 

       Inilah sikap  musyrikin , iaitu bila disampaikan ayat peringatan ia tidak mempedulikannya. Ia tidak mengambil pengajaran. Maka Allah mencela perbuatan  begini.  Sebaliknya jika kita mahu menjadi orang beriman mestilah kita bersikap sebaliknya iaitu mengambil perhatian di atas  setiap pengajaran dari quran.

       Allah mencela lagi sikap muyrikin tersebut di dalam surah as Sajdah: 15,
 
       

        Di dalam  ayat ini  Allah menegaskan bahawa sifat  orang beriman itu ialah apabila saja ia dengar ayat-ayat quran saja terus tunduk  dan sujud. Makna tunduk  dan sujud ini ada dua pendapat:

1. Ia benar-benar sujud 
2. Bila saja ia dengar ayat-ayar Allah , terus ia dengar dan taat.  Maknanya bila dengar  saja perintah atau larangan Allah,  terus ia taat tanpa menunggu esok lusa. 

       Seterusnya orang beriman itu memuji Allah  dan ia tidak sombong dengan ayat-ayat Allah. Makna nya ia tidak  memilih-milih ayat yang hendak ia amalkan. Contoh katanya, Lepas balik haji ni saya berubahlah..! Itu perkataan orang yang sombong,  kerana  ia  menetapkan  masa untuk jadi hamba Allah yang baik. Atau katanya, Lepas pencen saya pergi masjidlah!.

        Orang yang tidak sombong aitu tunduk dan sujud ialah bila saja ia dengar ayaf-ayat Allah terus ia taat atau amalkan. Tidak tangguh-tangguh.  Sebab apa saja yang Allah perintah, bermakna ia sesuatu yang kita mampu buat. ALLAH tidak akan perintah sesuatu yang kita tak mampu buat. 

        Sedangkan bila emak kita suruh buat sesuatu, kalau kita jawab nantilah atau esoklah. Bukankah itu tanda sombong kepada emak kita?  

      Kita mungkin  tak sampai hati kapada emak, emak suruh terus kita buat. Tapi dengan tuhan kita boleh  sampai hati, lepas pencen baru nak buat. 

      Boleh kah?




Dari kuliah Us AMAR.
Klang & Padang Jawa.
16/12/23

   


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...