Langkau ke kandungan utama

130) BAGAIMANA KEADAAN AHLI NERAKA DAN BAGAIMANA MENGHINDARI NERAKA?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



       Orang-orang musyrikin zaman nabi itu mempunyai sifat yang buruk. Iaitu meminta nabi segerakan azab kepada mereka dengan tujuan  ingin mempermainkan kata-kata   rasulullah s.a.w.  Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al Anbiya' :38,


        Sebenarnya, kalau mereka tahu betapa dahsyatnya azab dari Allah , nescaya mereka tidak akan memintanya. Apa kata Allah mengenainya? Lihat al Anbiya':39,

          
Makna zuhurihim

        Dari perkataan ,
      Zuhur itu jamak, jika satu zuhrun.  Perkataan zuhrun ini  ada juga dalam surah lazim, al Insyirah: 3,

         Zahrak itu satu. Atau zuhrun itu satu. Dari surah al insyirah juga, 
        Inilah nikmat yang besar yang diberi Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu hati yang lapang  ( shadraq). 

        Ada orang punya rumah yang besar tetapi hatinya tidak lapang. Ada kereta besar tapi dada sempit. Rumah nabi kecil tapi hati nabi lapang. Sebab itu nabi boleh solat di dalam rumah yang sempit, begitu lama sehingga bengkak kaki. Kerana nak solat tak perlu rumah besar tapi perlu hati yang lapang. Kemudian, 
       Apakah maksud beban itu?  Ulama berpendapat  ianya adalah dosa. Iaitu Allah turunkan atau buang dosa nabi dari dirinya. Apakah nabi ada  dosa? Jika ada apa dalilnya?

        Jika di dalam  surah Abasa di mana nabi mengutamakan pemuka musyrikin dari seorang orang buta, itu adalah ijtihad nabi sahaja. Tapi ijtihad nabi itu salah , Allah tegur nabi,  namun itu bukan satu dosa.

        Apa kata Allah mengenai dosa nabi  dalam surah Muhammad:19 ?

        Dalam ayat ini Allah memberitahu nabi Muhammad s.a.w  (termasuk umatnya) bahawa wajib ia tahu dan yakin bahawa tiada tuhan melainkann Allah. Dan Allah suruh nabi mohon ampun atas dosanya sendiri dan dosa orang-orang beriman.

       Jadi dari sini dapat diketahui bahawa nabi ada dosa. Siapa yang kata? Allah yang kata, bukan manusia. 

      Dalil kedua di surah al Fathu: 1 dan2,

         Ayat 1 di atas ialah mengenai pembukaan kota Mekah oleh nabi dan para sahabat. Dengan itu ,  Allah hendak mengampunkan dosa-dosa nabi yang telah lalu dan   yang akan datang. Ini bermakna nabi ada  dosa.

      Dalil ketiga ialah dari hadis Aishah menegur nabi yang solat malam  hingga bengkak kaki. Kata Aishah, " Mengapa engkau solat hingga bengkak kaki sedangkan Allah telah mengampunkan dosamu yang dàhulu mahupun yang akan  datang? ".

         Jadi, dari ketiga-tiga dalil di atas menunjukkan  nabi ada dosa. Tetapi perlu diingat dosa yang macam mana? Iaitu dosa yang kecil sahaja. Yang  semuanya telah Allah ampunkan.  Bukan dosa besar seperti khianat,  menipu  atau sebagai nya. Tidak ada dosa besar pada nabi yang boleh menjejaskan imej seorang rasul. 

        Ada contoh dalam al quran di mana Allah tegur nabi kerana buat silap. Iaitu sewaktu nabi mengharamkan dirinya dari memakan madu kerana ingin menjaga hati isteri-isteri nya . Maka Allah tegur mengapa ia mengharamkan apa yang Allah halalkan?

        Jadi sesiapa yang berkata bahawa jika berkata nabi ada dosa itu bermakna menghina nabi, dengan  alasan hendak memuliakan nabi, maka itu tidaklah benar.   Yang berkata nabi ada dosa ialah Allah sendiri. Kalau kita kata nabi tidak ada dosa (kecil) bermakna itu  bertentangan  atau menafikan  ayat quran. Sebenarnya bila Allah kata nabi ada dosa itu bertujuan hendak memuliakan nabi , dengan  semua dosanya telah Allah ampunkan. Bukankah dapat keampunan itu satu kemuliaan?

      Yang tak mulia ialah kita. Kita buat dosa tapi tak bertaubat , buat dosa lagi.

      Seterusnya Allah nak bagitau bahawa nabi itu manusia biasa seperti kita juga. Cuma nabi bersifat maksum.  Maksum bermakna terpelihara dari dosa-dosa besar. Dosa kecil nabi ada buat tapi sebelum nabi buat Allah sudah ampunkan. Itu bukan satu kehinaan.

       Nabi Yunus a.s  ada buat silap. Iaitu ia merajuk setelah penat berdakwah   . Dan Allah hukum dia ditelan ikan. Itu hanya sekali merajuk . Tapi kita ada juga merajuk  tapi dalam hal dunia. Sepatutnya berapa kali kita ini patut ditelan oleh ikan  paus..?

       
 Memberatkan punggung

        Kembali kepada perkataan zahrak yang bermakna punggung tadi di surah al Insyirah,

      
         Apakah maksud dosa yang memberatkan belakang/ punggung itu? Maksudnya ialah sesiapa yang tidak bangun malam untuk solat malam sebenarnya dia ada dosa yang memberatkannya,  menyebabkan ia tak boleh bangun. Jadi, semua yang menghalang manusia dari beribadat seperti solat, baca quran dan lain-lain adalah kerana adanya bebanan dosa yang sedang ia pikul di belakangnya.  Kalau solat pun,   rasa nak siap cepat sahaja. 


 
Kembali ke ayat  asal

          Kembali kepada ayat 39, al Anbiya tadi iaitu,

        Kalau orang musyrikin itu tahu azab itu macamana, nescaya mereka takkan memintanya. Tapi mereka tak tahu sebab itu mereka minta supaya segera datang.
 
       Mereka  tidak dapat menahan api dari muka mereka , ahli tafsir ada dua pendapat mengenainya:
1. Mereka itu ialah malaikat. Malaikat tidak dapat menahan api itu dari menyambar muka-muka  orang kafir.
2.  Mereka itu ialah orang kafir sendiri. Mereka tidak dapat menahan api dari menyambar muka dan menyambar belakang mereka.

          Apa maksud mereka tak boleh menahan api dari  muka dan  belakang mereka? Adakah api di kaki mereka boleh dielakkan?   Tidak. Muka adalah  tempat yang memang kita jaga dari terkena apa-apa yang memudaratkan.  Bila muka yang kita jaga pun tak boleh elak,  maka bahagian lain lagilah tak boleh elak. Begitu juga bahagian belakang pun kita jaga dari kena apa-apa. Tapi itu pun kena juga dengan api. Maknanya mereka tak dapat elak api itu walau dari bahagian mana pun datangnya.

      Sebab itu cara malaikat cabut nyawa orang adalah dari depan dan  belakang. Depan itu tanda orang itu  tolak kebenaran dan  belakang itu tanda ia berpaling dari kebenaran.
        
         Adakah orang kafir dibakar dalam neraka , cuma muka dan belakang saja atau seluruh badan ? Lihat surah al A'raf:41,

       Orang  Islam pun akan masuk neraka jika dosanya melebihi pahalanya. Jadi di sini Allah nak bagitau keadaan orang kafir dalam neraka. 


Hamparan dan selimut
      
        Mihadun  bermaksud hamparan yang selesa. Tapi apa maksud 'neraka jahanam itu sebagai hamparan'?    Ini adalah satu perli dari Allah sebenarnya. Siapa masuk neraka ada hamparan yang selesa, selesa dengan  api.   Dan di atasnya ada penutup.  Bayangkan bila kita nak tidur mesti ada hamparan yang selesa dan di atas badan pula ada selimut

           Di neraka ada juga hamparan dan selimut, tapi dari  api neraka.  Sebab apa begitu? Sebab sebagai balasan kepada orang yang zalim. Allah tak zalim. Mereka lah yang menzalimi  diri  sendri. 

       Bila disebut zalim , apakah kesalahan mereka?  Iaitu syirik kepada Allah,  itulah  dosa yang paling besar.  Dalilnya surah Luqman:13,


           Berkenaan hamparan  dan selimut dari api,  juga ada dalam  surah Ibrahim:50, 

     
      Apa pakaian ahli neraka? Iaitu qathiran,   maksudnya tembaga cair yang panas. Dan muka ahli neraka ditutupi oleh api. 


Makanan ahli neraka

       Apa pula makanan ahli neraka? Lihat ad Dukhan: 43 ,
          

            Iaitu makanannya dari pohon zaqqum yang bila dimakan akan menghancurkan usus-usus perut. Kerana apa mereka begitu? Sebab ia seorang yang berdosa semasa hidup di dunia dulu.  Apa pula minuman ahli meraka?

.      Kemudian air minumnya dari air mendidih yang masuk ke dalam perut orang yang berdosa. Padahal kita di dunia ini nak celup tangan  dalam air panas pun tak sanggup, inikan pula minum air yang mendidih. 

         Kemudian diseret pula ke dalam neraka lalu dituangkan pula air yang panas ke atas kepalanya. Di dunia kita tak sensitif dengan dosa yang dilakukan oleh anak kita. Kita jaga anak kita dari hujan  dan panas, tetapi kita tak jaga dia dari dosa-dosa. Yang akibatnya seperti di atas tadi.


Minuman ahli neraka

     Apa pula minuman ahli neraka? Lihat al Kahfi: 29,

     Di sini Allah suruh kita  berkata yang benar. Dari mana kebenaran itu? Kebenaran  hanya datang dari Allah. Adakah dari nabi tidak benar? Dari nabi juga adalah kebenaran kerana nabi tidak bercakap melainkan dari wahyu Allah juga. 

          Oleh itu bila manusia sudah mendengar yang hak, sesiapa nak beriman boleh beriman , sesiapa yang nak kufur, silakan. Adakah ini bermaksud Allah menggalakkkan manusia supaya kufur?   Tidak, kerana Allah  memberi amaran jika kamu kufur, iaitu orang yang zalim,  di dalam ayat seterusnya,

        Iaitu Allah sediakan  api neraka untuknya. Yang keadaan   api itu meliputi tubuh nya. Bermaksud ia tak boleh lari darinya. Dan bila meminta minuman , diberi air yang  panas mendidih yang menghanguskan  wajahnya sebelum ia masuk kedalam perut.  Tidak ada air yang lebih buruk  dari air tersebut. 

        Sebab itu Allah berpesan kepada kita dalam  surah at Tahrim:6,

       Allah bagitau keadaan neraka dan ingatkan kita supaya jauhkan diri darinya. Kerana panasnya sangat dahsyat hingga batu-batu pun boleh terbakar. 

        Zaman sekarang ibubapa habiskan wang, masa dan tenaga dari muda sampai ke tua, untuk jaga kesihatan anak, pelajaran anak hingga ia berjaya di dunia ini.  Tapi tidak banyak masa ,  wang dan tenaga dihabiskan  untuk jaga anak dari api neraka.  Kenapa?


Menjaga diri dari neraka

       Bagaimana menjaga diri kita dan anak-anak kita dari api neraka?  Iaitu ajar mereka supaya:
1. Mentauhidkan Allah sahaja
2. Mengucapkan kalimah laila haillallah dengan ikhlas
3. Jangan syirikkan  Allah. Dalilnya surah al Maidah; 72


Allah haramkan masuk syurga bagi sesiapa yang mensyirikkan Allah.

4. Menjaga fardhu-fardhu dan rukun-rukun  agama. Yang paling utama ialah solat.
        
         Sebab itu bila ada seorang sahabat yang berkata kepada rasulullah s.a.w bahawa  ia hendak bersamanya di dalam syurga, maka rasulullah suruh dia banyak bersujud  (solat sunat). Sebab solat fadhu tidak boleh ditambah lagi.

5. Puasa. Puasa adalah perisai dari api neraka. Sabda nabi, "Sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah ( bukan  kerana nak diet, jaga badan, nak jimat dll)  maka Allah jauhkan mukanya dari api neraka sejauh 70 ribu tahun."  70 ribu tahun itu maksud dijauhkan dari neraka.

        Bila nak jaga kesihatan, apa pun kita sanggup buat. Walaupun rasa lemas, pakai juga mask. Tapi nak jaga dari neraka tidak ada buat apa-apa. Sebab apa?  Sebab cerita neraka itu tak masuk dalam kepala kita. Yang masuk ialah dunia, dunia. 

6. Berdoa minta syurga tiga kali.
       Bila kita doa tiga kali minta dapat syurga,  syurga pun berdoa supaya Allah masukkan kita dalam syurga. Dan juga  bila kita doa minta jauh dari neraka tiga  kali ,  neraka pun doa supaya Allah jauhkan dari api neraka. ( mafhum hadis)

 Doa dijauhkan dari neraka,

Dan doa mohon masuk syurga,



7.  Duduk  dalam majlis ilmu. 

Hadis nabi s.a.w yang bermaksud,

Hadith Sahih :

        Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu ALlah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

ALLah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu.

ALlah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

ALLah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

ALLah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

ALlah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : MEreka juga beristighfar kepada Engkau.


ALlah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

ALLah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka."

      Nabi berdoa minta jauh dari neraka sebelum tidur tiga kali dengan doanya,  (dipetik dari hadis), ini satu sunnah nabi ,


8. Bersedekah.

       Nabi berkata bahawa, " Takutlah (jauhi)  api neraka  walau dengan sebelah kurma".  Ini contoh saja, kalau tiada sangat barang nak disedekah , sedikit pun cukup. Tapi janganlah ada duit rm1000 dalam poket, sedekah Rm1 saja. Itu tak memadai.

        Di lain waktu nabi berkata  , "Selamatkan diri kamu dari api neraka walau dengan sepotong kurma, jika tiada, cukup dengan perkataan yang baik".  (Mutafak alaih)

       Di antara orang yang  selamat dari api neraka dan dapat masuk ke syurga , ada Allah beritahu dalam surah al Insan,

1. Menunaikan yang fardhu dan sunat.


          Tidak saja ia menunaikan ibadat fadhu tetapi  juga yang sunat-sunat.


2. Memberi makanan yang baik yang ia suka kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang.  

       Dengan mengharapkan balasan dari Allah dan kerana mengharapkan pertolongan Allah di hari yang penuh ketakutan ( kiamat).



                    Hasilnya mereka mendapat keselamatan dari api neraka dan muka mereka berseri gembira.   Lihat al Insan: 11.


      Jadi, Allah sudah beri solusi jika kita hendak jauh dari neraka Allah dan masuk syurga Allah.  Tidakkah cukup penjelasan dari  Allah?





Dari kuliah Us. AMAR,
Klang & Padang Jawa,
7/12/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...