Langkau ke kandungan utama

114) APA GANJARAN BERJUANG DI JALAN ALLAH?

Bismillah.
Assalamua'alaikum,


        Niat amat penting. Kerana niat yang salah, amal soleh boleh hancur dan berakhir masuk neraka. Diceritakan ada orang yang mengaji al quran, mengajarkannya kepada orang ramai dan jadi terkenal. Bila  Allah tanya, kamu baca quran  , mengajar ini kerana apa? Jawabnya, kerana Mu ya Allah. Jadi , di dunia dia mengaku kerana Allah, di depan Allah pun dia mengaku kerana Allah. 
       
       Tapi Allah  jawab, engkau bohong. Allah tahu apa yang di dalam hati kita.
      
        Sebab itu tak perlu kita mendakwa amal kita  kerana Allah . Kerana yang menentukan kerana Allah ialah yang di dalam hati. Bukan yang kita ucap. Jadi  , jangan buat kerja atau amalan yang rugi  , penat, letih, buang masa tapi masuk neraka, kerana niat bukan  kerana Allah.
 
          Orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, sebenarnya ia masih dalam zulumat. Iaitu dalam kejahilan.   Iaitu tentang nikmat syurga yang Allah nak beri kepada pendakwah, iatu nikmat syurga yang kekal abadi.  Sebab itu dia utamakan  dunia dari akhirat, sebab  dia jahil.  Kalau seseorang yang berilmu dan  yakin dengan akhirat , dia takkan memberi ruang dalam setiap kerja dakwah dan kebajikan yang ia buat,  untuk bertujuan kerana nafsu dan habuan dunia.


Siapa golongan al Abrar?

          Sebagaimana kisah al Abrar (yang suka buat kebajikan) yang Allah nyatakan dalam quran ciri-cirinya, lihat Al Insan: 7,
        Ini ciri  yang pertama iaitu hubungan nya dengan Allah iaitu nazar. Apa makna nazar? Nazar ialah  benda yang sunat , contoh nya kita bernazar supaya Allah sembuhkan sakit kita. Jika sembuh kita akan puasa 3 hari. Asalnya puasa itu sunat tapi bila ia bernazar ia jatuh wajib.
      
         Adakah al abrar ini suka bernazar? Bukan. Ulama tafsir menyatakan ini salah satu  sifat al abrar iaitu sifatnya ialah amal yang sunat dia jadikan wajib bagi dirinya.  Amal yang wajib sudah dibereskan seperti solat waktu, berjemaah,   puasa wajib, nafkah kepada ibubapa dan zakat, semua dah dia lakukan. 

             Tapi dia buat lagi amalan sunat macam wajib , seperti solat rawatib  12 rakaat, puasa, sedekah  dan sebagainya baginya wajib.  Kemudian Allah sebut pula hubungan golongan al Abrar dengan manusia,  lihat al Insan:8
           Kalau ada hubungan dengan  Allah sahaja tapi tiada hubungan baik dengan  manusia, ia  bukan  al  Abrar.   Jadi, sifatnya lagi ialah  ia suka memberi makan makanan yang ia suka kepada  orang miskin. Ini tanda ikhlas.
    
        Kalau kita beri sesuatu  yang kita  tak suka itu tanda kita tak ikhlas. Oleh itu, misalnya  kalau kita tak mampu beri makan kepada orang miskin ,  maka kita beri masa kita yang kita suka,  yang berharga kepada mereka dengan memberi ilmu dan  sebagainya. Bukan hanya beri masa setelah pencen, bila lapang, bila seronok saja.
       
        Tapi di waktu masa yang kita suka  iaitu masa muda, bertenaga, masa boleh bersenang, masa kita boleh buru dunia. Masa itu kita gunakan untuk cari dan bantu orang miskin.
     
        Kenapa Allah puji beri makan  kepada orang miskin?   Sebab beri makan kepada orang kaya bukan amalan terpuji. Kita buat makan-makan tetapi panggil orang kaya, dato'-dato' , itu bukan terpuji . Sebab  apa?
    
         Sebab itu ada pulangannya. Mesti ada tujuan  tertentu.  Tapi bila kita beri makan kepada orang miskin ,ada tak pulangannnya? Tiada... Bahkan kita perlu bantu dan bantu dia lagi. 
   
         Maka siapa yang buat amal tanpa keuntungan  duniawi itu ciri-ciri ikhlas. Tapi di sini Allah sebut bagi makan. Tak sebut pula bagi ilmu. Kenapa?

Makanan dengan ilmu, mana lebih utama?
        
       Makan keperluan asas untuk hidup. Kalau  tak makan , mati. Ilmu itu keperluan hati.  Kalau tak beri ilmu, hati yang mati. Mana lebih teruk, mati sebab tak makan , atau hati mati?
        
     Jadi Allah suruh kita fikir, orang boleh mati sebab tak makan, jadi macamana kita boleh biarkan orang masuk neraka tanpa kita selamatkan dia? Kita beri makan tapi kita  biarkan ia tak solat dan masuk neraka. Adakah patut begitu?

        Makanan  fizikal pun Allah suruh beri, maka makanan hati yang lebih penting lebih pàtut kita beri. 


Nabi bawa quran
        
          Adakah  Allah hantar nabi dengan bawa projek  atau makanan  atau quran? Nabi bawa quran. Bila ada quran, dapat tak makanan fizikal itu? Dapat. Lihat at Thalaq: 2,
           Dengan ilmu dia dapat makanan dan yang lebih hebat dapat syurga.  Dan ikhlasnya bila  semua yang ia beri iaitu kepada  yang tiada kepentingan iaitu yatim, miskin  dan tawanan.  
        Dan  mereka hanya mengharapkan balasan dari Allah, tapi ia berkata  itu dalam  hati saja , iaitu,
        Iaitu mereka tak mahu apa jua bentuk balasan walaupun kata terima kasih diatas pemberian mereka. Dalam ayat di atas Allah dah sebut kan iaitu  walau pun sebarang balasan tapi kenapa Allah sebut lagi walau ucapan terima kasih? 

       Maknanya al abrar ini cukup ikhlas hingga ucapan  terima kasih pun tak mahu.  Sebab itu jangan kecil hati bila kita  tak diberi ucapan  terima  kasih bila kita memberi apa-apa pertolongan.
      
        Kalau hati kita berdongkol bila tak dibalas, maka hati kita belum ikhlas. Pendakwah kena ikhlas setara  itu, tiada rasa kesal bahkan akan datang lagi. Ada juga orang yang mula-mula ikhlas  tapi disebab kan ada habuan menunggu, akhirnya  ia buang keikhlasannya. Ini rugi.
    

  Hidup untuk diuji      
      
        Kalau setiap yang bernyawa akan mati, jadi apa tujuan manusia hidup?  Iaitu untuk menguji manusia. Dan ujian ada dua sahaja. Pertama, kesusahan, musibah. Dan kedua, kebaikan atau nikmat.  Sebab itu dalam ayat yang lain Allah betulkan silap faham manusia . Iaitu bila Allah beri  nikmat, ia tak rasa ia sedang  diuji  . Ujian baginya bila ia susah sahaja. Ini fahaman yang sangat salah dan sangat bahaya. 
     
        Sebab itu  bila sakit kita kata, aku sedang diuji oleh Allah. Tapi bila  sihat  tak katapun, aku sedang diuji oleh Allah.  Kenapa fahaman ini bahaya?
     
         Sebab bila Allah bagi nikmat dan tak rasa itu ujian Allah, maka  ia takkan syukur nikmat. Maknanya dia akan ada  kufur. Bahkan  kebanyakan yang kufur ialah disebab kan Allah uji dia dengan nikmat. Bukan ujian kesusahan. Lihat firaun, Qarun,  itu semua Allah uji dengan kesenangan  yang membawa kepada kekufuran.   Lihat al Anbia: 35,
       Nabi dan sahabat biasa hidup dalam kelaparan hingga terpaksa ikat perut. Tapi kerja untuk Allah mereka terbaik.  Bahkan ada sahabat yang bila solat terbuka auratnya. Kerana tak cukup pakaian.. Tapi mereka orang yang paling mulia. Bila diberi hadiah pakaian kepadanya, katanya ini hari yang paling  gembira kerana dapat pakaian yang menutup aurat.
       
       Kita ada berapa baju? Yang paling banyak perempuan lah.... 

Pendidikan al quran
     
        Begitulah quran mendidik para sahabat dimana mereka tiada keinginan untuk hidup senang.  Yang ada dalam kepala mereka , nak syurga. Seperti kisah Rabiah bin Kaab al Aslami, umur 18 tahun. Ahlu suffah , tiada rumah, tiada kerja, tiada isteri. Tiba-tiba nabi panggil dan bagitau,  mintalah  apa yang dia mahu, nabi akan tunaikan. Nabi ketua negara,  beliau pernah beri 100 ekor kambing kepada orang Badwi sehingga ia berkata kepada kaumnya iaitu, berimanlah kamu kepada nabi yang memberi  tapi tidak takut miskin. Buktinya  bila nabi infak  dia infak semua.  Kita takut miskin, buktinya apa? Beri sedikit saja.
        
        Kata Rabiah, aku tak mahu apa-apa kecuali aku mahu bersama nabi  dalam syurga.  Kata nabi, tiadakah lain yang kamu mahu? Fikir Rabiah, jika aku minta rezeki, rezeki aku sudah ditetapkan Allah, kalau minta dunia, semua itu akan ditinggalkan. Jadi aku minta satu yang kekal dan rasulullah bila menawarkan pasti dimakbulkan  .  Jadi ini peluang terbaik masuk syurga. Inilah cara berfikir sahabat dulu yang dididik dengan  al quran .
       
      Sebenarnya kemiskinan bukan satu kehinaan. Ramai sahabat nabi miskin tapi mereka mulia.  Al quran menjadikan mereka mulia.. dan hanya quran yang   dapat membezakan  dunia dengan akhirat.  Hanya orang yang faham quran  saja yang akan mengutamakan  akhirat daripada dunia.

Apa yang kita bawa?
    
        Akhirnya Allah berkata dalam  surah al Anbia, setinggi manapun pangkat kamu,  kamu akan kembali mengadap Allah juga. Apa yang kita boleh bawa? Harta,  kereta , gaji yang besar? Tidak.
      
       Yang kita bawa hanyalah pahala. Sebab itu  di syurga   bila ditanya kepada orang yang mati syahid  apa lagi yang mereka mahu?  Mereka menjawab  mahu kembali ke dunia dan mati syahid lagi.
       
        Sebab mereka sudah tahu ganjaran yang besar yang Allah kurniakan kepada mereka  yang berjuang di jalan Allah. Mati itu satu nikmat bagi mereka. Dan sesiapa saja yang berjuang di jalan Allah jika ia mati  maka  ia mati syahid.
      
         Dalilnya ialah hadis nabi yang bermaksud, 

          Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisiNya”.
 (Hadis Riwayat Muslim)

        Setiap  penat dan letih kita  di jalan Allah,  diganjar pahala oleh Allah. Semakin kita taat Allah , itu  tanda syukur kita diatas nikmat berjuang di jalan Allah. Maka Allah akan tambah lagi nikmatNya.
 


Padang Jawa & Klang.
16/10/23

    
        
         
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...