Langkau ke kandungan utama

122) APA TANDA KEBAIKAN DARI ALLAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


       Harta , Allah akan beri kepada siapa saja  yang Allah suka dan yang Allah tak suka. Siapa saja. Tapi ilmu agama, kefahaman agama dan iman Allah beri kepada mereka yang Allah suka sahaja. Apa dalilnya? Iaitu hadis nabi,

  • Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama.”

       Jadi, jika Allah hendak seseorang jadi baik, Allah sayang padanya maka Allah akan beri kefahamanan yang mendalam tentang agama.  Allah tak kata Allah bagi harta jika Allah mahu ia jadi baik di sisi Allah.


       Selain itu, faedah-faedah daripada hadith di atas:

1)      Sesiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, Allah akan beri kefahaman agama kepadanya - Allah membuka jalan baginya untuk memahami agama dan beramal dengannya.  

      Kerana bagi satu perjalanan ke sesuatu tempat maka ia  mesti tahu jalannya ke tempat itu. Jika GPS itu menunjuk jalan di atas tanah, maka untuk menuju ke syurga pun mesti ada jalannya. Tak di ketahui jalan lurus  ke syurga itu kecuali dengan  ilmunya. Ilmu itulah kurniaan Allah.


2)      Sesiapa yang diberi  kefahaman agama yang benar, itu tandanya Allah mahukan kebaikan baginya . Itu tanda bahawa Allah mahukan kebaikan, dan sayang kepada nya.


3)     Darjat seseorang di sisi Allah berbeza-beza . Semakin tinggi kefahaman agama atau ilmu seseorang itu, semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah. Lihat al Mujadalah :11


4)     Kefahaman agama adalah pemberian Allah . Kefahaman agama bukannya diperolehi disebabkan kecerdikan mahupun hasil usaha manusia, tetapi ianya pemberian daripada Allah, serta taufiq daripadaNya. Namun kita mesti tetap berusaha dengan gigih untuk mempelajari ilmu agama, tetapi jangan lupa bahawa kejayaan di tangan Allah dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberikan ilmu yang bermanfaat.


5)      Fiqh (kefahaman) yang sebenar adalah kefahaman yang disertai amal yang diterima Allah . Lihat surah Yunus:9,


          Sesiapa yang selepas ia berilmu, kemudian beriman dan kemudian beramal soleh, maka Allah tambah lagi kebaikan kepadanya.  Sesiapa yang tidak beramal selepas ia mendapat ilmu maka ia mendapat  kemurkaan Allah .

     Ada ramai orang-orang yang fasiq dan kafir mempunyai ilmu di dalam agama Islam, namun mereka tetap fasiq atau kafir kerana tidak beramal dengan ilmu yang mereka telah perolehi. 


6)      Kelebihan atau fadilat ilmu dan kefahaman tentang agama dalam Islam - Sekiranya ganjaran kepada mereka yang berhak menerima kebaikan daripada Allah adalah kefahaman agama, maka ini menunjukkan kelebihan ilmu dan kefahaman agama di sisi agama.

 

7)     Kehendak Allah tidak boleh dipersoalkan - Firman Allah: "Dia (Allah) tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, tetapi mereka yang akan dipersoalkan." [al-Anbiya: 23]

 

8)     Kehendak Allah berdasarkan kebijaksanaannya - Ganjaran orang yang berhak menerima kebaikan, iaitu kefahaman agama, menunjukkan kebijaksaan Allah. Bayangkan sekiranya seseorang di berikan kekayaan, tanpa kefahaman agama, sudah tentu semakin rosak hamba Allah itu, kerana dia tidak tahu halal haram, maka semakin jauh daripada Allah. Tetapi pemberian kefahaman agama akan membuahkan amalan yang betul, dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana amalannya. Firman Allah: "Masuklah syurga dengan sebab amalanan-amalan kamu." [an-Nahl: 32]


 

9)     Pemberian Allah hanya kepada sesiapa yang berhak menerimanya . Kita tidak perlu persoal pemberian Allah, kehendak Allah, kerana kita beriman bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. PemberianNya, hanya diberikan kepada sesiapa yang berhak menerimanya, menurut Pengetahuan dan Kebijaksaan Allah. FirmanNya: "Sesiapa yang mengikut dan beramal dengan petunjuk, Allah akan tambahkan petunjuk baginya dan berikan kepadanya Taqwa." [Muhammad: 17]


 

10)     Kefahaman tentang Islam boleh terbahagi kepada dua: Kefahaman betul dan kefahaman salah - Setiap manusia di atas mukabumi ini yang tahu tentang kewujudan agama Islam, mempunyai kefahaman tertentu mengenainya, samada betul atau salah, banyak atau sedikit. Dan penting kita iktiraf wujudnya kefahaman Islam yang betul dan kefahaman Islam yang salah agar kita mencari yang betul dan tinggalkan yang salah.

 

11)      Sahabat-sahabat nabi adalah generasi yang paling betul dan lurus kefahamannya tentang Islam . Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) pernah bersabda : "Sebaik-baik manusia (selepas para nabi) adalah generasiku, kemudian (generasi) selepasnya, dan kemudian (generasi) selepasnya." [HR Bukhari dan Muslim]

        Sekiranya mereka adalah sebaik-baik manusia, maka kefahaman mereka tentang Islam adalah sebaik-baik kefahaman agama. Ini tidak syak lagi kerana mereka telah ditunjukajar dan dididik oleh sebaik-baik nabi dan Rasul, Muhammad s.a.w.


Kebaikan dari musibah


        Tapi ada lagi satu hadis yang permulaannya sama tapi akhirnya lain. Dari Abu Hurairah r.a, berkata bahawa nabi s.a.w bersabda,

 : «من يُرِدِ الله به خيرا يُصِبْ مِنه

Bermaksud, " Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka  ia ditimpakan musibah"  (Riwayat Bukhari)


      Jika Allah menghendaki kebaikan untuk hamba-Nya, maka Dia akan menguji mereka dengan  diri, harta, dan anak-anak mereka; agar itu semua menjadi sebab penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat mereka. 

       Nabi Ayub diuji dengan penyakit sehingga bertahun-tahun lamanya.  Adakah nabi Ayub marah dan tidak sabar?

       Jika orang yang berakal mencermati dampak positif musibah yang terjadi maka dia akan mendapati itu merupakan kebaikan di dunia dan akhirat. Dampak positifnya di dunia ialah kerana musibah itu menyebabkan seseorang kembali kepada Allah -Ta'ālā- dengan berdoa, tunduk, serta memperlihatkan keperluannya  kepada-Nya. 


      Adapun di akhirat, tidak lain kerana hal itu akan menghapuskan dosa dan mengangkat darjatnya. Allah -Ta'ālā- berfirman,

 “Dan sungguh Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.”

Lihat al Baqarah : 155,



       Namun hadis yang bersifat mutlak ini dibatasi maknanya oleh hadis-hadis lain yang menunjukkan bahawa yang dimaksudkan  adalah orang yang dikehendaki oleh Allah akan mendapatkan kebaikan, hendaklah ia bersabar dan mengharap pahala ketika Allah memberinya musibah dan ujian. Lihat al Baqarah: 155 dan 156,


        Adapun jika ia tidak bersabar,  yang  mungkin saja seseorang ditimpa banyak ujian, jika ia tidak sabar, maka  sama sekali tidak ada kebaikan padanya, dan Allah tidak menginginkan kebaikan untuknya. Jika tidak sabar menghadapi musibah maka ia akan:

1. Tidak dapat mengambil hikmah atas musibah tersebut.

2. Menyusahkan diri sendiri dan orang sekitar.

3. Hidupnya tidak akan bahagia.


       Orang-orang kafir juga mendapatkan banyak musibah, namun mereka tetap dalam kekufuran hingga mati. Mereka itu -tidak diragukan lagi bahwa Allah tidak menginginkan kebaikan untuk mereka. 


Kesimpulan

1. Jika Allah menghendaki kebaikan kepada kita, maka kita akan tergerak hati untuk  mendalami al quran dan hadis nabi yang sahih. Kemudian dengan ilmu yang ada kita pun beramal dengannya.

2. Ilmu tanpa amal akan sia-sia seperti pokok yang tak berbuah.

3. Musibah bagi orang beriman adalah ujian untuk kebaikan dirinya. Dengan syarat ia sabar dan terus taat lepada Allah.

4. Orang yang tidak sabar dengan ujian dari Allah , tidak akan mendapat kebaikan dari musibah itu. Baik di dunia mahupun di akhirat.



Padang Jawa.

5/12/23



       
        



       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...