Bismillah.
Assalamu'alaikum ,
Allah suruh kita lihat langit supaya kita berfikir tentang kebesaran Allah. Dengan itu kita dapat rasakan kebesaran Allah lalu tunduk dan taat kepada Allah. Sehingga bila kita dengar saja perintah Allah , maka kita dengar dan kita taat.
Contoh kebesaran Allah ialah Ia menciptakan kehidupan dan kematian. Allah beritahu tujuannya ialah untuk menguji manusia . Bukan saja-saja. Bukan untuk berseronok.
Contoh lagi ialah Allah ciptakan langit dan bumi. Apa tujuannya? Allah cipta langit tanpa tiang dan ada 7 lapis. Allah boleh cipta langit ini bertiang dan selapis sahaja. Tapi kenapa 7 lapis? Kalau bertiang maka tak nampak kebesaran Allah. Dan kita pun tak boleh guna kapalterbang. Jadi, inilah rahmat dan kebesaran Allah , buat langit tak bertiang. Lihat Ali Imran:190,
Fikir kebesaran Allah
Tapi kita takkan rasa kehebatan Allah itu jika kira tak berfikir. Orang yang berfikir ini dipanggil ulul albab. Adakah kita ini ulul albab atau Ahmad albab? Apa ciri-ciiri ulul albab? Lihat surah Ali Imran:191,
Ciri-ciri ulul albab
Allah sebut siapa ulul albab itu dalam al quran. Ciri-ciri ulul albab itu ialah,
1. Tazakkur iaitu mengingati Allah dalam semua keadaan. Semasa berdiri , duduk atau berbaring. Iaitu setiap masa ia taat Allah.
2. Tafakkur iaitu sentiasa memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. Bukan saja langit dan bumi , malah apa saja yang ada di atas mukabumi ini. Sehinggakan makanan yang kita makan hari-hari. Lihat surah Abasa:24,
Kenapa Allah suruh fikir tentang makanan kita? Lihat lagi ayat 25,
Nikmat hujan
Apa kaitan makanan yang kita makan (nasi) dengan air hujan? Iaitu nasi itu berasal dari padi yang ditanam. Ia ditanam lalu hidup di atas tanah yang mana tanah itu dibasahi dengan air hujan. Air hujan itu dari Allah, dan Allah juga yang tumbuhkan padi itu. Begitulah juga dengan tumbuhan lain.
Dengan air hujan yang sama, tapi rasa buah-buahan dan sayuran adalah berbeza-beza. Itulah kehebatan Allah. Kita tak mampu buat begitu. Sebab itu Allah suruh kita perhati makanan kita. Bila kita tak fikir nikmat ini, kita akan suka membazir, tak syukur dan makan tak baca bismillah. Kita fikir itu hasil titik peluh kita bekerja , kita yang beli. Tapi kita tak fikir kalau kita ada duit banyak tapi makanan tiada, adakah kita boleh makan?
Tapi bila istilah tafakkur ini bila dimelayukan maka maknanya lari banyak. Kata orang melayu ' Kita tafakkur sebentar mengingati orang yang sudah pergi ... alfatihah" . Ini salah. Tafakkur ialah mengingati kebesaran Allah.
Kelebihan langit
Setelah kita lihat langit yang tiada cacat celanya walaupun dilihat berkali-kali, maka apa pula kelebihan langit? Lihat al mulk: 5,
Bintang itu menghiasi langit dunia ini sahaja. Makna dunia itu dekat. Jika adna maknanya paling dekat. Lihat Sajdah: 21,
Allah timpakan azab yang paling dekat iaitu azab di dunia ini lagi. Ahli tafsir menafsirkan paling dekat itu juga paling ringan atau paling kecil. Makna nya azab di dunia ini hanya sedikit jika dibanding dengan azab di akhirat.
Allah hiaskan langit dengan bintang-bintang. Sebelum itu langit gelap, tak cantik. Selepas dihias dengan bintang ia jadi cantik. Maknanya kalau kita berhias, maksudnya sebelum berhias itu kita memang tak cantik.
Apa kah tujuan Allah cipta bintang? Iaitu sebagai alat perejam kepada syaitan.
Di mana syaitan?
Syaitan ada pada setiap diri manusia. Ada syaitan yang bersama kita, ada pula yang mengacàu semasa waktu tertentu seperti waktu solat, waktu wudhu, ketika nak masuk rumah dan sebagainya. Jika kita masuk rumah tidak membaca bismillah dan makan pun tak baca bismillah, syaitan ramai-ramai datang makan bersama kita. Bila kita makan, tak rasa kenyang.
Jika kita berpaling dari Allah, maka Allah juga akan hantar syaitan menjadi qarin / sahabat kita. Lihat az Zukhruf:36,
Allah hantar syaitan sehingga jadi kawan baik kita. Ramai tak sedar bila kita lalai contohnya dengan menonton drama Korea atau cerita lagha lainnya, ketika itu kawan baik kita adalah syaitan.
Fungsi bintang,
Iaitu:
1. Sebagai hiasan langit
2. Sebagai perejam syaitan
3. Sebagai panduan bagi musafir.
Ulama menafsirkan rejaman itu bukan dengan bintang tetapi percikan bintang. Lihat surah al Jin: 9,
Kenapa bila al quran di bawa turun oleh malaikat, jin yang cuba mencuri berita dalam al quran itu direjam? Sedangkan sewaktu Taurat dan Injil dirurunkan , ianya tidak direjam.?
Sebab Allah berjanji akan memelihara isi alquran tersebut. Kitab lain Allah tak janji untuk menjaganya sebab itu orang kafir boleh ubah. Injil dan Taurat mereka tokok tambah isinya. Tapi quran , orang kafir usaha macamana pun tak mampu mengubahnya. Itu juga menunjukkan kemuliaan al quran dibanding dengan kitab-kitab yang lain.
Oleh kerana syaitan sentiasa ingin menyesatkan manusia, maka Allah sediakan untuk syaitan azab yang membakar. Syaitan adalah dari golongan jin. Selain jin , manusia yang kufur juga akan dimasukkan ke neraka. Lihat al mulk:6,
Keadaan neraka
Jahannam itu bermaksud dalam dan gelap. Panas, gelap dan dalam, Itulah suasana neraka. Sangat menyeksakan.
Kenapa Allah beritahu jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali? Sebab di tempat itu mereka dibakar hangus, kemudian tukar kilit baru , di bakar lagi , tidak mati-mati. Apa lagi tempat yang lebih teeuk dari itu?
Bagaimana mereka di masukkan ke dalam neraka? Lihat al Mulk: 7,
Mereka dilemparkan. Maksudnya mereka itu dibuang seperti benda yang tak berguna. Terdengar pula suara neraka yang mengerikan seperti bunyi air yang menggelegak.
Sebab itu jika kita faham surah al Mulk, dapat menjauhkan kita dari azab kubur dan neraka kerana takutnya kita kepada neraka. Bukan setakat baca tapi tak faham. Kalau baca tak faham, maka kita tak rasa takut, maka maksiat pun kita buat, perintah pun kita langgar, macamana boleh selamat dari azab kubur?
Bagaimana keadan neraka bila dicampakkan manusia kedalamnya?
Neraka itu hampir pecah atau meletup bila dicampakkan orang-orang kafir ke dalamnya secara berkelompok-kelompok . Ada juga yang berdasarkan dosa mereka, contohnya orang berilmu yang menggunakan ilmunya untuk dapat nama dan dunia. Ada juga golongan yang berjihad tapi tidak ikhlas. Dan juga golongan dermawan yang bertujuan mendapat nama, dan memang ia telah mendapat nama itu di dunia. Itulah bahaya beramal tapi tidak ikhlas.
Neraka marah dan bercakap. Adakah logik neraka bercakap? Ya, kerana kulit pun Allah izinkan boleh bercakap pada masa itu. Begitu juga neraka. Apa yang neraka tanya kepada penghuni neraka? Iaitu, " Tidakkah ada orang yang memberi peringatan kepada kamu di dunia dulu?"
Klang.
8/10/23
Ulasan
Catat Ulasan