Langkau ke kandungan utama

110) APA KAITAN SOLAT DENGAN SEDEKAH?

Bismillah
Assalamu'alaikum,

         Diceritakan ada seorang kristian arab yang masuk Islam bila mendengar surah al Kautsar. Ini bermakna dengan faham ayat ini boleh membawa perubahan kepada seseorang. Baca surah al Kautsar di bawah,

          Sesungguhnya Kami. Kami biasa nya menunjukkan ramai. Kenapa Allah kata Dia ramai. Adakah Allah itu banyak?

       Sebenarnya Kami itu ada dua maksud. Pertama, menunjukkan ramai. Kedua, menunjukkan kebesaran orang yang berkata itu.  Tapi ada ketika Allah gunakan  Aku. Jadi, bila Allah guna Kami? Bila Allah guna Aku?  Ada tempat dalam quran Allah gunakan Aku. Lihat Surah Toha:14,

          Kata ulama tafsir, Allah akan guna Kami untuk menunjukkah perbuatan Nya. Tapi bila Allah kata yang Dia saja layak disembah, maka Allah guna Aku.
   
Hujah orang yahudi

        Ayat al Kautsar tadi di jadikan hujah oleh orang yahudi bahawa Allah itu ramai. Katanya Allah bukan seorang tapi tiga. Itu sebab Allah guna Kami.
      
       Jika ada  orang cakap begitu macamana kita nak jawab?  Dia guna ayat quran untuk mengelirukan kita.  Maka kita jawab, quran kena faham keseluruhan. Jangan  ambil satu ayat lalu jadikan hujah.  Ambil juga ayat lain. Allah kata , dalam al baqarah:163,
 
       Allah sendiri kata Dia itu esa, satu, bukan banyak.   Dan dalam Al Ikhlas:1, juga Allah kata benda yang sama,

          Jadi jangan ambil surah al Kautsar sahaja, tapi ambil lah semua ayat.


Allah memberi al kautsar kepada nabi s.a.w

        Apa maksud al kautsar?  Kata imam Qurtubi, maksud al kautsar ini ada 16.  Kalau berdasar kan hadis , maksud al kautsar ialah sungai di syurga. Kedua maksudnya, kolam di padang mahsyar yang hanya dapat di minum airnya oleh umat nabi Muhammad yang ikut sunnah beliau.  Ketiga,   maksudnya ialah  kebaikan yang banyak. Ini pendapat yang lebih tepat.
       
         Jadi, Allah beri  kebaikan yang banyak kepada nabi s.a.w.  Kebaikan apa?  Adakah harta, wang dan kemegahan?  Kebaikan itu Allah terangkan dalam al Baqarah:269,
         Jadi,  kebaikan yang banyak itu ialah  hikmah. Hikmah ialah ilmu yang bermenafaat, dan ilmu yang paling bermenafaat ialah al quran.  Siapa yang faham  isi al quran dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Contohnya , quran  kata bila seseorang bersedekah ia akan dapat 700 atau lebih  pahala. Maknanya dia dapat kebaikan  yang banyak. Kalau orang tak faham,  dia simpan  hartanya , duitnya dan  dia rasa banyak.   Tapi bila sampai akhirat,  semua minta balik ke dunia semula untuk ber infak. Tapi sudah terlambat....
       
        Contoh lain, solat sunat subuh 2 rakaat dalam  beberapa minit sahaja. Dia dapat lebih baik dari dunia dan seisinya. Tapi jika tak buat  sebab keluar pagi balik malam ,30 tahun , apa dia dapat?  Kadang rumah pun tak lepas bayar.   Rugi tak?
    
Kefahaman agama
 
       Jadi ,  hikmah ialah kefahaman agama.  Siapa yang tak faham agama ia takkan dapat kebaikan yang  banyak.
       
Sebab itu  Allah kata, 

        "Tidak ada yang dapat  mengambil hikmah tersebut kecuali orang yang berakal." Bila baca quran dia fikir mana perintah ,mana larangan. Bila tengok langit  ia berfikir hebatnya tuhan. Dari  situ ia akan dapat hikmah  iaitu  kebaikan yang banyak.
   
        Sebab itu sahabat,  Abu Bakar banyak harta , tapi sebab dia faham, maka ia jadikan harta itu sebagai modal untuk kebaikan yang banyak di akhirat iaitu syurga yang paling tinggi  selepas nabi.
       
     Kemudian Allah berkata lagi dalam al Kautsar:2,

         Bila Allah beri nabi nikmat iaitu kebaikan  yang banyak tadi,  maka Allah suruh nabi solat  bukan bersyukur, kenapa? Apa pengajaran dari ayat ini? 

Syukur yang paling utama

        Iaitu syukur yang paling penting dan  utama ialah solat. Sebab itu nabi solat malam sampai bengkak kaki  kerana dia mahu  menjadi orang yang benar-benar bersyukur.
      
       Ada seorang sahabat, bila ditanya oleh nabi apa yang dia mahu,   katanya ia mahu bersama nabi dalam syurga. Ia tak minta rezeki, sihat dan sebagainya. Ia minta benda yang kekal. 
     
       Allah  berjanji kepada nabi untuk memberi beliau kebaikan yang banyak. Di mana? Di akhirat, bukan di dunia.  Di dunia apa yang nabi dapat?  Iaitu kesedihan , kesusahan, keletihan,  kena maki, kena hina. Jadi apa pengajarannya?
     
         Iaitu jika kita  mahu kebaikan di akhirat maka   kena susah dulu di dunia ini. 
      
        Syukur yang paling utama ialah taat kepada Allah. Dan taat yang paling utama ialah solat. Maka , siapa yang tak solat itu memang ia tak  bersyukur kepada  Allah. Yang solat lambat itu pun tak bersyukur. Kalau solat fardhu saja dari dulu sampai kini , solat sunat tidak , pun memang tak bersyukur juga.

Solat kerana Rabb
     
          Allah kata solatlah kerana rabb mu. Kenapa kerana rabb?  Sebab Allah kata jika solat,  jangan ada unsur riak , kena ikhlas kerana Allah.  Jangan solat bermusim. Ramai orang solat kerana riak.
       
        Bila ada orang rajin je, baca pun panjang. Bila tiada orang ia malas , baca pun  tiga qul saja.
       
       Sebab apa pula solat kerana rabb? Iaitu kerana Allah itu rabb kita, iaitu Ia Pencipta kita, Pemilik kita dan Pentadbir kita.  Dia yang bagi kerja dan rezeki dan Dia yang mematikan kita. Oleh itu solat hanya kepada Nya sahaja.
   
Berkorban      

        Dan Allah kata lagi supaya  berkorbanlah. Sebenar nya anhar itu dari perkataan  nahara yang bermaksud sembelih. Zabaha juga sembelih. Apa bezanya?
     
          Biasanya zabaha bermakna sembelih lembu, kambing atau ayam.  Nahara pula khas untuk sembelih unta. 
        
        Kenapa Allah tak guna zabaha dalam ayat diatas?     Sebabnya jika kita hendak kebaikan yang banyak, maka berkorbanlah dengan banyak pula. Korban yang lagi besar  , lagi mahal seperti unta.
       
Kaitan solat dengan korban

         Allah kata bila nak bersyukur maka solat dan berkorban. Apa kaitan solat dengan korban? Iaitu jika kita bersyukur maka mesti ada 2 unsur:

1. Ihsan kepada Allah.
Iaitu beribadah seolah-olah kita melihat Allah atau rasakan Allah melihat kita.

2.  Ihsan  kepada hamba Allah.
Iaitu berbuat baik kepada manusia dan makhluk Allah.
         
          Sebab kalau ia solat  tapi tiada infak, maka solatnya tak ke mana.  Sebab solatnya tak menghasilkan  kebaikan untuk orang.  Solat tapi pentingkan diri
 sendiri.  Solat tapi tak membantu orang yang memerlukan, maka solat kita memang ada masalah besar.   

Memberi makan orang miskin

        Apa erti khusyu'? Khusyu' ialah taat perintah Allah. Jadi  bila kita solat tapi tak  bantu orang yang miskin , yang memerlukan  ,  kita tak khusyu' sebenarnya.    Lihat muddatsir:40,
         
       Bila ahli syurga bertanya kepada ahli neraka kenapa mereka masuk neraka? Ahli neraka menjawab sebab ,

1. Tak mendirikan solat
2. Tak memberi makan orang miskin.
        
       Bila yang pertama tiada ,  yang kedua pasti tiada. Manakala jika yang pertama ada , yang kedua tiada ,  solatnya  mesti ada yang tak betul. Ada orang rajin solat malam, solat dhuha sampai hitam dahi, tapi langsung tak peduli orang sekelilingnya. Sebenarnya ia terkena talbis iblis, tipudaya iblis. Iblis bisik bahawa  dialah yang terbaik, orang lain tak macam dia.
       
       Seterusnya , Allah kata  jika nak selamat dari api neraka,  maka Allah suruh kita infak juga . Lihat  surah al Lail: 17,

           Allah kata  mereka akan di selamatkan dari api meraka yang menyala-nyala. Siapakah mereka? Iaitu orang yang paling bertaqwa. Apa kah sifat mereka? Lihat lagi  al Lail:18,

Sedekah membersihkan hati

      Kita mungkin berfikir tentulah orang yang  kuat solat, naik haji, umrah  dan puasa. Tapi  Allah kata apa?  Iaitu orang yang menafkahkan  hartanya  di jalan Allah . Dengan infak itu  adakah dia hendak  bersihkan hartanya?  Bukan. Ia sebenarnya untuk bersihkan hatinya.  Sebab  penyakit hati bila ada harta iaitu sayang , tamak dan  kedekut. 

        Bila kita memberi kita rasa orang yang dapat. Sebenarnya ia untuk bersihkan hati kita. Bukan nak beri orang tapi nak bersihkan hati dari  sifat kedekut, sayang harta.  Bila untuk belanja sendiri, ribu ribu tak mengapa. Bila untuk sedekah berkira.   Itulah penyakit hati.
      
       Sepatutnya sifat orang bertaqwa itu ialah  beriman . Dan bukti beriman tentu solat. Tapi Allah tak sebut solat. Yang Allah sebut ialah    sedekah.   .

       Pengajaranya ialah,  walaupun solat itu tanda taqwa, tapi yang paling susah ialah nak keluarkan  harta  fi sabilillah.  Kalau diberi pilihan solat malam 10 rakaat dengan  sedekah rm500   kita senang pilih yang mana?
       
        Berapa ramai orang boleh solat, tapi tak boleh sedekah. Sebab itu Allah sebut yang paling susah.
     
       Sebab itu kalau nak dapat kebaikan yang banyak kena sedekah. Bila dapat kebaikan  maka tambah kan  solat dan memberi  ihsan kepada orang sebagai tanda syukur kita.


Siapakah yang terputus rahmat Allah?


Lihat al Kautsar ayat terakhir ,
         Bila Ibrahim anak nabi s.a.w meninggal, orang musyrikin  berkata bahawa nama nabi akan dilupakan bila dia wafat. Sebab semua anak lelaki beliau sudah meninggal. Tidak ada warisan atau terputus kebaikannya.
       
         Tapi Allah berkata bukan nabi s.a.w yang terputus dari kebaikan, tetapi siapa yang membenci nabi, dia yang terputus dari rahmat Allah.
       
        Selepas nabi wafat , hanya tinggal seorang anak nabi iaitu Fatimah.  Lepas Fatimah wafat, orang masih  sebut nama nabi sehingga sekarang. 

Kesimpulan
      
        Pengajarannya ialah,  jika kita mahu kebaikan  yang banyak ,   tiada kaitan dengan  anak yang banyak atau jantina anak.
  
         Jika  kita nak kebaikan yang banyak, jadilah orang beriman, lalu solat dan bila ada rezeki , maka membantu orang yang memerlukan. 
      
        Ayat ini memberi motivasi kepada nabi dan orang beriman supaya sentiasa positif. Jangan peduli apa orang cakap, jangan peduli apa orang buat pada kita. Pedulilah apa yang Allah nak beri pada kita bila kita buat baik.  Jadi, kita akan bahagia dan dapat buat kebaikan dan  ibadah yang lebih banyak. 
      
         Tapi kalau kita asyik  fikir apa orang kata , orang itu buat aku macam ni, maka amal pun tak bertambah , iman pun tak kuat. Itulah sebab  kena penyakit kemurungan. Sebab apa? Sebab dia suka fikir yang negatif.


          
Padang Jawa.
2/10/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...