Langkau ke kandungan utama

99) APA SEBAB-SEBAB YANG MENDATANGKAN REZEKI?

Bismillah.
Assalamualaikum,


          Setiap rezeki itu dari Allah dan milik Allah. Kita hanyalah hamba Nya yang mengambil menafaat dari rezeki Allah. Oleh kerana rezeki itu dari Allah, maka Allah juga yang lebih tahu apa 
sebab-sebab yang mendatangkan rezeki kepada hambaNya. Sebab-sebab itu ada dua iaitu:
1. Jenis Madiah
2. Jenis Maknawiah

     Madiah maksudnya apa yang kita usaha, kerja , simpan dan tabung. Iaitu apa yang dibuat secara zahir. Seperti berkerja atau berniaga.

      Maknawiah maksudnya apa yang kita tak nampak . Iaitu suatu  perbuatan yang bukan secara zahir tetapi dengan cara mentaati perintah Allah.  Iaitu:

a. Dengan Mentauhidkan Allah.

       Mentauhidkan Allah itu maknanya percaya hingga ke hati bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah dan yang memberi kita rezeki.

Dalilnya surah al araf:96
      Bila beriman maknanya ada keyakinan dalam hati. Manakala bertaqwa maksudnya melaksanakan dengan perbuatan. Dengan ada kedua-duanya maka Allah turunkan rezeki daripada langit dan bumi.

       Tapi orang kafir tak beriman kenapa kaya? Sedangkan ia syirik?  Bahkan lagi kaya.  

        Sebenarnya yang ia dapat itu ialah rezeki umum. Yang mana haiwan pun dapat. Tapi dia tak dapat rezeki khusus. Maknanya rezekinya setakat di dunia saja. Di akhirat Allah tuntut balik rezeki itu lalu  ia kena azab. Sedangkan  orang beriman rezekinya sampai ke akhirat hingga ke syurga.


b. Dengan  Bertaqwa kepada Allah.
      
        Dengan taqwa, iaitu takut untuk buat dosa, bukan saja rezeki tapi rezeki yang tak  disangka juga dapat. Dalilnya  di surah at Thalaq:3,

        Contohnya Hajar isteri nabi Ibrahim, yang ditinggalkan oleh nabi Ibrahim. Ia dapat rezeki yang tak disangka-sangka.  Bahkan rezeki hasil taqwa Hajar itu ada sampài ke hari ini. Apa taqwa Hajar? Iaitu taat kepada suaminya yang mendapat perintah Allah. 
    
        Wanita lebih senang masuk syurga sebab tak perlu solat di masjid, solat jumaat , berdakwah dan berjihad seperti lelaki. Tapi yang ramai masuk neraka ialah wanita. Sebab apa?
      
         Wanita hanya perlu solat 5 waktu, puasa bulan ramadan,   taat kepada suami dan jaga maruah , sudah cukup untuk masuk syurga.  Tapi bila cakap suami  dia bantah, lawan dan tak taat, maka taqwa sudah tiada. Kerana nak buat benda lain itu mudah bagi wanita, tapi untuk dengar cakap suami itu sangat susah. Sebab itu wanita paling ramai masuk neraka .
     
        Kisah sahabat yang bernama Auf bin Malik. Anaknya ditawan oleh musyrikin. Isteri Auf sedih lantas Auf mengadu pada  Rasulullah. Jawab rasulullah, '  Hendaklah kamu dan isterimu  sabar dan taqwa pada Allah. Dan banyakkan zikir ini;
           Sabar maknanya jangan mengamuk atau marah.. Taqwa pula jangan buat dosa dan akhir sekali dengan banyakkan zikir tersebut. Mereka berdua taat arahan rasul tanpa apa-apa bantahan. Akhir nya anaknya balik bersama dengan 100 ekor unta!
      
      Jadi,  apa taqwa sahabat tadi? Iaitu taat kepada nabi tanpa apa-apa bantahan. Jadi ini bukti taqwa mendatangkan rezeki.  Taqwa adalah usaha yang paling utama sebelum usaha-usaha lain.
   
c. Dengan solat.

        Solat merupakan tiang agama. Jika ia tiang,  maknanya semua yang berkaitan dengan agama akan bergantung pada solat. Rezeki itu sebahagian dari milik Allah. Rezeki tak semestinya duit, kelapangan hati juga rezeki yang besar. Jadi, dengan menegakkan solat, maka rezeki pun  turut akan dapat.


Dalilnya  surah Taha:132,
          Pertama, kerjakan solat dan  kedua , hendaklah sabar dalam menyuruh ahli keluarga kita solat. Sabar itu,  jangan marah, jangan pukul anak.
      
         Selepas itu Allah kata, Dia yang bagi rezeki. Jadi apa kaitan solat dengan rezeki?  

        Maknanya  solat itu punca rezeki. Kalau tak solat  dapat juga tapi tak berkat. Oleh itu jangan disebabkan mencari rezeki sampai tinggal solat. Jangan takut tak dapat rezeki bila pergi solat,  sebab rezeki Allah punya dan solat pun suruhan Allah.

Lihat surah as syura:27,
       Kita tak tahu sebenarnya Allah bagi rezeki kepada kita itu baik untuk kita samada banyak atau sedikit. Begitu juga sihat dan sakit. Semuanya baik untuk kita. Kita tak tahu tapi Allah tahu apa yang baik untuk kita. Jadi,  redha adalah jalan terbaik. Itu menjadikan  hati kita tenang, tiada sibuk, tiada tamak dan hati sentiasa lapang.


d. Dengan Istighfar
         
           Istighfar dan taubat menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, dimudah kan dan diberkati rezeki kita. Kita sibuk dalam mengejar rezeki hingga tidak tahu atau terlupa dari istighfar, iaitu memohon ampun kepada Allah. Sedangkan Allah lah pemilik rezeki yang diberinya kepada kita itu. Dan kita ini insan yang selalu berdosa kepada Allah.  Lalu, mengapa kita tidak kembali kepada Allah dengan ucapan istighfar?
         Kita lupa bahawa kenikmatan, rezeki dan kelapangan hidup  itu bukanlah kenikmatan yang sebenar. Nikmat yang sebenar ialah apabila   kita  sertakan dengan  beristighfar dan sujud kepada Allah. Oleh itu mohon ampun iaitu beristighfarlah kepada Allah .

Dalilnya surah Nuh: 10,


      Dalam ayat di atas Nabi Nuh menyuruh kaumnya beristighfar  supaya Allah  datangkan rezeki  dari langit dan bumi.  

      Dan  dari Abdillah bin Abbas bahawa nabi berkata  ,

"Barangsiapa yang melazimkan (membiasakan) membaca istighfar, Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan solusi dari setiap kesempitan, dan memberikan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka ."
(HR Abu Dawud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, & Al-Hakim).

      Nabi beristighfar 100 kali sehari walau beliau tiada dosa. Kita yang banyak dosa patut lebih lagi. Kita cari rezeki Allah tapi dosa itu sesuatu yang Allah tak suka, kita tak mahu istighfar. Macanamana rezeki nak berkat?

       Kata Ibnu Taimiyah r.h dalam Majmu' al Fatawa;

"Istighfar adalah sebesar-besar kebaikan dan pintunya sangat luas. Maka sesiapa yang merasa kurang dalam perkataannya, atau dalam amalannya atau dalam urusannya atau rezekinya atau tidak tenteram pada hatinya, maka hendaklah dia hadapinya dengan tauhid dan istighfar. Kerana pada keduanya  ada penawar jika diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan ."

      Dosa memberi kesan  kepada rezeki kita. Samada tidak dapat atau kalau dapat tapi tak berkat. Orang dapat 100 tahan  seminggu, kita satu hari habis. 

        



Kesimpulan 

        Alquran diturunkan untuk diamalkan dan menjadi panduan hidup kita .  Ia tetap relevan sampai bila-bila.  Dengan taqwa Allah akan permudahkan urusan kita yang sangat banyak dan memenatkan itu.  Begitu juga dengan bertaqwa  iaitu meninggalkan dosa dan sabar, Allah lapangkan hati dan rezeki kita.


Padang Jawa.
12/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...