Bismillah.
Assalamualaikum ,
Nikmat yang paling besar yang ramai orang terlepas pandang iaitu dapat mendengar dan menghayati kata-kata Allah iaitu al quran. Di dalamnya ada peringatan dan petunjuk untuk manusia. Al quran adalah kata-kata Pencipta kita, Pemilik dan Pentadbir alam ini, yang kata-kataNya semuanya baik untuk kita.
Apa kaitan al quran dengan keluasan rezeki? Al quran sebenarnya diturunkan Allah untuk memberi rezeki kepada manusia. Semakin manusia faham al quràn maka rezekinya semakin luas. Sebaliknya semakin jauh manusia dari al quran rezeki nya semakin sempit.
Sebab itu orang yang paling luas rezekinya ialah nabi Muhammad s.a.w
dan dia juga orang yang paling bahagia hidup di dunia ini. Siapa yang bahagia di dunia dia akan bahagià di akhirat. Rezeki nabi yang paling tinggi ialah syurga.
Rasulullah s.a.w diajar sepenuhnya dengan àl quran. Sehingga kata Aishah akhlak nabi ialah alquran.
Kefahaman tentang konsep rezeki dalam Islam mesti betul. Supaya kita tidak keliru dari kehendak Allah yang sebenar.
Kita diciptakan bukan untul mencari rezeki. Tapi kita sudah salah faham sejak dari awal lagi. Sebab itu dari tadika, pergi sekolah rendah , sekolah menengah, fokusnya nak cari rezeki. Sistem kita dari awal sudah salah. Seolah-olah kita dicipta untuk cari rezeki ,cari kesenangan hidup. Sebab itu bila tak dapat rezeki kita menderita. Bila tak senang kita kemurungan.
Sebenarnya kita dicipta untuk apa? Jika untuk ibadat mengapa banyak masa kita habiskan untuk cari rezeki? Realitinya amal kita menunjukkan rezeki itu tujuan hidup kita. Apa tujuan hidup sebenarnya?
Lihat surah az zariyat:56
Tujuan hidup kita ialah untuk taat beribadah kepada Allah dalam setiap masa. Tapi apa hubungan hidup kita dengan rezeki?
Allah menerangkan dalam al quran sebenarnya kenapa , bagaimana , bila dan apa konsep rezeki menurut kehendak Allah. Iaitu:
Konsep 1 ;
Allah yang Memberi rezeki
Dalam ayat di atas , Allah ciptakan manusia bukan ada sebab lain melainkan hanya untuk beribadah kepada Nya. Bukan tujuan lain. Bila ? 24 jam. Solat bukan tujuan manusia diciptakan . Kenapa ? Sebab kita solat sehari semalam tak sampai 1 jam pun. Solat hanyalah wasilah untuk menjadi hamba Allah. Manusia beribadah kepada Allah 24 jam.
Bila salah konsep maka kita banyak habiskan masa untuk cari rezeki. Ada masa lebih, baru guna untuk baca quran misalnya. Sebab konsep kita salah. Sebab itu kebanyakan masa dan fikiran kita tertumpu untuk cari rezeki.
Lihat an Nahl ayat 57 ,
Kenapa selepas Allah kata tujuan kita dihidupkan ialah untuk beribadah, Allah kata pula Dia tak perlukan rezeki dari kita bahkan Dia lah yang memberi rezeki?
Kenapa Allah tak perlukan rezeki dari kita?
Sebab,
1. Allah nak beritahu bahawa Allah tak dapat menafaat pun bila kita ikut kata-kata Dia. Iaitu jika kita beribadah kepadaNya Allah tak berubah apa-apa.
Bahkan Allah lah yang memberi kita rezeki.
Jika ada orang bertanya bahawa adakah boleh dia tak solat witir sebab penat. Apa kita nak jawab? Kita andaikan begini , Allah sudah beri kita sihat dan beri kemudahan hingga senang mencari rezeki . Kemudian kita tanya Allah , aku penat , bolehlah aku tak solat witir?
Kita bandingkan pula dengan ibu yang mengandung dan membesarkan anaknya
Tiba-tiba bila besar anak itu kata bahawa dia sibuk dan tiada masa nak tengok emaknya. Bukankah ibu akan kecil hati kerana anaknya tak mengenang jasa?
Allah kata dia cipta kita untuk beribadah. Tiba-tiba kita tinggal ibadah sebab habiskan masa cari rezeki. Sebab itu Allah jawab balik bahawa Dialah yang memberi rezeki bukan sesiapa yang lain.
Berapa ramai yang tak solat , bermakna lawan perintah Allah, berdosa dengan Allah dengan sebab cari rezeki tapi dia tak sedar yang beri dia rezeki itu ialah Allah tuhan yang dia lawan.
Hijrah nabi dan sahabat dari Mekah ke Madinah bermakna kehilangan segala-galanya apa yang ia ada di Mekah. Tapi kenapa nabi dan sahabat hijrah juga? Kerana tujuan ia dihidupkan sudah terhalang iaitu beribadah kepada Allah. Sebab itu Allah murka kepada sahabat yang tidak mahu hijrah.
Jika kerja kita sekarang menghalang kita dari solat, atau menyebabkan kita berdosa besar, adakah kita cari kerja lain? Jika kita kata susah nak cari kerja lain bermakna tujuan kita dicipta sudah bertukar.
Allah kata, jaga ibadat, rezeki Dia yang beri.
Cacing yang kecil yang tiada fikiran pun Allah beri rezekinya, kita yang ada akal tapi takut rezeki tiada hingga sanggup tlnggal solat dan lain-lain.
Konsep ke2:
Rezeki sudah ditetapkan Allah.
Allah telah tetapkan dan jamin rezeki kita. Oleh itu jangan risau dengan rezeki. Bermaksud juga bila Allah dah tetapkan ia tak akan bertambah atau berkurang. 50 takkan menjadi 55 atau 45. Maka kewajipan kita ialah ,
1. Qanaah
Iaitu rasa cukup dan redha.
Antara rezeki yang kita dapat, dengan redha kepada rezeki Allah itu, mana yang lebih mahal? Mana yang membawa ketenangan ? 50 atau redha? Tapi kita lebih risau tak dapat 60 daripada tak dapat redha. Itulah yang menimbulkan huru-hara dalam hidup
Bila orang ada masalah dan dia tak tadabbur alquran, maka sebenarnya dia ada masalah dengan Allah. Jadi selesaikan dulu kewajipan kita dengan pemberi rezeki. Baru Allah selesaikan masalah kita.
Lihat surah az zariyat: 22,23
Rezeki itu dilangit bermakna ianya dari Allah yang berada di atas. Atau juga rezeki itu berasal dari hujan. Dan juga rezeki yang dijanjikan ialah pahala. Antara rezeki dari hujan dengan rezeki pahala , mana kita lebih yakin? Orang beriman bila baca ayat Allah ia bertambah yakin dengan ayat itu.
Yakin rezeki kita ada di langit dan takkan mati hingga habis rezeki kita itu.
Hadis nabi berbunyi ,
"Sesungguhnya ruhul qudus membisikkan kehati ku bahawa setiap jiwa takkan sekali-kali akan mati hingga disempurnakan rezekinya."
Nabi tak simpan sesuatu untuk esok sebab jika masih hidup rezeki pasti ada. Manakala para Sahabat menjadi kuat sebab siapa yang berserah kepada Allah , Allah akan cukupkan ia.
Menyimpan boleh tapi jangan sampai ibadah jadi nombor 2 atau 3. Yang salah ialah bila tinggal kan alquran semata-mata untuk cari rezeki. Sedangkan jika mengikut quran, quran akan bawa kepada rezeki yang lebih besar iaitu syurga. Tetapi kita rebut dunia yang sementara. Sedangkan dengan faham al quran hati akan lapang. Berapa sahaja rezeki kita , hati akan puas .
Nabi ber kata siapa yang ada 3 benda ini dipagi hari, dia dapat dunia dan seisinya. Iaitu:
1. Diri dan keluarga yang aman
2. Badan yang sihat
3. Rezeki yang cukup untuk hari itu
Bermakna jika kita ada tiga benda di atas, itu sudah cukup untuk hidup kita hari itu.
Kata nabi, apa yang kita kejar itu umpama anak kambing yang cacat dan dah mati. Tapi yang Allah janjikan ialah syurga yang kekal abadi. Yang tiada penat, tiada sakit, tak payah fikir susah susah lagi...
Konsep ke 3:
Redha dengan pemberian Allah.
Jika hari tu kita dapat rm50 , alhamdulillah. Redha dengan apa yang dapat, yang penting dapat solat 5 waktu berjemaah dan baca quran.
Kalau dapat 100, alhamdulillah. Dapat 500 atau 1000, alhamdulillah. Jangan bila dapat 500 syukur sangat-sangat. Dapat 50 marah dan merajuk. Maka itu satu musibah besar , sebab apa? Sebab tidak redha dengan apa yang Allah beri. Lihat surah an Nahlu:97
Jika dia beriman kepada Allah dan beramal soleh apa hasil yang dia dapat? Iaitu ia dapat hayatan thoyyiban. Apakah maksudnya?
Ahli tafsir mengatakan maksudnya , ia mendapat hati yang lapang dengan iman dan Islam. Bila ada suruhan Allah, senang saja dia nak buat. Bila ada kelas ilmu dia suka pergi. Itu punca kebahagiaan.
Apa syarat nak dapat hayatan thoyyiban itu? Iaitu pertama, beriman kepada Allah dan kedua, beramal soleh. Bukan duit yang banyak syaratnya.
Dan di akhirat Allah beri balasan yang lebih baik. Jika di dunia kita dibayar berdasarkan kerja kita, tapi di akhirat Allah bayar lebih baik dari apa yang kita kerjakan.
Misalnya, tukar sihir yang dibunuh oleh firaun, dia kerja dengan Allah tak sampai satu hari. Iaitu bila dia bertaubat dan beriman kepada nabi Musa, terus kena bunuh oleh Firaun. Allah bayar dia dengan syurga yang kekal selama-lamanya. Walaupun dia tak sempat solat dan lain-lain.
Jadi jika hendak dapat hayatan thoyyiban pastikan ada dua ini, beriman dan beramal soleh.
Hadis nabi yang bermaksud,
"Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”
(HR Muslim)
Begitulah dengan rezeki. Bila dapat banyak orang beriman bersyukur. Dan itu baik. Bila dapat sedikit ia sabar. Itu juga baik baginya. Jadi tiada yang tidak baik bagi orang beriman. Kuncinya apa ? Iaitu redha. Itulah rezeki yang paling mahal. Bukan duit dan harta yang banyak.
Konsep ke 4:
Yakin rezeki telah diatur Allah samada sedikit atau banyak.
Bila kita yakin rezeki telah diatur oleh Allah, kalau dapat sikit pun kita yakin. Dan kita tidak tamak nak lebih. Tapi bila seseorang itu tak faham, dia akan sedih bila dapat sikit. Dia rasa tak patut dapat sikit. Akhirnya jiwanya tak tenang.
Untuk cari rezeki kena usaha. Tetapi adakah dengan usaha tentu kita dapat rezeki? Tidak.
Bermakna , adakah rezeki itu bersamaan sengan usaha? Jika ya, sepatutnya jika kita usaha lebih mesti dapat lebih, tapi ada juga yang tidak. Jika usaha tidak bersamaan dengan rezeki apa perlunya usaha? Sebab usaha tak tentu mendatangkan rezeki..?
Sebab kita berusaha ialah kerana Allah suruh. Itu saja. Jadi, bila kita ikut apa yang Allah suruh ia jadi amal soleh bagi kita. Dapat pahala.
Ada juga dengan tanpa usaha Allah beri rezeki. Contohnya pemuda kahfi. Tapi yang mereka minta bukan rezeki tapi rahmat Allah. Itulah rezeki yang termahal.
Tapi kita makanan dah banyak, duit dah banyak, masih minta rezeki lagi, rahmat tak minta. Kenapa?
Sebab kita diajar dari kecil hidup nak cari rezeki, nak selesa, nak senang . Dah ada rezeki tambah lagi, dah simpan, simpan lagi. Letih kita cari rezeki , tiba-tiba mati semua tinggal , dapat kat anak, dalam kubur ternganga sebab bahagian kita tak ada. Habis masa habis umur untuk orang.
Sebab itu nabi pernah bertanya sahabat,
'Siapa di kalangan kamu, yang harta orang dia lebih sayang dari harta sendiri?' Jawab sahabat, ' Ya rasulullah, tiada orang yang sayang harta orang lebih dari sayang harta sendiri.'
Jawab nabi, ' Yang kamu infak itu harta kamu manakala yang kamu simpan itu harta orang. Kamu sayang yang mana?'
Kita lebih sayang harta orang sebenarnya. Tandanya kita simpan banyak tapi yang kita infak sedikit sahaja. Sekali simpan 1000, tapi infak rm5 saja. Itu tanda kita tak sayang harta sendiri. Sudahlah harta kita orang dapat selepas kita mati, mereka bergaduh pula..
Sebab itu kalau kita jarang tadabbur alquran dan jarang baca kisah sahabat, kita akan jauh dari realiti islam yang sebenar . Ini kisah nabi sendiri ,
Pada suatu petang selepas solat asar, nabi tergesa-gesa keluar masjid tanpa zikir macam biasa. Kenapa?
Bila kemudian nabi kembali, sahabat bertanya apa yang berlaku? Nabi menjawab bahawa beliau teringat ada seketul emas dalam rumahnya yang belum beliau infakkan. Beliau takut ia tak jadi miliknya di akhirat nanti lalu beliau segera infakkan.
Tapi kita terbalik, bukan lupa nak infak, tapi lupa nak simpan. Infak kurang, simpan yang lebih
Ada satu hadis sahih yang berbunyi :
"Jika seandainya anak Adam lari dari rezekinya sebagaimana dia lari dari kematian, pastilah dia menjumpai rezekinya tersebut sebagaimana kematian akan menjemputnya".
Maksudnya, jika kita yakin mati itu pasti datang bila sampai masanya, begitu juga rezeki. Rezeki itu tetap ada walau kemana kita pergi. Tapi kita tak yakin rezeki kita ada seperti kita yakin mati itu pasti.
Kalau kita yakin rezeki kita ada, kita takkan tinggalkan amal soleh semata-mata hendak cari rezeki. Tapi kalau kita sibuk dan tamak kejar rezeki, jiwa kita tak tenang, , maka itu yang menyebabkan kita tertinggal macam-macam amal soleh. Amal soleh tak mungkin dapat dilaksanakan melainkan dengan hati yang tenang.
Konsep ke 5:
Usaha mencari rezeki itu amal soleh
Usaha tak menjamin kita dapat, tapi Allah suruh kita usaha juga. Kenapa? Sebab Allah nak beri pahala bagi orang yang berusaha. Apa dalilnya?
Lihat surah al mulk:15,
Maksudnya ialah Allah dah sediakan dan mudahkan bumi ini untuk kita berusaha, maka rezeki yang ada itu maka makanlah. Iaitu Allah suruh kita berjalan berusaha untuk mencari menafaat di atas muka bumi ini.
Begitu juga surah al Jumuah: 10
“Apabila telah ditunaikan sholat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (QS. Al-Jum”ah : 10).
Allah suruh cari rezeki tapi Allah suruh juga berzikir dengan banyak, tapi yang ini kita selalu lupa. Cari rezeki kita tak lupa.
Konsep ke 6:
Ada rezeki umum, ada rezeki khusus.
Rezeki bermakna apa saja yang memberi menafaat kepada manusia atau haiwan.
Rezeki umum ialah apa saja yang di dapati oleh manusia ( termasuk orang kafir ) atau haiwan . Seperti makan minum, sihat, umur panjang, harta dan lain-lain.
Tapi rezeki khusus Allah beri hanya kepada orang beriman sahaja. Seperti iman, taufik untuk beramal dan infak. Antara harta yang kita simpan, dengan harta yang kita infak, harta yang kita infak itu akan kekal. Yang kita simpan belum tentu jadi milik kita. Antara penghalang rezeki ialah sifat kedekut.
Kesimpulan.
Konsep rezeki mengikut al quran wajib difahami dengan betul. Supaya kita tidak salah menghalakan tujuan hidup kita ini kepada jalan yang salah. Ibadah adalah tujuan hidup kita, rezeki hanyalah wasilah untuk itu, bukan matlamat hidup. Istiqamah dengan amal soleh disamping berusaha mencari rezeki.
Klang.
11/9/23
Ulasan
Catat Ulasan