Langkau ke kandungan utama

97) KENAPA MANUSIA MAHU KEMBALI KE DUNIA?

Bismillah.
Assalamualaikum,   



          Tiap-tiap orang yang  hidup di dunia akan dibangkitkan semula dan dikumpulkan oleh Allah di akhirat nanti. Apakah keadaan mereka di akhirat? Lihat surah an Nahl: 111,


         Di hari akhirat tiap-tiap orang hanya memikirkan dirinya sendiri saja. Ia tak peduli lagi anak, isteri, ibu bapa dan lain-lain. Walau pun anaknya yang paling ia sayang semasa di dunia dulu. Yang dia berkorban untuknya dulu. Di akhirat jika anaknya itu kena bakar, ia tak akan ambil peduli lagi .

          Kenapa? Sebab suasana yang sangat dahsyat pada hari itu. 
         
        Adakah hal itu sama kepada siapa saja? Ya, termasuk para nabi. 
       
         Dalam ketakutan itu orang berjumpa nabi Nuh meminta pertolongan. Tapi nabi Nuh  pun katanya, nafsi, nafsi. Kemudian jumpa pula nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berkata , sallim, sallim, nafsi,nafsi. Dia pun kata tak boleh tolong.
        
       Jumpa nabi Musa, jumpa nabi Isa, juga jawapan yang sama.  Sehingga jumpa nabi Muhammad s.a.w, maka nabi boleh memberi  syafaat dengan izin Allah. Tapi hanya kepada umatnya yang mengikut jalannya sahaja.

         Umat nabi Muhammad ada dua jenis,
1. Umat dakwah
2. umat mustajabah
 
      Umat dakwah ialah semua manusia selepas nabi hingga hari kiamat  yang sampai dakwah kepadanya walaupun ia kafir.
         
       Umat mustajabah ialah orang yang sampai dakwah kepadanya dan ia sambut dan jadi orang beriman. 
      
        Yang mendapat syafaat nabi ialah umat mustajabah. Iaitu yang sahut seruan nabi dengan mengikut quran dan sunnah.



Suasana hari Kiamat
      
        Suasana kiamat itu sangat menakutkan. Allah gambarkan dalam surah al Hajj : 1, 2,
            Allah suruh manusia  bertaqwa kepada Penciptanya kerana kegoncangan hari kiamat itu sangat besar..  besar yang bagaimana? Lihat surah al Hajj:2,

         Jika  di dunia, ibu-ibu takkan melepas kan anak yang ia susu jika berlaku apa-apa. Tetapi di hari kiamat ibu-ibu pun akan lepaskan anaknya disebabkan suasana yang sangat dahsyat ketika itu.  Manakala ibu yang mengandung pula akan tergugur anaknya. Dan manusia  berada dalam keadaan mabuk, terhoyong-hayang walaupun sebenarnya ia bukan mabuk. Keadaan manusia ketika itu seperti dalam surah al Qariah :4,

        Manusia pada masa itu seperti kelkatu yang berterbangan. Gunung pula hancur seperti kapas. Allah tunjukkan suasana kiamat yang dahsyat,  bermakna suasana selepas itu lebih dahsyat. Kiamat berlaku seketika saja. Tapi hari akhirat itu lebih lama sehingga 50 ribu tahun lamanya, dengan matahari yang panas , peluh yang setinggi dada dalam keadaan tiada pakaian. 
       
       Selepas itu keadan neraka juga amat dahsyat. Tapi manusia biasanya takut masa mati, sedangkan mati itu sekejap saja, manakala  keadaan selepas mati itu lebih menakutkan dan lebih lama.  Itu yang manusia tak buat persediaan.

       Hari akhirat tak boleh dielak oleh sesiapa pun . Sebab itulah masing-masing ketika itu hanya memikirkan nasib dirinya sendiri.


Suasana di padang mahsyar.

        Ketika di padang mahsyar manusia  lari dari sesiapa  saja, seperti dalam surah Abasa:34,35,36,
         Ketika itu manusia lari dari saudaranya , ibu-bapanya , isteri dan anak-anaknya.. Walaupun susana ketika itu dalam kesusahan yang perlukan pertolongan.  Sebab apa dia lari? Sebab itu akan membebankannya  kerana mereka itu akan menuntut hak-haknya dari dia. Masing-masing hanya memikirkan syurga atau neraka  saja. Seperti kata Allah lagi,

      Semua manusia sibuk dengan  nasib diri sendiri.  

Manusia mahu Menebus Dirinya
  
       Pada masa itu manusia akan buat apa saja untuk menebus dirinya.

 Lihat Al maarij:11,

         Allah akan  temukan orang yang berdosa dengan anak-anaknya disana nanti. Lalu ia mahu menebus dirinya dengan anak-anaknya itu. Ini menunjukkan  keadaan yang sangat terdesak ketika itu. Walaupun ia orang islam, tetapi jika ia berdosa ia akan masuk neraka dulu sebelum dikeluarkan kemudiannya.

         Bahkan kalau ia ada  harta sebesar dunia ini pun dia mahu gunakannya untuk menebus dirinya dari azab neraka. Seperti yang Allah khabarkan  dalam surah  az Zumar:47,

          Orang yang zalim ialah yang pertama, yang syirik kepada Allah dan kedua orang yang berdosa sebab ia menzalimi dirinya sendiri.  Mereka tak sangka api neraka itu sedahsyat itu.  Sebab itu ia mahu menebus dirinya dengan apa saja yang ia ada. Jika dia ada harta emas dan perak dia akan gunakan.  Tapi Allah tak terima semua itu. Yang dapat  selamatkan diri manusia ketika itu hanya amal yang soleh.
          
      Mencari  harta dengan beramal mana yang lebih mudah? Tapi manusia habiskan masanya dengan sesuatu yang lebih  susah tetapi tak dapat selamatkan ia dari  neraka. Yang mudah itu nak selamatkan kita tapi kita tak buat.   Yang susah tak boleh selamatkan kita dari azab, tapi itu yang kita kejar . 

         Sebab itu semua yang mati nak balik semula ke dunia untuk apa? Nak beramal soleh. Tapi dah terlambat.
      
Rahmat Allah

        Ada satu kisah dalam hadis sahih, seseorang masuk syurga padahal dia tiada amal soleh kecuali membuang ranting ditengah jalan. Kerana apa? Kerana ia memberi menafaat kepada orang. Amal yang paling baik dan Allah suka ialah yang memberi menafaat kepada orang lain.
         
       Satu lagi kisah yang mana ia tiada amal kecuali ia ada memberi pinjam duit kepada seseorang  dan memberi tempoh bayaran. Jika orang itu tak mampu  ia tangguhkan. Jika orang itu tak mampu juga maka ia halalkan.
        
          Kenapa? Kerana rahmat dia kepada orang lain. . Ada juga orang yang ada kesempatan, tapi kerana tiada rahmat dalam hatinya ia buat tak kesah  sahaja. 'Ini bukan kerja aku  , MBSA, makan gaji buta ke?', kutuk lagi..

      Setiap jiwa akan  disempurnakan balasan  apa yang  ia buat dulu.   Di dunia tak sempurna lagi. Yang kita  dapat itu hanya  satu rahmat Allah  saja. Ada 99 rahmat  lagi yang Allah simpan diakhirat. Nanti Allah akan sempurnakan di akhirat. Tapi bagi siapa? Iaitu orang yang beramal bukan orang yang berilmu. Berapa ramai orang ilmunya sikit tapi suka beramal. Kerana ada orang yang tertipu , suka belajar, tapi ia tak amalkan dan sampaikan.  Sedangkan Allah beri ganjaran berdasarkan amalan bukan ilmu sahaja. Sebab itu bila belajar terus amal. Sebab yang dikira ialah amalan.
    
       Adakah Ilmu penting? Ya ilmu penting. Tapi  ilmu adalah alat untuk beramal.  Bahkan orang yang paling Allah murka ialah ahli kitab. Ia tahu tapi tak  beramal. Dalam fatihah yang  bermaksud 'bukan jalan mereka yang Kau murkai'. Ialah orang yang tahu tapi buat tak kesah.
       
        Di dunia orang yang beramal akan mendapat hayatan thoyyibah. Dan di akhirat akan di sempurnakan ganjarannya. Bahkan  kata Allah,  ia takkan dizalimi. Maksudnya sebanyak mana amal soleh yang ia buat ia akan di balas dengan cukup. Tidak kurang sedikitpun . Begitu juga kalau ia buat dosa  ia takkan dibalas melebihi dosanya itu. 
       
         Kenapa Allah sebut Ia takkan menzalimi? Kerana manusia tak mampu nak buat begitu. Sebab kadang manusia membalas sesuatu kepada orang lain tapi kadang berlebihan kadang terkurang. Allah tidak begitu.

            Kedua, Allah mahu kita buat amal sebanyak-banyaknya, kerana Allah takkan lupa dan terlepas pandang apa-apa yang kita buat.  Kalau manusia janji  kadang ia tak  tepati.   Tapi Allah janji Dia takkan lupa. Walaupun sebanyak mana amalan manusia hatta sebesar zarrah pun akan diberi ganjaran.

 
Kufur dengan Nikmat

       Penduduk Mekah di kurniakan keamanan dan ketenteraman hidup oleh Allah.  Tetapi apa yang terjadi bila ia kufur kepada nikmat itu? Allah ceritakan melalui surah an Nahl:112,
Yang bermaksud,
       Negeri  yang aman dan tenteram  itu ialah Mekah.  Dengan keamanan itu manusia dari  serata pelusuk  datang ke Mekah dan dengan itu  orang Mekah dapat  berniaga mencari rezeki. Sehingga apa saja buah , makanan dan pakaian ada  di  sana.
          
       Tapi bila penduduk  di situ  kufur dengan  nikmat-nikmat iaitu bila mereka menolak kenabian nabi Muhammad  maka Allah datang kan musim kelaparan dan ketakutan. 
       
       Lihat kisahnya dam hadis ini. 
Dari Abdillah b Mas'ud r.a  katanya, " sesungguhnya orang Quraish tatkala mereka mengatasi( menolak) nabi, iaitu mereka derhaka kepada rasul lalu nabi pun berdoa,  'Ya Allah bantulah aku keatas mereka, dengan menurunkan musibah  seperti 7 tahun kemarau yang menimpa kerajaan Yusuf.'
Maka mereka ditimpa kemarau. Hingga  mereka makan tulang dan bangkai kerana kelaparan.  Hingga antara mereka dengan langit seperti dukhan kerana kelaparan."
( Riwayat Bukhari, Muslim)

        Abu suffian meminta nabi doa kan supaya diangkat bala itu, dan mereka berjanji akan beriman . Bila nabi doa dan bala itu diangkat  mereka tetap kufur.
       
        Musibah itu semua adalah disebabkan apa yang orang musyrikin Mekah itu  lakukan. Iaitu kufur nikmat dan dosa maksiat . 

           Semua musibah yang melanda manusia disebab kan kufur nikmat dan maksiat bukan kerana  malapetaka. 

  
Musibah kerana mengabaikan Peringatan

         Ketika belum datang nabi , orang musyrikin Mekah memang telah kufur tapi tiada musibah turun. Tapi bila nabi datang dan menyampaikan risalah wahyu lalu mereka menolak  maka  pada masa itu musibah sampai . Kenapa.? 

        Itu bererti Allah takkan turunkan azab sehingga Allah utuskan Rasul. Iaitu bila mereka tetap kufur setelah diberi peringatan.
         
Lihat ali imran.: 164
           Rasul adalah anugerah Allah yang terbesar kepada orang beriman. Bahkan beliau adalah dari  golongan mereka sendiri. Tugas rasul  ialah menyampaikan al quran dan sunnah untuk membersihkan mereka dari kesyirikan dan  sifat buruk.
      
         Silibus pengajaran nabi ialah alquran dan sunnah.  Dan  kaedahnya dengan membacanya,  memahami maksudnya dan mengambil pelajaran darinya. Hasilnya dapat mengubah para sahabat yang dulu kufur menjadi orang beriman. Hati sahabat berubah menjadi bersih dan ber akhlak mulia. Dengan alquran, sejahat Umar menjadi sahabat yang mulia. Begitu juga abu  Suffian yang  memerangi nabi selama 21 tahun akhirnya  menjadi sahabat nabi. Yang mana sebelum mereka ikut quran , mereka adalah dalam kesesatan yang nyata. Tapi bila mereka ikut quran dengan berpandukan sunnah nabi,  mereka menjadi umat terbaik yang tak akan berulang lagi. Bukan menggunakan agama untuk jadi kaya.
   
    
 Kesimpulan

         Suasana di hari akhirat sangat dahsyat . Para pendosa dan yang kufur sanggup menebus dirinya dengan apa saja untuk lepas dari azab Allah.  Mereka mohon kembali ke dunia semula untuk beramal. Tetapi sudah terlambat, masa untuk beramal sudah tamat.



Klang.
10/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...