Langkau ke kandungan utama

96) APA PUNCA MANUSIA TOLAK HIDAYAH?

Bismillah.
Assalamualaikum ,

           Apakah kesan jika seseorang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah?  Lihat apa kata Allah dalam surah an Nahl:104,

        Orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah  bermaksud mereka yang tidak dapat hidayah di dunia ini dan di akhirat mereka mendapat azab  yang pedih. Ayat-ayat Allah itu ada dua jenis;

1. Ayat quran
2. Semua  ciptaan Allah sebagai tanda kebesaran Allah.

        Ini satu amaran dari Allah. Maka , hidayah  adalah satu-satunya benda yang dapat selamatkan kita dari azab Allah kelak.  
    
Musibah Terbesar


       Tidak dapat hidayah adalah musibah paling besar bagi manusia. Adapun orang yang miskin , sakit, cacat, hilang sesuatu, itu bukan musibah  yang besar. 
       
      Tapi di fikiran orang sekarang terbalik. Tidak dapat hidayat itu bukan musibah. Tapi musibah bagi mereka iaitu bila sakit, miskin ,  anak tak berjaya dan sebagainya.  Orang kata kesihatan itu satu nikmat yang besar yang perlu dijaga.  Duit dan makanan itu penting untuk menjaga fizikal. Tapi hidayat pula penting untuk menjaga fizikal itu dari dibakar.  Itu  yang orang tak nampak.
         
       Kita fikir bila miskin , susah. Bila tak makan, sakit. Tapi kita tak fikir bila tak dapat  hidayat akan diazab dengan azab yang pedih.
        
       Bukan saja diazab dalam api neraka, tapi Allah kata,  ' Ia tidak mati dan tidak hidup'  seperti dalam surah Fathir:36
           
Bagaimana itu?

       Iaitu jika ia hidup ia sepatutnya  rasa nikmat, tapi jika 24 jam kena azab , tiada  nikmat yang ia akan dapat. Seolah-olah ia tidak hidup . Manakala ia kena azab dalam keadaan tak mati-mati.  
      
       Jadi  , mana satu yang kita nak elakkan? Susah sedikit  di dunia atau azab yang kekal di neraka?
       
      Sebab itu sahabat nabi sanggup tinggalkan   Mekah semata-mata  untuk kekal dalam hidayat. Yang dengan itu akan  selamat dari azab yang pedih.


        
Kenapa Ada yang Tak Dapat Hidayah?

      Adakah orang yang tak beriman dengan  ayat-ayat Allah maka selama-lama nya ia  tak dapat hidayah?  Lihat al baqarah : 6,7,

    Dalam ayat ini ulama tafsir menjelaskan bahawa orang kafir itu terbahagi dua jenis. Satu , yang selama-lamanya  tak beriman. Kedua ,  yang akan  beriman  pada suatu masa. Contoh , asalnya mereka berdua ini kafir. Iaitu Abu jahal. Ia kafir sampai mati. Tetapi Abu Suffian, setelah 21 tahun dakwah nabi, ia masuk Islam
     
       Kedua-duanya  memang menentang  Islam. Tapi kenapa Abu Suffian akhirnya dapat hidayah masuk Islam?   Tapi Abu Jahal sampai mati tak masuk Islam? Sebab apa? Kata sesetengah ulama, abu Suffian menentang nabi kerana mempertahankan bangsanya.  Tapi  abu Jahal menentang nabi kerana benci kepada Islam dan menyerang peribadi  nabi.  Ia sangat-sangat benci Islam. Sebab itu Allah tak buka pintu hidayah untuknya.
     
        Oleh itu sesiapa yang sangat benci kepada Islam sehingga mengatakan sesuatu yang tiada  dalam Islam, biasanya Allah takkan bagi hidayat sampai bila-bila.
         
        Antara firaun dan tukang sihirnya, di mana tukang sihir akhirnya beriman  tetapi Firaun   tidak.  Kenapa tukang sihir beriman ? Sebab apa Firaun tidak dapat hidayat?   Sebab  Firaun ada kuasa. Biasanya orang ada kuasa sukar nak tunduk.  Seperti kata Allah,

        Tapi tukang sihir hanyalah mengikut arahan Firaun. Tidak ada kuasa. Bila ia tiada kuasa ia tidak ada sikap sombong dan ego.
       
      Jadi , penghalang  besar  orang untuk beriman ialah sombong.
        
Pintu-pintu Hidayah

       Apa yang telah Allah lakukan, sehingga ada orang yang tak beriman sampai mati ?  Lihat al baqarah:7,
        
    
       Jika mula-mula tadi orang  diazab kerana tak dapat hidayah, dalam ayat ini Allah beritahu sebab orang  itu tak terima hidayah. Iaitu pintu bagi ia dapat hidayat iaitu hati, mata dan telinga telah tertutup.  Bila pintu ini sudah tertutup bermakna ia tak dapat hidayat dari Allah.

 Hidayat ada dua jenis:
1. Hidayat ilmu (petunjuk)
2. Hidayat amal ( taufiq)
    
        Jadi , orang yang diazab itu tidak dapat hidayat yang mana? Iaitulah hidayat amal.  Hidayat ilmu semua orang dapat termasuk orang kafir,  dalilnya  surah Fussilat:17,
         Kaum Tsamud ini Allah  telah beri hidayat ilmu, tapi hidayat taufiq tidak sebab ia  bergantung pada usaha dan kehendak diri sendiri. Jika manusia benar-benar mahu dan berusaha mencari hidayat, maka Allah berjanji akan tunjuk jalan-jalan Nya. Lihat al Ankabut:  69,

         Sungguh jalan-jalan untuk dapat hidayah itu ada banyak,  bukan satu jalan saja. Ada yang dapat hidayah dalam kelas  , ada dapat dari kawan-kawan, ada yang kerana tengok langit , ada yang bila ditimpa musibah. Dan terlampau banyak lagi.
       
      Jadi,  kenapa sesetengah orang  tak dapat hidayat?  Kata sesetengah ulama, kerana tidak ada kesungguhan mencari.
     
       Ada orang tak doa untuk dapat rezeki tapi ia usaha maka ia dapat rezeki. Ada pula orang yang doa hari-hari mohon hidayat  tapi tak usaha maka ia tak dapat. Iaitu ia doa minta ' jalan yang lurus' dalam fatihah . Tapi tak dapat, kenapa?  Kerana ia tak  usaha nak dapat hidayah itu, maka ia tak dapat.
       
          Nak dapat rezeki untuk hidup di dunia  , orang usaha dari 9pagi sampai petang. Tapi kenapa untuk yang kekal abadi manusia tak nak usaha? 17 kali sehari minta dalam solat, selama 30 tahun tapi tak usaha. Mana nak  dapat?
       
       Manusia tahu di mana nak cari rezekinya. Tapi nak cari hidayat kenapa tak tahu? Dia usaha untuk rezeki, tapi untuk hidayah tak mahu usaha. Antara hidayat dan rezeki mana lebih mahal.? Tapi manusia tinggalkan yang mahal , pilih yang murah. Sepatutnya ia pilih hidayat, rezeki akan mengikut. Bila dapat hidayat, semua akan ok. Bila tak dapat hidayat  ,semua k.o.
       
        Bila dia dapat hidayat dia akan jadi orang muhsinin. Dan Allah akan bersama dengan muhsinin. Maryam, ibu nabi Isa, dapat hidayat. Dia duduk jauh di padang pasir jauh dari manusia. Tapi dia bahagia. Kenapa ia bahagia? Kerana Allah bersamanya. Namanya disebut-sebut hingga hari ini.

     
Adakah Usaha pasti Dapat?

       Ramai orang cari rezeki hingga terlepas hidayat  , tinggal solat. Sebab dia fikir kalau tak usaha tak dapat rezeki. Persoalannya, antara rezeki dan usaha adakah ada kaitan yang mesti? Tidak. Contohnya bayi dalam perut dia tiada usaha. Jadi, rezeki dan usaha tiada kaitan yang mesti. Jadi kenapa usaha? Sebab Allah suruh.  Allah kata,
       Allah yang suruh kita bertebaran selepas solat. Bukan bermakna usahanya itu tetap rezeki akan dapat  ,samada sikit atau banyak. Ada juga yang dapat, ada yang tidak, ada banyak, ada sedikit. Jadi usaha bukan jaminan kepada rezeki. Tapi usaha itu wajib dan Allah beri pahala kepada yang berusaha  sebab taat perintah  Allah.
      
            Anak berumur 10 tahun, ayahnya jutawan, tiba-tiba mati jatuh kapalterbang. Jadi hartanya dapat kepada anak. Dia tak usaha, tapi rezekinya itu siapa yang tetapkan ? Allah.
       
      Sebab itu orang beriman akan tenang saja walau berapa ia dapat. Sebab ia tahu rezekinya Allah dah tetapkan. Ini aqidah orang beriman . Adakah perlu pergi bekerja? Perlu. Tapi apa kita dapat, redha. Hidup akan bahagia.
   
Sikap suka berbohong itu siapa?

     Bohong adalah sikap yang keji. Allah berkata dalam surah an Nahl:105,

       Sikap suka berbohong itu sikap orang kafir  bukan sikap orang beriman. Sebab itu berbohong itu haram dan berdosa besar.  Kata nabi s.a.w  ,

Dari Abu Umāmah Al-Bāhili raḍiyallāhu 'anhu secara marfū', 
"Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat kusir walaupun ia benar, sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bercanda, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang baik akhlaknya."

         Sikap orang beriman itu, walaupun dalam keadaan bergurau pun tak cakap dusta atau bohong.  Apatah lagi dalam keadaan serius. 
       
       Sekarang dusta dah jadi biasa, hari ni cakap lain, esok cakap lain.  Dusta dengan anak, dengan isteri , dengan suami , dengan kawan, dusta dengan guru, dengan pelajar, pemimpin dengan rakyat...sebab itu kata nabi, siapa cakap bohong, itu sikap munafik.

Apa akibat berdusta dan murtad?

       Orang yang keluar Islam setelah beriman  mendapat kemurkaan Allah. Kenapa?

Lihat albaqarah: 105
    Ujian orang beriman di peringkat awal ialah diseksa. Jadi ayat ini  diturunkan kepada Ammar bin Yasir.
      
       Ada satu hadis yang berbunyi ,
Daripada Muhammad bin Ammar bin Yasir dari bapanya  ia berkata:
"Orang musyrikin telah menangkap Ammar  , mereka tidak membiarkannya hingga ia mencela nabi s.a.w dan sehingga ia menyebut tuhan-tuhan  berhala itu baik  . Bila Ammar lakulan iapun dilepaskan. Maka ketika Ammar datang kepada rasul lalu beliau berkata, 'Apa di belakangmu?  ' kata Ammar,  'Habislah  aku ya  Rasulullah, aku tak dibiarkan hingga aku mencela engkau. Dan aku sebut tuhan mereka itu baik.' Maka nabi tanya  ' Bagaimana hati kamu?' Jawab, ' Hati aku yakin.' Jawab nabi, ' Jika mereka paksa lagi maka kamu ulang kata-kata  tadi."

      Jadi, ini dalil bolehnya berpura-pura bila diseksa dengan teruk. Tapi yang terbaik ialah terus istiqamah. Kenapa Allah benarkan berpura-pura begitu? Sebab itu rahmat Allah, kerana manusia itu tak sama imannya.
       
       Manakala, antara muslim yang mati keadaan murtad dan orang kafir yang mati kafir  , orang murtad lebih teruk lagi. Sebab kerosakan yang berlaku iaitu ia telah berada dalam cahaya tapi pergi  masuk dalam kegelapan.  Sedang orang kafir memang gelap dari awal. Sebab itu hukum murtad ialah bunuh sebab ia memberi kesan kepada orang lain. 

Maksud Lapang Dada

           Apa maksud dilapang kan dada dengan kekafiran? Maksudnya ia  cinta kepada dunia, maksiat dan dosa-dosa. Lawannya ada di surah azzumar:22,
       Iaitu lapang dadanya dengan Islam, suka beribadah,  taat kepada apa saja suruhan Allah dan redha dengan Allah. Tidak sama orang yang Allah lapangkan dadanya dengan islam dengan orang yang sempit dadanya dengan islam. Sebab itu nikmat yang paling besar bagi nabi Muhammad s.a.w ialah dilapangkan dadanya dengan Islam. Lihat surah al Insyirah:1,

        Allah telah  lapangkan dada nabi s.a.w dengan Islam. Berbeza dengan nabi Musa, ia mohon untuk dilapangkan hatinya. Itu kelebihan nabi Muhammad s.a.w.
         Sebelum ini siapa  yang kafir maka Allah tutup jalan-jalan untuk dia mendapat hidayah. Surah al Anfal:23 ini menegaskan lagi,
        Seandainya Allah mengetahui pada diri mereka ada kebaikan, pastilah Allah akan menjadikan mereka dapat mendengarkan nasihat-nasihat al-qur’an dan pelajaran-pelajaran baiknya, sehingga mereka dapat memahami dari Allah berupa hujjah-hujjah dan bukti-bukti kebenaran. 
        
       Akan tetapi, Allah telah mengetahui bahwa sesungguhnya tidak ada lagi kebaikan pada diri mereka dan sesungguhnya mereka itu tidak beriman. Sekiranya Allah benar-benar menjadikan mereka dapat mendengar dengan baik sekalipun, pastilah mereka akan tetap berpaling dari keimanan dengan kesengajaan dan penentangan setelah pemahaman mereka kepadanya, sedang mereka tetap berpaling darinya, tidak ada perhatian dari mereka kepada kebenaran dalam bentuk apapun.
        
Apa punca mereka kafir?

         Ada orang masuk Islam, ada juga yang terus kafir. Mengapa mereka terus kafir iaitu menolak Islam? Lihat jawapan dari Allah dalam surah an Nahl:107 ini,
        Iaitulah kerana  mereka lebih mencintai kehidupan dunia berbanding kehidupan  akhirat.  Semua sebab yang menyebabkan manusia tak mahu hidayah, lari dari hidayah, penyebab utamanya ialah  cinta dunia.
      
         Kata sahabat bernama Abdullah bin Jundub  , ' 'Cinta dunia  kepala kepada setiap dosa'.
      
        Semua dosa manusia berpunca dari cinta dunia.  Dosa mengumpat  kerana nak merendahkan orang dan  nak dia yang lebih baik. Rasuah , menipu, bergaduh adik beradik semua kerana cinta dunia.
       
        Lalu,  bolehkah orang beriman memiliki dunia? Boleh , dengan syarat  dunia hanya di tangan bukan di  hati. Maksudnya bila di tangan mudah saja dia nak lepas/ infak. Yang susahnya bila dunia masuk dalam hati. Ia jadi kedekut atau mementingkan diri.

Lihat surah Yunus:7,8
        Allah mencela orang yang tidak suka berjumpa Allah. Iaitu kerana ia lebih  redha dan tenteram  dengan kehidupan dunia ini. 

Kata Hassan al Basri,
'Orang beriman berasa takut dan risau dengan amal solehnya, tapi orang yang tidak beriman bila buat dosa ia rasa aman.'  

           Ia tak rasa berdosa lalu dia buat dosa lagi. Tapi orang beriman takut amalnya tak diterima lalu ia baiki dan buat amal lagi.
       
      Oleh kerana cinta dengan dunia maka ia lalai dari ayat-ayat Allah  , jauh dari ilmu dan amal. 
         
      Jika mereka terus kafir , Allah tidak akan beri hidayat melainkan jika mereka bertaubat.  Bahkan semua sahabat asalnya kafir.  Tapi orang yang masuk Islam kadang ceramahnya lebih terkesan dari orang yang lahir islam. Kenapa? Yang lahir islam ceramah banyak gelak.

Apa kesan cinta Dunia?
   

         Setelah mereka lebih cintakan dunia sehingga melalaikan ayat-ayat Allah, Allah beritahu akibatnya dalam surah Yunus:8
      Mereka kembali ke neraka iaitu tempat yang kekal bagi mereka. Kerana apa yang telah dia kerjakan. Allah tak kata masuk tetapi kembali, kenapa? Kerana jika masuk kemungkinan ia akan keluar. Tetapi kembali bermaksud ia kekal di sana. Kekal dalam neraka.



Kesimpulan

        Segala dosa  dan menolak hidayah adalah berpunca dari cinta dunia.  Oleh itu, dunia jangan di letak dalam hati.  Kerana ia punca manusia kedekut  sebab dunia dah masuk dalam hatinya.

         
Padang Jawa.
7/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...