Langkau ke kandungan utama

95) SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?

Bismillah.
Assalamualaikum,  


          Jika kita tanya diri kita sendiri apa tujuan manusia diciptakan? Kita tak tahu tujuan sebenarnya ,  sehinggalah diberitahu oleh Allah dalam surah az Zariyat:56,
          Iaitu mengenal, menyerah diri dan beribadah kepada Allah sahaja.  Tapi kebanyakan manusia sudah  melencong matlamat hidupnya. Ia sibuk dengan harta ( rumah, kenderaan, pakaian, hiasan) ataupun sibuk dengan anak-anak.  Seolah-olah apa yang dia kejar itu, itulah matlamat hidupnya.

        Dalam mengejar harta, wang, kesenangan anak-anak, hingga  dia tak sempat nak solat,  nak memahami alquran dan zikrullah,  maka kata ulama,  cari harta ketika itu hukumnya haram. Sibuk dengan anak ketika itu hukumnya haram.  Sibuk bawa anak melancong, sibuk hantar anak tuition dan lain-lain hingga terlepas solat 5 waktu, maka sibuk itu hukumnya haram dan dalam dosa.

Apa Dalilnya?

Lihat surah al munafiqun: 9,

       Berapa ramai orang yang sibuk dengan kerja , sibuk dengan meniaga hingga tinggal solat. Berapa ramai yang sibuk menguruskan anak-anak, bawa anak melawat sana sini, lupa nak solat.  Berapa ramai yang sibuk mengumpul wang dan harta , tak sempat nak belajar memahami al quran. Seolah-olah dia dicipta untuk mengumpul harta dan menyenangkan anak-anak sahaja.  Sedangkan harta dan anak hanyalah wasilah atau ujian dalam mentaati Allah. Lihat apa kata Allah dalam surah at Taghabun:15,

           Harta dan anak-anak bukan matlamat hidup manusia.  Duit dah cukup makan, kerja lagi sampai tinggal solat. Maka masa itu,  cari duit adalah haram.  Sebab itu banyak contoh dalam al quran dari  kisah nabi dan orang soleh  , mereka tinggalkan harta dan anak, jika ia menghalang dari beribadah kepada Allah.

Kenapa nabi dan sahabat tinggalkan Mekah ?

        Iaitu dengan tinggalkan harta, rumah, ternakan serta anak dan saudara?  Sebab apa? Sebab matlamat hidup mereka telah   terhalang. Nak solat tak boleh, nak baca quran dikacau dan nak berdakwah pun dihalang.  Maka bila tujuan hidup terganggu, kena tinggalkan harta dan anak pinak.

          Tapi sekarang dah terbalik. Dia  kata ibadah itu cuma mengganggu dia mengumpul harta dan bersenang-senang dengan anak-anak.  Sebab apa?  Sebab dia ingat itulah matlamat hidup, lalu dia tinggalkan ibadah dan zikrullah. Sebab itu mengganggu matlamat hidup dia.
    
          Dan juga kisah ashabul Kahfi. Mereka ini ada harta , rumah, ternakan, bahkan ada ulama mengatakan mereka orang bangsawan. Tapi kenapa mereka pergi ke gua? Bila mereka pergi ke gua, adakah mereka tinggalkan  harta atau tinggalkan ibadah?

          Tinggalkan harta. Sebab ianya menghalang mereka dari beribadah kepada Allah.  Sebab mereka dicipta untuk beribadah kepada Allah. 
        
         Dari 2 kisah ini jelas menunjukkan bahawa  jika ibadah terhalang, apa yang menghalang itu kena ditinggalkan.
      
        Jadi,  al quran hendak merawat salah satu penyakit  kita. Penyakit apa? Iaitu masa kita banyak habis masa  kerana harta dan anak,  sedangkan matlamat kita dicipta ialah zikrullah.   Keluar pagi balik petang , kadang-kadang sampai malam. Solat dilewatkan , aurat dibuka. Benda haram kita sapu. Inilah penyakit diri manusia iaitu cintakan harta.
        
         Akhirnya kita lebih kurang sama macam orang munafiq.  Atau sama macam binatang haiwan yang Allah sebut dalam quran surah  Muhammad :12,
        Orang beriman wajib berbeza dengan orang musyrikin dan berbeza dengan haiwan.   Sebab itu bila kita kerja mana-mana tempat hingga tak boleh solat , wajib tinggalkan kerja itu cari lain.  Sebab kerja itu mengganggu kita  beribadah yang mana Allah  kata   'jangan'.
      
       Dan sesiapa  yang melakulan demikian, iaitu tinggalkan ibadah demi kerana harta dan anak, kata Allah , dialah orang yang rugi (khasirun).
        
        Iaitu sesiapa yang sibuk dengan harta, pekerjaan dan anak hingga tak sempat ibadah,  zikrullah dan memahami al quran , kecuali setelah pencen, maka merekalah orang yang rugi. 
         
       Dari sini al quran nak merawat satu lagi penyakit manusia. Iaitu yang menganggap orang yang rugi ialah orang yang kerja buruh, kerja guard, kerani,  tukang sapu, tak banyak duit, tiada pangkat, atau rumah kecil.  Secara umum orang mengaggap inilah orang yang rugi.
      
        Tapi al quran tidak kata begitu. Al quran kata orang yang rugi ialah orang yang sibuk dengan harta sampai tinggal ibadah.  Orang fikir cari  harta sebab nak untung tapi  Allah kata bahawa orang cari harta itu rugi iaitu bila ia tak sempat zikrullah.  Allah kata itulah  kerugian walaupun duitnya million dalam bank. 
        

Kesimpulan 

        Kita fikir orang yang duit banyak untung , orang yang duit sikit itu rugi.  Tapi Allah kata orang yang untung ialah orang selalu beribadah  walaupun tidak ada duit. Dan orang yang rugi ialah yang lupa solat , tinggal zikir dan ibadah kepada Allah walaupun duit dia juta-juta. Itulah orang yang rugi,  kata Allah.
  


Padang Jawa.
5/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...