Langkau ke kandungan utama

94) APA WASIAT ALLAH KEPADA SI ANAK?

Bismillah.
Assalamualaikum,    

          Bila Allah mewasiatkan sesuatu di dalam al quran, maka ia sesuatu yang besar dan perlu diambil berat.  Jika kita abaikan, maka azab Allah akan menimpa kita samada di dunia ataupun di akhirat.

         Apa wasiat Allah kepada manusia ?.  Lihat surah al an'am:151,

        Dalam ayat ini  Allah  menujukan kata-kataNya kepada nabi s.a.w,  apa yang Allah haramkan kepada beliau termasuk umat manusia  daripada melakukannya. Iaitu:

1. Mempersekutukan Allah
2. Berbuat derhaka kepada ibubapa
3. Membunuh anak kerana takut miskin
      
Satu Perbandingan

      Di dalam ayat di atas Allah menyatakan bahawa Dia  memberi rezeki kepada bapa-bapa dan anak-anak nya, 

Tetapi  di dalam surah al Isra: 31 

      Allah menyebut bahawa Dia  memberi  rezeki kepada anak-anak  dan kamu  (bapa-bapa)?  Kenapa terbalik dan  berbeza? Apa sebabnya?

       Dalam surah  al isra:31 Allah menyebut anak-anak dahulu kerana  Allah beri jaminan kepada anak-anak itu bahawa rezekinya tidak akan putus pada masa akan  datang  walaupun mereka semakin membesar dan belanjanya meningkat.

      Sedangkan dalam ayat 151, al an'am pula Allah sebut bapa dulu sebab bapa itu sedang menanggung anak-anak nya . Maka rezeki untuk dia dan  anak- anaknya ketika itu tidak akan putus kerana Allah lah yang menjaminnya.  Seolah-olah Allah berkata bahawa sejak diri bapa  itu dalam kandungan sehingga ia lahir dan dibesarkan ibubapanya  siapa yang beri rezeki? Allah lah yang beri. Kenapa ada bimbang lagi?
       
        Ini cara Allah nak beri  panduan kepada manusia  supaya kembali kepada Allah.  Sebab dulu  orang takut tiada rezeki sehingga sanggup bunuh anaknya.
    
           Bila kita gabungkan dua ayat di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa dulu, kini dan sampai bila-bila , Allah lah yang beri  rezeki.  Allah suruh manusia bergantung pada Nya.  Sebab kalau tiada pergantungan ini  , kita boleh dihasut oleh syaitan  supaya takut dengan rezeki.   Bila kita bergantung pada Allah syaitan tak boleh ganggu lagi.  


Allah Ulang Lagi
       
        Kemudian Allah ulang seruan menyembah Allah dan berbuat baik kepada ibubapa dalam surah  al Isra': 24 
Dalam ayat ini Allah memberi dua wasiat iaitu,

1. Sembah Allah sahaja
2 . Berbuat baik kepada ibubapa

Bagaimana Berbuat Baik Kepada Dua Ibubapa?

         Jika ibu atau bapa itu sudah terlalu  tua  apa sikap anak kepada keduanya?  Iaitu jangan sesekali berkata kasar kepada mereka walaupun sekadar kata  "uh!"  sekalipun.  Atau menunjukkan rasa bosan apalagi menengking mereka.  Sebaliknya hendaklah berkata lemah lembut dan sopan.  Hormat kepadanya seperti lalu depannya dengan menundukkan sebelah tangan.
    
      Serta doakan mereka dengan  kata  'Wahai tuhanku rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku semasa aku kecil."  Maka doa ini wajib bagi anak kepada ibubapanya.

       Menurut Mujahid , dalam ayat 23 ini, bahawa Allah memberi perintah berupa wasiat kepada anak-anak. Jika wasiat maksudnya ia satu benda yang penting. Ayat ini juga kata Mujahid  menunjukkan amat tingginya kedudukan ibubapa sehingga ia dirangkaikan  dengan ubudiah kepada Allah dalam satu ayat. Menunjukkan besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa itu.
       
      Sebahagian ulama pula membuat kesimpulan bahawa  bila Allah memberi wasiat itu maknanya ia satu keputusan muktamad yang tak  boleh dirunding lagi.  Maknanya kita tak boleh ubah dan buat kurang dari itu. Iaitu wajib berbuat baik kepada ibubapa.
        
       Bila kedua ibubapa sudah sangat tua  jangan berkata kasar kepadanya walaupun sekecil perkataan uh! 
      
Kisah  Buruk  seorang Anak 

       Ada satu kisah,  ibunya yang sudah  tua meminta anaknya  mengangkatnya  kebilik air. Tetapi ibunya itu semacam sudah ingat lupa, hingga 20 kali disuruhnya anaknya itu mengangkatnya sebab ibunya terasa nak kencing walaupun ia tak kencing pun.  Akhirnya anaknya jadi bosan dan marah sehingga sanggup berkata ' kenapalah tak mati cepat orang tua ni  menyusahkan orang saja!"   Tapi dia tak sedar bahawa Allah nak tunjuk dia begitulah ibunya berbuat kepadanya semasa ia kecil tapi ia tak tahu.  Dan Allah nak beri peluang masuk syurga tapi ia sendiri tolak.  Siapa yang salah?
       
        Padahal kata uh!  saja sudah satu dosa besar.  Bukan dosa kecil. Bagaimana jika lebih dari itu? 

        Sebenarnya  kedudukan ibubapa  itu sangat tinggi sehingga jika dia hendak minta semua harta anaknya,  itu boleh , kata nabi.
      

 Apa lagi Sikap kita kepada Keduanya?      
         Allah tambah lagi apa yang perlu kita buat kepada ibubapa yang berusia lanjut.   Lihat al Isra':24,



         Allah menyuruh anak merendahkan diri di hadapan ibubapa. Itu maknanya  Allah sendiri telah meninggikan kedudukan dan memuliakan ibubapa terhadap anaknya. Jangan sesekali anak-anak berbuat perbuatan buruk dan keji yang ditujukan dihadapan mereka.
       
        Ayat  ini juga mengisyaratkan bahawa  jangan menyakiti hati mereka dengan bahasa tangan dan   badan kita. Seperti menunjukkan tangan ke muka mereka.
     
        Berbuat buruk kepada  ibubapa  itu haram. Bila Allah melarang mengeluarkan ucapan dan perbuatan keji kepada ibubapa yang tua maka Allah susuli pula dengan perintah dalam tiga hal:

1. Guna bahasa yang menyenangkan yang ada unsur   menghargai dan penghormatan  kepada keduanya. Layanlah kehendak keduanya sehabis boleh.

2. Bersopan semasa berhadapan dengan mereka dan pamerkan bahasa badan yang merendah diri kepada mereka. Tidak kasar perbuatan  tangan dan kaki.  Kalau kita berpangkat jangan lah cuba tunjuk sebagai orang yang berpangkat di hadapan keduanya.

3. Hargai pengorbanan ibubapa yang bersusah payah membesarkan dan mendidik  kita. Doakan keduanya dengan doa yang diajar dalam quran iaitu ,
'Wahai tuhanku, rahmatilah kedua ibubapa ku sebagaimana mereka mendidik ku semasa aku kecil'..
    

Jalan Pintas ke Syurga

      Dari hadis riwayat abu Hurairah, nabi berkata,
        “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim 2551)
        
      Maksud hadis ini ialah menjaga ibubapa yang sudah tua itu adalah jalan pintas menuju ke syurga.  Tiba-tiba ia tidak dapat masuk syurga  disebabkan ia mensia-siakan ibubapanya atau ia beri orang lain menjaganya walaupun ia bayar upahnya.  Ganjaran itu didapatkan jika ia sendiri menjaganya.
    
        Hadis ini juga menjelaskan bahawa  anak yang tidak menjaga orang tuanya itu satu kehinaan. Ia hina kerana tidak  mengenang budi orang tuanya. Dan Allah benci orang yang tidak mengenang  budi.  Dan ia jadi rugi kerana melepaskan peluang untuk masuk syurga.

         Berbuat baik kepada ibubapa juga adalah sifat para  nabi dan rasul.  Ia dikatakan amalan fitrah manusia.

Ibubapa yang Lanjut Usia

        Kenapa dalam ayat al isra:23 di atas  dikhususkan  kepada  orang tua yang lanjut usia?  Bukankah  berbuat baik kepada ibubapa itu  sepanjang masa? Bukan semasa ia tersangat tua sahaja?

       Ini kerana ibubapa  yang sangat  tua itu memerlukan  bantuan khusus dari orang lain, terutama anaknya.   
      
         Zaman tua adalah masa yang sangat kritikal bagi mereka. Waktu itulah mereka paling memerlukan bantuan anak-anak dan waktu itu  juga perasaan mereka paling sensitif.  Jika pada waktu itu  mereka diabaikan, emosi mereka sangat menderita dan mengalami kepedihan yang luar biasa. Dan ia tidak sama jika pengabaian di waktu mereka masih  muda dan kuat dan mampu berdikari.
        
     Kadang bila Allah nak memberi kebaikan dan rahmat Nya kepada seseorang  , Allah beri sebab yang membuatkan ia dapat berbuat kebaikan yang banyak. Contohnya menjaga orang tua yang berdekatan dengannya. Walaupun ia bukan ibubapanya sendiri.

        Dan bila Allah nak hinakan seseorang Allah datangkan sebab seperti tiadanya perasaan belas kasihan dan kasih sayang  kepada dua ibapanya yang sudah tua.  Lalu ia mengabaikannya.
      
Berbuat Baik kepada Ibubapa yang sudah tiada.


      Ada hadis riwayat Bukhari bahawa diberitahu  oleh nabi kepada seorang sahabat yang sudah tidak ada  kedua ibubapanya, cara untuk berbuat baik  kepada ibubapa itu , iaitu  dengan 4 cara;

1. Menyambung kerja-kerja baik yang pernah dilakukan oleh mereka semasa mereka hidup.

2. Doakan kebaikan untuk  mereka  iaitu mohon rahmat, dan kedudukan yang baik bagi mereka.

3. Mohon maghfirah untuk mereka. Iaitu mohon dihapuskan dosanya dan ditutup segala aibnya.

4. Hubungkan silaturrahim kedua mereka. Iaitu menghubung silaturrahim adik beradik ibu bapa kita baik yang dekat mahupun yang jauh. Dan juga kepada kawan-kawan mereka dulu.


Kesimpulan

            Ibubapa adalah orang yang tinggi darjat nya di sisi Allah. Oleh itu Allah wasiatkan kepada anak supaya memuliakan dan menghormati mereka. Dan banyakkan beramal soleh sebab setiap amalan yang kita buat , maka ibubapa akan mendapat sahamnya juga.



Padang Jawa.
4/9/23


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...